Anda di halaman 1dari 29

PROSUDER BUKA

SEBUT HARGA

KANTIN
SEKOLAH
PERSEDIAAN BUKA SEBUT
HARGA
Jawatankuasa Kantin Sekolah mengadakan mesyuarat berkaitan persediaan
buka sebut harga baru kantin sekolah. Pengerusi ( Pengetua/Guru Besar )perlu
melantik jawatankuasa berikut untuk persediaan buka sebut harga.

i. Jawatankuasa Teknikal

a. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


b. Seorang guru
c. Pegawai kerani/kerani sekolah

ii. Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga

a. Penolong Kanan Pentadbiran


b. 2 orang guru.

iii. Jawatankuasa Sebut Harga( Jawatankuasa Pemilih )

a. Pengetua / Guru Besar - Pengerusi


b. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
c. Seorang guru kanan ( Bagi sekolah rendah perlu seorang pegawai
dari JPN/PPD Kumpulan Profesional )

PERANAN JAWATANKUASA
i. Peranan Jawatankuasa Teknikal
 Jawatankuasa Teknikal perlu mengadakan mesyuarat bagi tujuan
menyediakan Notis Sebut Harga dan perkara berikut :

o Tawaran Sebut Harga - ( Lampiran 8, ms. 58 )


o Borang Permohonan - ( Lampiran 9, ms. 60 )
o Borang ButiranPemohon - ( Lampiran C, ms. 81 )
o Harga Standard - ( Lampiran JPN )
o Peti Sebut Harga

 Notis Sebut Harga Kantin perlu disibarkan dengan menampal notis di


tempat-tempat awam serta sekolah-sekolah berhampiran.
 Jawatankuasa ini mula beroperasi mulai 15 Ogos hingga 1 September.
 Sedikan senarai pemohon yang mengambil borang kantin. Borang ini diberi
percuma.

ii. Peranan Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga

 Jawatankuasa Buka Sebut Harga bermesyuarat dan membuka peti sebut


harga. Semua sampul dibuka dan direkodkan mengikut bilangan pemohonan.

 Jawatankuasa Peti Buka Sebut Harga perlu mengisi nama dalam Borang
Lampiran 1.

 Setiap sampul mesti ditulis bilangan, ditandatangan, ditulis tarikh dan masa.
Contoh : ( Jika terdapat lima pemohon )
 Buka sampul 1/5 , kemudian tanda tangan semula dimuka depan Lampiran 9.
( Sila ikut prosuder seperti dihadapan sampul surat tersebut )

 Senaraikan nama pembida tersebut dalam Borang Lampiran 2.

 Setelah selesai semua sampul dibuka dan disenaraikan dalam


BorangLampiran 2. Jawatankuasa perlu menyimpan semula dalam peti sebut
harga untuk tujuan pemilihan oleh Jawatankuasa Sebut Harga( Jawatankuasa
Pemilih )

iii. Peranan Jawatankuasa Sebut Harga( Jawatankuasa Pemilih )

Pengerusi : Pengetua/G.Besar
S/Usaha : PK Hal Ehwal Murid
Ahli J/Kuasa : Sekolah Menengah -Seorang guru penolong.
Sekolah Rendah - Seorang pegawai dari
JPN/PPD ( Kumpulan Pengurusandan Profesional)
Catatan : Mesyuarat dalam bulan Oktober.

 Melantik guru penolong untuk mencatat minit mesyuarat pemilihan.


 Menyemak Borang Lampiran 2.
 Semak semua dokumen setiap pembida.
 Membuat perbandingan antara pemohon dari segi pengalaman, modal, sijil
kewangan, sijil pendaftaran, harga bidaan dan lain-lain dokumen.
 Menyenaraikan mengikut hariki keputusan. ( Sila isikan dalam Borang
Lampiran 3 )
 Membuat keputusan memilih Pengusaha Kantin.
 Pembida ( Pemohon) yang berjaya dimaklumkan melalui surat yang
disediakan oleh pihak sekolah. ( Lampian 4 )Salinan surat ke JPN/PPD.
Surat kepada Pembida yang tidak berjaya dan wang pertaruhan
dikembalikan. Taikh pemakluman ialah dari 1 – 15 November.

