Anda di halaman 1dari 3

JAGA SAHSINY A/P JAGANATHAN

A163352

KHASIAT DAN KEGUNAAN POKOK SUKUN

Gambar di atas menunjukkan pokok Sukun.

Sukun atau ia juga dikenali sebagai Breadfruit (Artocarpus altilis) adalah satu jenis
buah yang selalunya akan dimasak.Pokok sukun merupakan tumbuhan saka yang bercabang
setinggi hinnga 30 meter.Daun sukun adalah jenis ringkas dengan susunan selang seli dan
berbentuk bujur telur.Buah sukun berbentuk bulat aatau selinder dengan kulit berwarna
hijau.Isinya berwarna putihh,putih kekuningan dan tidak mempunyai biji.

Serabut dari kulit batang pokok boleh diproses untuk dijadikan kain tradisional di
beberapa Kepulauan Pasifik.
Gambar di atas menunjukkan getah di atas pokok sukun

Getah pokok sukun dapat merawat cirit –birit.Caranya adalah dengan mengambil getah
pokok sukun dan cairkannya dengan air hujan dan seterusnya diminum untuk merawat cirit-
birit.Air rebusan getah sukun juga boleh disapu pada luka-luka.

Bunga jantan dan bunga betina pokok sukun

Bunga pokok sukun yang dipanaskna dan apabila sejuk , ia akan disapu pada bahagian
gusi untuk menghilangkan sakit gigi dan sakit gusi.
Pada zaman dahulu rebusan daun sukun kering sering menjadi ubat anti pendarahan.
Kes yang paling sering terjadi adalah untuk mengubati pendarahan pada ibu yang baru saja
melahirkan. Hal ini disebabkan kerana sebatian kimia dalam daun sukun kering boleh
melancarkan sistem pembuluh darah dan menghentikan pendarahan. Minum tiga kali sehari
bagi ibu yang mengalami pendarahan akan menghentikan pendarahan dan membantu kesihatan
cepat pulih.

Anda mungkin juga menyukai