Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Psikologi sukan merupakan satu topik perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup
menarik serta mendapat perhatian umum bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang
luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen
berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan
memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri.
Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat
mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga
dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan
menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Contohnya, bila membincangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi


kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi
seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak
ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik,
fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan
bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan
dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan
sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat
kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka
yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar
psikologi sukan, bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya
menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip
psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Selain itu, psikologi sukan merupakan satu bidang
kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.
Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil
kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang
atau padang permainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti
perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

1
1.2 SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN

Untuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarah
perkembangan bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub (1993),
bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun
yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yang lain seperti
fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan merupakan bidang yang
masih baru.

Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) telah


memperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International society of
Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi
sukan yang lain. Pada tahun 1967, juga lahirnya Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal
Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan. Persatuan Peningkatan Bidang
Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan pada tahun 1985 bagi memudahkan pertukaran
maklumat antara pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal).
Bidang psikologi sukan juga diperkenalkan di negara kita apabila ia mula didedahkan kepada
pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia
(Universiti Pertanian Malaysia) pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan
Negara (MSN) Juga adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang
sukan telah menbantu mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan
Unit Psikologi Sukan serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami bidang
ini untuk membantu persiapan atlet negara supaya menladi pemangkin kepada perkembangan
bidang ini di Malaysia.

1.3 TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983 yang
mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan.
Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan
gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan
(experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan
yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan.

2
1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal. Mereka ini
adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana berkelayakan
menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi sukan klinikal ini adalah
untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius seperti
atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, anoresia,
panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan
kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang
diiktiraf dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam
menangani masalah mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat
latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta
mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga
pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi
sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet
membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari
potensi diri sertakursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan
atlet tertentu. Tugas mereka lebih kepada “jurulatih mental” iaitu membantu individu yang
terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri
masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat
sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap
perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan

Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan
kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang
dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi
memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian yang wajar

3
di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat.
Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan
psikologi sukan. Kedua-duanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini.
Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan kedua-dua kelayakan
ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi, konsentrasi, keagresifan serta
isu-isu lain yang berkaitan dengan psikologi sukan. Penyelidikan ini juga mestilah
menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan
sukan dan latihan. Selain itu, mereka perlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil
kajian serta mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam konferens profesional.

1.4 ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN

Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun “jurulatih mental” ini
semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini
untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita bagi memastikan khidmat yang
diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka
etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topik
perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan
yang boleh diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi
sukan. Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-
teknik psikologi sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka
yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan
prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Pendedahan kepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukan yang dapat
membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang membanggakan.
Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan
satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda sebagai
seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada
mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang ini. Walaupun di Malaysia masih belum
wujud satu badan khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain
seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas
menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika
profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli

4
psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari
kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka
yang kurang mahir dalam bidang ini. Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang
meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet atau pasukan
sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukan boleh
diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk
ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental
dengan cara lebih berkesan. Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul-betul terlatih
dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini . Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana
seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti
memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet
terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran
serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis
panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh
Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for
the Psychology of Sport and Physical Activity).

2.0 LATIHAN IMAGERI

Pengenalan

Penggunaan latihan mental dalam proses perolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran motor
bukanlah satu fenomena baru. Salah satu bentuk latihan mental ialah latihan imageri. Latihan
imageri memberi peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu
dengan cara mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan dengan
masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi mempelajari
kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet. Peranan latihan imageri
untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri, mengenalpasti masalah dan
memotivasikan selain daripada membolehkan seseoorang itu merasakan sesuatu kejayaan.

5
Imageri adalah suatu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara
simbolik dalam minda. Barbara Brown dalam bukunya 'Supermind' pula menyatakan bahawa
imageri sebagai tenaga asas, yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta, atau
mereka dan reka bentuk semula, gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar pada
masa, dan tempat tertentu kelak. Daya imaginasi selaku titik tolak mekanisme proses imageri.
Rangsangan pelbagai deria digambarkan sebagai input imageri. Gambaran atau imageri yang
terbentuk simbolik terhasil dalam minda sebagai output interaksi antara cue yang relevan
dengan sistem memori. Imageri mental merupakan salah satu kombinasi latihan fizikal dan
latihan mental yang memberi kesan kepada aplikasi kemahiran dan persediaan untuk
peningkatan prestasi.

