Anda di halaman 1dari 18

Modul Penulisan ….

PANDUAN MENULIS KARANGAN


1. Menulis Pendahuluan – Teknik BiSSTT

1. Ayat Binaan (Bi) - Bina ayat pertama berdasarkan isu yang dikemukakan dalam soalan
2. Ayat Sejarah -Bandingkan situasi dahulu dengan situasi sekarang
3. Ayat Semasa - Bandingkan situasi dahulu dengan situasi sekarang
4. Ayat Tokoh -Masukan petikan kata-kata menteri/tokoh
5. Ayat Tanya - Mewujudkan persoalan – berkaitan dengan tajuk

CONTOH SOALAN: Remaja dewasa ini amat terdedah dengan pelbagai gejala sosial.
Huraikan peranan ibu bapa dalam menangani isu ini.

Dimensi: Keluarga
Isu yang perlu dibincangkan: Gejala sosial dalam kalangan remaja – senaraikan beberapa gejala sosial
Tugasan: Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengurangkan/menyelesaikan isu gejala
sosial

1. Ayat Binaan (Bi) - Bina ayat pertama berdasarkan soalan


Sejak akhir-akhir ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja menjadi topik hangat untuk dibincangkan
oleh media-media massa. Topik ini juga sering menjadi tajuk utama dalam akhbar-akhbar tempatan.

2. Ayat Sejarah
Jika dahulu, remaja sentiasa patuh arahan ibu bapa dan mereka hanya mengikuti apa-apa sahaja
kehendak orang tua mereka. Oleh hal yang demikian, gejala sosial amat jarang berlaku.

3. Ayat Semasa
Namun kini, selaras dengan perkembangan semasa yang semakin maju, remaja mudah terpengaruh
dengan kemelut gejala sosial seperti lari dari rumah dan merokok dan keadaan ini amat
membimbangkan banyak pihak.

4. Ayat Tokoh
Menurut sarjana Islam yang tersohor ada mengungkapkan jika kita ingin melihat masa depan negara,
lihatlah pada diri remajanya.

5. Ayat Tanya
Sebagai persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menangani isu gejala sosial dalam kalangan
remaja?
Modul Penulisan ….2

2. MENGHURAI ISI – KAEDAH IMBaKUP

CONTOH SOALAN: Remaja dewasa ini amat terdedah dengan pelbagai gejala sosial.
Huraikan peranan ibu bapa dalam menangani isu ini.

I (IDEA): Memberikan didikan agama


M (MENGAPA): panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
Ba (BAGAIMANA): mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar
memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu
mencegah kemungkaran
K (KESAN): takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
U (UNGKAPAN MENARIK): Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan
lumpuh.”
P (PENEGASAN): Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.

3. PENUTUP

3 Jenis Ayat – Ayat Kesimpulan | Ayat Cadangan | Ayat Harapan

CONTOH
SOALAN: Remaja dewasa ini amat terdedah dengan pelbagai gejala sosial.
Huraikan peranan ibu bapa dalam menangani isu ini.

1. Ayat Kesimpulan
Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk jiwa remaja agar dapat
mewujudkan golongan remaja yang kalis daripada pelbagai gejala negatif.

2. Ayat Cadangan
Oleh itu, ibu bapa perlulah mengorak langkah yang jitu lagi padu untuk mewujudkan institusi
keluarga yang mengamalkan nilai-nilai positif seturusnya dapat menyumbang kepada wujudnya
masyarakat yang berdisiplin.

