Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikan masyarakatnya yang mempunyai
pelbagai kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama yang terdiri daripada Melayu, Cina,
India dan diikuti dengan etnik-etnik lain seperti Kadazandusun, Bajau, Iban dan
sebagainya. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua
etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa ada rasa prejudis.
Pelbagai konsep dan pendekatan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memupuk
semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

2.0 KONSEP 1 MALAYSIA


1Malaysia atau Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
keenam, iaitu Datuk Seri najib Tun Razak pada 2 April 2009. Sudah hampir 10 tahun
gagasan ini diperkenalkan dan telah banyak ia memberi impak kepada tahap perpaduan
dalam kalangan masyarakat. 1 Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep
asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik
dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti yang sama. Sebaliknya, penubuhan
1Malaysia merupakan gagasan yang membanggakan kerana ia membawa prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik kaum di Malaysia, dan
menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang tidak ada pada negara lain dan
ia wajar dibanggakan.

3.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK, PERPADUAN DAN INTEGRASI


Dalam konteks hubungan etnik, perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu usaha atau
proses menyatukan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara atau proses menyatukan
seluruh masyarakat dalam sesebuah negara untuk membentuk satu identiti atau nilai
bersama. Manakala integrasi pula adalah untuk menyatukan dan menggabungkan
komponen bagi mewujudkan suatu keseluruhan yang berpadu.
Integrasi juga bermaksud usaha menyatukan ahli masyarakat yang berlainan latar
belakang sosial, dan akhirnya mereka berkongsi pengalaman sosial yang sama serta
membentuk norma, sikap dan kepercayaan yang sama. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin dan
Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), turut bersetuju bahawa integrasi nasional adalah satu
proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti
bersama. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi menghasilkan integrasi
nasional dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

1
4.0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
Perkataan pluraliti dan pluralistik merupakan dua perkara yang berbeza walaupun ia
seakan-akan memberi makna yang sama. Konsep pluraliti di Alam Melayu perlu difahami
sebagai asas untuk memahami dengan lebih jelas tentang masyarakat plural. Pluraliti di
Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat pelbagai bangsa yang muncul di Alam
Melayu dengan cara semula jadi tanpa paksaan, sukarela demi mencari kehidupan dan
disertai oleh ahli keluarga. Kedatangan mereka telah bermula sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Manakala, masyarakat pluralistik adalah kelompok masyarakat pelbagai
bangsa yang hadir ke Tanah Melayu secara paksaan, demi ekonomi dan politik Inggeris
dan tidak disertai ahli keluarga.
Kamus Dewan (2007) mendefinisikan pluralistik sebagai bersifat majmuk yang
berasaskan pluralisme, iaitu keadaan masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian
kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya. Masyarakat pluralistik di
Malaysia merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada tiga etnik utama, iaitu Melayu,
Cina dan India yang berperanan besar dalam memperjuangkan kemerdekaan daripada
kuasa kolonial Inggeris. Namun begitu, hal ini tidak menafikan juga kewujudan dan
kepentingan kaum lain di negara ini. Kesepaduan di antara masyarakat pluralistik menjadi
teras agenda utama Malaysia ke arah mencapai kestabilan dan kemajuan negara.
Pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu bermula selepas kedatangan
penjajah British. Pihak British telah membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja
di lombong dan di ladang getah untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik
mereka. Orang Cina digalakkan membuka lombong-lombong bijih timah dan emas (Leong
H. Liew, 2003 dalam Masliza (2010)). Manakala, imigran India ditempatkan di ladang tebu
dan kopi di Seberang Prai. Dasar yang digunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide
and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah
Melayu. Secara umumnya, imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk
mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun
sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu
membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
Antara kesan pluralistik yang berlaku adalah aspek asimilasi antara penduduk
tidak dapat diwujudkan disebabkan dasar yang dijalankan pihak British. Setiap kaum
hanya mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri. Malah, mereka juga
sukar untuk mengenali antara satu sama lain kerana tidak memahami bahasa yang
dituturkan oleh kaum lain. Bahasa isyarat digunakan untuk menyampaikan atau
memberitahu maklumat. Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris telah mengubah
bentuk hubungan etnik yang terbina di Alam Melayu sebelum kedatangan Inggeris
hingga jelas kelihatan bentuk pekerjaan teragih mengikut kumpulan etnik.