Imageri juga merupakan langkah peralihan proses minda, kepada realiti yang dapat
diterangkan secara fisiologi. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk pada teori-teori yang
dipegang. Rangsangan imageri terbentuk dalam minda (otak) hasil daripada kehendak
kinestetik dalam tubuh badan dan berlandaskan pengalaman pelbagai sensori. Pemilihan dan
pembentukan imageri (contohnya kemahiran menjaring) berlandaskan skema memori.
Program gerak balas (menjaring) di girus prasentral. Unit motor dihantar melalui sel otot ke
saraf tunjang melalui eferen. Neuron motor menghantar unit motor ke otot yang relevan.
(contohnya flesor dotorum profundus di lengan bawah tangan). Unit-unit motor direkrut dan
neuron motor menghasilkan maklumat kinestetik contohnya sendi pergelangan tangan
mengalami tindakan daya otot dan sedia untuk pergerakan.

Daya hasilan rekrut unit-unit motor cukup besar neuron motor menghasilkan kuncupan
otot yang nyata sebagai perlakuan kemahiran fizikal. Lintasan pyramidal (pyramid tract)
terbina daripada akson motor yang berpunca dari korteks motor, melintasi otot tengah di
medulla sebelum bersinaps pada neuron motor di saraf tunjang. Memori fakta adalah kebolehan
pembelajaran dan ingat semula maklumat di korteks cerebral sementara memori kemahiran
yang terletak di korteks cerebral adalah pembelajaran kemahiran motor yang dilakukan tanpa
pemikiran yang sebenar. Skema memori yang relevan akan diperoleh semula dari stor memori
jangka panjang ke stor memori kerja semasa pembentukan imageri. Hasil proses mencipta atau
reka semula adalah gambaran imageri yang timbul dalam minda. Maklum balas dari otak
dihantar ke sensori area sebagai pelengkap lingkaran.

6
Terdapat dua pendapat utama mengenai imageri. Golongan pikturalist mengatakan
imageri merupakan imej yang terpapar yang terbentuk dalam minda seolah-olah kita melihat
benda tersebut berada di depan mata. Manakala golongan diskripsi pula berpendapat ianya
merupakan gambaran grafik yangg diterjemahkan menerusi bahasa yang dibayangkan di dalam
minda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat, pada dasarnya imageri boleh diertikan sebagai
bahasa minda. Imageri merupakan salah satu cara latihan yang berkesan digunakan ke atas
seseorang atlet sekiranya mereka tidak dapat melakukan latihan fizikal yang sebenar kerana
kecederaan. Selain itu ianya juga boleh digunakan sewaktu waktu pertandingan itu sendiri.
Penggunaan latihan imageri dikombinasikan dengan latihan fizikal yang lain mampu
meningkatkan prestasi atlet ataupun sesuatu tugasan yang melibatkan kognitif.

2.2 BAGAIMANA IMAGERI BERFUNGSI

Terdapat tiga pendekatan yang utama bagi menjelaskan lagi mengenai fungsi imageri ini iaitu:

i. Teori Psikoneuromuskular (psikologi + saraf)

Menurut teori ini, proses imageri akan menghasilkan corak yang hampir sama dengan
pergerakan yang sebenar. Ianya berrpunca arahan dari otak dan seterusnya kepada otot yang
terlibat, sama ada otot tangan, kaki dan sebagainya. Ianya melibatkan satu arahan ‘eferen’ yang
paling seminimum yang mungkin dari otak sehinggalah arahan yang paling maksimum.
Terdapatnya peningkatan arus eletrik dibahagian otot yang terlibat apabila berlakunya sesuatu
proses imageri, samada proses itu secara visual ataupun kinestetik. Berdasarkan pendekatan
tersebut, ianya dapat menerangkan lagi mengenai kewujudan skema pergerakan motor yang
terhasil dari proses imageri ini.

