BANGSA MALAYSIA
● Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
● Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
● Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
● Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
● Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
● Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
● Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
● Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
● Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
● Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
● Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
● Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
● Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
● Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
● Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
● Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
● Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
● Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
● Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu
seperti Kesultanan Melayu Melaka.
● Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
● Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik
untuk melicinkan pentadbiran.
● Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada
org Melayu.
● Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan
asal masing-masing.
● Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
● Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa
raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
● Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep
Melayu Raya dapat dilaksanakan.
● Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
● Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-
raja Melayu.
● Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
● Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
● Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
● 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays
Organization ( U.M.O ).
● Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala
Lumpur.
● Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
● Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu.
● Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan
Malayan Union pada 1 April 1946.
● Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka
kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
● Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka
kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
● Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
● Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir
Cecil Clementi.
● Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
● Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D
Gammans.
● Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu
untuk menyokong penentangan terhadap British.
● Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat
senjata.
● Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk
menolak Malayan Union.
● Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
● Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan
Union,
● Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli
Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.
● Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.
● Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur.
● Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.
● Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
● Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
● Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
● Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
● Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang.
● Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan
1941.
● Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua
mereka.
● Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS
menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.
● Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat
bantahan kepada kerajaan British.
● Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas.
● Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.
● Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa
beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
● Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.
● Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
● Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan
Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
● Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan
terbuka daripada penduduk tempatan.
● Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.
SISTEM AHLI
● Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah
Melayu.
PAKATAN MURNI
● Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur
politik melalui rundingan.
● Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan
penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
● Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA).
Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
● Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah
Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
● Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis
Perundangan Persekutuan (MPP).
● Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
● IMP terbuka kepada semua kaum.
● Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.
● Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.
4. Konvensyen Kebangsaan
● Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
● Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.
● Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.
SURUHANJAYA REID
1. Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.
5. TUN V. T SAMBANTHAN
● Presiden MIC
● Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
● Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.
● Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.
● Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi
pilihanraya Hong Lim di Singapura.
● Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan
Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
● Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan
kemerdekaan kepada Singapura.
● Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
● Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti
Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
● Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist
Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
● Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang
kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
● Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana
pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
● Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum
membangun.
● British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura
dan wilayah-wilayah Borneo.
2. FAKTOR EKONOMI
● Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan
perkembangan industri pertanian.
● Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber
yang ada di negeri-negeri ini.
● Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei
kaya dengan minyak.
2. Reaksi Singapura
● Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.
● Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk
baru.
● Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.
● Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan
pandangan rakyat.
● Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.
● Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura.
●
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
● Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.
● Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.
● Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri.
● Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.
● SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
● PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan
dikuasai oleh org Melayu.
● Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.
● Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
● PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.
4. Reaksi Sarawak
5. Reaksi Sabah
● UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
● Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
● Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara
20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
● Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
● Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan
Malaysia.
● Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
● Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.
● Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah
Melayu.
● Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.
● Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-
● Ketua Negeri
● Bahasa Kebangsaan
● Agama Islam
● Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
● Kerakyatan
● Peruntukan Kewangan
● Pelajaran.
6. Reaksi Brunei
● Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
● Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang.
● Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada
Sarawak, Sabah dan Brunei.
● PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.
● A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara
(TNKU).
● A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina.
● Melancarkan pemberontakan pada 1962.
● Dapat dipatahkan oleh tentera British.
● A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.
● Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
1. Reaksi Indonesia
● Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.
● Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk
neokolonialisme.
● Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
● Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
● Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
● Antara tindakan Indonesia:-
● menghantar pengintip
● serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
● Menceroboh ruang udara
● Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
● Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
● Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
● Tindakbalas Malaysia.
● mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan
Kanada.
● Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung
pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
● Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia
dan Inonesia.
● Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
● Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto
yang menggulingkan Soekarno.
● Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.
● Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.
2. Reaksi Filipina
● Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
● Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
● Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron
Von Overbeck.
● Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat
perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British.
● Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
● Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
● Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
● Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22
Januari 1958.
● Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
(d) MAPHILINDO
● Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina
telah diadakan.
● Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di
Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
● Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
● Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).