PERSEDIAAN PERJANJIAN KANTIN

 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kerani menyediakan Perjanjian Kantin
Sekolah untuk tempoh 2 tahun( 24 bulan ). Rujuk Buku Pengurusan Kantin
Sekolah Lampiran 10, ms. 66.

 Pengetua/Guru Besar memanggil pembida yang berjaya berbincang tentang


perkhidmatan pengurusan kantin sekolah sebelum menanda tangani perjanjian.

 Sekiranya terdapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak maka perjanjian


ditandatangani dan perjanjian disetemkan. Duti setem dibiayai oleh
pengusaha.

PENYERAHAN KANTIN

 Pihak sekolah menyerah kunci kantin dan Buku Panduan Pengurusan Kantin
kepada pengusaha.

 Pastikan bayaran Sewaan, Deposit Kantin, Deposit Air dan Deposit Elektrik
telah dibayar dan resit penerimaan perlu dikeluarkan oleh sekolah.

 Pengusaha Kantin perlu mengemas, membersih dan melaporkan perkara yang


perlu diambil tindakan jika ada kerosakkan.
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

 Pengusaha dikehendaki menghadiri kursus Pengendali Makanan yang


dianjurkan oleh pusat-pusat pengendali makanan yang berdaftar dengan
Jabatan Kesihatan Negeri

SUNTIKAN TY2

 Pengusaha dan Pembantu wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan


mendapatkan suntikan TY2 sebelum menjalankan perkhidmatan.

 Kos suntikan TY2 ditanggung oleh pengusaha.


PROSUDER TAMBAHAN
SETAHUN

(2+1)

Pengusaha Kantin yang berminat untuk menyambung perkhidmatan perlu


menghantar surat permohonan kepada pihak sekolah ( Jawatankuasa Sebut Harga
Kantin ). Pengusaha kantin perlu memohon pada 1 Ogos …… hingga 15 Ogos ……..
Bagi pengusaha yang telah tiga tahun mengusaha kantin di sekolah yang sama,
pengusaha kantin tersebut tidak lagi boleh memohon untuk pelanjutan satu tahun.

Pihak sekolah perlu memastikan jika sekiranya terdapat permohonan perlanjutan


kantin, maka Jawatankuasa Kantin Sekolah hendaklah bermesyuarat untuk menilai
tentang perkhidmatan yang telah diberikan oleh pengusaha kantin tersebut. Semua
minit mesyuarat tersebut akan digunakan oleh Jawatankuasa Sebut Harga untuk
membuat keputusan sama ada menyambung perkhidmatan atau sebaliknya.

Bagi semua sekolah rendah, Jawatankuasa Sebut Harga(Jawatankuasa Pemilih )


Pengerusi adalah Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan seorang
pegawai daripada jabatan pelajaran atau pejabat pelajaran daerah sebagai ahli
jawatankuasa. ( Kumpulan Profesional )

Bagi sekolah menengah, Jawatankuasa Sebut Harga( Jawatankuasa Pemilih )


Pengerusi adalah Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan seorang guru
kanan. ( Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah- ms. 29 )

Keputusan perlu dirahsiakan, sehingga surat rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah
dari 16 Ogos……. hingga 31 Ogos….. . Keputusan kepada pemohon akan
dikeluarkan pada bulan September. Surat rasmi dihantar oleh pihak sekolah.

Perjanjian Tambahan Setahun perlu dibuat dan disetemkan. Duiti setem dibayar
oleh pengusaha. ( Sila semak Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah -
Lampiaran 11 – ms. 74)
LAMPIRAN 1

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA


JAWATANKUSA PEMBUKA PETI SEBUT HARGA

KOD SEKOLAH :………………… : ENROLMEN PELAJAR : …………………

NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………..……………………………………………..

TARIKH : …………………………….. MASA : ………………………………..…..

KEAHLIAN :

1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan ……………………………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : …………………………………………………………….

2. Ahli Jawatankuasa:

2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan …………………...………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : ………………………………………………………….

2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ……………………………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : ……………………………………………………..…..