ii. Teori Pembelajaran Simbolik

Berdasarkan teori ini pula, proses imageri akan terbentuk apabila seseorang individu telah
merancang pergerakan yang akan dilakukan secara lebih awal lagi. Perkara seperti matlamat
pergerakan, fasa pergerakan motor dan pergerakan alternatif telah dirancang atau
diprogramkan secara kognitif sebelum sesuatu pergerakan fizikal yang sebenarnya dibuat.
Contohnya dalam permainan bola keranjang, pemain dalam keadaan sedia untuk menerima

7
bola, pemain tersebut telah merancang arah pergerakan untuk mengelak dari pihak lawan
setelah menerima bola. Andai kata pergerakan tersebut berjaya, pemain tersebut harus
merancang untuk menjaring pula bagi mendapatkan mata. Oleh yang demikian, segala bentuk
perancangan strategi yang dibentuk atau dilatih secara kognitif, dilakukan secara berulang kali
membolehkan pemain akan membuat respon yang tepat apabila ianya diperlukan.

iii. Teori Kebangkitan dan Tumpuan

Teori ini pula menggabungkan Teori Pembelajaran Simbolik dan juga Teori
Psikoneuromuskular. Melalui penggabungan ini, imageri akan membantu seseorang atlet
meningkatkan pencapaian ataupun kemahiran mereka dalam sukan secara kognitif mahupun
fisiologi. Ini kerana melalui pendekatan kognitif, proses imageri ini akan membantu para atlet
untuk lebih fokus kepada tugasan yang akan dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada
cue yang relevan dengan persekitarannya. Manakala pendekatan fisiologi pula merujuk kepada
proses mengawal sesuatu kebangkitan agar ia berada pada tahap yang optimum yang
diperlukan untuk menghasilkan prestasi yang lebih optimum.

Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan teori ini, ianya telah banyak membantu atlet,
mahupun jurulatih supaya lebih faham mengapa latihan mental seperti imageri ini amat
berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet dalam sukan yang mereka ceburi. Selain itu, para
jurulatih juga haruslah banyak menggunakan latihan imageri ini supaya atlet mereka lebih
yakin terhadap diri sendiri dan mutu persembahan mereka.

8
2. 3 JENIS-JENIS IMAGERI

Secara umumnya imageri ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imageri dalaman dan juga imageri
luaran. Pada dasarnya kedua-duanya melibatkan bayangan.

i. Imageri dalaman

Imageri ini berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti diri sendiri yang
melakukannya (Neuromuscular). Contohnya cuba bayangkan anda sedang bersedia untuk
menjaringkan gol dalam permainan bola keranjang. Tangan yang memegang bola diangkat
dengan siku 90 darjah. Manakala mata tertumpu kepada jaring dan papan jaringan. Anda dapat
merasakan kaki dan tangan anda sedang sedikit bengkok dan seterusnya bola dilambung tinggi
dan bola tersebut masuk ke dalam jaring, dan anda dapat menjaringkan gol. Sekiranya anda
dapat merasai setiap pergerakan yang dilakukan seperti anda sendiri sedang melakukannya,
bermakna imageri dalaman sedang berlaku.

ii. Imageri luaran

Imageri luaran pula berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan tersebut. Pergerakan
tersebut dapat dilihat dengan jelas, namun demikian beliau tidak dapat merasai sensasi
pergerakan tersebut. Dalam erti kata lain beliau tidak dapat merasa berat bola, perlakuan yang
dibuat berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada tahap ini seseorang itu sedang beroperasi
secara visual. Ini kerana seseorang itu dapat melihat setiap pergerakan dengan jelas, sama ada
dalam tv, stadium dan sebagainya. Namun demikian beliau tidak merasai sensasi perlakuan
yang beliau lihat.

Banyak kajian mengenai imageri telah dibuat, dan berdasarkan kepada kajian ini telah
mendapati bahawa imageri dalaman telah menghasilkan kesan yang lebih positif. Ini kerana
ianya banyak digunakan oleh atlet elit berbanding dengan atlet novis. Melalui penggunaan
imageri dalaman ini juga ia banyak menghasilkan impuls eletrik yang disukat pada bahagian
otot yang terbabit. Namun demikian, beberapa pengkaji menjelaskan bahawa kedua-dua
penggunaan imageri ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini kerana kedua-dua imageri
ini digunakan oleh atlet agar dapat membantu mereka meningkatkan prestasi dalam sukan
masing-masing.

