Anda di halaman 1dari 14

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KUALA LUMPUR

GMGA 2033

ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

SEMESTER KEDUA 2016/2017

NAMA / NO MATRIK :

SASIKUMAR A/L MUNIAN (241038)

TAJUK TUGASAN :

RINGKASAN DARI AKHBAR

‘Pengarah Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)

Putrajaya terima Rasuah kontrak Tabika dan Taska ’

NAMA PENSYARAH :

SAADON BIN AWANG

TARIKH HANTAR TARIKH TERIMA

29 JULAI 2017
ISI KANDUNGAN

Penghargaan……………………………………………………………….........................

Pengenalan…………………………………………………………………………… 4-5

2. Etika Dalam Pentadbiran Awam…………………………………………………6-7

3. Peranan Pentadbir Awam………………………………………………………...7-8

4. Nilai-nilai Petadbir Awam……………………………………………………….. 8-9

5. Usaha-usaha ke arah penerapan nilai dan etika……………………………......9

6. Kesimpulan…………………………………………………………………………10

7. Lampiran………………………………………………………………………………

8. Rujukan………………………………………………………………………………..
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

PENGHARGAAN

Pertama kali saya bersyukur kepada tuhan yang Maha mulia kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya dapat menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak

terhingga kepada semua individu yang telah membantu saya melaksanakan tugasan

ini secara langsung atau pun tidak langsung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Saadon Bin Awang selaku

pensyarah Etika Dalam Pentadbiran Awam GMGA 2013 atas bimbingan dan tunjuk

ajar beliau kepada saya dan rakan-rakan sekuliah. Buat semua kawan-kawan saya

juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga

saya dapat menyiapkan tugasan ini jayanya.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan

kekurangan dalam tugasan ini., Segala kekurangan harap dimaafkan sesungguhnya

yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan

saya sendiri.

3
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

PENGENALAN

Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu

itu sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang

berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan

yang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan

boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang

individu. Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,

hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika tidak

bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu

yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta

kelakuan manusia yang betul.

Daripada sudut bahasa, etika atau ’ethics’ bermaksud sikap dan adat yang

menentukan tingkah laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan etika

sebagai salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue

moral) dan menilai tindakan manusia.

Kod etika yang diwujudkan bagi sesetengah jabatan kerajaan adalah untuk

kepentingan kakitangan dan organisasi dengan tujuan menjaga dan memelihara

kesejahteraan kakitangan awam serta menjunjung tinggi martabat profesionalisme

khususnya bagi jabatan yang bertanggungjawab memelihara kerahsiaan dan

keselamatan negara.

Sebagai contohnya sebuah keratan akhbar tempatan Berita Harian bertarikh

19 Jun 2017 bertajuk ‘Pengarah Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan

Masyarakat (KEMAS) Putrajaya terima Rasuah kontrak tabika dan Taska’.

4
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

Seorang pengarah didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan menerima rasuah

dalam kontrak pembekalan barangan untuk TABIKA dan TASKA membabitkan nilai

keseluruhan RM 159,053.22.

Mohd Adnan Md Daud,54,didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu antara

2015 dan 2016 dengan melantik enam syarikat sebagai kontraktor ketika bertugas

sebagai pengawai Pembangunan KEMAS Selangor.Tertuduh didakwa memperoleh

rasuah berjumlah RM73,000 daripada Sah Hizam Halim sebagai upah melakukan dua

perbuatan berhubung hal ehwal di Maybank Cawangan Alor Setar.

Secara praktisnya, tindakan ukuran etika tetap sama dalam mana-mana

budaya pun seperti amalan penyalahgunaan kuasa yang sinonim dengan isu rasuah

dan penyelewengan yang semakin serius serta nilai-nilai dalam sektor awam semakin

merosot. Oleh itu etika kerja merupakan unsur yang sangat penting untuk dititik

beratkan kerana setiap kakitangan kerajaan perlu memiliki dan menunjukkan tingkah

laku yang sempurna seperti yang dikehendaki oleh masyarakat. Selain itu, mereka

juga perlu berpegang teguh kepada sikap dan nilai yang positif seperti

bertanggungjawab, berdisiplin, berintegriti, jujur, bersopan dan sebagainya.(Ahmad

Sarji abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara)

5
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

2.0 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM.