3. Ayat Harapan
Adalah diharapkan agar gejala-gejala negatif yang sering diperkatakan ini akan semakin
berkurangan kesan daripada langkah-langkah proaktif daripada ibu bapa.
Modul Penulisan ….3

KERTAS 1
Praktis 1
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli
barangan buatan tempatan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN

Meningkatkan Imej Negara

Menyemai Semangat Patriotik Memajukan Industri Tempatan


Modul Penulisan ….4

Praktis 2
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada seni mempertahankan diri di Malaysia dan
maklumat tentang kelebihan mempelajarinya.
Huraikan pendapat anda tentang kelebihan mempelajari seni mempertahankan diri.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KELEBIHAN MEMPELAJARI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Seni Silambam Seni Silat

Seni Taekwando

Mempertahankan Diri Mendisiplinkan Diri Menyihatkan Badan


Modul Penulisan ….5

Praktis 3
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat grafik di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang kegunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam kehidupan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

KEGUNAAN TMK DALAM KEHIDUPAN

 Dapat Berkongsi Pendapat dengan Orang Lain


 Memperoleh Maklumat dengan Mudah dan Pantas
 Menjanakan Pendapatan
Modul Penulisan ….6

Praktis 4
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah kitar
semula. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH PROGRAM KITAR SEMULA


 Mengekalkan Keseimbangan Ekosistem
 Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar
 Mengelakkan Kepupusan Sumber
Modul Penulisan ….7

Praktis 5
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan amalan membaca dan sebahagian kepentingan amalan tersebut
kepada masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA

Menambah
Ilmu Pengetahuan
Mencetuskan Meningkatkan
Idea Baharu Kemahiran Berbahasa
Modul Penulisan ….8

Praktis 6
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan amalan
menabung dalam kehidupan masyarakat di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEISTIMEWAAN AMALAN MENABUNG

Persediaan Waktu Kecemasan Simpanan Hari Tua

Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Awam


Modul Penulisan ….9

Praktis 7
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Grafik di bawah menggambarkan aktiviti kejiranan yang patut diamalkan dan kepentingannya
kepada masyarakat dan negara.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan kejiranan di Malaysia. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN AMALAN KEJIRANAN

 Memupuk perpaduan
masyarakat pelbagai
kaum

Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan


 Menjamin
Keselamatan Penduduk
Setempat

 Membantu ketika
Berlaku Kecemasan

Berkenal-kenalan atau bertegur sapa


Modul Penulisan ….10

Praktis 8
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan
mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

KEBAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Menyemai Menghargai Memupuk


Semangat Patriotik Jasa Pemimpin Perpaduan Rakyat
Modul Penulisan ….11

Praktis 9
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti melancong dalam kalangan
masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH-FAEDAH MELANCONG

Merapatkan Hubungan Menambah Maklumat Menghilangkan Tekanan


Kekeluargaan dan Ilmu yang Dialami
Modul Penulisan ….12

Praktis 10
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan antara makanan tradisional tiga suku kaum terbesar di negara
kita dan kepentingannya.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan warisan makanan tradisional di Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

WARISAN MAKANAN TRADISIONAL

MAKANAN TRADISI CINA MAKANAN TRADISI INDIA


Kuih Chung Tosai

MAKANAN TRADISI MELAYU


Nasi Lemak
 Menarik Pelancong Asing
 Merangsang Industri Kecil & Sederhana
 Mengekalkan Jati Diri Bangsa
Modul Penulisan ….13

KARANGAN BAHAGIAN B

PRAKTIS 1

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita
berasa dunia ini semakin kecil.

Huraikan manfaat teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat

Isi 1 : Media sosial berjaya menyempitkan dan mendekatkan komunikasi sosial – mewajarkan kata-
kata, ‘dunia semakin sempit’.

Isi 2 : Menyampaikan maklumat secara tepat, jelas dan asli lagi tulen – maklumat bergerak tanpa
melalui perantara yang bertingkat-tingkat sehingga menjejaskan originalitinya.

Isi 3 : Mendekatkan hubungan dan interaksi sosial di seluruh persada dunia – komunikasi langsung
dan lebih mesra tanpa dibatasi sempadan geografi sosial dan geografi politik – memupuk sifat saling
hormat dan saling memahami.

