Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKRO PENGAJARAN

REFLEKSI

Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada
tarikh 26 April 2012 bersamaan hari Khamis. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas
tahun 2 Fokus seramai 35 orang. Murid-murid Tahun 2 Fokus adalah kelas yang boleh
dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula
penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari
kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah
kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan
pembelajaran mereka.

Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk Operasi tolak dalam
lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran menolak sebarang dua nombor
hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.

Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi
penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama mengira bola
yang ditunjukkan dalam sesi ini. Bola yang berwarna-warni saya gunakan adalah untuk
menarik perhatian murid di samping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan operasi tolak
yang akan saya sampaikan dalam pengajaran saya.

Anda mungkin juga menyukai