2
Masyarakat pluralisitik selepas merdeka telah memberi kesan terhadap
sosiobudaya di Malaysia. Pelbagai kaum disatukan dalam satu gabungan parti politik.
Secara amnya, perkonsian kuasa politik ini dapat dilihat bermula di tahun 1950-an.
Gabungan dan pembentukan Parti Perikatan membolehkan mereka memenangi
Pilihanraya Majlis Persekutuan pertama pada tahun 1955. Kejayaan yang diperolehi
dalam pilihanraya memberikan politik percampuran antara etnik yang melibatkan
gabungan parti UMNO, MCA dan MIC. Jika sebelum ini, parti politik berasaskan kaum
lebih diutamakan. Namun, setelah melihat usaha kemenjadian Parti Perikatan ini, semakin
banyak parti politik yang bergabung bagi membentuk Perikatan. Hasil pembentukan
masyarakat pluralistik membawa kepada perubahan sistem dan corak politik di Malaysia.
Seterusnya, perlembagaan Tanah Melayu berlaku penerusan daripada
perlembagaan lama tetapi mengalami penambahan dan kesesuaian mengikut masa.
Aspek utama yang ditekankan dalam perlembagaan ialah mengenai bahasa rasmi, agama
rasmi dan kewarganegaraan. Ketiga-tiga faktor ini diselaraskan dan disesuaikan mengikut
perubahan kepada kehidupan masyarakat pluralistik di Malaysia. Aspek Bahasa
termeterai dalam Perkara 152. Penggunaan satu bahasa berjaya menyatukan masyarakat
majmuk di Malaysia. Dalam aspek agama, Islam menjadi agama rasmi persekutuan.
Namun, agama lain boleh diamalkan oleh penganut agama lain di negara ini. Bagi elemen
kewarganegaraan, pelbagai penyesuaian diambil oleh kerajaan. Kedudukan ini
memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu. Pembentukan masyarakat pluralistik
di Malaysia terhasil daripada kesan syarat pemerolehan kewarganegaraan Malaysia.
Selain itu, pendidikan menjadi landasan untuk menyemai unsur perpaduan dalam
masyarakat pluralistik. Bermula dengan Penyata Razak 1956 sehingga yang terbaru
KSSR dan KSSM, ia bertujuan untuk memperkasa perpaduan serta membina kesetiaan
terhadap negara kita. Melalui ini juga kesan terhadap pergaulan pelajar juga menjadi lebih
mudah dan lebih memahami antara satu sama lain. Dalam sudut ekonomi, jurang ekonomi
antara etnik dirapatkan melalui pelan-pelan tindakan yang diaturkan kerajaan.
Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) dibentuk bagi merapatkan jurang ekonomi
antara kaum di Malaysia di samping pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi
membasmi kemiskinan dan menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi. Maka jelas di
sini bahawa usaha mewujudkan masyarakat pluralisitk yang terbaik telah giat dijalankan
di Malaysia.

5.0 USAHA DALAM MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT


BERBILANG ETNIK
Era baru bermula dengan pelancaran Dasar Wawasan Negara (DWN). Dasar Wawasan
Negara (DWN) yang terdapat dalam tempoh dekad kedua dalam pembangunan di bawah

