Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : Minggu 5

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 26 – 30 Ogos 2018

Tajuk Jurnal : Masalah Kehadiran Murid Ke Sekolah

1. Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah kehadiran murid ke sekolah bagi kelas yang diajar adalah tidak memuaskan di mana
setiap hari kebiasaannya akan ada murid yang tidak hadir sekurang-kurangnya dua orang.
Masalah kehadiran murid di sekolah ini adalah pada tahap yang kurang memuaskan disebabkan
sikap sambil lewa yang ada dalam kalangan murid menyebabkan mereka menjadikan kehadiran
ke sekolah sebagai satu perkara yang remeh.

2. Analisis Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah ketidakhadiran murid-murid ke sekolah ini telah menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran terganggu terutamanya apabila sekolah mengadakan program yang penting
seperti yang terjadi pada hari rabu lalu iaitu sekolah mengadakan ujian segak bagi murid tahap
dua. Hal ini menyebabkan murid-murid akan tecicir dalam ujian tersebut tidak seperti rakan-rakan
yang lain dan menyebabkan guru terpaksa mengulanginya pada hari yang lain. Jika masalah
kehadiran ini berlanjutan pelbagai masalah lain yang akan muncul terutamanya yang melibatkan
bidang akademik pelajar.

3. Kajian Lampau

Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di Malaysia,
ponteng sekolah dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus
menyokong pandangan Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan
dan menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan
ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
4. Cadangan tindakan susulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:

i. Menjalankan aktiviti Talking Token Chips dimana ianya memerlukan peserta kajian
membincangkan tiga tajuk yang amat berkaitan dengan isu sama yang mereka hadapi.
ii. Menjalankan aktiviti Token Race Ranking dimana ianya dilakukan dengan rasional untuk
meningkatkan tingkah laku murid supaya hadir ke sekolah setiap hari dengan
mewujudkan motivasi ekstrinsik dalam diri mereka.
iii. Menjalankan aktiviti T-Trace ialah Token Target iaitu ianya memerlukan peserta kajian
menetapkan sasaran kehadiran mereka dalam sebulan di dalam Kad Sasaran
Kehadiran.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

2 Bulan

6. Tindakan susulan

Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara
tindakan yang dilakukan oleh guru bagi mengatasi masalah ini. Perbincangan yang telus bersama
guru Hal Ehwal Pelajar, guru disiplin dan semua guru bagi membincangkan program-program
yang berkesan bagi menengani masalah ini. Program-program yang boleh dijalankan antaranya
adalah seperti yang dinyatakan dalam cadangan tersebut.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

02.9.2018 – 02.10.2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Peningkatan kehadiran dalam tempoh sebulan selepas tindakan dilaksanakan. Peningkatan


paling ketara adalah peningkatan kehadiran murid, iaitu ketika sebelum tindakan
dilaksanakan, murid hanya mencatatkan kehadiran sebanyak 12 hari daripada keseluruhan 20
hari persekolahan dalam tempoh sebulan. Namun, setelah mengikuti tindakan dalam kaedah
T-Trace, murid mencatatkan kehadiran sebanyak 17 hari dalam tempoh sebulan. Manakala,
ada sesetengah murid yang telah menunjukkan kehadiran penuh ketika intervensi
dilaksanakan, iaitu jika dilihat semasa sebelum intervensi, murid masing-masing pernah tidak
hadir ke sekolah selama sehari.
9. Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah T-Trace telah berjaya meningkatkan jumlah kehadiran ke sekolah


dalam kalangan murid Tahun 4 yang terlibat sebagai peserta kajian. Hal ini dibuktikan
melalui peningkatan bilangan kehadiran murid ke sekolah selepas intervensi dikenakan ke
atas mereka. Berdasarkan analisis peratus peningkatan kehadiran dalam kalangan murid
juga menunjukkan bahawa kaedah T-Trace telah berjaya meningkatkan kehadiran mereka.

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2004). Laporan Jawatankuasa Menangani Isu

Budaya Negatif Di Kalangan Murid Sekolah. Kuala Lumpur: Author.

Arsathamby, Veloo & Ng, Choo Kim. (2014). Jenis amaran dan faktor ponteng sekolah dalam

kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah. Retrieved


fromhttp://apjee.usm.my/APJEE_29_2014/Art%208(125-140)%20.pdf.