Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi kepada kerja kursus
projek (KKP) untuk subjek Kemahiran Pengamatan Dalam Pendidikan Pemulihan (PKPK3023)
saya. Saya Nor Hanim binti Mahsar berasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat
menyiapkan tugasan ini. Semua ini adalah atas dorongan rakan-rakan, pensyarah dan ibu bapa
saya yang sentiasa membantu dan menyokong saya dari belakang untuk menyiapkan tugasan
ini. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada tepat
masanya.

Dalam menyiapkan tugasan ini, mustahillah jika saya tidak menghadapi cabaran
semasa proses menyiapkan tugasan ini. Terdapat beberapa masalah dan kekangan yang saya
hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalah yang saya hadapi ialah mencari bahan
rujukan mengenai pengamatan pendengaran melalui buku dan jurnal. Walaupun ada sumber
rujukan dari buku, namun buku itu tidak mempunyai tajuk yang lebih terperinci seperti yang
dikehendaki oleh tugasan ini. Walaupun sukar mencari sumber rujukan melalui buku, namun
saya berusaha juga untuk melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan kerja projek ini. Hal ini
demikian kerana masa amat terhad untuk menyiapkan tugasan ini kerana masa terlebih luang
untuk mencari bahan kerja kursus dan sumber rujukan. Bukan itu sahaja, saya terpaksa
mencari bahan kerja kursus untuk subjek lain kerana tugasan-tugasan subjek lain perlu di
hantar kepada pensyarah dalam waktu yang terdekat juga. Namun, masalah ini tidak
mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya cuba merancang masa
dengan baik iaitu dengan mengutamakan tugasan yang perlu dihantar pada tarikh yang lebih
awal.

Seterusnya, saya juga menghadapi masalah untuk mengaitkan bahan rujukan di dalam
esei. Kehendak tugasan ini ialah menghuraikan aspek pengamatan pendengaran dan
mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan kemahiran pengamatan pengamatan. Saya
mempunyai masalah mengaitkan bahan rujukan di dalam penulisan saya kerana sumber
rujukan saya hanya menerangkan secara umum tentang pengamatan pendengaran. Saya
berusaha untuk menghasilkan penulisan yang baik dan mencurahkan idea-idea yang baik untuk
menyempurnakan kehendak tugasan ini.
Akhir kata, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
baik dan tepat pada masanya. Selain dapat meningkatkan prestasi dalam penulisan, saya
mendapat input yang baik dari tugasan ini. Sebagai seorang bakal guru, saya akan memainkan
peranan yang penting di sekolah pada suatu hari kelak untuk membantu pelajar dan merancang
strategi pembelajaran yang efektif selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia. Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini, saya berserah kepada yang
Maha Esa agar pensyarah berpuas dengan hasil tugasan saya.