3
wawasan 2020 tertumpu kepada membangunkan negara yang maju dan terkenal di mata
dunia. Tujuan perlaksanaan DWN dan DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan dan menyusun semula masyarakat bagi memulihkan keadaan
ekonomi yang tidak seimbang berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan tempat tinggal.
Pelaksanaan DEB ini juga merupakan rancangan kerajaan untuk menghapuskan
pengenalan kaum melalui pelbagai fungsi ekonomi. Melalui sektor ini, kerajaan membina
perumahan sebagai penempatan kepada pekerja-pekerja yang secara tidak langsung
akan menjalani kehidupan dalam kejiranan yang sama. Dengan ini, bangsa dan kaum
tidak lagi dikenali mengikut sektor atau pekerjaan seperti yang dilakukan semasa
penjajahan British. Buktinya menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak menyatakan peningkatan nilai ringgit yang kini telah melepasi paras psikologi
4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), memberikan isyarat positif bahawa mata
wang tempatan itu akan terus mengukuh dan berkembang seiring dengan pertumbuhan
asas ekonomi negara (Berita Harian, 2018).
Slogan yang digunakan, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” juga
menunjukkan betapa komitednya kerajaan ke arah pembangunan negara yang
menjadikan perkembangan ekonomi seimbang dalam kalangan kaum di Malaysia.
Program ini jelas menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia supaya hidup dalam
keadaan harmoni seterusnya mengukuhkan lagi kestabilan ekonomi negara. Perpaduan
kaum dan integrasi juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.
Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan
akan meningkatkan pendapatan negara. Industri pelancongan merupakan salah satu
industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Menurut
Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (2013) industri pelancongan menjadi
sektor kelima terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dengan menjana
pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM36.9 bilion dengan jumlah ketibaan
pelancong sebanyak 24 juta orang pada tahun 2009. Dijangkakan menjelang tahun 2020,
industri ini akan terus berkembang dan akan menyumbang RM103.6 bilion kepada PNK
dan bilangan pelancong akan meningkat kepada 36 juta orang. Hal ini demikian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan
menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum
dan penerapan integrasi yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia.
Seterusnya, kesejahteraan sosial dalam kalangan kaum di Malaysia juga dapat
diwujudkan apabila elemen perpaduan dan integrasi diberikan keutamaan. Dasar Sosial
Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni
dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan

4
mantap. Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah suatu proses yang kompleks. Banyak
contoh yang boleh dilihat hari ini bagaimana sesebuah negara boleh hancur disebabkan
rapuhnya perpaduan dan tiada integrasi di kalangan rakyatnya. Sebagai contohnya ialah
negara Iraq di mana perpecahan di kalangan penduduk puak Sunni dan Syiah telah
membuka ruang dan peluang kepada tentera penceroboh untuk masuk campur dan juga
memporak-perandakan negara tersebut. Pertumpahan darah juga sering berlaku di
negara ini sehingga menyebabkan begitu ramai penduduk yang telah kehilangan nyawa.
Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara kini dikenali sebagai
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan bagi menggerakkan program-program
yang boleh memupuk perpaduan dan integrasi secara lebih menyeluruh.
Antara program yang telah dijalankan ialah Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Program yang bermula pada tahun 2004 ini bertujuan meningkatkan semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk keharmonian kaum dan integrasi
kebangsaan, membentuk perwatakan positif melalui nilai moral, menanam semangat
kesukarelaan dan membentuk golongan muda yang aktif dari aspek fizikal, mental dan
berkeyakinan diri. "Program kita tidak sama seperti di negara luar kerana program mereka
lebih kepada ketenteraan, tapi Malaysia lebih kepada perpaduan, pembentukan jati diri
dan kerja-kerja kemasyarakatan.", kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara
dalam Jamaluddin (2011). Dapatan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Latihan Khidmat
Negara Kementerian Pertahanan Malaysia mendapati hasil indeks pada tahap 8.4512 per
10 yang menunjukkan impak positif patriotisme kepada bekas pelatih PLKN. Majoriti
bekas pelatih juga berpendapat program ini memberi impak yang tinggi kepada
kenegaraan dan kesejahteraan sosial. Walaupun pada awal tahun pelaksanaannya ia
menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari segi pengurusan, namun kini
diakui oleh pelbagai pihak bahawa program ini dapat membentuk sikap yang lebih positif
seterusnya mewujudkan kesejahteraan sosial dalam kalangan generasi muda pelbagai
kaum terhadap diri, keluarga, dan negara.
Sekolah wawasan juga telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai usaha
menyatupadukan semua kaum di Malaysia. Sekolah wawasan ini melibatkan semua
warganegara Malaysia di sekolah tidak mengira kaum. Hal ini dapat mengatasi masalah
perbezaan jurang perkauman yang sebelumnya juga disebabkan oleh modul yang diambil
daripada negara masing-masing seperti negara Cina dan India. Setiap kaum belajar
menggunakan modul yang sama di samping menjalani separuh daripada kehidupan
seharian di sekolah bersama-sama. Seterusnya, kerajaan juga telah menjalankan
Gagasan 1 Malaysia dalam usaha menghadapi cabaran wawasan 2020 yang kelima iaitu

