Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM TUN RAZAK

LOT 1679, JALAN WAKAF UTAMA 7


KG TUN RAZAK, BUKIT KATIL
75450 MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM KEMILAU UPSR 2019

KELOLAAN:
UNIT KECEMERLANGAN & UNIT B&K SRAJTR
1.0 PENGENALAN
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelik, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adala untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
kerharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Berdasarkan FPK,
KEMILAU UPSR dijadikan medium bagi melakar kejayaan untuk anak-anak didik
SRAJTR pada tahun ini. Kejayaan akademik merupakan tulang belakang
inspirasi kehidupan insan. Justeru pihak sekolah ingin membudayakan
kecemerlangan dalam aspek pendidikan merupakan satu usaha murni yang
berterusan ke arah penambahbaikan dalam semua kerja dan sentiasa
mengutamakan kualiti pengajaran serta berusaha meningkatkan kecekapan
dan keterapilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan yang menyeluruh
yang bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Kemilau;


 Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan UPSR

 Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan


yang disampaikan berbeza mengikut tahap penerimaan seseorang
individu.

 Setiap murid diberi peluang yang sama untuk menonjolkan kebolohan


dan potensi diri yang dimiliki.

3.0 SASARAN

Semua murid tahun 6 SRAJTR

1
4.0 PENGISIAN PROGRAM

Terdiri daripada 4 komponen iaitu:

i. Akademik

ii. Kerohanian

iii. Emosi

iv. Jasmani

4.1 Akademik
 Kelas tambahan harian & cuti sekolah
 Latih tubi
 Kelas insentif
4.2 Kerohanian
 PAFA temanku
 Kem Bestari Solat
 Bacaan Yassin
 Solat Hajat
4.3 Jasmani
 Setiap murid berpeluang menonjolkan bakat
 Berkebolehan, aktif serta mampu bersaing
 Dorongan, motivasi dan latihan.
4.4 Emosi / Motivasi
 Persediaan awal menghadapi UPSR/ Kemahiran Belajar Cara Belajar
 Perjumpaan/ dialog prestasi ibubapa bersama guru
 Teknik menjawab soalan
 Kem motivasi

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM KEMILAU

1. Menyampaikan cadangan dalam mesyuarat AJK Tahun 6 untuk persetujuan

2. Mengemukakan kertas cadangan program kecemerlangan UPSR

3. Menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan program

4. Menganjurkan sesi pertemuan dan dialog prestasi dengan


ibubapa/penjaga murid Tahun 6.

5. Mengadakan kelas bimbingan percuma sebelum waktu pembelajaran.

6. Menganjurkan program guru pendamping individu bagi setiap murid


(mentor mentee)

2
7. Mengadakan program motivasi bertujuan memberi kesedaran kepada
murid.

8. Mengadakan program Teknik menjawab soalan (TMS) bagi memberi


pendedahan kepada cara memahami serta menjawab soalan mengikut
skema.

9. Memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan


prestasi.

10. Pemantauan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa pelaksanaan (Guru


Besar, PK Kurikulum dan Penyelaras program)

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tn. Hj. Ramli Bin Abu Samah ( Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : En. Zakaria Bin Abd Ghani (GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En. Hairol Nizam Selamat(GPK HEM)

Penyelaras : Pn. Nor Hayati Binti Mat Arop

AJK : KP Matapelajaran

Guru-guru tahun 6

7.0 VISI

Ke arah meningkatkan bilangan 6A dan A, juga memaksimumkan peratus lulus


UPSR.

8.0 MISI

i. Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

ii. Mengadakan kelas tambahan oleh guru

iii. Menyediakan bahan yang sesuai dan menarik

iv. Memastikan murid sentiasa bersedia dan berminat untuk belajar

v. Memberikan pengalaman belajar dan menjawab soalan yang terbaik


melalui program PECUT.

9.0 PROGRAM KHAS KEMILAU UPSR

3
9.1 Kem siap siaga/ Teknik A

- Dikenali sebagai kem motivasi dan bengkel menjawab soalan mengikut


skema. Murid akan diberikan pendedahan mengenai strategi teknik
menjawab berkesan bagi setiap mata pelajaran daripada guru yang
berpengalaman.

- Program ini dijangka dilaksanakan pada bulan Mac- Ogos

- Meningkatkan keyakinan diri dan berusaha gigih serta berani mencuba


untuk menjadi lebih baik.