Melibatkan perlaksanaan prinsip-prinsip moral semasa menjalankan urusan

rasmi di dalam organisasi. Dalam kes pertuduhan ke atas pengarah tersebut beliau

dengan jelas menggunakan kedudukan dan jawatannya pada ketika itu untuk

menerima suapan. Thompson (Shafritz & Hyde,1992) sifatkan etika dalam

pentadbiran awam sebagai salah satu sepsis dalam etika politik iaitu aplikasikan

prinsip-prinsip moral dalam politik.

Prinsip-prinsip moral tersebut merujuk kepada

 Peraturan dan tugas yang perlu dihormati oleh individu semasa mereka

menjalankan tugas. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan kesejahteraan

individu lain dan masyarakat.

- Kesalahan tertuduh menggunakan kedudukan dan jawatan Pengarah

Pembangunan KEMAS bagi melakukan tujuh perbuatan berhubung hal ehwal

principal.

 Perlaksanaan peraturan dasar perlu memenuhi kehendak individu lain dan

masyarakat. Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk melaksana dan

tanggung akibat daripada tingkah laku oleh seseorang atau suatu profesion

terhadap masyarakat.

- Sebagai seorang kakitangan awam yang menyandang profesion tinggi selama

ini tidak wajar beliau menerima suapan. Seharusnya kontrak tersebut

hendaklah melalui bidaan daripada jawatankuasa yang bertanggungjawab.

6
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

 Seorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami

tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku sebagai pekerja dalam kerajaan

(Ahmad Sarji, 1991 :20)

- Sebagai seorang pegawai yang telah berpengalaman dalam bidang

pembangunan tertuduh seharusnya bijak membezakan sama ada perbuatan

tersebut menyalahi etika atau pun sebaliknya. Segala perbuatan tertuduh telah

menyebabkan orang awam dan masyarakat memandang sinis terhadap nilai

integriti tertuduh seterusnya menyebabkan keluarga tertuduh turut terpalit

akibat keterlajuran perbuatan tertuduh.

Bagi kes tertuduh banyak implikasi yang akan timbul jika beliau memilih untuk

menerima suapan (rasuah) yang diberikan oleh Kontraktor. Antara implikasi yang

mungkin akan timbul ialah :

a. Kontraktor lain akan kehilangan peluang memasuki bidaan yang di

jalankan.

b. Kontraktorlain akan merasa tertindas dan keadaan ini menyebabkan pihak

lain tidak dapat peluang memajukan perkhidmatan mereka.

7
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

3.0 PERANAN PENTADBIR AWAM.

Dalam kes yang membabitkan kakitangan awam yang telah memegang

jawatan yang tinggi dan telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam sektor pendidikan

tertuduh seharusnya peka akan peranan pentadbir awam yang berperanan untuk

meyakinkan orang awam terhadap organisasi awam, kerajaan. Tertuduh seharusnya

mematuhi dan melaksanakan undang-undang sebagai seorang kakitangan awam dan

menjaga kepentingan awam (Lewis & Gilman 2005) melebihi kepentingan bersifat

peribadi.

4.0 NILAI-NILAI PENTADBIR AWAM

Dalam perkhidmatan awam pegawai-pegawai awam perlu mengamalkan nilai-

nilai berikut :

1. Democratic Values

- Semua penjawat awam mesti mengikut prinsip-prinsip demokrasi seperti

impartiality, justice, liberty, equality, rules of law, accountability dalam

merealisasikan nilai dan etika bagi seorang penjawat awam.

- Dalam kes ini tertuduh seharusnya mempunyai nilai demokrasi yang tinggi dan

mempunyai imej yang bersih supaya dapat mendukung pembangunan ke arah

peningkatan kualiti penghidupan.

2. Professional Values

- Sebagai penjawat awam seharusnya menjalankan tanggungjawab dan

berkhidmat dengan competence, excellence, quality, efficiency, objectivity,

merit and impartiality.

