Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK LKTP JENGKA 15 2018

AGENDA TEKS CATAT


AN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Ketibaan
tetamu Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan
SK LKTP JENGKA 15 tahun 2018.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan


puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di
dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan


diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau
menetapkannya kepada mod senyap. HARAP MAKLUM

Mengumumkan ketibaan
Ketibaan ……………………………………………………………………..dengan diiringi oleh
tetamu VIP puan Guru Besar, Pn Hjh Jamaiah bt Hj Shamsudin. Penolong
Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan
mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Nyanyian Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu


lagu negeri pahang. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta
berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita
bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh ustaz Muhammad Amru bin Muhammad Umran.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Amin...amin.. yarabbal alamin......


Aluan Bismillahirahmanirrahim
pengerusi
majlis ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU
WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA
ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

Rabbisy syrahlii shadrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam


millisaanii, yafqahu qaulii

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Kami pihak SK LKTP JENGKA 15 mengucapkan selamat


datang serta mengalu-alukan kehadiran ;

1.Yang Berbahagia
........................................................................................
...................

2. Yang Berbahagia
Puan Guru Besar SK LKTP JENGKA 15 Pn Hjh Jamaiah
bt Hj Shamsudin

3. Yang Berusaha
Yang dipertuan PIBG SK LKTP JENGKA 15
En Adnan bin darus merangkap………………..

4. Puan Hasniza bt Zainuddin GPK HEM SK LKTP JENGKA 15

5. En Nik Mohd Romdzan Bin Mohamad GPK KOKURIKULUM


6. NYDP PIBG SK LKTP JENGKA 15
En Mohd Khairy bin Shahbudin
7 AJK PIBG , Ibu bapa ,guru-guru
8. . Para tetamu jemputan , dan para penerima anugerah yang
diraikan sekalian .”

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,sekali lagi


kita dapat berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah
ini bagi meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK LKTP
JENGKA 15 bagi menyaksikan catatan kenangan manis buat
para penerima anugerah.

Pada pagi ini , murid-murid SK LKTP JENGKA 15 yang


menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik akan
diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah.
Bukan itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat
yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak
dilupakan.

UCAPAN
YDP PIBG
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan
Yang DiPertua PIBG SK LKTP JENGKA 15
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha En Adnan bin Darus Yang DiPertua PIBG SK
LKTP JENGKA 15 untuk menyampaikan ucapan .
Dengan segala hormatnya dipersilakan .”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En Adnan bin Darus Yang DiPertua PIBG SK
LKTP JENGKA 15 di atas ucapannya sebentar tadi.Para

UCAPAN
Songket tenunan dahula kala
GURU
BESAR Gemersik indah tenunan mata
Setulis hati dipersila
Berucap sepatah dua kata
hadirin yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan dari Guru Besar


SK LKTP JENGKA 15

Untuk itu ,majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Puan Hjh Jamaiah Binti Hj Shamsudin Guru
Besar SK LKTP JENGKA 15 untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Puan Hjh Jamaiah Binti Hj Shamsudin Guru Besar SK
LKTP JENGKA 15 di atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Terbang di awan burung jentayu,


PERASMIAN Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan


perasmian Majlis Hari Anugerah Kemerlangan
SK LKTP JENGKA 15 sesi 2018.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan

Yang berusaha

.................................................................................
.................................................................................
Bagi menyampaikan ucapan perasmian.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia
.........................................................................................
..di atas ucapannya sebentar tadi.
Hadirin Sekalian,
Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan
PERSEMBAH persembahanan yang bertajuk
AN __________________________yang akan dipersembahkan
oleh murid-murid dari
.......................................................................................

Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada


murid-murid ................................................................
Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan ini telah
dipimpin oleh ...................................................
Penyampaia Majlis mempersilakan Yang Berusaha
n
Puan Hjh Jamaiah Binti Hj Shamsudin Guru Besar SK
cenderahati
LKTP JENGKA 15
Dan diiringi oleh
Pn Hasniza Bt Zainuddin GPK HEM SK LKTP JENGKA 15
Untuk menyampaikan cenderhati dari pihak sekolah kepada
perasmi pada hari ini.
Untuk itu dijemput yang berusaha

................................................................................
................................................................................

majlis mempersilakan Yang Berusaha


Jamuan vip
Puan Hjh Jamaiah Binti Hj Shamsudin Guru Besar SK
LKTP JENGKA 15
Dan diiringi oleh
Pn Hasniza Bt Zainuddin GPK HEM SK LKTP JENGKA 15
untuk menjemput Yang Berbahagia
.....................................................................................
serta tetamu-tetamu khas untuk menikmati jamuan di kantin.

Slot 1 :
PENYAMPAI
AN Berkebaya batik berwarna merah
ANUGERAH Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa untuk penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran.

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah pada


pagi ini dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada
murid dari......................................

Majlis dengan berbesar hati menjemput


Yang berusaha
.................................................................................
untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada......................................
Kerana sudi menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah
kecemerlangan pada hari ini.

Majlis dengan berbesar hati menjemput


Yang berusaha
Untuk
penyampaia .................................................................................
n anugerah
untuk menyampaikan anugerah......................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada......................................


Kerana sudi menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah
kecemerlangan pada hari ini.

Untuk
persembaha
Hadirin dan hadirat sekalian, marilah sama sama kita
n
menyaksikan persembahan dari ............................
Dengan ini majlis mempersilakan.

Begitulah tadi persembahan dari murid murid.......................


Persembahan itu tadi telah dipimpin oleh ...........................

Sidang hadirin sekalian,


PENUTUP
Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,
Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lembaran


Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf


sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
perjalanan majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah


Kecemerlangan Akademik SK LKTP JENGKA 15 untuk sesi
2018. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah
diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap
penyampaian anugerah ini merupakan batu loncatan kepada
semua pihak dalam meningkatkan prestasi khususnya dalam
bidang akademik SK LKTP JENGKA 15.

Renungilah kata-kata seorang cendikiawan


“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang
berusaha secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.


Dengan ini majlis bersurai....

Anda mungkin juga menyukai