Anda di halaman 1dari 8

SALINAN PENDUA

WASIAT TERAKHIR

1. Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

PENYAYANG.

2. Segala puji bagi Allah S.W.T yang kekal selamanya. Tiada tuhan

melainkan Allah SWT, Nabi Muhammad S.A.W itu adalah Pesuruh

Allah. Kematian adalah benar, kebangkitan semula adalah benar,

semua yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W (semoga

kesejahteraan dan rahmat Allah S.W.T dilimpahkan terhadapnya,

keluarganya, para sahabat dan pengikut-pengikutnya) adalah

benar; tiada keraguan bahawa hari Penghakiman akan tiba dan

Allah S.W.T akan membangkitkan semua yang di dalam kubur.

3. Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx yang

beralamat di xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx dengan rela

hati, sempurna akal dan sihat tubuh badan, tanpa sebarang

paksaan serta tinggal tetap di Malaysia, dengan ini menarik balik

1
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

semua Wasiat yang terdahulu yang dibuat oleh saya, (sekiranya

ada) dan mengisytiharkan ini sebagai Wasiat saya yang terakhir.

4. Saya dengan ini melantik AMANAH RAYA BERHAD (No. Syarikat:

344986-V) sebuah syarikat peramanahan yang ditubuhkan di

bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan mempunyai

alamat berdaftar di Tingkat 15, Wisma AmanahRaya, No 2, Jalan

Ampang, 50450 Kuala Lumpur sebagai Wasi dan Pemegang

Amanah bagi harta pusaka saya di bawah Wasiat saya ini (selepas

ini disebut sebagai “Wasi dan Pemegang Amanah saya”).

5. Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk

membayar semua hutang saya termasuk perbelanjaan-

perbelanjaan berkaitan tuntutan syarak, perbelanjaan pengurusan

jenazah dan pengkebumian saya, melunaskan hutang saya dengan

hak Allah S.W.T, membayar zakat, upah haji (sekiranya saya

meninggal dunia sebelum menunaikan haji) dan hutang sesama

manusia, gadaian-gadaian berhubung dengan harta tak alih, sewa,

apa jua hutang saya yang lain serta segala kos dan perbelanjaan

berkaitan pentadbiran harta pusaka saya seawal yang mungkin

setelah kematian saya.

2
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

6. Saya dengan ini mengarahkan dan membenarkan Wasi dan

Pemegang Amanah saya untuk menggunakan harta pusaka saya

bagi mengutip atau menyelesaikan segala kos dan perbelanjaan

bagi pengurusan pentadbiran harta pusaka saya samada kepada

Wasi dan Pemegang Amanah saya sendiri ataupun kepada pihak-

pihak lain yang berhak sebelum pembahagian harta pusaka saya

kepada waris-waris saya dilaksanakan.

7. Tertakluk kepada peruntukan perenggan 5 dan 6 di atas, saya

seterusnya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya agar

mengekalkan kedudukan dan penjagaan semua harta tak alih saya

dengan sebaik mungkin bagi faedah waris-waris saya sehingga

tarikh pembahagian kepada waris-waris saya.

8. Dengan Wasiat ini, saya mengarahkan Harta Tak Alih dan Harta Alih

saya setelah ditadbir menurut perenggan 5, untuk dibahagikan

kepada waris-waris saya seperti berikut:-

9. Dengan Wasiat ini saya melantik saudara perempuan saya yang

bernama xxxxxxxxxxxxxxxxx sebagai penjaga kepada waris

saya yang masih di bawah umur.

3
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

10. Dengan wasiat ini juga saya mengarahkan Wasi dan Pemegang
Amanah saya membacakan pesanan saya seperti yang tercatat
dilampiran satu kepada waris-waris saya.

11. Walauapapun peruntukan di perenggan 8 wasiat ini, pemberian dan

pembahagian wasiat saya ini hanya akan terpakai dan dilaksanakan

selepas kematian saya sekiranya mendapat persetujuan dan

keredhaan semua waris-waris saya. Jika tidak mendapat

persetujuan daripada waris-waris saya, pembahagian dan

perlaksanaan mestilah mengikut Faraid.

12. Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk

menentukan baki harta saya dibahagikan kepada waris-waris saya

yang berhak mengikut hukum Syarak.

13. Wasiat ini akan terbatal dan semua pemberian berwasiat di bawah

wasiat ini hendaklah dilucutkan dan tiada harta akan dibahagi-

bahagikan menurut wasiat ini jika mana-mana waris-waris saya

meninggal dunia terlebih dahulu daripada saya dan dalam keadaan

sedemikian wasiat baru hendaklah dibuat.