Isi 4 : Inovasi sistem maklumat lebih canggih dan sofistikated - perantaraan sistem teknologi digital–
inovasi seperti gambar, grafik dan dan ilustrasi membantu fakta dan data disampaikan lebih tepat.

Isi 5 : Mempercepat segala urusan sama ada sama ada urusan secara peribadi mahupun agensi –
semua maklumat berlaku secara segera

PRAKTIS 2

Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk mengisi kemerdekaan
negara yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.

Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi keamanan dan kemajuan negara kita.

Isi 1: Membangunkan jati diri untuk menjadi warganegara yang hebat, bersolidariti serta futuristik –
negara akan pantas membangun apabila memiliki modal insan yang berpandangan jauh - bercita-
cita tinggi dan patriotik.

Isi 2: Menggunakan potensi mental dan fizikal serta cita-cita untuk memajukan potensi ekonomi
negara – anak muda harus ke hadapan memberikan pelbagai cadangan untuk memanfaatkan hasil
mahsul negara – elakkan menjadi anak muda yang hanya berpeluk tubuh dan membenarkan potensi
kekayaan dimonopoli oleh orang lain.

Isi 3: Menjalinkan semangat setia kawan di bawah panji-panji bangsa Malaysia demi mewujudkan
perpaduan dan keamanan yang berkekalan - lucutkan fahaman assobiyah yang saling membenci –
sentiasa berganding bahu dan memupuk persefahaman dan kasih sayang.

Isi 4: Bersedia mengisi dada dengan ilmu pegetahuan, kemahiran dan kepakaran teknologi –
menyahut cabaran dunia alaf baru – bersedia untuk bersaing di pentas global – memacukan
kebolehan untuk sama-sama bangkit dengan negara-negara yang hebat di dunia.
Modul Penulisan ….14

Isi 5: Menanamkan sifat sayang dan mengagumi keindahan dan kesejahteraan alam sekitar –
bertekad untuk mengekalkan potensi alam semula jadi untuk dikongsi bersama dan untuk diwariskan
kepada generasi seterusnya – berani menentang sebarang percubaan yang boleh mencetuskan
kemusnahan khazanah alam.

PRAKTIS 3

Tuntutan pasaran kerja pada hari ini telah melonjakkan permintaan tinggi terhadap belia lepasan
institusi berasaskan kemahiran seperti Kolej Vokasional, Pusat Giat Mara dan Institut Latihan
Perindustrian (ILP).

Ulas pernyataan tersebut selengkapnya.

Isi 1 : Negara dapat melahirkan rakyat (graduan) dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran –
golongan teknikal/vokasonal menjadi tangan emas kepada negara – bakal mewujudkan pelbagai
bidang kerjaya.

Isi 2 : Negara mampu bersaing dengan negara-negara industri yang tersohor di dunia – memiliki
tenaga kerja pakar dalam bidang industri – boleh bersaing dengan negara-negara seperti Jerman,
Perancis, Jepun dan Korea.

Isi 3 : Boleh menjanakan pelbagai peluang kerjaya terutama dalam sektor indsutri – pengetahuan
teknik/vokasional boleh melahirkan tenaga mahir – pelbagai produk industri terhasil – berupaya
memanfaatkan segala potensi hasil mahsul negara menjadi produk industri.

Isi 4 : Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dan tenaga pakar asing – pembangunan
negara mampu dibikinkan oleh kemahiran anak-anak tempatan – mengurangkan pengaliran wang
keluar negara sebagai kos upah warga asing – strategi terbaik mengurangkan kebanjiran buruh asing.

Isi 5 : Malaysia mampu menjadi negara industri dalam tempoh dua dekad lagi – usaha kerajaan
dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – melipatgandakan produk eksport barangan siap
selain produk elektrik dan elektronik – meningkatkan pendapatan KDNK negara.

PRAKTIS 4

Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kejaya yang dapat menjamin masa
hadapan mereka.

Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.