9
2.4 KEGUNAAN IMAGERI

Imageri mental adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai kemahiran mental
imageri ini memerlukan usaha, konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup. Imageri adalah
satu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperoleh kemahiran, meningkatkan
kemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum sesuatu pertandingan dan
juga digunakan untuk memulihkan kecederaan.

i. Pemerolehan Kemahiran

Sesuatu kemahiran baru boleh diperoleh dengan melakukan latihan imageri. Apabila seseorang
atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat menguasai atau 'visualize' dengan
mudah. Dalam latihan imageri, perhatian hendaklah diberi kepada perbezaan sesuatu aksi yang
baru dengan yang sedia ada pada pemain. Imageri digunakan sebaik sahaja selepas latihan
fizikal atau di antaranya adalah lebih berkesan. Sebagai contohnya, pemain tenis yang
ditunjukkan dengan variasi servis yang baru dapat mempercepatkan proses integrasi kemahiran
baru itu ke dalam permainannya. Ini dapat dilihat dengan melakukan 10 minit latihan imageri
servis setiap petang dan melakukan servis 50 biji bola dalam latihan setiap pagi. Pada peringkat
elit, kemahiran baru tidak diperlukan selalu, tetapi terdapat banyak situasi yang memerlukan
teknik imageri untuk memastikan kemahiran yang ada ditingkatkan atau dikekalkan pada tahap
yang baik. Contohnya teknik ini boleh digunakan semasa perjalanan jauh ke luar negeri,
banyak masa dihabiskan di dalam kapal terbang atau kenderaan di mana tidak ada peluang
untuk berlatih.

Imageri mental juga boleh digunakan sebagai review untuk mengulang tayang
keseluruhan atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Review digunakan untuk
menekankan sama ada aspek positif atau negatif. Mengesan kelemahan dan kesilapan dan
diganti dengan respons yang betul. Biasanya review digunakan selepas sesuatu acara ataupun
pertandingan.

ii. Pertandingan

Latihan imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet untuk sesi latihan dan
pertandingan akan datang. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk membuat latihan
berdasarkan situasi pertandingan yang sebenar. Contohnya, di Rusia, pegawai-pegawai sukan

10
mereka telah mengambil gambar kemudahan sukan di Montreal dan gambar-gambar tersebut
telah dikaji oleh atlet-atlet mereka. Walaupun mereka tidak pernah ke Montreal, gambar-
gambar tersebut dapat membantu mereka membayangkan seolah olah mereka sedang beraksi
di sana. Tujuannya adalah untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran
pertandingan.

Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi sesuatu


pertandingan dan berlatih untuk meningkatkan aspek-aspek berkaitan permainan. Ini adalah
untuk membiasakan mereka dengan peranan ahli pasukan di samping dapat memantapkan
peranan sendiri. Contohnya ahli pasukan bola keranjang boleh menggunakan imageri untuk
meningkatkan strategi pertandingan yang baru. Beberapa alternatif strategi mesti diadakan
sebab setiap pasukan lawan bermain dalam situasi sebenar. Melalui imageri, mereka boleh
mempertajamkan strategi pasukan mereka.

Mental imageri boleh digunakan sebagai previu yang dilakukan beberapa minit
sebelum pertandingan. Ini lebih mudah dilakuan dalam kemahiran tertutup seperti gimnastik.
Atlet akan dapat mengetahui dengan tepat apa aksi atau pergerakan yang terlibat. Gambaran
keseluruhan rutin pergerakan dapat membantu siri pergerakan yang lebih automatik. Jadi
semasa persembahan, fokus ditumpukan kepada transisi pergerakan yang sukar dalam tugas
seperti gimnastik. Dwight Stones, seorang atlet lompat tinggi Olimpik telah menggunakan
imageri mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum melakukan lompatan. Stones akan merenung
palang lompat tinggi sambil melakukan imageri mental. la akan membayangkan dirinya
melakukan lompatan dengan teknik yang betul dan tepat. Pada peringkat pertandingan reviu
melalui imageri juga boleh digunakan bagi mengesan kelemahan dan kesilapan, seterusnya
tindakan yang betul dapat diambil untuk pertandingan berikutnya.

iii. Penyelesaian Masalah

Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau kemahiran untuk
mengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau pertandingan. Atlet boleh
menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam imageri untuk mengesan di
mana masalah itu berlaku. Setelah dikenal pasti masalah tersebut, maka atlet itu bolehlah
menggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan (part to whole) dalam latihan imagerinya
sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.

