Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Antara profesion yang tertua di dunia adalah profesion perguruan. Perkataan


perguruan boleh diertikan sebagai sesuatu yang dapat dikaitkan dengan guru, iaitu yang
berkaitan dengan peranan, tugas serta kelayakan sebagi seorang guru. Manakala profesion
keguruan bermaksud pekerjaan yang berkaitan dengan peranan, tugas, tanggungjawab, sifat
dan kualiti guru. Perubahan demi perubahan telah dilakukan dalam pelbagai aspek seperti
penambahbaikan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengubahsuaian dalam misi dan visi pendidikan. Sehubungan dengan itu, gurulah yang
berperanan dalam mencorakkan stail pengajaran agar segala matlamat dan visi dalam dunia
pendidikan dapat dicapai. Ledakan dunia sains dan teknologi menambahkan lagi cabaran
yang perlu dihadapi oleh seorang guru dalam membentuk modal insan negara. Dahulunya
tugas seorang guru hanyalah sebagai penyampai pengajaran, namun kini guru lebih bertindak
sebagai seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Perubahan dalam sistem pendidikan

Setiap negara pasti memiliki dasar pendidikan mereka yang tersendiri. Hampir semua
sistem pendidikan mengalami perubahan dan reformasi untuk terus releven di masa-masa
akan datang. Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama.
Peringkat pertama ialah sistem pendidikan sebelum merdeka. Peringkat kedua ialah selepas
merdeka dan peringkat ketiga ialah perkembangan pendidikan semasa.

2.1 Peringkat pertama

Menurut Mahmud Hamdi (2003) pendidikan pada masa ini adalah tidak formal. Hal ini
kerana ilmu pengajian islam diberikan kepada kanak-kanak tidak mengikut sukatan. Mereka
hanya perlu menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid atau surau yang berdekatan.
Perkembangan pendidikan agama islam semakin maju apabila adanya alim ulama yang
berhijrah ke Kuala Terengganu. Antara ulama yang berhijrah ialah Sharif Muhamad, Syeikh
Daun dan Syeikh Abdul Kadir. Kedatangan mereka memberi sumbangan dan jasa yang besar
kepada perkembangan pendidikan agama Islam.

2.2 Peringkat kedua sistem pendidikan selepas merdeka

Pada April 1957, Majlis Perundangan Persekutuan telah melulusakn Laporan Razak
yang kemudiannya dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Hampir semua Laporan
Razak direalisasikan. Pada 1961, Akta Pelajaran 1961 telah dikuatkuasakan setelah Laporan
Rahman Talib diluluskan di Parlimen Malaysia. Kedua-kedua laporan ini mementingkan
pendidikan untuk perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Ini membuktikan usaha

1
yang dilakukan pihak kerajaan Malaysia dalam menghasilkan sistem pendidikan yang terbaik
untuk rakyatnya.

2.3 Peringkat ketiga pendidikan Alaf baru

Pada tahun 2001 hingga 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan beberapa elemen baharu berdasarkan kepada dokumen Pembangunan
Pendidikan. Akta Pendidikan telah dikuatkuasakan bagi menambah baik susunan sistem
pendidikan yang sedia ada. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan antara perubahan yang dilakukan ialah penubuhan Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004 (Othman Alhabshi,2012).

Pada Oktober 2011 pula, KPM telah melakukan satu kajian semula terhadap sistem
Pendidikan Negara Malaysia secara menyeluruh dalam membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan yang baharu. Menurut Iliyas, (2014) kajian yang dilakukan berdasarkan kepada
standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dan
harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan. Pelan ini menyasarkan
pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama bagi membolehkan mereka bersaing
di peringkat global iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan beragama serta beridentiti kebangsaan.