Isi 1: Minat sebagai laluan kerjaya yang paling besar pengaruhnya – tanpa minat seseorang tidak
dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin – minat menjadi motivasi seseorang lebih fokus
dan lebih berjaya – minat mendorong individu sentiasa menambah baik lapangan kerjayanya.

Isi 2: Kemahiran dan kepakaran – kemahiran merupakan potensi individu yang Allah kurniakan –
setiap manusia memiliki bakat dan potensi diri yang tidak sama antara satu dengan yang lain –
kemahiran menjadi aset seseorang itu lebih pantas menyerlah dan produktif dalam kerjaya yang
diceburi.
Modul Penulisan ….15

Isi 3: Faktor tawaran gaji dan kemudahan sokongan – gaji ialah nyawa dan nadi kepada setiap pekerja
– setiap pencari kerja hendaklah menimbangkan dengan teliti setiap tawaran bersesuaian dengan
gaji – insentif lain seperti elaun, kemudahan tempat tinggal, kenderaan dan cuti rehat yang
munasabah

Isi 4: Faktor persekitaran tempat kerja – boleh mewujudkan suasana kerja yang menarik, seronok
dan selamat – rakan sekerja yang saling membantu dan saling menyokong – jarak yang berdekatan
dengan tempat tinggal.

Isi 5: Polisi/dasar majikan yang baik dan bertimbang rasa – majikan yang baik, telus dan bertimbang
rasa sangat penting – sentiasa memikirkan kebajikan pekerja – tidak lokek dan boleh menerima
pekerja sebagai keluarga besar.

PRAKTIS 5

Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari internet yang memberikan pelbagai kesan
kepada mereka.

Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet dalam kalangan anak-anak.

Isi 1 : Ibu bapa sendiri perlu memperlengkap diri dengan pengetahuan teknologi ICT – pengetahuan
supaya ibu bapa tidak tertipu oleh anak-anak – sentiasa mengikuti perkembangan semasa – tidak
menjadi ibu bapa yang fobia teknologi dan buta komputer – timbul rasa gerun kepada anak-anak.

Isi 2 : Ibu bapa berkongsi pengetahuan ICT dengan anak-anak – ibu bapa sekarang sudah celik ilmu
dan teknologi – wujud interaksi yang sihat – anak-anak berasa diri mereka dihargai kerana ibu bapa
turut berkongsi maklumat dengan mereka.

Isi 3 : Mendedahi anak-anak tentang kemajuan teknologi ICT – berfikiran positif daripada negatif –
membimbing anak-anak tentang manfaat yang diperoleh daripada gajet dan peranti – berkunjung ke
pusat pameran ICT untuk menambah pengetahuan.

Isi 4 : Mendidik anak-anak tentang nilai moral, etika dan budaya berilmu – orang yang bijak tahu
mencari yang signifikan bukan ancaman – anak-anak perlu faham segala perkara yang bersifat sadis,
hedonisme, dan anarkis yang membawa musibah kepada diri dan keluarga.

Isi 5 : Ibu bapa mewujudkan interaksi/jalinan yang mesra dengan pihak sekolah – mencegah anak-
anak terperangkap antara dua keperluan iaitu sekolah dan rumah – ibu bapa boleh mendapat
maklumat sahih dari sekolah tentang penggunaan Internet dan ICT – mencegah anak-anak terdedah
dengan unsur-unsur porno dan bahan yang antimoral.

PRAKTIS 6

Guru merupakan insan penting yang perlu dihargai disebabkan mereka menyumbang kepada
pembentukan generasi cemerlang yang diperlukan oleh negara.

Huraikan cara-cara anda menghargai guru.


Modul Penulisan ….16

Isi 1: Menyanjung mulia para guru – memberikan penghormatan tertinggi atas jasa bakti dan jerih
keringat yang telah disumbangkan – sentiasa meletakkan profesion keguruan antara bidang kerjaya
yang amat dihormati.

Isi 2: Mendoakan kesejahteraan mereka – memohon kepada Ilahi agar memberikan kerahmatan
kepada para guru – rahmat sihat, jiwa yang sakinah dan rezeki yang melimpah.

Isi 3: Berusaha sedaya upaya untuk menjadi pelajar yang cemerlang sama ada dalam akademik
mahupun sahsiah – kecemerlangan akademik merupakan hadiah yang paling istimewa kepada para
guru – guru tidak pernah menuntut sebarang bayaran mahupun hadiah sebaliknya amat berbangga
apabila anak-anak didik berjaya.

Isi 4: Menghubungkan silaturahim dengan guru – tidak permah memutuskan hubungan dengan para
guru walaupun sudah lama meninggalkan pusat pendidikan – berusaha menjejaki guru walau di
mana-mana mereka berada – berkirim salam dan menziarahi mereka sama ada dalam keadaan
susah mahupun senang.

Isi 5: Menjauhi segala sifat keji dan mazmumah – semua sifat buruk yang dilakukan oleh seseorang
murid ibarat menyapu arang ke muka guru – tiada seorang pun guru yang mengajarkan perkara keji
kepada anak didik – imej guru akan terpalit dengan aib.

PRAKTIS 7

Pengangkutan awam di negara kita semakin tiidak mendapat sambutan disebabkan beberapa faktor
Hal ini sudah pasti dapat diatasi dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam di negara kita.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang berjudul, “Usaha Meningkatkan
Sistem Pengangkutan Awam Negara”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Isi 1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar – mengangkat


taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional – pengangkutan awam lebih canggih,
lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian – cadangan mewujudkan lorong khas untuk
pengangkutan awam.

Isi 2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam – dapat menarik minat penumpang
serta sesuai dengan pilihan mereka – kenderaan konvensional seperti bas dan teksi kepada
kenderaan yang lebih sofistikated.

Isi 3 :Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian pengangkutan awam –
menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi
utama ke destinasi hiliran – sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir
kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien.

Isi 4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi kepada pengguna
perkhidmatan awam – menukar paradigma berfikir masyarakat bahawa pengangkutan awam sekadar
untuk golongan marhaen – logistik dan status kenderaan hendaklah memenuhi pilihan dan cita rasa
setiap kelas masyarakat – ambil cara modus operandi perkhidmatan teksi Uber yang sangat efisien.
Modul Penulisan ….17

Isi 5 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal – untuk mengurangkan lambakan kenderaan dalam
waktu puncak – mewujudkan jarak masa pekerja yang anjal antara agensi kerajaan, GLC, institusi
pendidikan dan sektor swasta (perlu dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan).

Isi 6 :Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha pengangkutan awam dalam budaya
berfikir kelas pertama (pemikiran berkelas dunia) – menjadikan bidang pengangkutan awam sebagai
pekerjaan yang mulia dan lumayan – menjadi pemandu yang berhemah, mesra pelanggan dan
berilmu pengetahun – membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai kasar, baran dan pengotor.

PRAKTIS 8

Pengguna bijak mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga.

Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.

Isi 1: Pengguna dapat mengawal perbelanjaan dan berbelanja secara berhemat – berwaspada
dengan taktik iklan, promosi dan pujuk rayu – gunakan kuasa beli pada tempat yang betul – jadilah
pengguna bijak bukan terlajak.

Isi 2: Pengguna berhak menggunakan kuasa yang ada dalam menentukan urusan beli belah –
merancang terlebih dahulu sebelum membeli - berbelanja atas keperluan bukan atas keinginan.

Isi 3: Pengguna tidak mudah tertipu dengan sewenang-wenangnya – menyiasat dan mengenal pasti
aspek kualiti barangan – menilai secara bijak helah penjual melalui iklan yang tidak munasabah –
tidak terburu-buru membeli – biar peniaga yang memujuk bukan pengguna yang terlalu obses
membeli.