LAMPIRAN 1A

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA


JAWATANKUSA SEBUT HARGA
KOD SEKOLAH: ENROLMEN PELAJAR : ………..…………….

NAMA SEKOLAH :…………………………………………………………….……………………………………………………………….

TARIKH : …………………………….. MASA :……………………………..

KEAHLIAN :

1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan ………………………

Jawatan : …………………………………………………………….

Gred Jawatan : ……………………………………………………….…..

2. Ahli Jawatankuasa:

2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ………………………

Jawatan : ……………………………………………………..………

Gred Jawatan : ……………………………………………………….…..

2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ………………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : ………………………………………………..…………..


LAMPIRAN 2

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA


SEKOLAH …………………………………………………………………………………..............................................
SENARAI PEMOHON :

Modal Berbayar Kadar Sewaan Kedudukan


Bil. Nama Pengusaha Pengalaman Sijil Kewangan* Pemilihan
Pusingan Yang Dibida

Tanda Tangan Pengerusi …………………………………… Tanda Tangan Ahli : ………………………………… Tanda Tangan Ahli : …………………………………
Nama : ……………………………………………………………… Nama : ……………………………………………………. Nama : ……………………………………………………..
Jawatan : …………………………………………………………… Jawatan : ………………………………………………… Jawatan : …………………………………………………

Catatan : * Tandakan _/ jika ada.


LAMPIRAN 3

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA


PEMILIHAN PEMBIDA/PENGUSAHA

SEKOLAH …………………………………………………………………………………......................................
ULASAN DAN SEBAB :
Kedudukan dan Keputusan Sebut Harga :
Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara membuat keputusan pilihan/ ketentuan berdasarkan :-

Bil. Kedudukan : ( Nama Syarikat ) Ulasan dan Sebab

Tanda Tangan Pengerusi …………………………………………… Tanda Tangan Ahli : …………………………………………………….


Nama : ……………………………………………………………………… Nama : ……………………………………………………………….………
Jawatan : ……………………………………………………………….…. Jawatan : …………………………………..………………………………..

Tanda Tangan Ahli : …………………………………………..……….


Nama : ………………………………………………………………………
Jawatan : ………………………………………………………………..…. Tarikh :
LAMPIRAN 4

………………………………………………………………..
………………………………………………………………..
……………………………………………………………….

Rujukan
Tarikh :

………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….

Tuan/Puan,
SEBUT HARGA PEROLEHAN KANTIN SEKOLAH

Nama Sekolah : ……………………………………………………………………………….


Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………………….

Adalah saya di arah merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan/puan telah dipilih sebagai pengusaha
kantin seperti di atas.
3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki hadir ke sekokolah seperti di
atas bagi menada tangani surat penerimaan tawaran dan menurunkan tanda
tangan pada surat perjanjian kantin di sekolah tersebut dalam tempoh 14 hari
daripada tarikh surat ini.

4. Pihak tuan/puan tertakluk kepada perjanjian bagi tujuan mengendalikan


makanan bagi pihak syarikat tuan/puan sendiri. Jika sekiranya didapati pihak
tuan/puan memberi kuasa mengurus kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis
dari pihak berwajib, bermakna tawaran ini terbatal dengan sendirinya.
Sekian, terima kasih.

…………………………………………
( Tanda tangan )

Nama : …………………………………………………
Pengerusi Sebut Harga Perolehan Kantin.
Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC/SJKT
Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami:
Tarikh :
..............................................................
.............................................................
.............................................................

Tuan

PERINGATAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN (AMARAN PERTAMA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan telah gagal menjelaskan bayaran sewa
bulanan premis kantin tuan di Sekolah Kebangsaan ....................... bagi bulan ...................
mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian penyewaan kantin.

3. Tuan hendaklah menjelaskan bayaran sewa premis kantin tuan dalam tempoh 14 dari
tarikh tuan menerima surat ini. Kegagalan pihak tuan menjelaskan bayaran sewa bulanan
kantin ini akan membolehkan pihak kerajaan mengambil langkah menamatkan perjanjian
penyewaan kantin antara pihak tuan dengan kerajaan.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor


2. Fail kantin
Sekolah .........................................................
...........................................................................
...........................................................................

