Anda di halaman 1dari 12

Kertas Kerja

Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

SK Seri Bintang Utara

13 Julai 2012

8.00 pagi – 12.00 tengahari

Gimnasium Kompleks Seri Bintang

-1-
Kertas Kerja

Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

SK Seri Bintang Utara

1.0 Pengenalan

Acara Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini merupakan satu aktiviti


kolaborasi antara Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara dengan 3 buah kelas
prasekolah di sekitar Zon Pudu. Karnival Sukaneka Prasekolah ini bertujuan
untuk memupuk semangat kesukanan di samping mencungkil bakat terpendam
murid-murid prasekolah serta memupuk semangat berpasukan. Justeru, usaha
bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan
melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya
bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di
sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta
mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat
sukan dari peringkat akar umbi.

2.0 Rasional

Membina serta memperkembangkan bakat murid-murid prasekolah dalam


bidang sukan permainan di samping mempertingkatkan daya fizikal dan mental
murid-murid serta memupuk semangat berpasukan. Kemahiran ini adalah satu
aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran sosial bagi murid-
murid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan
Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan
menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran selaras dengan matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan iaitu;

-2-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

3.0 Objektif
i. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid prasekolah dalam
bidang sukan dan permainan.
ii. Memberi pendedahan dan pengalaman yang baru kepada murid-murid
prasekolah dalam penyertaan pertandingan sukan.
iii. Mempertingkatkan tahap stamina dari segi kekuatan fizikal dan mental selaras
dengan perkembangan motor kasar dan motor halus.
iv. Mengeratkan perhubungan silaturrahim antara murid dan guru dari 4 buah
sekolah berlainan.

4.0 Sasaran

Semua murid Prasekolah SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK


Seri Cheras dan SK Yaacob Latiff (1).

-3-
5.0 Tempat
Gimnasium Kompleks Seri Bintang.

Tarikh
13 Julai 2012 (Jumaat)

Masa
8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

6.0 Peserta

Seramai 125 peserta akan dibahagikan kepada empat pasukan iaitu:

1. Pasukan A Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara


2. Pasukan B Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara
3. Pasukan Prasekolah SK Seri Bintang Selatan
4. Pasukan Prasekolah SK Seri Cheras
5. Pasukan Prasekolah SK Yaacob Latiff (1)

7.0 Acara yang dipertandingkan

Bil Acara Bil peserta


1 Precious Bean Bag 5 orang
2 Kasut Gergasi 5 orang
3 Lets Squeeze 5 orang
4 Kaki King Kong 5 orang
5 Gelung Ajaib 5 orang
6 Bola Emas 5 orang

-4-
8.0 Peraturan dan penyertaan peserta
a) Terbuka kepada semua murid Prasekolah dari 4 buah sekolah sekitar
Zon Pudu iaitu SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri
Cheras dan Sk Yaacob Latiff (1).
b) Setiap permainan diwakili dengan lapan orang peserta.
c) Penyertaan hendaklah mengikut pasukan sekolah masing-masing.
d) Peserta yang tidak hadir/cedera/sakit boleh digantikan dengan murid
prasekolah dari sekolah yang sama.
e) Sebarang pindaan dan perubahan pada permainan dan peraturan
adalah ditetapkan oleh AJK pertandingan dan akan dimaklumkan pada
pengurus peserta.
f) Semua keputusan pengadil adalah muktamad.

-5-
9.0 Jawatankuasa Kerja Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

Penasihat : Pn. Junaidah Bt. Tamby Hashim (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Koko)

Naib Pengerusi : Pn. Lily Rashimah Bt. Abd Rasool (GPK Tadbir)

: Pn. Norelin Aina Bt Ghani (GPK Hem)

Penyelaras Program : Cik Nur Maisarah Bt Kamarudin

Setiausaha : Cik Siti Nur Afisah bt Mat Sot

Bendahari : Cik Norhaizian bt Seman

AJK:

Sambutan Teknik dan Peralatan

Pn. Junaidah Bt. Tamby Hashim(Guru Besar) Cik Norhaizian Bt Seman

Pn. Lily Rashimah Bt. Abd Rasool(GPK Tadbir) Pn. Raihanie Ngarega Abdullah

Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Ko-ko) Cik Nordiana Afzan bt Daud

Pn. Norelin Aina Bt Abd Ghani(GPK Hem) Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim

Cik Nur Maisarah Bt Kamarudin Cik Nor Aziera bt Mohd Junaidi

Laporan / Dokumentasi dan Gambar Disiplin dan Kebersihan

Cik Siti Nur Afisah bt Mat Sot Semua guru prasekolah & PPM

En. Ziham Zawawi Mazlan

Cik Farah Ainaa Binti Ad’nan

-6-
Hadiah dan Cenderamata Perasmian & Persembahan

Cik Norhaizian Bt Seman Cik Norhaizian Bt Seman

Pn. Raihanie Ngarega Abdullah Pn. Raihanie Ngarega Abdullah

Cik Nordiana Afzan bt Daud Cik Nur Maisarah Bt


Kamarudin

Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim

Jamuan dan Minuman Siaraya / PA Sistem

Cik Noraziera bt Junaidi En. Mohd Shahril B. Ibrahim

Cik Nordiana Afzan bt Daud Ust. Mohamad Asmunir Ariffin

Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim

Juruacara Pengadil

En. Ziham Zawawi Bin Mazlan Cik Noradibah bt Jusoh

Cik Wan Nadira Wan Asri

Buku Program / Kad Jemputan

Cik Siti Nur Afisah Bt Mat Sot

-7-
10.0 Aturcara Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

7.45 pagi – Para tetamu mengambil tempat

8.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat/perasmi

8.10 pagi – Nyanyian Lagu Negaraku

– Bacaan doa

(Ust Mohamad Asmunir b Ariffin)

– Ucapan GPK Kokurikulum

(Pn Siti Hanim bt Ismail)

– Ucapan Perasmian oleh Ketua Unit

Pengurusan PAKK dan Prasekolah

(Puan Zainab binti Zakaria)

– Senamrobik Prasekolah SKSBU

9.00 pagi – Sukaneka 1

1) Precious Bean Bag

2) Kasut Gergasi

3) Lets Squeeze

10.00 pagi – Rehat

10.15 pagi – Sukaneka 2

1) Kaki King Kong

2) Gelung Ajaib

3) Bola Emas

11.15 pagi – Penyampaian hadiah

11.30 t/hari – Majlis bersurai

-8-
11.0 Anggaran perbelanjaan Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

Bil Perkara Perbelanjaan Catatan


1 Banner RM 81.20
2 Cenderamata VIP RM 60.00
Hadiah peserta
3
- Pingat RM 3.50 × (25 x 6)= RM 525.00
Makanan
4 RM 1.80 × 116= RM 208.80
- Murid prasekolah
Jumlah RM 875.00

12.0 Sumber Kewangan

Peruntukan dari wang(LPBT) Prasekolah SK Seri Bintang Utara.

13.0 Penutup

Diharapkan melalui Karnival Sukaneka Ria Prasekolah yang julung kali


diadakan ini akan berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya
kepada semua murid prasekolah. Diharap satu perubahan yang positif akan
wujud di dalam diri murid prasekolah selepas mengikuti Karnival Sukaneka Ria
Prasekolah ini. Di samping ini, melalui Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini juga
dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara murid-murid dan guru-
guru . Seterusnya Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini juga diharap berjaya
merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan generasi yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Generasi ini merupakan pelapis
yang memacu kejayaan negara pada masa hadapan khususnya dalam bidang
sukan .
“ KECEMERLANGAN DIRI MELALUI SUKAN ”
“ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ”

-9-
Disediakan oleh, Disokong oleh,

............................................... .............................................

(NUR MAISARAH BT KAMARUDIN) (SITI HANIM BT ISMAIL)

Guru Pelatih, GPK Kokurikulum,

SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

.............................................

(JUNAIDAH BT TAMBY HASHIM)

Guru Besar,

SK Seri Bintang Utara,

Kuala Lumpur.

- 10 -
Lampiran

Pesanan untuk Medal Sukaneka Ria Prasekolah 2012

Bil Acara Medal Catatan


Emas Perak Gangsa Saguhati Saguhati

Membaling
5 5 5 5 5
1 pundi kacang
ke dalam bakul
Berjalan sambil
5 5 5 5 5
memakai kasut
2
but
Mengisi air ke
5 5 5 5 5
dalam botol
3
menggunakan
span.
Berjalan sambil
4 5 5 5 5 5
mengikat kaki.
Melambung
5 5 5 5 5
belon air
5
masuk ke
dalam bakul.
Membawa bola
5 5 5 5 5
6 ping-pong
dalam sudu.
Jumlah 25 25 25 25 25
Jumlah Keseluruhan 125

- 11 -
2012

SK Seri Bintang Utara

- 12 -

Anda mungkin juga menyukai