Anda di halaman 1dari 2

A) status sosioekonomi

Tanpa ekonomi yang mantap dalam sesebuah keluarga, kehidupan menjadi melarat dan berlakulah
kejadian seperti mencuri, merompak dan menyertai kumpulan haram. Ekonomi adalah suatu
faktor yang penting dalam kehidupan pada masa kini justeru itu kita harus merancang dan
mentadbir urusan kewangan kita dengan baik supaya kita tidak terjerumus dalam kehidupan yang
melarat.

Cth kejadian utk meraih kewangan:


-jual diri
-jual dadah
-jadi pondan
Daripada hasil kewangan itu, mereka boleh guna utk bantu keluarga, beli keperluan dan kehendak,
tanpa bergantung kepada ibu bapa

B) pendidikan

-didikan agama, & moral-


Faktor-faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral kanak-kanak atau remaja ialah
iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam permasalahan keruntuhan akhlak ini adalah
kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan
gambaran sebenar tentang syiar islam menyumbang kepada masalah moral. Ibu bapa seharusnya
menerapkan nilai-nilai islam dan didikan agama kepada kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Anak
adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa, seharusnya
mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada
dalam keredhaan Allah SWT.

-penghayatan ilmu dlm hidup -

Selain itu, kurang penghayatan ilmu agama seperti kurang penghayatan dalam nilai-nilai akhlak
yang baik juga menjadi faktor yang menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam keruntuhan
akhlak dan moral seseorang. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat
membezakan antara nilai-nilai yang baik dan yang buruk hingga sanggup mengenepikan nilai-nilai
yang suci dalam agama yang mendorong seseorang itu melakukan kemaksiatan dan jenayah.
Justeru itu, individu seperti ini akaan menperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong
kehidupannya.

-penerapan budaya barat dlm kehidupan sharian-(yg ni boleh olah utk persekitaran juga)
Nilai dan budaya hidup barat juga merupakan faktor berlakunya keruntuhan akhlak kanak-kanak
dan remaja. Pengaruh hidup budaya barat menjadi ikutan seperti percampuran bebas antara lelaki
dan perempuan yang membawa masalah sosial yang teruk dan tiada batasan dalam hubungan yang
mengakibatkan terjadinya masalah akhlak yang teruk. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok
mengikut hawa nafsu dan inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah
ini. Khususnya, remaja yang hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan ajaran
agama yang sebenar.

C)Persekitaran

-Keluarga-
Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak kanak-kanak atau
remaja yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya ialah kerengganan
dalam keluarga. Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku pepecahan dalam keluarga.
Contohnya, ibu dan bapa selalu bergaduh, anak-anak tidak mendengar nasihat dan melawan cakap
ibu bapa. Semua ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan
hidayat Allah. Perkara-perkara berikut tidak seharusnya berlaku terutamanya umat islam yang
sepatutnya mencontohi tauladan yang baik.

-media-
media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam
menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran
ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk
memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan
video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan
seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi
seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata pepatah, “seperti
api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh
media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru
aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

-Sekolah-

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi
pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang
kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan
pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa
di rumah.

Anda mungkin juga menyukai