Ruj. Kami: .
Tarikh :
.........................................................................
........................................................................
........................................................................

Tuan

PERINGATAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN (AMARAN KEDUA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan masih gagal menjelaskan bayaran sewa
bulanan kantin Sekolah Kebangsaan ........................ bagi bulan .................. sungguhpun
Notis Peringatan Pembayaran Penyewaan Kantin (Amaran Pertama) .......................................
bertarikh ............... telah diberikan.

3. Kegagalan pihak tuan menjelaskan bayaran sewa bulanan kantin ini membolehkan
pihak kerajaan menamatkan perjanjian dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuan menerima surat
ini.. Notis Penamatan Perjanjian akan dikeluarkan sebaik sahaja tempoh yang diberikan
kepada tuan untuk menjelaskan sewa bulanan premis kantin tuan ini tamat. Sayugia
diingatkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat dari
penamatan perjanjian ini.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................................

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor


2. Fail kantin
Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: .
Tarikh :

............................................................................
.............................................................................
.............................................................................

Tuan

NOTIS PENAMATAN PERJANJIAN PENYEWAAN KANTIN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan masih gagal menjelaskan bayaran sewa
bulanan kantin Sekolah Kebangsaan .................................... bagi bulan ...............................
sungguhpun surat Peringatan Penyewaan Kantin (Amaran Pertama) ........................................
bertarikh .................. dan surat Peringatan Penyewaan Kantin (Amaran
Kedua................................... bertarikh ................................ telah diberikan.

3. Sehubungan dengan itu Perjanjian Penyewaan Kantin antara pihak tuan dan Kerajaan
Malaysia di Sekolah Kebangsaan ................................. ditamatkan pada ..............................
Pihak tuan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh tujuh hari dari penamatan tersebut.
Sayugia diingatkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat
dari penamatan perjanjian ini.

Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................

Guru Besar
Sekolah ................................................

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor.


2. PPD
KES PENUTUPAN KANTIN
L SEKOLAH
LAPORAN PENUTUPAN KANTIN SEKOLAH

1. NAMA SEKOLAH :
2. ALAMAT :
3. NO. TELEFON :
4. NO. FAKS :
5. DAERAH :
6. TARIKH :
7. MASA :
8. BILANGAN MURID :
9. KRONOLOGI KEJADIAN :

9.1. PUNCA DAN LATARBELAKANG KEJADIAN

..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................

9.2. TINDAKAN YANG TELAH DAN AKAN DIJALANKAN / DILAKSANA

9.1.1. Sekolah
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
9.1.2. Pejabat Pelajaran Daerah
……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

9.1.3. Pejabat Kesihatan Daerah


……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

10. NAMA PEGAWAI PENYIASAT

10.1. ……………………………………………………………..
10.2. ……………………………………………………………..
10.3. ……………………………………………………………..

11. TARIKH SIASATAN :

12. STATUS KES :( Dalam siasatan/ Disita atau Beroperasi semula )

13. CADANGAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
14. HAL-HAL LAIN (jika ada)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

15. LAMPIRAN
( Sila kepilkan bersama Notis Penutupan Sementara, Lampiran A,
Permarkahan Kendiri Kantin SekolahSemasa kejadiandan lain-lain surat )
.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :


KES KERACUNAN SMK/SK

1. TAJUK BERITA :
2. NO. ADUAN :
3. AKHBAR :
4. TARIKH :
5. LAMPIRAN :
6. LAPORAN SIASATAN

6.1. ISU/PERKARA

6.2 NAMA SEKOLAH:

6.3 PIHAK YANG TERLIBAT:

6.4 TARIKH / MASA / TEMPAT :

6.5 KORONOLOGI KEJADIAN

6.5.1 ..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.
6.6 TINDAKAN YANG TELAH DAN AKAN DIJALANKAN / DILAKSANA

6.6.1 Sekolah
..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.
..................................................................................................................
.

6.6.2. Pejabat Pelajaran Daerah laporan bertulis.


...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................

6.6.3. Jabatan Pelajaran Negeri


...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................

6.6.4 Pusat Kesihatan Daerah


...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................
...................................................................................................................
6.7 NAMA PEGAWAI MENYIASAT

6.7.1. ……………………………………………………………..
6.7.2. ……………………………………………………………..
6.7.3. ……………………………………………………………..

7 TARIKH SIASATAN :

8 STATUS KES :( Dalam siasatan/ Disita atau Beroperasi semula )

9 CADANGAN JPN:

.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

7. HAL-HAL LAIN (jika ada)

10. LAMPIRAN

( Sila kepilkan bersama Notis Penutupan Sementara, Lampiran A, Permarkahan


Kendiri Kantin SekolahSemasa kejadiandan lain-lain surat )

Disediakan oleh: Disahkan oleh :


LAMPIRAN 10

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada………………… (tarikh semasa) ……………………………………………………..


Antara Kerajaan Malaysia ,yang bagi maksud Perjanjian inidiwakili oleh Sekolah
…….………….…....………………………………..…………………… (kemudian dari ini disebut “Kerajaan”) bagi
pihak pertama; dengan ……………………………………………………………………………………………………………(No
Syarikat: …………………………………..)sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang – undang
Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di……………………………… (kemudian dari ini disebut “
Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWANYA –

A. Kerajaan bersetuju untuk memberikan hak kepada Pengusaha Kantin untuk berniaga bahan –
bahan makanan dan minuman mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di permis yang
disediakanolehSekolah………………………………………………………………………………..; dan

B. Pengusaha Kantin bersetuju untuk menerima hak itu dan mengusahakan kantin Sekolah tersebut
atas syarat – syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

ADALAH DENGANINI kedua – dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Takrif
Dalam Perjanjian ini perkataan – perkataan berikut membawa maksud yang ditetap baginya,
melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain –

ertinya Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, KetuaPengarah


Kementerian Pelajaran, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi
“Kerajaan” Pendidikan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pengarah
Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Guru Besar / Pengetua Sekolah dan
Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

Ertinya Sekolah……………………………………………………………….Yang
“Sekolah” termasuklah Guru Besar / Pengetua Sekolah dan Pegawai yang diberi
kuasa sewajarnya;

” Pengusaha Kantin” Ertinya………………………………………(Nama Syarikat)…………………..


Yang termasuklah wakilnya yang diberi kuasa, waris, penerima serah
hak dan pekerja-pekerjanya di mana berkenaan;

“Kantin” Ertinya premis yang disediakan oleh Sekolah untuk digunakan sebagai
kantin.
2. Persetujuan Pengusaha Kantin

Pengusaha Kantin bersetuju untuk mengusahakan kantin di permis yang ditetapkan oleh
Sekolah dan kedua – dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha Kantin bertanjungjawab
sepenuhnya untuk mengusahakan kantin berdasarkan syarat – syarat yang ditetapkan oleh
Perjanjian ini.

3. Tempoh Perjanjian

3.1 Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama dua puluh empat bulan (24 bulan) mulai
daripada01 Disember ………………(Kemudian dari ini disebut “Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian’ )
Sehingga 30 November …………….. (kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat Perjanjian”).

3.2 Perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas (12) bulan lagi bermula selepas
tamat tempoh yang disebut dalam Fasal 3.1 dengan persetujuan kedua – dua pihak dan
pelanjutan tempoh ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan
menurut format yang ditetapkan di lampiran II. Perlanjutan tempoh ini hendaklah berdasarkan
terma dan syarat yang sama melainkan peruntukan Fasal 3.2 ini.

4. Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan

Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini,Kerajaan adalah diwakili oleh Guru Besar /Pengetua
Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa -apa arahan kepada pengusaha
kantin yang selaras dengan peruntukan perjanjian ini.

5. Sewa Kantin

5.1 Dalam tempoh perjanjian ini berkuat kuasa , Pengusaha Kantin hendaklah membayar
kepada kerajaan sewa kantin berjumlah Ringgit ………………………………………………………….
(RM…………..)setiap bulan kecuali bulan Disember ( kemudian dari ini disebut “ Sewa
Kantin”).

5.2 Pengusaha Kantin hendaklah membayar Sewa Kantin kepada Kerajaan , melalui Guru Besar /
Pengetua Sekolah, pada minggu pertama tiap – tiap bulan kalender.

5.3 Sewa kantin pada bulan Disember dikecualikan.


6 Deposit Sewa Kantin

6.1 Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang deposit berjumlah Ringgit …………………
……………………………………………………………………………..(RM …………………………..), yang
bersamaan dengan sebulan Sewa Kantin,tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada Tarikh
Kuatkuasa Perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.

6.2 Wang deposit ini akan dikembalikan oleh Sekolah kepada Pengusaha Kantin, tanpa faedah,
tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh tamat perjanjian, tertakluk kepada apa – apa
potongan oleh Kerajaan sebagaimana yang di benarkan di bawah perjanjian ini.

6.3 Wang deposit tidak akan dikembalikan jika pengusaha kantin menarik diri sebelum tarikh tamat
perjanjian.

7 Bayaran Penggunaan Elektrik dan Air dan Deposit

7.1 Pengusaha Kantin Bertanggungjawab ke atas penggunaan elektrik dan air di Kantin Sekolah
sepanjang tempoh kuatkuasa Perjanjian dan bayaran bagi penggunaan elektrik dan air itu
hendaklah dibayar terus oleh Pengusaha Kantin kepada pihak berkuatkuasa yang berkenaan.

7.2 Sebagai sekuriti bagi pelaksanaan tanggungjawab ini, Pengusaha Kantin hendaklah
menyerahkan wang berjumlah Ringgit …………………………………………………………………..
(RM…………………) sebagai deposit bayaran elektrik dan air tidak lewat dari tujuh(7) hari
daripada tarikh kuatkuasa perjanjian kepadaGuru Besar /Pengetua sekolah.

7.3 Wang deposit ini akan dikembalikan oleh sekolah kepada pengusaha kantin, tanpa faedah,
tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tamat perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan
oleh Kerajaan jika terdapat apa-apa bayaran elektrik dan air yang tertunggak.

8 Penyediaan dan Penjualan Makanan dan Minuman

8.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman yang disediakan
adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana dalam LAMPIRAN D dan Pengusaha
Kantin juga hendaklah memastikan agar makanan dan minuman tersebut dijual pada harga
sebagaimana yang ditetapkan dalam LAMPIRAN D.

8.2 Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi garis paduan dan arahan yang terkandung dalam
Garis Panduan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari
semasa ke semasa.
8.3 Makanan yang dihidangkan hendaklah halal dan tidak berlawanan dengan kehendak –
kehendak agama Islam dan disediakan mengikut peraturan – peraturan kesihatan yang
ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.4 Barang – barang dapur,alat- alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat – tempat
menyimpan bahan makanan dan pekakas memasak hendaklah semuanya digunakan bagi
tujuan memasak makanan yang halal sahaja.

8.5 Barang – barang yang tidak halal, sama ada mentah,bermasak atau diproses, adalah dilarang
dibawa masuk ke dalam kantin.

8.6 Bahan makanan yang dibawa dari luar Sekolah hendaklah menggunakan alat perkakasnya
sendiri dan tidak boleh menggunakan barang – barang atau alat perkakas kantin.

8.7 Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitaranya pada setiap masa
dan mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang
diperuntukan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.8 Pengusaha kantin hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah
dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan kantin, penyediaan dan penjualan
makanan dan minuman dan apa –apa perkara lain yang berkaitan.

9 Penjagaan Kantin

9.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot dan peralatan yang dipasang atau
disediakan oleh Sekolah untuk kegunaan kantin sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan
yang baik.

9.2 Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki apa –apa kerosakan kepada perabot
dan peralatan Kantin atau membayar ganti rugi kepada sekolah bagi apa – apa kerosakan
yang tidak boleh dibaiki apabila diminta berbuat demikian dan sebelum tarikh tamat
perjanjian. Kerajaaan berhak untuk mengambil mana –mana bahagian daripada deposit
sewa kantin yang dirujuk di Fasal 5 jika pengusaha kantin gagal membayar ganti rugi
dalam tempoh yang ditetapkan.

