Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : Minggu 7

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 – 13 September 2018

Tajuk Jurnal : Murid Kurang Mematuhi Arahan Guru

1. Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak mematuhi arahan guru.
Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru
meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir murid sahaja yang dapat menyiapkan
tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan kerana mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Terdapat juga murid yang
langsung tidak mengendahkan arahan guru dan hanya membuat kerja sendiri dan yang lebih
terus ada yang berbual dengan pelajar lain.

2. Analisis Isu / Perkara Yang Difokuskan

Faktor yang menyebabkan murid mencontohi percakapan guru kemungkinan disebabkan murid
di sekolah ini kurang berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu yang standard. Hal
ini demikian kerana mereka sudah biasa dengan menggunakan bahasa loghat mereka untuk
berkomunikasi dalam seharian. Murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan
menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, mereka
tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya

3. Kajian Lampau

Menurut Faizah Bt Saleh (2011), kejayaan yang diimpikan oleh sebagai seorang pelajar ini tidak
akan tercapai kecuali dengan menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap
penyampai ilmu tersebut iaitu guru. Kita hendaklah menghormati guru dan meletakkan mereka
setaraf dengan para ilmuan serta ahli profesional yang lain.

4. Cadangan tindakan susulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:
i. Berbincang dengan guru pembimbing dan rakan praktikum untuk mendapatkan cara
penyelesaian yang lebih baik.
ii. Merujuk kepada pensyarah pembimbing untuk mendapatkan maklumat atau nasihat
beliau dalam menghadapi situasi di dalam kelas ini.
iii. Cuba untuk lebih banyak berkomunikasi dengan murid agar mereka lebih selesa dan
dalam masa yang sama saya dapat mengetahui rentak-rentak murid di dalam kelas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

2 Minggu

6. Tindakan susulan

Bagi mengatasi masalah murid-murid yang kurang menghormati guru, saya perlu menerang
kepada mereka kenapa kita perlu menghormati guru dan juga orang lain. Saya juga akan
memberi pujian kepada murid yang menghormati guru dan memberi perhatian semasa guru
sedang mengajar. Saya juga cuba melaksanakan semua nasihat dan tunjuk ajar daripada guru-
guru di sekolah untuk tindakan awal.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

9.9.2018 – 20.9.2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti dan ianya dilihat telah memberi impak yang positif. Perkara ini dapat dilihat
melalui peningkatan bilangan murid yang memberi repon yang positif ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.

9. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa masalah yang telah dihadapi dapat diselesaikan
dengan baik. Pendekatan yang telah digunakan dilihat mampu menarik perhatian murid dan
membuatkan murid memberi respon yang positif semasa sesi pengajaran dijalankan.

Rujukan

Abdullah, H. & Ainon, M (2005). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. PTS Publications. Selangor.

Faizah Bt Saleh. (2011). Menghormati Guru. Diperoleh daripada


https://www.scribd.com/doc/49986572/Menghormati-Guru pada 2 Ogos 2018.