Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MENULIS ULASAN

(cara-cara / langkah-langkah)

Gambar menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan diri.

Antaranya ialah kita haruslah memotong kuku. Selain itu,

kita hendaklah menyikat rambut dengan kemas. Seterusnya,

kita mestilah memakai baju yang bersih. Di samping itu, kita

patutlah mandi tiga kali sehari dengan bersih. Akhir sekali, kita

wajiblah mengemas katil setiap hari.

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kebersihan diri

setiap hari.
PANDUAN MENULIS ULASAN
(kebaikan / faedah / kelebihan / aktiviti)

Gambar menunjukkan faedah-faedah menabung.

Antaranya ialah kita boleh membeli kasut sekolah dengan


wang simpanan. Selain itu, kita dapat mengelakkan pembaziran
wang. Seterusnya, kita boleh menggunakan wang tabung untuk
membantu ahli keluarga semasa kecemasan. Di samping itu, kita
dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akhir sekali, kita
boleh menggunakan wang tersebut sebagai modal untuk
membuka perniagaan.

Kesimpulannya, kita haruslah memupuk amalan menabung


sejak kecil lagi.