10. Hak Kerajaan Mendapatkan Khidmat Pihak Ketiga

10.1 Sekiranya Pengusaha Kantin gagal mematuhi obligasi di klausa 8.1 yang dibaca bersama

LAMPIRAN D. (berhubung spesifikasi makanan dan minuman dan LAMPIRAN D (berhubung


spesifekasi harga), maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan budi
bicara mutlak untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada mana-mana
pihak ketiga tanpa perlu memaklumkan kepada Pengusaha Kantin.
10.2 Apabila Kerajaan memilih untuk mendapatkan khidmat pihak ketiga maka, semua kos dan
perbelanjaan yang berkaitan bagi maksud mendapatkan khidmat pihak ketiga tersebut
hendaklah menjadi suatu tuntutan hutang terhadap Pengusaha Kantin dan Kerajaan
mempunyai opsyen berikut:

(a) Membuat potong secara terus di bawah klausa 6.2 daripada deposit yang dibayar oleh
Pengusaha Kantin di bawah klausa 6.1;

(b) Menggunakan hak untuk membuat potongan daripada penerimaan bayaran sewa
bulanan kantin yang diterima oleh Kerajaan dan Pengusaha Kantin mempunyai
tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan sewa bulanan tersebut setelah
potongan dibuat.

11. Waktu Perkhidmatan

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan kantin dibuka pada setiaphari persekolahan dan
pada hari – hari yang ditetapkan oleh Sekolah dari pagi hingga……………. petang/malam.

12. Pekerja Pengusaha Kantin

12.1 Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan


kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan kantin dan hendaklah memastikan
mereka disahkan oleh pegawai perubatan sebagai sihat dan tidak berpenyakit dan
tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak sesuai
bekerja di sekolah.

12.2 Kerajaan melalui Guru Besar/Pengetua, berhak mengarahkan Pengusaha Kantin, dan
apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kantin hendaklah menukarkan mana – mana
pekerja atau kakitangannya yang, berdasarkan pemerhatian pihak Sekolah, didapati
melanggar mana – mana peraturan dan arahan berhubung dengan pengurusan dan
pengendalian kantin sebagaimana yang ditetapkan oleh Penjanjian ini, atau didapati
mempunyai masalah kesihatan yang berat atau berkelakuan tidak sopan atau tidak
bermoral atau menggangu murid – murid dan kakitangan Sekolah.

13 Tanggung Rugi

Pengusaha Kantin bersetuju dengan kerajaan bahawa –

(a) Pengusaha Kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusaha Kantin dan,
melepaskan kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang –
undang, dari apa – apa tuntutan dan tanggungan daripada apa
kemalangan,kerugian,kerosakan,kehilangan atau kematian yang terbit daripada
Pengusaha Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan ,
kerugian , kerosakan , kehilangan atau kematian itu;
(b) Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa –apa tuntutan ,
prosiding, kerugian , kerosakan, kehilangan , ganti rugi dan kos yang ditunggung, atau
mungkin menjadi tanggungan Kerajaan berikut atau terbit dari –

(i.) Kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh
pengusaha kantin atau wakil, pekerja dan ejennya;dan

(ii.) Apa – apa kehilangan , kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan
berikutan dari pelaksanaan Perjanjian ini.

14 Penyerahhakkan atau Sewaan

Pengusaha Kantin tidak boleh, melainkan dengan persetujuan bertulis Kerajaan terlebih dahulu,
menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewakan kantin atau mana – mana bahagian Kantin
kepada mana – mana pihak ketiga.

15 Pemeriksaan oleh Kerajaan

Guru Besar / Pengetua , Pegawai Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah , Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan mana – mana jabatan
kerajaan hendaklah dibenarkan untuk memasukki mana – mana bahagian Kantin pada bila –
bila masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan Kantin menurut bidang kuasa masing -
masing.

16 Struktur kantin

16.1 Pengusaha Kantin dilarang mengubah atau meminda struktur kantin, melainkan
bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain – lain peralatan yang telah
dipersetujui oleh pihak sekolah,dan Pengusaha Kantin hendaklah bertangungjawab
sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung semua pembelanjaan yang
berkaitan.

16.2 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan struktur asal kantin tidak rosak atau menjadi
rosak berikutan dari pemasangan perobat atau peralatan itu.Jika berlaku sebarang
kerosakan, Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan
berkenaan atau membayar rugi kepada pihak Sekolah.

