Anda di halaman 1dari 1

Kisahnya bermula semasa Tuan Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu

agama telah datang ke Singapura. Di Singapura, Tuan Jana Khatib berjalan di pekan
Singapura sehinggalah ke pintu peranginan raja. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik atau
merenung pohon pinang sehingga pohon itu terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan
permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh keatas Tuan Jana Khatib kerana
menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan
permaisuri. Beberapa lama kemudian, Singapura menerima bencana besar iaitu bencana
serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila
Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang
seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang. Akhirnya
berkat cadangan bernas budak pintar tersebut, serangan todak telah berakhir. Namun, para
pembesar menghasut Raja untuk membunuh Hang Nadim kerana dikhuatiri kebijaksanaannya
akan menggugat raja apabila dia besar kelak. Lalu Raja tanpa memikir panjang ingin
menjatuhkan hukuman bunuh terhadap hang nadim. Tetapi salah seorang pembesar yang
sangat jujur risaukan akan keselamatan seorang budak yang tidak bersalah. Pembesar itu
menolong hang nadim bersembunyi secara senyap. Hang Nadim tidak datang pada hari
penganugerahan di Raja. Tiba – tiba raja jatuh sakit. Ketika sakit, raja di datangi gagak hitam
yang memberitahu bahawa pembesar – pembesar berlaku dengki akan bakat hang Nadim.
Gagak memberitahu sekiranya membunuh nadim negeri ini akan rugi dan mudah di jajah
sekiranya tiada orang bijak seperti hang Nadim. Gagak jugak memberitahu bahawa niat
membunuh hang nadim menyebabkan raja jatuh sakit adalah baru balasan yang sikit. baginda
berfikir panjang sekiranya dia membunuh mungkin lagi banyak musibah akan menimpa negeri
itu. Beliau sangat kesal akan pembesar – pembesarnya yang bersikap seperti itu. Lalu dia
meminta pembesar untuk mencari hang nadim dgn membawanya kepada raja dan akan diber
ganjaran. Para pembesar dihukum penjara akibat mnabur fitnah dan hang nadim dilantik
menjadi Raja Muda di negeri itu. Lalu hang nadim dan ibunya hidup mewah di Istana.

Anda mungkin juga menyukai