Anda di halaman 1dari 1

Senarai soalan-soalan karangan untuk intervensi

Bacaan Minda

Minggu 1 1. Kamu telah memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu. Sepupu kamu telah mengutus
surat kepada kamu untuk mengucapkan tahniah dan bertanyakan rahsia kejayaan kamu
dalam peperiksaan tersebut. Balas surat itu selengkapnya.
2. Kamu sangat meminati bidang sukan. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan bersukan.
Minggu 2 1. Pada hujung minggu yang lalu, kamu telah menghadiri majlis hari ulang tahun rakan kamu.
Ceritakan suasana semasa majlis itu berlangsung.
2. Pasukan pengakap sekolah kamu menganjurkan program lawatan sambil belajar ke rumah
orang-orang tua. Sebagai setiausaha pasukan Pengakap, kamu diminta untuk menulis laporan
tentang program itu.
Minggu 3 1. Tulis sebuan karangan yang bertajuk “Ayah yang kusayangi”.
2. Kamu menyertai perkhemahan pasukan beruniform sekolah. Catatkan peristiwa-peristiwa
yang kamu alami sepanjang perkhemahan itu.
Minggu 4 1. Air penting untuk semua makhluk. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Air
kepada Manusia”.
2. Keluarga anda akan pulang bercuti di kampung. Anda dan abang anda berbual tentang
rancangan yang diatur semasa di kampung nanti. Tulis perbualan anda dengan abang anda
selengkapnya.
Minggu 5 1. Rakan anda bercadang untuk berkunjung ke rumah anda. Namun begitu, pada tarikh
kedatangannya itu, anda sekeluarga akan pulang ke kampung. Tulis surat kepadanya untuk
memberitahukan hal itu.
2. Baru-baru ini, suatu kejadian kemalangan kereta telah berlaku berhampiran dengan kawasan
tempat tinggal anda. Tulis berita tentang kemalangan tersebut.
Minggu 6 1. Anda ingin memesan beberapa buah buku daripada sebuah syarikat penerbitan. Tulis surat
untuk tujuan tersebut.
2. Andaikan anda sekeluarga bercuti di sebuah pulau peranginan. Tulis satu catatan tentang
percutian anda.
Minggu 7 1. Pada hujung minggu yang lalu, anda dan rakan-rakan telah pergi memancing ikan di sungai
yang terletak di hujung kampung. Gambarkan suasana dan pengalaman anda sewaktu
memancing ikan di sungai itu.
2. Komputer merupakan kemudahan asas yang banyak mendatangkan faedah. Tulis sebuah
karangan tentang kepentingan computer dalam kehidupan manusia.
Minggu 8 1. Tulis cerita yang menarik berdasarkan perenggan yang berikut.
Pada suatu petang, aku mengambil angin di halaman rumah. Aku terpandang akan pokok
rambutan jiranku yang berbuah lebat. Serta-merta ingatanku melayang-layang
mengenangkan peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu.
2. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa “Buang yang keruh, ambil yang jernih”.
Minggu 9 1. Persatuan Kajian Tempatan sekolah anda bercadang hendak mengadakan kutipan derma
untuk mangsa gempa bumi. Tulis surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran.
2. Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan perengan berikut.
Pada malam itu, ketua kampung datang ke rumahku. Beliau memberitahu bahawa ayahku
telah diselamatkan. Kini, ayahku sedang dirawat di hospital. Aku berasa gembira dan
bersyukur apabila mendengar berita itu.