11
iv. Pemulihan Dari kecederaan
Latihan imageri mental boleh juga digunakan semasa pemulihan dari kecederaan. Kebanyakan
atlet yang tidak dapat beraksi boleh melakukan latihan mental melalui pemerhatian. Mental
imageri digunakan untuk 'cope' dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh
mempercepatkan pemulihan serta melindungi kemahiran dan prestasi fizikalnya daripada
merosot. Satu teknik yang berkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau kecederaan sembuh
adalah dengan menggunakan visual untuk meningkatkan bekalan darah pada anggota yang
cedera. Ini bergantung pada keupayaan konsentrasi. Untuk mengatasi kesakitan anda boleh
menggambarkan anda berada di satu tempat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini boleh
mengelakkan anda, dari merasai sakit yang dialami. Untuk melakukan semua ini, atlet itu perlu
belajar mengawal konsentrasi dan bagaimana hendak mengekalkan imej.

2.5 LATIHAN MENTAL (IMAGERI) DALAM SUKAN BOLA KERANJANG

Dalam permainan bola keranjang kekuatan dari segi mental amat penting bagi mencapai satu
kejayaan atau satu matlamat. Sebagai seorang jurulatih bola keranjang harus tahu akan
kemampuan setiap pemain mereka. Seorang jurulatih yang mendalami bidang bola keranjang
tahu bagaimana cara untuk memastikan kejayaan dapat dicapai. Di negara luar khususnya kita
boleh lihat bahawa mutu bola keranjang mereka meningkat kebelakangan ini, hal ini
disebabkan oleh jurulatih yang berpengalaman dan berpengetahuan mereka yang
mengaplikasikan pelbagai cara demi kejayaan pasukan mereka. Banyak jurulatih yang tahu
melatih tetapi di Malaysia kurangnya jurulatih yang berpengetahuan dan berkelayakan terhad,
pekara ini yang menyebabkan kita terpaksa mencari jurulatih dari luar negara.

Dalam konteks sukan bola keranjang, terdapat banyak jenis latihan yang mana latihan
tertumpu kepada fizikal sahaja, tetapi jika diihat diluar negara, banyak jenis latihan yang baharu
diterapkan kepada pemain. Saya ingin tekankan disini berkaitan dengan latihan mental juga
dikenali sebagai latihan Imageri. Latihan imageri memberi peluang kepada seseorang itu
berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan cara mengambarkan masalah tersebut di
dalam minda sebelum berdepan dengan masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri
sering digunakan bagi mempelajari kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan
prestasi atlet. Selain itu, peranan latihan imageri adalah untuk mengingatkan sesuatu bentuk

12
pergerakan, mengawal diri, mengenalpasti masalah dan memotivasikan diri selain daripada
membolehkan seseoorang itu merasakan sesuatu kejayaan.

Latihan imageri ini harus ada dalam setiap pasukan bola keranjang, kerana dalam
permainan bola keranjang pelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi
dan yang paling penting kebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia
akan melatih pemain untuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh
diterapkan dalam sesi latihan agar pemain dapat mengenal diri, kebolehan, kekuatan bagi
mencapai kejayaan.