8
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

- Tertuduh seharusnya bekerja mengikut undang-undang, peraturan dan

mengambil kira kepentingan awam serta menjadi contoh atau ‘role model’

kepada para pegawai lain yang berkhidmat di Jabatan Kemajuan Masyarakat.

- Tertuduh juga seharusnya bijak menangani sebarang situasi serta berupaya

menunjukkan kebolehan membuat sebarang keputusan secara professional

tanpa membabitkan amalan rasuah sebagai jalan penyelesaian.

3. People Values

- Penjawat awam juga seharusnya menunjukkan nilai yang tinggi dan memberi

perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tanpa sebarang sikap prejudis,

sentiasa adil dan saksama serta bersikap sopan santun dengan rakan sejawat

dan orang awam

- Dalam kes tersebut tertuduh seharusnnya bersikap adil dalam pemberian

kontrak tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada kontraktor tersebut.

- Tertuduh sepatutnya mengambil kira hak awam yang sama-sama melibatkan

diri dalam pembidaan bagi memperolehi kontrak yang ditawarkan.

9
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

5.0 USAHA-USAHA KE ARAH PENERAPAN NILAI DAN ETIKA

Terdapat beberapa usaha atau langkah-langkah penerapan nilai dan etika

yang diambil oleh kerajaan seperti :-

 Kempen ‘Bersih Cekap Amanah’

- Tertuduh seharusnya menyahut seruan kerajaan supaya

mempraktikkan amalan bebas daripada rasuah dan sentiasa amanah

dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

 Kepimpinan Melalui Teladan

- Tertuduh seharusnya menjalankan tugas berlandaskan kepimpinan

melalui teladan seperti sentiasa merujuk kepada kod etika dalam bidang

pentadbiran awam.

5.1Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu,

malah juga kepada masyarakat dan negara.Kesan kepada individu ialah seperti

berikut:

1- Hilang kerjaya

2- Jatuh moral dan maruah

3- Terima hukuman di dunia dan di akhirat

4- Hancur keharmonian rumah tangga

5- Keluarga terabai

10
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

Kesan kepada masyarakat pula:

1- Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu

2- Menggalakkan malah melindungi penjenayah

3- Memburukkan lagi taraf kemiskinan

Kesan kepada negara:

1- Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran

2- Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan

3- Tumpuan pembangunan tidak seimbang

4- Kenaikan kos barang dan perkhidmatan

5- Mengurangkan pendapatan negara

6- Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan

11
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

6.0 KESIMPULAN

Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan

manusia.Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum

ini,ternyata etika membantu membentuk keharmonian,kesejahteraan,kerukunan dan

kedamaian hidup.Oleh itu doktrin pengasingan kuasa telah diwujudkan. Doktrin

pengasingan kuasa adalah untuk memastikan pihak yang berkuasa tidak

menggunakan kuasa yang ada pada mereka secara berleluasa dan berlebihan.

Dengan adanya pengasingan kuasa sebegini, pihak-pihak yang terbabit hanya perlu

menjalankan kuasa dan tanggungjawab mengikut bidang kuasa masing-masing.

Pemakaian doktrin pengasingan kuasa walaupun agak ketat, namun masih terdapat

ruang-ruang di mana terdapat percampuran dan pengimbangan kuasa untuk

melancarkan lagi sistem pentadbiran di negara tersebut. Percampuran dan

pengimbangan kuasa ini dikenali sebagai check and balance. Di Malaysia pemakaian

doktrin pengasingan kuasa ini lebih longgar apabila kebanyakan ahli badan

perundangan dan badan eksekutif terdiri daripada orang yang sama. Bagaimanapun,

pertindihan ahli ini tidak bermaksud percampuran kuasa berlaku sewenang-

wenangnya.

Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan

(perundangan) dan badan pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara

ketat diantara kedua-duanya dan dan ianya tidak selari dengan konsep ‘seperation of

power’ di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan. Oleh yang

demikian sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan

LAMPIRAN

12
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

13
GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

RUJUKAN

1. Tun Mohd Salleh Abbas. 1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di

Malaysia. Kuala Lumpur.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Aziz Bari (2002). Majlis Raja-raja:

Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abdullah Sanusi Ahmad (1987). Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Abdul Aziz Bari . 2008 . Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

5. White (1993)

14

Anda mungkin juga menyukai