Isi 4: Dapat mewujudkan situasi pasaran menang-menang – peniaga bertindak secara lebih
demokratik dan bertanggungjawab – pengguna menyokong peniaga secara berhemat – urusan jual
yang dikawal oleh norma agama dan moral.

PRAKTIS 9

Warga tua merupakan teras masyarakat dan telah banyak berjasa terhadap negara. Oleh itu golongan
ini haruslah dihargai atas jasa dan pengorbanan mereka.

Huraikan usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Isi 1: Kerajaan selaku pemegang amanah negara wajar melaksanakan pelbagai inisiatif untuk
menjaga kebajikan warga emas – warga emas perlu dijadikan komuniti terpilih dan terjaga kebajikan
mereka – menyediakan pelbagai institusi seperti rumah penjagaan dan rumah transit –
memperuntukkan biaya makanan dan ubat-ubatan.

Isi 2: Agensi kerajaan dan NGO hendaklah menjalankan kempen secara aktif tentang kesedaran
menjaga warga emas – menangani sikap rakyat Malaysia yang kurang prihatin terhadap nasib
golongan lemah ini – Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital dan Kementerian Pengangkutan perlu
ada dasar yang tegas terhadap keselamtan mereka.
Modul Penulisan ….18

Isi 3 : Ibu bapa berperanan menceritakan kehebatan dan sumbangan datuk dan nenek kepada anak-
anak – anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang sedang dialami oleh mereka ialah hasil
daripada pengorbanan induk yang lebih tua.

Isi 4 : Masyarakat harus memupuk kesedaran supaya warga emas perlu tinggal bersama dengan
anak-anak – mengelakkan nasib buruk warga tua terbiar dan terlantar bersendirian – memupuk kasih
sayang dalam kalangan anak cucu – terjalin perasaan mesra dan hormat.

Isi 5 : Generasi muda perlu dididik supaya bersikap merendah diri kepada orang-orang tua –
memberikan ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua – elakkan bercerita tentang
sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif.

PRAKTIS 10

Program kitar semula yang disarankan oleh pihak kerajaan banyak mendatangkan manfaat.

Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperoleh daripada program kitar semula.

Isi 1: Kualiti alam sekitar akan terus terjaga – terhindar daripada masalah longgokan sampah sarap
– terhindar daripada bencana pencemaran bau dan mencacatkan pemandangan - keindahan alam
terjaga bersih dan cerlang – kehidupan lebih sihat dan sejahtera.

Isi 2: Dapat mengurangkan tragedi malapetaka seperti banjir, kebakaran dan pemanasan –
pembuangan sampah tanpa sistem menyebabkan longkang dan sungai tersumbat, cetek dan
menyekat aliran – kebakaran tempat pelupusan sampah mengakibatkan pelepasan gas beracun –
mengundang pelbagai panyakit berbahaya.

Isi 3: Meminimumkan eksploitasi sumber baharu – banyak bahan terpakai yang boleh diproses
semula – memaksimumkan potensi penggunaan bahan mentah terpakai – mengurangkan
penerokaan sumber baharu seperti pembalakan dan perlombongan – hasil mahsul negara boleh
dimanfaatkan dalam jangka masa yang panjang.

Isi 4: Kitar semula sebagai satu sektor industri hiliran/industri kecil dan sederhana (IKS) - bahan
terbuang boleh diproses semula – suatu industri yang inputnya rendah tetapi memberi pulangan yang
tinggi – mengurangkan barangan import - mewujudkan peluang pekerjaan.

Isi 5: Strategi terbaik menarik kedatangan pelancong – mengambil contoh negara-negara maju di
Eropah dan Jepun yang amat mementingkan aspek kebersihan sebagai produk pelancongan –
Norway sebuah negara maju yang amat terkenal dengan jolokan negara zero sampah – alam sekitar
terkawal, pemandangan cantik, udara bersih hidupan flora dan fauna segar dan sihat.

Anda mungkin juga menyukai