3.0 Cabaran Dan Perubahan Dalam Pendidikan

3.1 Cabaran Guru Dalam Menghadapi Masalah Disiplin Pelajar yang Kian Meningkat.

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Bebanan


guru semakin besar yang menuntut kesabaran serta tanggungjawab yang besar. Dahulunya
guru sering diagung-agungkan serta disanjung sebagai insan yang paling dihormati. Namun
hari ini kita seringkali mendengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak lagi menghormati
guru mereka. Perkara ini berpunca daripada masalah disiplin yang kian berleluasa. Inilah
antara cabaran guru di mana mereka perlu mengatasi masalah disiplin pelajar yang semakin
kronik.

Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76 300 daripada 7 juta pelajar


di negara ini terbabit dengan masalah disiplin. Menurut Harian Metro keluaran 2015 “Seorang
murid tingkatan 2 menumbuk gurunya apabila dia ditegur supaya diam di dalam surau”. Situasi
ini menunjukkan bahawa pelajar zaman ini tidak lagi menghormati gurunya apabila ditegur.
Malah sanggup mencederakan gurunya bagi kepuasan dirinya.

Mengibau kembali pada zaman 30 atau 40 tahun dahulu, hukuman rotan merupakan
cara yang paling berkesan untuk menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi

2
kaunseling dan motivasi kepada pelajar-pelajar. Malah pada zaman kini, hukuman rotan
hanya dibenarkan mengikut keseriusan sesuatu kesalahan tersebut. Tambahan pula,
hukuman rotan ini pula hanya dibenarkan dilakukan di bilik darjah sahaja dan tidak boleh
dilakukan di khalayak ramai. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) percaya bahawa
hukuman fizikal perlu dihapuskan kerana bersifat penganiayaan dan tidak berkesan dalam
mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin.

Bagi menangani masalah disiplin pelajar ini, guru perlulah mempunyai sikap tegas.
Guru yang tegas adalah guru yang cakap serupa bikin dan mengambil tindakan susulan ke
atas apa yang disuruh atau diarahkan. Tambahan pula, guru yang professional tidak akan
menyerahkan pelajar bermasalah kepada guru displin atau guru kaunseling semata-mata.
Guru yang mempunyai jati diri yang tinggi akan lebih bertanggungjawab dalam menangani
masalah disiplin pelajar dan tidak lari dari tangungjawbanya.

3.2 Cabaran Ke Arah Pembestarian Sekolah

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi


budaya kehidupan masa kini, terutamanya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) memberikan satu anjakan baru dalam
teknik pedagogi guru.

Perubahan yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada
profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku perlulah dimanfaatkan untuk
meningkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-
21. Dalam satu kajian ‘The Conditions and Level of ICT Integration in Malaysian Smart
Schools’ telah menyatakan bahawa kelengkapan prasana dan kemudahan teknologi di
sekolah bukan satu jaminan bagi pihak guru menggunakannya dengan meluas. Dalam buku
rekod penggunaan makmal komputer di salah sebuah sekolah di Malaysia mendapati bahawa
tahap kekerapan guru menggunakan makmal komputer adalah masih di tahap yang rendah.
Guru-guru lebih cenderung ke arah pendekatan sistem pembelajaran yang berpusatkan guru
semata-mata. Sepatutnya guru harus percaya bahawa pendekatan baru dalam bidang
pendidikan ini adalah sangat efektif. Di samping itu juga, kekurangan kemahiran dalam
penggunaan teknologi ini dapat di atasi sekiranya setiap individu yang terlibat sedar akan
kepentingan penguasaan ICT dan menyiapkan diri menghadapi cabaran global. Selain itu
juga, kebanyakkan makmal komputer sekolah tidak memiliki jumlah komputer yang
mencukupi untuk tujuan pembelajaran. Di tambah dengan masalah rangkaian internet yang
menyebabkan para pelajar susah untuk mengakses maklumat.