4
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

14. Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk

memegang dan mengurus secara jujur dan amanah, dengan sebaik

mungkin mengikut kebijaksanaan serta budi bicara Wasi dan

Pemegang Amanah saya segala harta yang menjadi hak kepada

waris-waris saya yang masih di bawah umur, sekiranya ada, bagi

faedah waris-waris bawah umur tersebut sehingga mereka

mencapai umur dewasa atau umur yang difikirkan layak untuk

menguruskan harta tersebut.

5
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

15. Semoga seluruh keluarga saya sentiasa mendapat rahmat Allah

SWT setelah pemergian saya.

Dicatat pada 5 haribulan Jun 2007

Allah S.W.T adalah saksi terbaik, semoga Allah S.W.T mengampuni saya.

Ditandatangani oleh Pewasiat ]


dengan kehadiran kami yang ]
hadir pada masa yang sama di atas ]
permintaan beliau dengan kehadiran ]
beliau, antara satu sama lain ] xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
(No. K/P:
xxxxxxxxxxxxx)
SAKSI 1
Tandatangan :
Nama :
No. K/P :
Alamat : AMANAHRAYA BERHAD
Wisma Amanahraya
NO.2 Jln Ampang
50450 Kuala Lumpur

SAKSI 2
Tandatangan:
Nama :
No. K/P :
Alamat : AMANAHRAYA BERHAD
Wisma Amanahraya
NO.2 Jln Ampang
50450 Kuala Lumpur

6
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

LAMPIRAN SATU

Terlebih dahulu xxxx minta maaf atas segala kesalahan dan dosa- dosa
xxxx pada semua zahir dan batin serta halalkan makan dan minum
selama ini.

Di dalam wasiat ini, xxxx sungguh berharap segala- galanya diterima


dengan hati yang terbuka. xxxx tidak ada zuriat Cuma ada seorang adik
yang disayangi dan seorang isteri yang dikasihi menjaga xxxx
sepanjang hayat xxxx. Untuk membalas kasih sayang mereka, harta
peniggalan xxxx serahkan kepada mereka berdua.

Buat xxxxx (adik), abang bagi sebahagian duit simpanan tabung haji dan
sebahagia lagi untuk xxxx (isteri). Abang harap pesanan abang pada Ija
untuk xxxx dan xxxx jangan dilupakan.

Rumah di Taman Mulia Jaya dan di Ukay Perdana adalah hak xxxx
seorang sahaja begitu juga simpanan di Maybank(AkaunBersama) dan
simpanan di ASB. Rumah di Kampung Baru bahagian xxxx diserahkan
kepada xxxx(adik) .

Buat xxxx dan xxxx tolong jadi driver aunty. Kalau senang datanglah
ziarah kubur Along. Bila ingat sedekahkan Along Surah Al- Fatihah. xxxx
dan xxxx berdua sahaja. Jangan gaduh tau............
Jaga emak dan ayah begtu juga aunty.....

Buat xxxx, kereta kita tu bagi kat xxxx bila dia dah ada lesen. Abang
harap xxxx berhati- hatilah membelanjakan duit yang ada. Ingat bahawa
7
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
SALINAN PENDUA

kita tiada zuriat untuk membantu xxxx nanti. Sekali lagi abang mohon
ampun dan maaf di atas segala perbuatan dan dosa- dosa zahir dan batin
serta halalkan makan dan minum abang . Sekiranya ada baki harta yang
tertinggal xxxx serahkan kepada xxxx (isteri).

Selain itu, xxxx juga berharap agar kalian yang tinggal tidak melupakan
tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Peliharah agama dan ibadahmu.
Jangan tinggalkan sembahyang, puasa dan tunaikanlah zakat
sebagaimana yang mampu. Salurkanlah hartamu ke jalan yang diredhai
Allah. Sesungguhkan hidup di dunia ini bersifat sementara sahaja.

Akhir kata, semoga dengan wasiat yang xxxx buat ini dapat diterima
dengan hati terbuka. Terima kasih banyak- banyak kepada semua yang
datang. xxxx dan xxxxi tolonglah uruskan wasiat ini untuk xxxx. Jangan
lupa pada abang, ya.............

Sekian, wassalam.
Yang benar,

________________

Al- fatihah.......................
Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang- orang
yang beriman. AMIN YA RABBAL ’ALAMIN.

8
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)

Anda mungkin juga menyukai