17 Penyelesaian Pertikaian

17.1 Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua – dua pihak
hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri
daripada-
(a) Pengarah Pelajaran Negeri sebagai pengerusi.

(b) Seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri dari
kalangan pegawai – pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah; dan

(c) Seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

17.2 Jawatkuasa Penyelesaian Pertikaian boleh menentukan prosedurnya sendiri dan


Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesailkan pertikaian
itu.

18 Penamatan perjanjian

18.1 Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tiga puluh
(30) hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika –

(a) Pengusaha Kantin melanggar mana – mana syarat Perjanjian ; atau

(b) Perkhidmatan kantin yang diberikan tidak memuaskan.

18.2 Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat – syarat perjanjian yang
berkaitan atau meningkatan perkhidmatan kantin ke suatu taraf yang memuaskan, maka
Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara
bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.

18.3 Kerajaan berhak menuntut apa – apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin berikutan dari
penamatan Perjanjian ini.

18.4 (a) Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, kerajaan boleh menamatkan
perjanjian ini dengan serta merta dengan memberikan notis tanpa memberi
sebarang alasan kepada pihak Pengusaha kantin sekiranya Kerajaan
berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah patut.

(b) Sekiranya Kerajaan menamatkan Perjanjian di bawah klausa ini, kluasa 18.3
akan terpakai dan pihak Pengusaha Kantin berhak untuk menuntut apa –
apa bayaran yang kena dibayar dan terhutang pada masa penamatan tersebut
daripada kerajaan.
19 Peruntukan Am.

19.1 Apa –apa notis, kelulusan ,permohanan atau lain – lain komukasi yang perlu diberikan
kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara bertulis, dalam bahasa
melayu dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan di alamat berikut, sama ada
secara serahan tangan, pos biasa atau pos berdaftar.

bagi pihak kerajaan :

(nama Sekolah dan alamat sekolah)

u.p Guru Besar/Pengetua Sekolah

Bagi pihak pengusaha kantin:

(nama dan alamat berdaftar Pengusaha Kantin)

19.2 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut , dan dikawal oleh , undang – undang
Malaysia dan kedua –dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang
kuasa mahkamah Malaysia.

19.3 Pengusaha Kantin hendaklah menanggung apa – apa kos duit setem yang perlu
dibayar berikutan dari Perjanjian ini.

19.4 Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi undang – undang Malaysia yang terpakai
kepadanya dan apa –apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan kepadanya oleh
pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang – undang bertulis.

20. Pindaan

Salah satu pihak boleh secara bertulis meminta supaya suatu pindaan, tambahan atau perubahan
pada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini dibuat bila-bila masa dengan
persetujuan kedua-dua pihak melalui suatu Perjanjian Tambahan. Apa-apa pindahan, tambahan
atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak hendaklah menjadi sebahagian daripada
Perjanjian ini dan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh sebagaimana ditentukan oleh pihak-pihak.
Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan obligasi
yang berbangkit daripada atau berdasarkan Perjanjian ini sebelum atau sehingga tarikh pindaan,
tambahan atau perubahan itu.

21. Bahasa

Semua notis dan komunikasi berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah menggunakan Bahasa
Melayu.

22. Pengganti
Perjanjian ini mengikut kedua-dua kepada Perjanjian ini dan juga pengganti mana-mana pihak
tersebut.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua – dua pihak yang diberi kuasa
untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing – masing pada tarikh yang mula – mula disebut di
atas.

Ditandatangan oleh:…………………………………… Ditandatangan oleh: ………………………………………….

Nama: ……………………………………………………. Nama:………………………………………………………………

No. KP:……………………………………………………… No. KP :……………………………………………………………

Jawatan :………………………………………………….. Jawatan :………………………………………………………….

Tarikh : …………………………………………………… Tarikh: …………………………………………………………….

Bagi pihak Kerajaan Malaysia Bagi pihak:…………….(nama syarikat)……………………

Dihadapan :……………………………………………… Dihadapan :………………………………………………………

Tandatangan dan Cop Tandatangan dan Cop