- Yakin terhadap kemampuan diri dan pendedahan teknik menjawab


mengikut subjek UPSR dengan menjemput penceramah, pemeriksa kertas
soalan dan guru cemerlang/pakar dari luar

- Membentuk jati diri

9.2 Kelas Gerak Gempur UPSR

- Murid dilatih tubi belajar 6 subjek UPSR

- setiap murid menjawab soalan Model UPSR dan perbincangan jawapan


menggunakan soalan DIDIK, JPN, MGB dan negeri lain.

9.3 Bacaan Yassin dan Solat Hajat - Aktiviti Kerohanian

- Murid diberikan pengukuhan dalaman iaitu dengan membentuk diri dan


sahsiah
dengan pengisian rohani.

- Pihak sekolah merancang untuk mengadakan pada awal September.

- Bacaan Yassin peringkat perdana diadakan bersama ibubapa/penjaga


pada awal September

9.4 Program Streaming Group

- Mengenal pasti kebolehan murid sama ada cemerlang, sederhana dan


lemah.

- murid dibahagikan kepada kumpulan progresif (cemerlang dan


sederhana) dan proaktif ( lemah + GALUS)

- Murid-murid akan memulakan program ini bermula semester kedua (Jun-


September)

- Setiap guru mata pelajaran akan merekod setiap pencapaian murid serta
membantu murid untuk lulus bagi murid GALUS dan mencapai 6A bagi
murid sederhana dan cemerlang.

4
- Semua guru menggarap teknik berkesan bagi setiap murid dalam kelas
kepada murid yang telah diagihkan sama ada nota, latihan dan
bimbingan.

9.5 Program Capai A (Kelas tambahan)

- Pengukuhan dan pengayaan murid adalah diberikan dalam program ini


yang diadakan pada waktu harian, cuti sekolah dan hujung minggu

9.6 Dialog Prestasi / Kunjung Mesra Jaya guru bersama ibubapa/ penjaga
murid

- Pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan program melibatkan


para ibubapa/penjaga murid Tahun 6 untuk menilai seterusnya
membantu murid mencapai sasaran yang dihasratkan.

- Perkongsian ini bertujuan memberi bimbingan kepada murid dan


ibubapa untuk
terus meneruskan sesi pembelajaran ketika berada di rumah.

- Dengan harapan ibubapa dapat memainkan peranan utama dalam


berusaha
membantu pihak sekolah mencapai hasrat kecemerlangan UPSR 2019.

9.7 Program Sokongan Embun Pagi

- Program ini dirangka khas untuk membantu murid sebelum PdP bermula.

- Perlaksanaan program ini ialah murid akan menyelesaikan masalah


setiap pagi
sebelum masuk kelas

9.8 Program Dekat Di Hatiku- Mentor mentee

- Setiap murid akan mempunyai mentor dari kalangan guru-guru secara


indiviu.

- Mentor akan memberi bimbingan dari aspek pengurusan waktu dengan


berbincang dan menyediakan jadual waktu belajar di rumah.

- Mentor juga akan memberikan tips dan bantuan yang berkaitan dengan
pengurusan diri, emosi dan sahsiah

9.9 Program Timba Tambah Ilmu A+ Berpusat

- Murid akan dihantar menghadiri program / kem kecemerlangan sama


ada di peringkat zon daerah mahupun negeri.

- Ini bagi memberi peluang kepada murid menimba dan menambah ilmu
serta pengalaman di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi
dan keyakinan diri.

5
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS (RM)

1. Bayaran program Khas BI & Matematik RM 3000.00


RM500 (sebulan)X6

2 Bayaran program Khas Sains & Bahasa Melayu RM 3000.00


RM 500 sebulan X 6

2. Bahan persediaan/edaran RM 400.00

3. Rencam RM 300.00

Jumlah Keseluruhan RM 6700.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya perancangan dan pelaksanaan program KEMILAU


UPSR motivasi murid dan keputusan dalam peperiksaan UPSR 2019 mencapai
sasaran yang ditetap. Di samping guru-guru juga dapat melaksanakan proses
PdPc dengan lebih berfokus.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

_________________________ _________________________
Nor Hayati Binti Mat Arop En. Zakaria Abd Ghani
Penyelaras Unit Kecemerlangan GPK Kurikulum
SRA JAIM Tun Razak SRA JAIM Tun Razak
Bukit Katil, Melaka Bukit Katil, Melaka

Disahkan Oleh:

___________________

6
Tn. Hj. Ramli Bin Abu Samah
Guru Besar
SRA JAIM Tun Razak
Bukit Katil, Melaka

Anda mungkin juga menyukai