5
mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur. Bagi menjadikan wawasan ini
tercapai masyarakat perlu mempunyai kesedaran bahawa semua orang mempunyai
tanggungjawab yang sama menghormati persamaan dan perbezaan setiap kaum dan
etnik. Teras utama Gagasan 1 Malaysia ialah mengubah asas perhubungan etnik di
Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi ini amat penting
kerana setiap etnik dan kaum perlu menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia
dan bersaudara. Hal ini membuktikan bahawa adanya amalan perpaduan dan integrasi
maka kesejahteraan sosial jelas dapat diwujudkan.
Kesimpulannya, sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati antara kaum harus
sentiasa berada di dalam jiwa nyawa setiap kaum demi memupuk persefahaman yang
kukuh. Isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan harus disingkirkan. Penekanan
berterusan harus diberi kepada pengecilan jurang ekonomi di bandar mahupun di luar
bandar, pendapat politik yang sepakat serta pembentukan masyarakat sehaluan.
Cabaran-cabaran untuk mengekalkan perpaduan bukan sahaja setakat dilaung-laungkan
sahaja tetapi dipraktikkan dengan segera. Ini memberi iktibar kepada diri kita, bangsa dan
masyarakat dengan harapan negara terus maju dan aman di samping menjadi teladan
kepada dunia. Justeru beberapa pendekatan kerajaan seperti transformasi politik,
transformasi kerajaan, pelan transformasi ekonomi, konsep Satu Malaysia disarankan
untuk dihayati oleh generasi hari ini. Ia memerlukan penghayatan, penghormatan,
keyakinan serta pengetahuan terhadap semua pendekatan-pendekatan ini bagi
membolehkan generasi muda mudah memainkan peranan serta tanggungjawab mereka
dalam membina satu keyakinan generasi dewasa. Justeru perpaduan dan integrasi
merupakan agenda penting dalam memastikan negara sentiasa dalam keadaan terjamin.

6.0 RUMUSAN
Ringkasnya, penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British ini telah
meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung termasuklah
mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk
di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang
menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai
buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi
kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia
sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak
langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya
adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar
Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk

6
memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa
adanya kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu, kita hendaklah berganding bahu
membantu dalam merealisasikan impian dan wawasan yang telah ditetapkan oleh
kerajaan.

7
RUJUKAN
1 Malaysia. Diperoleh pada 24 Mac 2018 daripada
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf
Berita Harian. (Januari 8, 2018). Peningkatan ringgit bukti ekonomi kukuh PM. Berita
Harian.
Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan
Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, Vol. 4 Iss: 1 pp. 33-48.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Tahunan Program Transformasi Negara. (2013). Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan. Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya
Masliza Bte Wahid. (2010). Kewujudan Masyarakat Majmuk Merupakan Sebahagian
Kesan Imperialisme Dan Kolonialisme. Diperoleh pada 24 Mac 2018 daripada
Http://Saku30.Tripod.Com/At29.Htm
Mohd Ashraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Chin Kuang Itu, Amran Abdul Malek, Arba Kassim.
(2018). Hubungan Etnik edisi kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shamsul Amri. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Penerbit UITM.
Ting Chew Peh. (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.
Zainal Abidin Ahmad dan Mazlan Zulkifly (2006). LANH1303 Pengajian Malaysia.
Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai