Anda di halaman 1dari 19

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

(KURSUS DALAM CUTI)

KDPM ( KDC)

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

MODUL 10

____________________________________

PROFESIONALISME INSAN GURU


PENDIDIKAN AWAL
KANAK - KANAK
_____________________________

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MEI 2006
MODUL 10
10 : PROFESIONALISME INSAN GURU PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

SINOPSIS
Unit ini membincangkan tentang konsep profesional pendidikan awal kanak-
kanak, Kod Etika perlakuan guru yang terbabit dalam pendidikan awal kanak-
kanak, Kod Etika tangungjawab guru terhadap kanak-kanak, ibu bapa, keluarga,
pentadbir, pekerja dan masyarakat. Prestasi profesionalisme guru prasekolah
boleh dinilai dari perspektif yang luas dan secara khusus boleh ditumpukan
kepada beberapa aspek penting yang memberi fokus kepada ciri-ciri keunggulan
dan kewibawaan, perkembangan dan ketrampilan seorang guru prasekolah.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti modul ini anda akan dapat:


1. menjelaskan konsep profesional dalam pendidikan awal kanak-kanak
2. mengetahui kategori perkembangan pendidikan awal kanak-kanak
3. memahami bidang perkembangan pendidikan awal kanak-kanak
4. memahami peringkat perkembangan kanak-kanak
5. memahami kepentingan profesionalisme
6. memahami komitment guru
7. memahami pengetahuan asas profesionalime
8. memahami Kod Etika Profesional
9. memahami guru sebagai model

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL


1. Sebelum anda menggunakan modul, sila baca dan cuba fahami objektif
modul ini .
2. Seterusnya anda perlu membaca nota yang berkaitan dengan tajuk. Anda
digalakkan supaya mendapat khidmat kepakaran daripada pensyarah mata
pelajaran anda semasa anda menghadiri kuliah/ sesi interaksi di maktab.

2
3. Setelah membaca nota, sila baca soalan latihan dan cuba jawab soalan
tersebut sendiri.
4. Anda digalakkan untuk membuat refleksi terhadap penggunaan modul ini.

10.1. APAKAH PROFESIONALISME DALAM PENDIDIKAN


PRASEKOLAH ?

Definisi Profesionalime

Profesionalisme boleh dikaitkan dengan darjat, martabat atau prestij dan


kedudukan sosial yang tinggi dan dilihat sebagai elit, diingini dan dikagumi. Dari
segi ekonomi pula ia merupakan sumber kehidupan yang memberi kemewahan
kepada individu. NAEYC ( National Association for the Education of Young
Children,1994 ) telah menjelaskan satu definisi yang piawai untuk definisi
profesionalisma dalam prasekolah iaitu untuk menyediakan program ke arah
perkembangan kanak-kanak. Piawai yang ditetapkan NAEYC untuk pendidikan
prasekolah ke arah profesionalisme adalah seperti berikut:
10.1.1 Mempromosi perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran
mereka.
10.1.2 Membina kekeluargaan dan hubungan komuniti.
10.1.3 Membuat pemerhatian dan mendokumentasikan bentuk
sokongan yang diberikan kepada kanak-kanak.
10.1.4 Menitikberatkan aspek pengajaran dan pembelajaran
- hubungkaitkan kanak-kanak dan keluarga
- menggunakan perkembangan pendekatan yang berkesan
- memahami isi kandungan dalam pendidikan awal kanak-kanak
- membina kurikulum yang bermakna

10.2 KATEGORI PERKEMBANGAN PROFESIONAL PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK
Tiga katogeri perkembangan profesional yang sangat penting di dalam
pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut:
1. Memberikan komitment yang tinggi kepada profesion:

3
 meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-
kanak.
 Melengkapkan diri dalam program latihan pendidikan awal kanak-
kanak.
 Melengkapkan perkhidmatan dalam bidang pendidikan awal kanak-
kanak.
2. Berkelakuan mengikut etika terhadap kanak-kanak, keluarga mereka dan
kaki tangan yang terlibat:
 menghormati semua orang
 menunjukkan keperihatinan kepada semua kanak-kanak
 menghormati hal-hal peribadi.

3. Terus memperbaiki diri ke arah perkembangan profesional


 mengikuti kursus dari masa ke semasa
 melibatkan diri dalam organisasi profesional dan membaca penerbitan
 mewujudkan jaringan perhubungan dengan institusi terlibat dengan
pendidikan awal kanak-kanak
 memberi sumbangan yang bernilai kepada pendidikan awal kanak-kanak.

10.3 BIDANG PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Bidang perkembangan kanak-kanak sangat luas yang melibatkan prinsip-


prinsip komponan termasuklah:
 penjagaan bayi
 penjagaan kanak-kanak
 pengajaran kanak-kanak
 latihan guru
 penjagaan kesihatan
 kanak-kanak dengan keperluan khas
 penglibatan keluarga
 program pentadbiran.

4
10.4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak dikategorikan kepada peringkat-peringkat :


 sejak lahir hingga tiga tahun
 peringkat prasekolah iaitu berumur tiga hingga lima tahun
 peringkat awal kindergarten iaitu berumur empat hingga lima tahun
 peringkat kindergarten iaitu berumur lima hingga enam tahun

Program pendidikan awal kanak-kanak diaturkan untuk kanak-kanak oleh


pelbagai organisasi seperti orang persendirian, pusat perniagaan , kumpulan
ibu bapa, kumpulan komuniti, kumpulan agama, kolej tentera, kolej universiti,
pusat kesihatan, pihak tempatan, kerajaan negeri dan agensi kerajaan serta
swasta.

Sepanjang pengetahuan dan pengalaman anda di sekolah pendidikan awal kanak-


kanak, adakah sekolah ini telah memenuhi kriteria bidang pendidikan awal kanak-
kanak? Jika tidak, mengapa? Berikan cadangan anda bagaimana untuk
memperbaiki keadaan tersebut.

Adakah anda telah memenuhi kriteria seorang guru prasekolah yang berkesan?
Apakah langkah-langkah anda yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki diri
anda ke arah mencapai profesionalisme sebagai seorang guru prasekolah yang
berwibawa dan disegani.?

10.5 KEPENTINGAN PROFESIONALIME PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK
Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak berkembang disebabkan oleh:
 meningkatnya jumlah ibu bapa yang berkerja.
 kanak-kanak yang berisiko tinggi (children at risk).
 kanak–kanak yang bekeperluan khas (children with special need).

5
 banyak pihak yang menyedari bahawa permintaan terhadap
keperluan penjagaan kanak-kanak peringkat awal kanak-kanak
semakin penting.
 Ibu bapa terlalu menekankan tentang kurangnya program yang
terdapat di prasekolah.
 Di pihak guru dan kaki tangan atau pekerja di prasekolah
mempersoalkan tentang gaji yang mereka terima dan kelayakan
mereka untuk mencari kerja yang lain.
 Penyediaan kursus-kursus pendidikan awal kanak-kanak di peringkat
Maktab dan Universiti.

Di Malaysia usaha untuk meningkatkan guru profesional dalam pendidikan awal


kanak-kanak telah lama dilaksanakan iaitu sejak tahun 1993 dengan
memperkenalkan Kursus Sijil Perguruan Malaysia Pengkhususan Prasekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993) di ikuti pula Kursus Diploma
Perguruan Malaysia Pengkhususan Prasekolah (KPM , 1998) dan yang terkini
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Pengkhususan Prasekolah. ( KPM 2003 ).
Terdapat juga kursus KSPK ( Kursus Sijil Perguruan Khas satu tahun untuk
pengkhususan Prasekolah (KPM 2005). Dengan wujudnya beberapa kursus
yang dijalankan oleh pihak kerajaan maka bidang pendidikan awal kanak-kanak
dimertabatkan ke taraf profesionalisme.

Pada fikiran anda mengapa guru-guru prasekolah perlu dilatih secara khusus dalam
pendidikan awal kanak-kanak? Apakah aspek-aspek yang perlu dititikberatkan di
dalam pendidikan awal kanak-kanak? Apakah corak latihan yang paling diperlukan?

10.6 KOMITMEN GURU

Komitmen adalah akauntabiliti dan usaha untuk menolong dan membantu yang
dilakukan oleh guru prasekolah demi kepentingan kanak-kanak dan meletakkan
keutamaan kepada tugas yang melibatkan kanak-kanak dan keluarga.

6
Dalam profesion ini, guru perlu sanggup berkorban melabur masa dan tenaga
demi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka . Dia harus
menumpukan perhatian terhadap pendidikan, keperluan setiap kanak-kanak dan
mengambil tindakan secara adil terhadap semua kanak-kanak tanpa mengira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status lain. Dia harus bertugas sebagai
”pengganti ibu bapa” dalam usaha membantuk tingkah laku kanak-kanak ke arah
matlamat yang diterima oleh masyarakat.

10.7 PENGETAHUAN ASAS GURU YANG PROFESIONAL

Seorang guru prasekolah yang profesional perlu menguasai perkara berikut:

 Demonstrasi dan memahami ilmu pengetahuan yang mendalam tentang


perkembangan kanak-kanak dan mengaplikasikannya kepada kanak-
kanak dalam amalan seharian.

 Pemerhatian dan membuat penilaian keatas tingkah laku kanak-kanak.

 Menstabilkan dan memperkukuhkan keselamatan dan persekitaran yang


selamat dan sihat untuk kanak-kanak.

 Merancang dan melaksanakan kurikulum berdasarkan perkembangan


kanak-kanak termasuk sosial, emosi, intelek dan kecekapan fizikal.

 Menyediakan hubungan yang sapotif dengan kanak-kanak sesuai dengan


perkembangan dan teknik bimbingan .

 Menyediakan dan mengharmonikan hubungan dengan keluarga.

 Mengenali kanak-kanak serta memahami cara yang terbaik dalam kontek


keluarga, budaya dan masyarakat mereka.

7
 Memahami profesion dan melaksanakan komitmen yang tinggi dan yang
terbaik. (Ferreiro & Teberosky, 1982 )

Sebagai seorang guru prasekolah kita perlu belajar dan mengetahui bagaimana
persepsi, rangsangan emosi, pemikiran holistik, imaginasi, jenaka, seni, muzik
dan kreativiti supaya dapat membantu kanak-kanak didalam l aspek mengawal
analitik, logik, sebab akibat, pemikiran abstrak, membaca, menulis dan
matematik. Seorang guru prasekolah juga harus mengesan dan menerima
perbezaan individu di kalangan kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak
mempunyai kekuatan dan kekurangan yang tersendiri. Guru prasekolah perlu
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani ,
intelek, daya cipta dan rohani.

Kanak-kanak digalakkan terlibat secara aktif seperti meneroka, mencuba-cuba,


menanya soalan dan berusaha sendiri mencari jawapan dalam aktiviti
pembelajaran. Penilaian perkembanan kanak-kanak haruslah secara holistik dan
berterusan. Penilaian yang ’berpiawai’ harus diberi kurang tumpuan kerana
penilaian adalah terlalu umum dan tidak mengambil kira pengalaman dan
keistimewaan kanak-kanak yang akan dinilai. Walau bagaimanapun penilaian
haruslah mempunyai integrasi dengan kurikulum. Kita perlu memeriksa kanak-
kanak secara penilaian dengan pandangan yang positif dan menolong mereka di
dalam senario (sync) dunia mereka. Mereka akan berubah dan bertindak
terhadap kehidupan yang berbeza.

Latihan1

1. Huraikan konsep profesionalisme dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.


2. Nyatakan kod etika tanggungjawab yang harus dipatuhi oleh guru prasekolah
terhadap kanak-kanak?

8
10.8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Adakah anda seorang guru prasekolah yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :


 meletakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang
utama. Kanak-kanak adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima,
dihormati dan dilayan dengan cara yang terbaik.
 Anda sentiasa menunjukkan kelakuan yang mengambil berat
tentang mereka. Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan
kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan
pada bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika
perlu dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat
mengambil berat terhadap mereka.

10.8.1 Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah wajar anda mempunyai ciri-ciri


profesional seperti berikut:
 Peka terhadap perasaan kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
 Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-
kanak kami daripada hal-hal lain.
 Sedia mendengar suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
 Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.
 Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan dan memaksimakan
komunikasi bersama kanak-kanak.
 Sentiasa melindungi hak kanak-kanak.
 Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira faktor-
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau
agama.
 Menerima kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan menggunakan
aspek yang positif dalam kumpulan kanak-kanak.
 Membuat kawalan yang baik daripada membuat ugutan (threatening).

9
 Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan dan
memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan
apabila mereka dalam keadaan yang kebingungan dan keliru.
 Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
 Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi dalam kumpulan.
 Meningkatkan dan memaksimakan komitmen terhadap kekuatan dan
Kodpotensi
Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )
kanak-kanak.
 Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap
P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan kanak-kanak .Kita tidak boleh terlibat
penguasaan
dalam kemahiran
perkara yang mengikut
membahayakan tahap pencapaian
kanak-kanak dengan apadan
carapenguasaan
sekali
kemahiran
pun. mereka.
Kita tidak boleh menindas, merosakkan anggota fizikal kanak-kanak.
P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi
kanak-kanak yang memberi kelebihan kepada aktiviti yang berlandaskan
agama ,bangsa ,waranegara, kebolehan, status, kelakuan atau kepercayaan
ibu bapa mereka.
KodP-1.3.Kita
Etika Terhadap Kanak-Kanak
perlu melibatkan diri (dengan
Etika NAEYC )
aktiviti yang berilmu dalam memberi
keputusan yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak
P-1.1.Kita tidak boleh
P-1.4.Kita perlu merosakkan
membiasakankanak-kanak.
diri denganKita tidak boleh
simptom terlibat dalam
penderaan kanak-
membahayakan
kanak kanak-kanak
dari segi fizikal, dengan
seksual, lisanapa cara
dan sekaliserta
emosi pun. Kita
tahutidak boleh
tentang
menindas, merosakkan anggota fizikal kanak-kanak.
undang-undang dan akta dalam melindungi kanak-kanak.
P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan kanak-kanak,
yang memberi kelebihan kepada aktiviti yang berlandaskan agama, bangsa,
kita perlulah melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan
warganegara, kebolehan, status, kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.
tindakan sewajarnya akan diambil
P-1.3.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam memberi keputusan
yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.
P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu tentang undang-undang dan akta dalam
melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan kanak-kanak, kita perlulah
melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan
diambil.

10
10.8.2 Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Pendidik kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan
keluarga kanak-kanak seperti:
 Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang
mementingkan manusia lain.
 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
 Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua
maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang
berhak mengetahuinya.
 Kita tidak boleh menceritakan hal kanak-kanak di hadapan ibu
bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-
kanak.
 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
 Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.
 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
 Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

11
Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga ( Etika NAEYC)

P2.1 Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga kanak-kanak daripada memasuki bilik
darjah.
P2.2 Kita akan memberitahu keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi
dan kelayakan akademik
P2.4 Kita akan melibatkan keluarga dalam membuat keputusan penting yang
melibatkan anak mereka.
P2.5 Kita akan memberitahu keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan
semasa di sekolah.
P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan
yang melibatkan kanak-kanak dan mereka akan diberi peluang sama ada
memberi atau tidak memberi persetujuan.
P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga. Kita tidak
akan menggunakan perhubungan kita dengan keluarga untuk kepentingan
peribadi atau keuntungan diri sendiri.
P2.8 Kita akan mengekalkan kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak
mereka terhadap hal-hal peribadi.

10.8.3 Etika Tanggungjawab Kepada Masyarakat


Guru pendidikan awal kanak-kanak harus memupuk kesantunan diri kepada
kanak-kanak di bawah jagaannya supaya menghormati ibu bapa dan orang
yang lebih tua
 Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang
bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat.
 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh
masyarakat.
 Mempamerkan bahasa pertuturan yang baik untuk menjadi ikutan
kanak-kanak dan keluarga.
 Menunjukkan cara berpakaian yang sopan dan terpuji.
 Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung
jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.

12
 Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sumbang pada mata
masyarakat.
 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

10.8.4 . Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir


Guru mempunyai etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar
atau pengurus di premis nursery iaitu :
 sentiasa patuh kepada arahan perkhidmatan atau arahan guru
besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan menepati masa
datang dan waktu balik sangat penting.
 Guru mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah.
Guru tidak boleh balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah
masing-masing.
 Guru perlu menunggu kanak-kanak sehingga ibu bapa mereka
menjemput mereka balik.
 Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan masa paling lewat
untuk mengambil anak mereka dan sekiranya lewat perlu
dimaklumkan lebih awal dan bayaran lebih masa perlu dikenakan
mengikut jam yang ditetapkan.
 Guru tidak boleh meninggalkan kanak-kanak tanpa guru lain atau
pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-
kanak.
 Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu
direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
 Guru hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir
sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan
dan mendapatkan keizinan dari ibu bapa atau penjaga tentang
lawatan yang hendak dilaksanakan.
 Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan
dari pentadbir, dan sekiranya memungut yuran atau sumbangan
wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.

13
10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan
sejawat kepada anda dalam melaksanakan aktiviti–aktiviti di prasekolah. Anda
yang menentukan senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah.
Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh pekerja adalah seperti berikut:
 Mempastikan prasekolah sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di luar
bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas
kanak-kanak meninggalkan bilik darjah.
 Memasak makanan mengikut menu yang anda ditetapkan pada setiap
hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya sentiasa bersih dan
cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan
elakkan keracunan makanan.
 Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
 Anda perlu membimbing pekerja supaya memahami psikologi kanak-
kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk
kanak-kanak melakukannya contohnya sentiasa mengucapkan terima
kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya kanak-kanak
melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.

10.9 GURU SEBAGAI MODEL


Seorang guru prasekolah mesti berkelakuan baik dan berfikir dengan cara
yang berbeza daripada guru sekolah rendah. Guru prasekolah perlu
mempunyai keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan,
kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. Guru perlu menunjukkan
model yang baik .
”If we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then we must do
the same to them.” ( Betty 2004 )
Guru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif seperti berikut:
 Bercakap dengan lemah lembut.
 Biar kanak-kanak tahu yang guru memuji apa yang baik mereka lakukan.
 Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu
supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan memang istimewa.

14
 Guru menunjukkan cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh
duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.
 Demonstrasi kelakuan yang sopan dengan orang dewasa yang lain
dalam bilik darjah. Ini kerana kanak-kanak sangat berminat untuk
memerhati orang dewasa berinteraksi dan selepas memerhatikan
kanak-kanak akan meniru tingkah laku tersebut.
 Galakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja kanak-kanak.
Bermain adalah konsep belajar yang merupakan pengalaman yang
bermakna.
 Guru sebagai pengurusi. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak
kebebasan dan berdikari untuk membuat keputusan tentang aktiviti yang
mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..”Play is a
natural avenue for children learning” Beri peluang kanak-kanak memilih
alat mainan yang mereka minati.
Guru menjadi fasilitator bermakna memudahkan pembelajaran kanak-kanak.
Guru sebagai pemandu ( Instructor ) perlu mempraktikkan perkara berikut:
 Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan yang
konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan untuk memulakan
perbualan. Guru menarik perhatian kanak-kanak sebagai contoh bahan
blok. Guru boleh juga sediakan bahan yang baru.
 Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.
Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak
jawapan yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah mudah didekati,
peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar ”warmth,sensitivity,energy, sense
of humor, flexibility,or patience.” (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).

Pada pendapat anda mengapakah guru prasekolah perlu menjaga kerahsiaan


keluarga kanak-kanak? Bagaimana cara anda menjaganya? Cadangkan langkah-
langkah yang perlu diambil untuk merahsiakan latar belakang keluarga kanak-kanak.

15
Ujian 1

1.Apakah yang dimaksudkan profesional dalam pendidikan awal kanak-kanak?

2.Apakah perbezaan antara profesional dan bukan profesional dalam pendidikan


awal kanak-kanak?

3.Apakah pengetahuan dan kemahiran tentang pendidikan awal kanak-kanak


yang perlu diketahui oleh seorang profesional ?

__________________________________________________________________

4.Apakah jenis latihan profesional yang dipeerlukan oleh seseorang yang hendak
berkerja dengan kanak-kanak?

_____________________________________________________________

5.Apakah kelayakan yang diperlukan pada seorang yang profesional dalam

pendidikan awal kanak-kanak?

_____________________________________________________________

16
6.Apakah jenis maklumat kanak-kanak dan keluarga yang perlu direkodkan ?
_______________________________________________________________

7.Bagaimanakah reaksi guru prasekolah apabila ibu bapa menceritakan


tentang hal anak mereka?
_______________________________________________________________

8.Mengapakah Kod Etika penting untuk profesionalima pendidikan Awal


Kanak-kanak?
_______________________________________________________________

9.Adakah program latihan guru boleh mengubah sikap anda sebagai seorang
guru prasekolah?

_______________________________________________________________

10.Mengapakah seorang yang baru profesional seperti anda


perlu memberikan sumbangan pada pendidikan awal kanak-kanak

_______________________________________________________________

11.Apakah sumbangan yang boleh anda lakukan untuk


meningkatkan profesional pendidikan awal kanak-kanak

_______________________________________________________________

17
Glosari

Profesionalisme : Piawai yang ditetapkan oleh organisasi National Asssociation


Education for Young Children untuk pendidikan prasekolah ke arah mencapai
profesionalisme yang ditetapkan.

Etika : Tanggungjawab dan peraturan yang telah ditetapkan oleh NAEYC ke atas
pendidik pendidikan awal kanak-kanak.
Model : Contoh untuk diikuti oleh orang lain sama ada positif atau negatif.

Bibliografi:

1. Beatty, J.J (1992) Skill for preschool teachers, Columbus, OH: Merrill.
2. Feeney, S & Chun,R (1985) Effective teachers of young children. Young
Children, 41(1)
3. Ferreiro,E & Teberosky, A (1982). Literacy before schooling. Exeter. NH:
Heinnemann

PENULIS MODUL:
PUAN HAJJAH SAFIAH BT HARUN PENGALAMAN MENGAJAR 18 TAHUN
PUAN NORLIAH PEGAWAI KEMAS

18
19

Anda mungkin juga menyukai