Kekangan-kekangan yang dinyatakan dapat di atasi jika pelbagai pihak yang terlibat
sedar akan peranan masing-masing, terutamanya para guru. Para guru perlulah

3
menghindarkan perasaan takut akan perubahan yang berlaku. Menurut Taner Altun dan Elif
Bektis (2010) para guru sendiri menyuarakan pendapat mereka yang sudah biasa dengan
cara yang lama. Mengubah sesuatu yang baru amat membebankan mereka. Namun, para
guru perlulah bersikap positif dan menerima perubahan ini sedikit demi sedikit. Lambat laun
pasti mereka akan sedar bahawa integrasi ICT akan menjadi rutin harian mereka kerana amat
memudahkan.

3.3 Cabaran Bebanan Kerja Guru.

Dalam konteks pendidikan masa kini, guru merupakan golongan profesional yang
melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan bagi melahirkan modal insan
negara yang berpengetahuan. Dalam usaha merealisasikan sistem pendidikan ini, beban
tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu di ambil kira. Begitu juga
setiap kali perubahan kurikulum berlaku, maka setiap kali itulah kewibawaan guru dicabar.
Keadaan ini telah mengakibatkan ramai para guru menghadapi tekanan emosi. Menurut Abdul
Rahim (1997) penambahan beban tugas guru memberi kesan kepada mutu dan kualiti
pengajaran mereka.

Beban tugas yang banyak merupakan satu fenomena biasa dalam kehidupan
pendidik. Beban tugas yang tidak diurus dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya
tekanan dan menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan. Guru sepatuntnya pandai
membuat perancangan dan strategi dan membahagikan keutamaan urutan tugasan dan
tanggungjawab. Perkara ini perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya
kepada guru yang berpengalaman.

Dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik, guru perlu membuat


perancangan pengajaran, alat-alat bantu mengajar, menyemak buku, menanda kertas dan
sebagainya. Menurut Faridah dan Zubaidah (1999), bebanan kerja guru bukan sahaja
mengajar tetapi juga melaksanakan kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti
kokurikulum dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru
perlulah menguruskan masa mereka dengan bijak agar dapat melaksanakn tanggungjawab
yang diberi tepat pada masa. Guru yang berkesan mampu mempamerkan mutu dan kualiti
pengajaran serta tugasan dengan baik.

4
4.0 Kesimpulan

Seorang guru perlulah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada
pada masa ini. Mereka juga perlulah membuang sikap negatif dalam melaksanakan tugas-
tugas yang di amalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Guru yang mempunyai etika kerja
yang baik akan sentiasa menjalankan tugasnya dengan berkualiti dan ini merupakan
samangat untuk seorang guru dalam menangani cabaran dalam profesion ini. Mereka uga
perlulah sentiasa ingat akan tanggungjawabnya terhadap profesion guru ini. Oleh itu, guru
harus mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar. Guru juga perlu
bertingkah laku baik agar dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Tuntasnya, sebagai
seorang guru perlulah menghayati etika dalam mengatasi cabaran dalam perubahan sistem
pendidikan masa kini.

5
RUJUKAN

Abdul Rahim. (1997). Isu dan Cabaran. Selangor.

Azizi Awang Jaafar. (2015). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Faridah Karim & Zubaidah Aman. (1999). Implikasi Burnout Dikalangan Guru Terhadap
Sistem Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Hashim LLiyas. (2014). Antara Cabaran Dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum
Sekolah Abad ke-21. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur:


Pusat Pengembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan.

Mahmud Hamdi. (2003). Antara Falsafah Islam Dan Falsafah Barat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Amar. (2015). Masalah Pelajar. Kuala Lumpur: Harian Metro.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar.

Othman Alhabshi. (2012). Dasar Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perlindungan Kanak-kanak. (2007). UNICEF.

Taner Elteun & Elif Bektas. (2010). View of Regional Boarding School Teachers About the
Use Of ICT in Education. New York: Procedur Social and Behavioral Science.

Wan Zah, Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah. (2009). The Conditions and Level Of ICT
Integration in Malaysian Smart Schools. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran.

6
7

Anda mungkin juga menyukai