Anda di halaman 1dari 1

NOR ZALIFAH BINTI KAMARUDDIN

Soalan Kuiz

Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Jelaskan konsep inovasi

Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud
pembaharuan. Inovasi ditakrifkan sebagai pengenalan produk (barangan atau pekhidmatan)
atau proses yang baru atau pengenalan kaedah pemasaran yang baru. Inovasi juga
merupakan pembangunan teknologi baru dan kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan serta memperkayakan
taraf hidup masyarakat. Oleh itu, inovasi adalah pengetahuan baru, cara baru, objek baru,
teknologi baru dan penemuan baru.

2. Terangkan faktor-faktor mempengaruhi inovasi dalam pendidikan

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan adalah perkembangan


teknologi dan dunia tanpa sempadan. Guru perlu menggunakan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran agar proses pengajaran menjadi lebih efisyen dan kreatif. Stail dan
pendekatan pengajaran yang menarik dengan penggunaan inovasi dapat memberikan
keseronokkan kepada pelajar. Oleh itu, usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
masyarakat celik teknologi maklumat. Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
yang ingin melahirkan modal insan yang kreatif, produktif dan berdaya saing turut
mempengaruhi inovasi dalam pendidikan. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam
pendidikan akan memangkin agenda transformasi negara.

3. Berikan justifikasi tentang dua elemen penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan model CIPP

Anatara elemen penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
model CIPP adalah Konteks, Input, Proses dan Produk. Menerusi elemen Konteks menilai
sama ada inovasi mempunyai hubungkait dengan mata pelajaran dan releven dengan
keperluan. Input pula menilai tahap kompetensi pembelajaran pelajar dan pengetahuan sedia
ada pelajar. Seterusnya, input menekankan matlamat, objektif dan tahap kompetensi guru
untuk memudahcara pengajaran. Proses pula adalah berkaitan penglibatan pelajar secara
aktif dan penilaian terhadap pengajaran.