Anda di halaman 1dari 2

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal : 1/4


Minggu Internship : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 18 Feb2019
Tajuk Jurnal : Pengurusan Portfolio

1. Masalah / Peristiwa

Saya mengalami sedikit masalah dalam pengurusan portfolio apabila terdapat


beberapa perubahan baharu dalam pengurusan pentadbiran sekolah. Terdapat dua orang
guru sekolah yang telah berpindah dari perkhidmatan. Maka saya perlu memperbaharui
maklumat sekolah yang terkini agar sesuai dengan perubahan pengurusan sekolah. Saya
juga perlu pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah, menyesuaikan diri dengan
bahasa pertuturan murid dan cuba untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk
program internship daripada pengurusan sekolah..

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana sikap rendah diri yang ada pada diri saya. Saya berasa
rendah diri untuk bertanya kerana saya mempunyai perasaan bahawa saya memaksa
guru yang sibuk dengan kerja mereka untuk mendapatkan maklumat.Masalah rendah diri
dalam hal ini menjadi kekangan untuk saya menguruskan dan menyesuaikan diri di
sekolah.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui maklumat tentang
pengurusan sekolah yang terkini.
b.) Saya harus mendapatkan panduan daripada pihak sekolah agar saya dapat
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c.) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan hubungan
interpersonal dan intrapersonal.
d.) Saya harus membuang perasaan negatif dalam diri saya dan mengelakkan
prasangka untuk mengatasi masalah pengurusan diri.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu Februari 2019. Pengurusan diri
dan komunikasi berkesan adalah penting untuk memastikan keselesaan dan wujudnya
hubungan baik dengan warga sekolah.

Disemak oleh Mentor Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai