Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Komponen A : Penulisan Esei

1.1 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, Pensejarahan atau dengan nama lain,
historiografi didefiniskan sebagai karya atau penulisan yang berkaitan dengan sejarah.
Manakala, Pensejarahan Malaysia dirumuskan sebagai suatu hasil karya atau penulisan
yang berkaitan dengan sejarah berkenaan negara kita. Pensejarahan Malaysia dikatakan
telah bermula sekitar awal abad ke-15. Kenyataan tersebut disokong oleh Mohd Yusuf
Hashim (1992) apabila beliau berpendapat bahawa Pensejarahan Malaysia sebenarnya
telah bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Dalam Pensejarahan Malaysia, terdapat dua pendekatan yang digunakan oleh


seseorang orientalis Barat atau penulis tempatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan
sejarah di dalam karya mereka, iaitu Eropah-sentrik (Euro-centric) dan Malaysia-sentrik.
Sentrik merupakan satu frasa yang muncul dalam bentuk pendekatan yang biasa digunakan
dalam penulisan sejarah. Sentrik dari segi bahasa adalah tengah dan dalam. Dari segi istilah
pula, sentrik didefinisikan sebagai kecenderungan terhadap sesuatu perkara.

Perkembangan Pensejarahan Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa tahap.


Tahap yang pertama adalah pada penulisan pada zaman feudal Melayu seperti penulisan
Tun Sri Lanang, Raja Chulan, Raja Ali Haji dan sebagainya. Tahap kedua pula adalah pada
zaman kolonial British, iaitu W.G Shellabear, Frank Swettenham, R.O Winstedt dan
sebagainya yang lebih ke arah Eropah-sentrik. Tahap yang ketiga pula ialah pada zaman
kebangkitan semangat Nasionalisme seperti Ishak Haji Muhammad 'Pak Sako', Ahmad
Boestamam dan penulis sezaman. Tahap yang keempat pula adalah zaman pengukuhan
yang lebih kepada Malaysia-sentrik dan juga berdasarkan kajian ilmiah terhadap sesuatu
pensejarahan seperti Mohd Yusuf Hashim dan Khoo Kay Kim.

1
1.2 Konsep Eropah-sentrik dan Malaysia-sentrik dalam penulisan Pensejarahan
Malaysia

1.2.1 Eropah-sentrik (Euro-centric)

Konsep Pensejarahan Malaysia dari perspektif Eropah-sentrik adalah penulisan


karya-karya berdasarkan Pensejarahan Malaysia yang ditulis oleh orientalis barat mengikut
sudut pandangan mereka. Pendekatan Eropah-sentrik dipelopori oleh golongan penulis
barat itu sendiri. Menurut Khoo (1975), penulis barat merupakan pegawai-pegawai
berbangsa Eropah dalam kalangan negara yang pernah menakluk Tanah Melayu seperti
Portugis, Belanda dan British.

Orientalis daripada kalangan mereka telah mewujudkan satu perspektif pensejarahan


yang baru terhadap pensejarahan Malaysia pada ketika itu, iaitu lebih bersifat Euro-centric.
Pendekatan Eropah-sentrik wujud dalam penulisan orientalis barat kerana mereka
sememangnya mempunyai latar belakang barat dari segi tempat asal, kebudayaan,
persekitaraan dan sebagainya. Justeru, tidak hairanlah mengapa wujudnya penilaian 'berat
sebelah' dalam penulisan mereka yang lebih mengagungkan orang-orang barat serta
mempunyai agenda-agenda tersendiri untuk kepentingan mereka.

Malah, penulisan Eropah-sentrik dapat dilihat lebih mengutamakan tokoh-tokoh barat


dan memelihara segala kepentingan barat. (Syed Ismail Syed Mustapha & Meor Aris Meor
Hamzah, 2016). Contohnya, penjajah barat dari kaca mata mereka adalah seorang pejuang,
manakala pejuang tempatan tanah air seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman dan sebagainya
dilabel sebagai pemberontak dan penderhaka. Jika dinilai secara adil, penulisan Eropah-
sentrik dalam penulisan Pensejarahan Malaysia lebih menonjolkan sumbangan dan
kebaikan penjajah barat dan sistem kolonial sewaktu penguasaan mereka di Tanah Melayu.
Selain itu, penulisan Eropah-sentrik lebih banyak memfokuskan terhadap penulisan
mengenai perkembangan politik dan ekonomi di dalam sesebuah negeri. Salah satu contoh
penulis sejarah yang bercorak Eropah-sentrik dalam penulisannya ialah Frank Swettenham.

Contohnya, dalam karya beliau yang berjudul British di Tanah Melayu (1907), corak
penulisan beliau lebih menonjolkan strategi British Berjaya bertapak di Tanah Melayu,
pengenalan Sistem Residen, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan juga perkembangan
Tanah Melayu di bawah pentadbiran British. Hal tersebut telah memberi gambaran bahawa
isi kandungan dan idea utama yang sudah pasti tidak lari dari hanya memfokuskan peranan
dan kejayaan pihak kolonial British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba menerapkan
pemikiran kepada masyarakat bahawa penjajahan British ke atas Tanah Melayu
mendatangkan kebaikan.

2
1.2.1 Malaysia-sentrik

Konsep Malaysia-sentrik dalam penulisan Pensejarahan Malaysia dapat disimpulkan


sebagai sesuatu penulisan mengenai Pensejarahan Malaysia yang dihasilkan mengikut
sudut pandangan penulis-penulis tempatan. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris
Meor Hamzah, penulisan Malaysia-sentrik ini menggunakan sumber tempatan dan ditafsir
menerusi sudut pandangan tempatan dengan menumpukan perlakuan orang-orang
tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Melalui definisi dan konsep tersebut, kita dapat simpulkan bahawa pendekatan
Malaysia-sentrik berlawanan dan bertentangan dengan pendekatan Eropah-sentrik dalam
penulisan Pensejarahan Malaysia kerana pendekatan Eropah-sentrik mempunyai unsur bias
yang lebih memihak kepada kepentingan mereka sahaja. Penulisan Malaysia-sentrik juga
lebih menonjolkan kesedaran mengenai sistem sosial dan kemasyarakatan dalam kalangan
penulis-penulis tempatan melalui penulisan.

Malah, penulisan mereka dilihat telah keluar daripada skop di dalam istana sahaja
dan mula memfokuskan aspek sosial dan kemasyarakatan. Bahkan dengan adanya
pendekatan Malaysia-sentrik dalam penulisan Pensejarahan Malaysia juga, pendokong
penulis serta penulis-penulis barat yang bersifat Eropah-sentrik akan berasa bimbang
kerana khuatir penjajahan barat yang diagungkan oleh penulis-penulis bersifat Eropah-
sentrik di dalam penulisan mereka, akan dikritik serta dipandang negatif oleh masyarakat
tempatan.

Hal ini dapat dibuktikan melalui buku Sejarah Alam Melayu yang dihasilkan oleh
Abdul Hadi bin Hassan menurut penulisan Khoo. Beliau merupakan salah seorang tokoh
nasionalisme dan juga tokoh penulisan Pensejarahan Malaysia bersifat Malaysia-sentrik
pada ketika itu. Buku tersebut memaparkan tema nasionalisme dan kemasyarakatan apabila
penulis cuba menyemai perasaan kebangsaan untuk menembusi semangat kedaerahan
yang masih menebal dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu serta memaparkan
perjuangan pejuang tempatan dahulu. Bahkan menurut Khoo lagi, buku ini telah dijadikan
buku teks sebagai silibus pembelajaran untuk menanam semangat cinta nusa dan bangsa.

Selain itu juga, di dalam buku yang dihasilkan oleh Ibrahim Yaakob iaitu Melihat
Tanah Air (Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah, 2016), beliau telah
berjaya mengangkat konsep Melayu Raya. Beliau dengan jelas melontarkan kritikan
terhadap golongan elit Melayu yang enggan mengikuti arus perkembangan dengan tidak
menghiraukan perasaan masyarakat Melayu pada ketika itu.

3
1.3 Perbandingan gaya penulisan antara Sejarawan Barat dan Sejarawan Malaysia

Leopold von Ranke berpendapat bahawa pengajian sejarah adalah untuk


memaparkan perstiwa yang lalu dan peristiwa tersebut telah benar-benar berlaku. (P.
Sivarajan & S. Malar Arasi, 2012). Berdasarkan definisi di atas, kita dapat simpulkan
bahawa pemaparan fakta-fakta tulen hendaklah berasaskan kepada kajian dan penyelidikan
terhadap sesuatu peristiwa supaya unsur penyelewengan tidak berlaku.

Terdapat persamaan dan perbezaan gaya penulisan antara sejarawan barat dan
sejarawan Malaysia. Persamaan gaya penulisan yang terdapat dalam buku Sulalatus Salatin
edisi A. Samad Ahmad dan Sejarah Melayu edisi W.G Shellabear adalah dari segi gaya
naratif kronologikal yang terdapat dalam kedua-dua buah karya tersebut. Naratif kronologikal
bermaksud sesebuah peristiwa dikisahkan kembali mengikut kronologi.

Buktinya, kedua-dua karya ini menceritakan mengenai sejarah raja-raja melayu


bermula dari zaman sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka, zaman awal
kemunculan Kesultanan Melayu Melaka, zaman kegemilangan empayar Melaka, zaman
kemerosotan dan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis serta berakhirnya setelah
kemunculan Kerajaan Johor Lama. Walaupun buku ini terdapat perbezaan dari segi
penulisan, namun tema dan isi kandungan kedua-dua buku ini adalah hampir sama.

Selain itu, buku yang saya telah membuat perbandingan adalah Sulalatus Salatin
edisi A. Samad Ahmad dan buku Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear. Perbezaan buku ini
dapat dilihat pada bahagian muqaddimah, iaitu pendahuluan kedua-dua buku ini adalah
berbeza. Jika kita teliti pada bahagian pendahuluan Sulalatus Salatin edisi A. Samad
Ahmad, buku ini menunjukkan pengaruh Islam dari Parsi (Abu Hassan Sham, 1977).

Kita dapat lihat bahawa pada permulaan buku ini, ia dimulai dengan puji-pujian
kepada Tuhan dan Nabi di dalam bahasa Arab kemudian diselangi dengan terjemahan
bahasa Melayu. Pujian kepada raja juga turut diselitkan pada bahagian pendahuluan buku
ini. Pada bahagian pendahuluan buku ini juga, penulis juga menjelaskan mengapa beliau
menulis buku ini yang biasanya atas arahan golongan atasan seperti raja.

Karya Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear pula memaparkan usaha Tun Sri
Lanang dalam menulis dan menyusun karya ini berdasarkan dari sebuah Hikayat Melayu
dari Goa, India. Pendahuluan karya ini menjelaskan juga bahawa penulisan dan
penyusunan buku ini adalah atas arahan golongan atasan, iaitu Sultan Maayah Syah yang
memegang jawatan Yang Dipertuan Di Hilir ketika itu negeri Johor diperintah oleh Sultan
Alauddin Raayat Shah.

4
Di samping itu, saya juga telah meneliti perbezaan dalam buku Sulalatus Salatin
edisi A. Samad Ahmad dan juga Sejarah Melayu yang disusun semula oleh R.O. Winstedt.
Perbezaan yang terdapat dalam buku tersebut adalah dari segi pertentangan masa sesuatu
peristiwa yang sama dalam penulisan sejarah yang dipanggil istilah anakronisme.
(Muhammad Yusoff Hashim, 1992). Contohnya, dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung
Ledang oleh sultan Melaka, terdapat pertentangan fakta mengenai sultan manakah yang
telah pergi meminang Puteri Gunung Ledang tersebut.

Dalam Sulalatus Salatin edisi A. Samad Ahmad, penulis menukilkan bahawa Sultan
Mahmud Syah yang menghantar rombongan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Manakala dalam karya Sejarah Melayu edisi R.O Winstedt pula, penulis menyebut bahawa
Sultan Mansur Syah yang memberi titah kepada orang bawahannya untuk menghantar
rombongan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
berlakunya pertentangan fakta dalam peristiwa yang sama kerana Sultan Mansur dan Sultan
Mahmud memerintah pada era yang berbeza.

Menurut Muhammad Yusoff Hashim, faktor berlakunya akronisme dalam kedua-dua


karya tersebut adalah mungkin disebabkan oleh penyalin semula sesebuah karya tersebut
berkemungkinan kisah tersebut diperturunkan secara turun temurun melalui tradisi lisan.

1.4 Rumusan

Konklusinya, pendekatan Eropah-sentrik dan Malaysia-sentrik mempunyai banyak


perbezaan. Pendekatan penulisan Eropah-sentrik yang dipelopori oleh golongan orientalis
barat dilihat lebih cenderung untuk memaparkan sumbangan dan kebaikan yang dibawah
oleh penjajah barat, khususnya pihak colonial Inggeris dan mempunyai agenda tersendiri
untuk kepentingan kelangsungan politik mereka di Tanah Melayu. Selepas itu, pendekatan
Malaysia-sentrik wujud selepas timbulnya kesedaran masyarakat tempatan mengenai
penulisan Pensejarahan Malaysia untuk meluruskan kembali penulisan Pensejarahan
Malaysia bersifat Eropah-sentrik yang kelihatan bias.

Malah, kewujudan karya-karya agung seperti Sulalatus Salatin dan Sejarah Melayu
telah menunjukkan bahawa negara kita pernah menjadi perhatian dunia pada suatu ketika
dahulu. Karya-karya tersebut juga dilihat telah disusun semula dalam pelbagai versi
menunjukkan bahawa penulis pada zaman dahulu amat mementingkan dan menjaga karya
tersebut daripada hilang begitu sahaja. Oleh itu, sebagai generasi masa kini, kita
seharusnya mengekalkan dan menjaga karya-karya tersebut daripada lupus ditelan zaman
kerana ia merupakan salah satu khazanah yang terdapat dalam negara kita.

5
2.0 Komponen B : Ulasan Kritis

2.1 Pengenalan

Sejarah Melayu dianggap sebagai salah satu daripada hasil sastera sejarah dalam
bahasa Melayu yang kedua tertua selepas Hikayat Raja-Raja Pasai. Terdapat pelbagai edisi
Sejarah Melayu yang telah disusun semula, iaitu sebanyak 29 nashkah Sejarah Melayu
pelbagai versi yang telah direkodkan. Versi-versi Sejarah Melayu tersebut ialah versi R.O.
Winstedt, versi W.G. Shellabear, versi Dularier dan sebagainya. Namun, dalam penulisan ini
saya akan menggunakan buku Sejarah Melayu yang disusun semula oleh W.G. Shellabear.

2.2 Ulasan kritis mengenai kritikan sosial dalam buku Sejarah Melayu versi
Shellabear

Walaupun keseluruhan teks Sejarah Melayu cuba mengagungkan raja-raja Melayu


pada ketika itu, namun pengarang cuba menyelitkan kritikan secara tersirat terhadap
golongan raja dan atasan dengan mengaitkan dengan beberapa peristiwa. Kritikan tersebut
dilemparkan secara halus dan berhemah pada pandangan saya berkemungkinan adalah
disebabkan wujudnya ikatan feudalisme, iaitu perasaan taat setia terhadap golongan raja
dan atasan serta latar budaya masyarakat Melayu ketika yang sememangnya meletakkan
institusi raja sebagai satu institusi yang amat mulia.