Saya ingin memberi contoh pemain bola keranjang berimaginasi dalam situasi tertekan
dan tekanan akan timbul apabila emosi seseorang pemain tidak terkawal, pekara ini biasanya
berlaku apabila pasukan berhadapan dengan situasi ketinggalan mata. Dengan latihan imageri,
seseorang pemain itu boleh mengawal emosi dan tekanan yang dihadapi pada ketika itu.
Sebagai contoh dalam perlawanan antara dua pasukan bola keranjang yang terkenal didunia
iaitu Portland Trail Blazers dan Houston Rockets. Pada ketika itu pasukan Portland ketingalan
2 mata dengan Houston Rockets iaitu 96-98, kita dapat lihat tekanan yang dihadapi oleh pemain
Portland oleh kerana masa permainan hanya berbaki 0.9 saat. Pasukan Portland harus
menjaringkan 3 mata untuk memenangi perlawanan tersebut dan pada detik terakhir salah
seorang pemain Portland iaitu Damian Lillard menjaringkan 3 mata yang mana telah memberi
kemenangan dengan margin mata hanya 1 mata sahaja. Hasil jaringan tersebut menghidupkan
suasana riuh rendah dengan laungan sorokan kegembiraan daripada penonton di stadium
seperti baru sahaja menyaksikan perlawanan yang cukup sengit dan hebat. Ahli pasukan
Portland yang lain berlari dan memeluk Damian dengan perasaan yang sangat gembira malah
seakan tidak percaya akan kemenangan itu. Dalam situasi sebegini, kita harus mengawal
tekanan tersebut. Kepuasan diri akan terhasil atas kebangkitan. Situasi seperti ini sering berlaku
dalam sukan bola keranjang dan peluang untuk menjaringkan gol akan terhidang dalam
pelbagai situasi dan keaadan.

Oleh itu sebagai seorang jurulatih yang bagus haruslah menerapkan latihan imageri ini
kepada atlet mereka kerana latihan mental seperti ini dapat memotivasikan diri sendiri dan juga
ahli pasukan yang lain.

13
3.0 KEPENTINGAN PSIKOLOGI SUKAN

Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup
menarik serta mendapat perhatian umum. Psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas
dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen
berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan
memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri.
Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat
mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga
dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan
menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Pengkaji dalam bidang ini sangat berminat dalam peningkatan psikologi yang dapat
mempengaruhi kehidupan manusia melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan
sukan. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai satu petunjuk dan perubahan positif yang berlaku
dalam diri atlet dalam menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi
kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada
penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Beberapa penemuan kesan psikologi
ini memberi manfaat kepada penglibatan dalam aktiviti sukan. Salah satunya seperti
peningkatan keyakinan diri dan kefahaman konsep kendiri yang dapat membantu pengekalan
penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan.

Terdapat tiga cabang utama bagi pengamal psikologi sukan iaitu klinikal, pendidikan dan
penyelidikan. Sebagai seorang pengamal psikologi perlu mempunyai latar belakang akademik
yang berkaitan dengan psikologi, psikiatri dan bidang berkaitan. Pengamal juga perlu
mempunyai pengalaman bekerja dengan atlet dan jurulatih.

Dari sudut psikologi, kepentingannya dapat dilihat iaitu, membolehkan jurulatih


memahami bertingkah laku atlet, sebelum semasa dan selepas sesuatu pertandingan. Dalam hal
itu, psikologi akan membantu atlet lebih memahami diri mereka sendiri, serta membantu
jurulatih merancang kaedah yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah yang timbul,
daripada diri atlet itu sendiri. Oleh itu, dengan wujudnya kajian berkaitan dengan psikologi,
pengkaji dapat memberi bantuan kepada jurulatih pada masa kini untuk memberikan kaedah
yang sesuai untukatlet bagi mengurangkan masalah yang timbul daripada dalam diri atlet itu
sendiri.

14
Antara kepentingan lain yang dapat dikenalpasti ialah, jurulatih dapat mengetahui tahap
perkembangan atlet daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, jurulatih dapat
merancang latihan yang sesuai berdasarkan kepada perkembangan seseorang atlet. Dalam hal
ini, sebagai seorang jurulatih sewajarnya mengetahui jenis tubuh badan serta bakat yang ada
dalam diri seseorang atlet. Contohnya, dari segi perkembangan fizikal atlet iaitu dari sudut
perkembangan bentuk badan atlet itu sendiri. Teori somatotypes ini menyatakan bahawa
manusia secara umumnya terbahagi kepada 3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut
3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan Endomorph, Mesomorph, Ectomorph.

