Anda di halaman 1dari 4

1.

Ketibaan para
jemputan dan ibu Mengumumkan ketibaan Yang
bapa Berhormat______________________ dengan diiringi
________________________ (Yang Dipertua PIBG),
_________________________ (Guru Besar), Guru-Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah LKTP JENGKA
15.

Nyanyian Lagu
Sidang Hadirin yang dihormati,
2. Lagu Negaraku Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
3. Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat ________________________

Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Maran

Yang Berusaha ___________________________

Yang Dihormati __________________________

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat petang

Alhamdulillah, bersyukur kita pada hari ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 tahun 2019 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK LKTP Jengka 15,


turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat _______________kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari
ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan
4. bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Muhd
Amru bin Muhd Umran. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhd


Amru bin Muhd Umran atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran
itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah
tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh


guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja
dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia
diri yang cemerlang.
Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput PN NORHAYATI BINTI
oleh Guru Besar BUDIN GURU BESAR SK LKTP JENGKA 15 untuk
5. menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PN


NORHAYATI BINTI BUDIN atas ucapan alu-aluan itu
tadi.

Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
6. _________________________________________ dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
LKTP JENGKA 15 KALI KE- 40 bagi tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada YB____________________
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala
amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan
ambil tindakan bersama.

Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


Penyampaian kepada AJK PIBG sesi 2017/2018. Untuk itu, majlis
7. Cenderahati AJK menjemput YB _________________________ dengan
PIBG sesi 2018 diiringi _____________________________ untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. – YDP PIBG


En. – NYDP PIBG
Pn. – Setiausaha
Pn. – Bendahari

AJK Ibu Bapa


En.
En.
En.
Pn.
Pn.
Pn.
AJK Guru
En.
En.
En.
En.
Pn.
Pn.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB


_________________________________atas
penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan _________________________ untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada
_______________________________________
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
8. Agung SK LKTP JENGKA 15, kali ke-40 bagi tahun 2019.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK LKTP JENGKA 15,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB
_________________________ atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-
puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada _________________


untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBGSK
LKTP JENGKA 15, kali ke-40 bagi tahun 2019.

Anda mungkin juga menyukai