Namun, terdapat juga dalam beberapa bab penulis mengkritik raja kerana pada
tanggapan saya sikap raja tersebut keterlaluan yang mengundang emosi penulis dalam
penulisan karya. Kritikan sosial yang saya dapat kenal pasti adalah kezaliman raja serta
kelemahan pembesar Singapura dan nilai tidak bermoral seorang raja yang terlalu mengikut
hawa nafsu .

2.2.1 Kezaliman raja dan kelemahan pembesar Singapura

Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat bab yang menceritakan tentang peristiwa
Singapura dilanggar todak. Peristiwa ini mengisahkan apabila Raja Singapura membunuh
Tuan Jana Khatib kerana cemburu atas dakwaan ulama tersebut menunjukkan kesaktian
tersebut kepada isteri raja tersebut. Tidak lama selepas peristiwa pembunuhan seorang
ulama Pasai tersebut, Singapura ditimpa bala dengan serangan todak.

Seterusnya, raja tanpa berfikir panjang mengarahkan rakyatnya untuk berkubu betis
bagi menangkis serangan todak tersebut yang menyebabkan lebih ramai rakyat baginda
cedera dan mati. Kemudian, muncul seorang kanak-kanak yang bijak bernama Hang Nadim
yang mencadangkan supaya dibuat benteng daripada batang pisang. Akhirnya, cadangan

6
tersebut membuahkan hasil apabila serangan todak tersebut berjaya dihalang. Namun,
Hang Nadim kemudiannya dibunuh kerana dikhuatiri akan melawan raja apabila besar nanti.

Apabila diperhalusi dengan lebih lanjut lagi, saya mendapati bahawa peristiwa
serangan todak tersebut mempunyai maksud tersirat apabila pengarang cuba memaparkan
kezaliman raja yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan akibatnya Singapura
ditimpa bala kerana pembunuhan seorang ulama dari Pasai yang sangat alim dan ulama
tersebut berkemungkinan mempunyai karamah pada pandangan saya. Hal ini jelas dilihat
apabila Singapura ditimpa bala tidak lama selepas pembunuhan tersebut. Selain itu, dalam
peristiwa raja menitahkan rakyatnya berkubu betis tersebut, penulis cuba untuk
menggambarkan ketidakmampuan raja dalam menyelesaikan masalah dan bersikap
terburu-buru dalam membuat keputusan.

Di samping itu, dalam peristiwa pembunuhan Hang Nadim pula, saya berpendapat
bahawa penulis cuba menujukan kritikan kepada para pembesar yang tidak mampu
menyelesaikan masalah serangan todak tersebut kerana seharusnya cadangan
penyelesaian datang daripada mereka selaku orang di sekeliling raja, tetapi datang daripada
seorang kanak-kanak. Hal ini menunjukkan pembesar tidak mampu memberikan langkah
penyelesaian yang baik dan pembunuhan Hang Nadim menunjukkan kezaliman raja dan
tanpa belas kasihan terhadap kanak-kanak apabila menjatuhkan hukuman tanpa usul
periksa terlebih dahulu akibat termakan hasutan pembesar di sekeliling raja yang suka
mengampu.

2.2.2 Nilai tidak bermoral raja yang terlalu mengikut hawa nafsu

Penulis Sejarah Melayu tidak menyembunyikan perangai buruk Sultan Mahmud Syah
yang dilihat begitu mengikut hawa nafsunya sehingga sanggup bersedudukan dengan isteri
Tun Biajid ketika Tun Biajid bermusafir ke Morib untuk melakukan sesuatu tugasan. Saya
beranggapan bahawa penulis memasukkan peristiwa ini untuk menggambarkan bahawa
baginda sanggup mengabaikan perintah agama apabila sanggup berzina dengan isteri
orang lain demi memenuhi hawa nafsu baginda yang sangat tinggi.