Selain itu, psikolgi sukan berkepentingan dalam mengumpul maklumat murid serta
membolehkan seseorang jurulatih mengkaji atlet tersebut berdasarkan masalah psikologi.
Bidang psikologi sukan dapat menyatakan, menerangkan dan membuat andaian berdasarkan
kepada kajian yang dilaksanakan. Hal ini amat penting dalam perkembangan sukan kerana,
atlet seringkali akan menghadapi masalah psikologi dalam pelbagai situasi. Oleh yang
demikian, amat penting psikologi sukan diterapkan dalam diri seseorang atlet.

Kesimpulanya, pisikologi sukan adalah sains sosial yang komprehensif menyelidik


fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami perkembangan dan perubahan dalam
sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang perhubungan di antara sukan dan fenomena sosial,
tetapi mengkaji tentang tingkah laku masyarakat di antara manusia dengan sukan, perhubungan
konsep sosial, dan struktur, fungsi, dorongan kepada pembangunan dan faktor kekangan dalam
sukan, lalu digunakan untuk mempromosi pembangunan sukan dan sosial yang rasional.

4.0 RUMUSAN

Psikologi sukan ini amat mempengaruhi prestasi atlet. Ia terpulang bagaimana seorang jurulatih
mengendali latihan mental. Dalam tugasan ini kami memilih latihan imageri sebagai latihan
mental yang kami terapkan kepada diri kami sendiri, kerana sesuatu sukan memerlukan latihan
mental agar dapat memperbaiki dan memotivasikan diri sendiri. Selain itu, semasa mencari
maklumat berkenan dengan latihan mental yang dilaksanakan, mendapati latihan ini juga
mampu menurunkan prestasi atlet. Hal ini kerana, atlet akan berasa tertekan dan kecewa
sekiranya apa yang diingini tidak seperti yang dia lakukan. Namun, sebagai seorang jurulatih
haruslah memainkan peranan bagi mengelakkan atlet berasa kecewa dan membuat tindakan

15
yang tidak wajar. Oleh yang demikian, pengetahuan berkaitan dengan psikologi dan sosiologi
sukan perlu ada dalam diri jurulatih tersebut.

Latihan imageri ini akan berjaya sekiranya seorang jurulatih mempunyai kemahiran
melatih mental atletnya agar memahami konsep sebenar latihan mental tidak hanya mendengar
arahan sahaja. Kebanyakan jurulatih hanya melatih fizikal sahaja tidak mempedulikan mental
atlet, maka prestasi atlet untuk meningkat sukar untuk dicapai. Latihan imageri ini harus ada
dalam setiap individu dalam sukan, kerana dalam sukan pelbagai situasi yang kita akan jumpa,
contohnya tekanan, emosi dan yang paling penting kebimbangan dan kebangkitan. Apabila
latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia akan melatih pemain untuk berimaginasi dengan
diri sendiri. Latihan seperti ini boleh diterapkan dalam sesi latihan agar pemain dapat mengenal
diri, kebolehan dan kekuatan bagi mencapai kejayaan.

Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi
sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang
mana melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk
mengaplikasikan strategi serta teori ini, seseorang itu hendaklah mengetahui konsep dan fokus
utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu
pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah
dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan
serta perkembangannya kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah
dititikberatkan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar
belakang pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini.

16
5.0 JURNAL BERKAITAN DENGAN LATIHAN IMAGERI DALAM SUKAN

17
RUJUKAN

Mohamad Nizam Bin Asmuni. (2010). Kekuatan Mental Pemain Bola Sepak Piala Malaysia
Musim 2007/2008.

David Shearer, S. M. (2009). The Effects of a Video-Aided Imagery Intervention upon


Collective Efficacy in an International Paralympic Wheelchair Basketball Team.

Ibrahim, M. F. (2009). Penggunaan kaedah ‘Mental Rehearsal’ untuk membantu murid tahun
5 yang akan mewakili sekolah dalam permainan bola tampar dalam melakukan
kemahiran menyangga mengikut teknik dan cara yang betul.

Saarani, S. R. (2008). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat
Universiti.

Mohd Sofian Omar Fauzee. (2003). Sosio-Psikologi: Sukan dan Kegiatan Fizikal.
Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn Bhd.

18