Selain itu, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang juga dinukilkan oleh penulis
kerana penulis ingin menggambarkan bahawa baginda adalah seorang yang bernafsu tinggi
walaupun sudah mempunyai isteri dan juga sanggup mengabaikan tanggungjawabnya
terhadap rakyatnya apabila ingin membina jambatan yang diperbuat daripada emas. Malah,
peristiwa penculikan Tun Teja dari Pahang ke Melaka untuk dijadikan isteri kepada Sultan
Mahmud Syah juga turut diselitkan oleh penulis di dalam Sejarah Melayu kerana hampir
tercetusnya peperangan antara Pahang dengan Melaka. Saya beranggapan penulis

7
menyelitkan peristiwa ini untuk menunjukkan dan memaparkan bahawa Sultan Mahmud
Syah sanggup mengorbankan rakyat jelatanya demi memenuhi hawa nafsu baginda.

Bahkan, penulis turut menceritakan mengenai penyakit pelik Sultan Mahmud Syah,
iaitu mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Kisah tersebut diselitkan oleh penulis
bertujuan untuk memaparkan sifat Sultan Mahmud yang dianggap rendah nilai moralnya
yang mempunyai hawa nafsu yang tinggi dengan memfokuskan alat kemaluan baginda yang
mempunyai masalah yang pelik walaupun perkara ini mengaibkan sultan.

2.3 Rumusan

Konklusinya, Sejarah Melayu versi Shellabear juga turut memaparkan aspek kritikan
sosial terhadap golongan atasan khususnya. Hal ini menunjukkan kepada masyarakat kini
bahawa penulisan buku oleh penulis ini tidak mengandungi unsur berat sebelah sama ada
lebih memihak kepada golongan bawahan mahupun golongan atasan. Namun, masih tidak
dapat dinafikan bahawa terdapat juga bab-bab dalam karya ini yang memuji raja, tetapi
penulisan tersebut masih di dalam skop yang adil.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil iktibar daripada penulisan Sejarah Melayu
tersebut dalam membentuk masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang baik agar
generasi minda kelas pertama pada hari ini dapat diwujudkan.

8
3.0 Komponen C : Peta i-Think/ Pembentangan Tugasan

Raja
Mendeliar

Watak-Watak
Yang Dikritik
Raja Sultan
Oleh Penulis
Singapura Mahmud
Dalam Buku Syah
Sejarah Melayu
versi
Shellabear

Pembesar
Singapura

9
Sanggup
berzina dengan
isteri Tun Biajid

Sanggup
Sanggup menculik Tun
mengorbankan Teja dari Pahang
tanah air demi untuk dikahwini
memenuhi hawa
nafsu

Sultan
Mahmud
Syah
Ingin
mengahwini
Suka
Puteri Gunung
berfoya-foya Ledang dengan
menerima
syarat-syarat
yang pelik
Mengalami
penyakit yang
pelik pada
bahagian
kemaluan

10
Dikritik oleh penulis
sanggup berzina,
menculik,
mengabaikan
Sultan Mahmud tanggungjawab
Syah (Sultan sebagai raja,
Melaka) mencetuskan
persengketaan dan
sebagainya demi
menuruti hawa nafsu
Watak-Watak yang
Dikritik oleh Penulis
dalam Sejarah
Melayu versi
Shellabear Dikritik oleh penulis
kerana tergopoh-
gopoh dalam
membuat keputusan,
Raja Singapura menjatuhkan
hukuman tanpa usul
periksa dan
sebagainya
menyebabkan
Singapura ditimpa
bala

11
4.0 Rujukan

Abu Hassan Sham. (1977). Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemunculan dan Pengertian Konsep Sejarah ‘Malaysia Sentrik’ dan’ Eropah Sentrik. (n.d.).
Retrieved Mac 7, 2016 from: http://rupanx.tripod.com/aj1113/sentrik.htm

Khoo. (1975). Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Yusoff Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P. Sivarajan & S. Malar Arasi. (2012). Pengantar Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah. (2016). Pensejarahan Malaysia.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

12