Anda di halaman 1dari 14

GMGM 2023

Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam


1.0 PENGENALAN

Konsep revolusi industri ke-4 ini ditunjukkan dengan kemunculan teknologi

canggih yang membantu perjalanan kehidupan manusia, sama ada dalam aspek domestik,

pekerjaan mahupun keselamatan dan kesihatan. Ia adalah integrasi kehidupan secara

gobal dengan kemunculan superkomputer, teknologi robotik pintar, kenderaan tanpa

pemandu, suntingan serta ubahsuaian genetik serta perkembangan neuro teknologi yang

mana secara tidak langsung menaikkan lagi perkembangan manusia dalam

mengoptimakan fungsi otaknya. Ini lah yang dijelaskan oleh Klaus Schwab, yang

merupakan pengasas Forum Ekonomi Dunia, dalam bukunya yang bertajuk, 'The Fourth

Industrial Revolution'. Dengan kewujudan fenomena ini, kehidupan manusia sejagat akan

dipermudahkan secara total, segala-galanya akan dibantu oleh teknologi robotik pintar.

Bayangkan hal-hal domestik seperti menjawab pesanan telefon, memesan KFC ataupun

McDonald dapat dilakukan dengan menekan butang. Namun ianya suatu invisi yang tidak

jauh, bayangkan Hollywood melalui filem 'Ready One Player' sudah menunjukkan

kemungkinan yang ini bakal berlaku. Hantaran barang-barang belian dengan

menggunakan dron-dron pintar yang juga merupakan bingkisan dari teknologi robotik

pintar ini. Segala urusan domestik seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan

kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon

pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah untuk mengambil perkhidmatan

pembantu rumah. Manusia tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di

tengah-tengah jalan raya yang sesak hanya untuk ke pejabat. Semuanya akan selesai

dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam

kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui

243887 1
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat, inilah intisari 'smart car'.

Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam tahap ujian di peringkat global, namun

telah banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan

aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang

maklumat jalanraya serta destinasi yang kita ingin sampai, adalah merupakan bibit awal

yang membawa kepada pengenalan dunia yang dipanggil 'Internet of Things' (IoT).

2.0 SEJARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan sebuah agensi

penyelamat yang sudah ditubuhkan sejak tahun 1952. Jabatan tersebut yang sebelum ini

dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) merupakan lapisan ketiga

pertahanan negara selepas Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Aktiviti

Pertahanan Awam (Civil Defense) di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British

melalui implimentasi 'Passive Defence' (1939) yang dibentuk di bawah Emergency

Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi

Perang Dunia Kedua (WW2). Kemudiannya 'The Civil Defence Ordinance, 1951' digubal

secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem Keselamatan Tanah Melayu.

Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac 1952 secara rasmi bagi

melaksanakan peruntukan Ordinan Pertahanan Awam 1951.

Ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Ordinan Pertahanan Awam 1951

Ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 pada tahun 1957 (Akta 221). Pertahanan

243887 2
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
Awam menjadi unsur tetap dan penting pada tahun 1958, di dalam sistem pertahanan

negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perksekutuan. Pertahanan Awam

kemudiannya diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura dalam tahun 1964,

berikutan konfrontasi Malaysia-Indonesia (Kertas Kabinet No.302/314/64)

Kekuatan Dipertingkatkan dalam tahun 1965, jumlah keanggotaan ditambah

menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru

pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara. Di bawah Akta Perkhidmatan Negara

1970, kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta

Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425) berikutan bencana banjir besar yang melanda

negara. Di bawah Pindaan Akta 1972, Akta 221 dipinda bagi melaksanakan tugas dan

peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan selain tugas hakiki

menghadapi peperangan. Pada tahun 1992 APM ditukarkan logonya kepada logo yang

baru dengan motto 'Sentiasa Siap Sedia'. Malaysia kemudiannya digemparkan oleh

tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993, tragedi ini secara

tidak langsung mula menampakkan kepentingan serta peranan Pertahanan Awam dalam

situasi kecemasan dan bencana. Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia mula digunakan untuk membezakan dengan Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Talian Kecemasan

‘991’ dilancarkan pada 21 Mei tahun 1995, sebagai tanda komitmen JPAM memberikan

khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam, kemudiannya ia ditukar secara efektif

menjadi Angkatan Pertahanan Awam (APM). Rancangan Pembangunan JPA dalam tahun

1996, Rancangan Pembangunan 5 Tahun (1996-2000) APM dirangka bagi

243887 3
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan

kerja menyelamat sehingga kini.

2.1 'Revolusi Industri Ke-4' Dan APM

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi

automasi akan memberi cabaran baru terhadap semua sektor (sama ada awam mahupun

swasta) di negara ini yang memerlukan ia melakukan perubahan seiring dengan

transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Sebelum ini revolusi perindustrian

pertama menyaksikan manusia bergantung kepada penggunaan enjin berkuasa wap.

Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan penggunaan kuasa elektrik. Diikuti

revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai

tonggaknya. Namun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baru seperti

teknologi automasi, Internet of Things (IoT), penganalisaan serta penyimpanan data

tinggi, simulasi, integrasi sistem, penggunaan teknologi robotik yang bakal merancakkan

kemajuan landskap dunia moden.

Apabila kita menyebut tentang 'civil defense', apakah yang akan terjadi pada skop

ini, apakah kebaikan yang bakal diasimilasikan ke dalam Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia? APM kini telah membuka jaringan taliannya kepada orang ramai, dan rakyat

Malaysia boleh melihat maklumat penting tentang jabatan ini walaupun dengan

menggunakan telefon bimbit. Malahan rakyat kini tidak hanya boleh menggunakan

nombor telefon untuk mendapatkan bantuan daripada APM bahkan dengan menekan satu

butang pada aplikasi sudah boleh untuk mendapatkan bantuan dalam apa jua kecemasan.

243887 4
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
Selepas sekian lama ditubuhkan, masih ramai yang kurang jelas tentang tugas sebenar

APM sehingga ada yang menganggap tugas APM hanya untuk menangkap ular yang

masuk ke premis, walhal skop kerja pasukan itu sebenarnya lebih besar dan pelbagai,

malahan sekiranya terjadi apa-apa kemalangan APM merupakan 'first at the scene'.

Dengan integrasi ke dalam IR 4.0 diharapkan agar dogma sempit ini akan dapat

dihapuskan.

2.2 Latihan APM

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan sebuah jabatan di

bawah Jabatan Perdana Menteri. Fungsi dan tugas utama APM sebenarnya ada banyak

antaranya terlibat dalam menjalankan operasi melibatkan kerja-kerja menyelamat ketika

berlakunya banjir, tanah runtuh dan perkhidmatan kecemasan atau 999. Di bawah

perkhidmatan 999 ini, fungsi APM sama seperti agensi lain iaitu polis, bomba dan

Maritim Malaysia yang menghulurkan bantuan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.

Selain itu, APM juga berfungsi sebagai sebuah sekretariat pengurusan bencana dan

perkhidmatan 'baywatch' atau lebih dikenali sebagai penyelamat pantai. Jika di Selangor,

terdapat dua kawasan yang mempunyai menara 'baywatch' iaitu di pantai Morib, Kuala

Langat dan Bagan Lalang, Sepang.

Memandangkan kepentingan ini, jabatan tersebut menyediakan latihan serta kursus yang

berkaitan tentang pertahanan dan keselamatan awam. Jumlah keanggotaan tetap dan

sukarelawan APM kini mencecah kira-kira 58,000 orang, akan tetapi masih tidak

mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negara sekiranya berdepan

243887 5
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
dengan ancaman seperti banjir besar. Ini kerana latihannya agak terlalu biasa dan tidak

memasukkan latihan bercorak yang lebih moden. Latihan penyediaan rekrut baru perlu

menekankan keperluan terhadap teknik menyelamat serta bantuan bencana pada zaman

moden ini. Ini dapat dilihat dengan pembangunan bandar kini yang pesat, teknik latihan

dan bantuan kecemasan pada zaman dahulu sudah tidak lagi sesuai untuk digunakan pada

masa kini. Sudah banyak universiti dan institut awam mahupun swasta di negara ini,

menyediakan kursus berteknologi tinggi dalam bidang ini.

3.0 PERANAN 'REVOLUSI INDUSTRI KE-4' TERHADAP PEMILIHAN DAN

PEREKRUTAN ANGGOTA APM

Disebabkan kemudahan yang diwujudkan oleh revolusi industri ke-4, tekanan

terhadap pemilihan pekerja dan rekrut baru adalah kini berasaskan kemahiran terkini dan

yang mempunyai ilmu pengetahuan. Berikut adalah syarat-syarat pemilihan yang masih

dipakai oleh APM dalam merekrut anggota baru:

 Sihat tubuh badan.

 Umur tidak lebih 48 tahun.

 Aktif tidak kurang 5 tahun.

 Mempunyai satu sijil jurulatih.

 Memiliki insurans kelompok APM.

 Tahan lasak fizikal dan mental.

243887 6
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
Jika dilihat kepada syarat-syarat pemilihan rekrut baru bagi APM, ianya adalah lebih

kepada corak pemilihan sukarelawan sahaja dan bukannya untuk 'full-fledge'. Jadi tidak

menghairankan jika sekiranya orang awam menggelarkan APM yang mana suatu ketika

dahulu JPAM sebagai penangkap ular semata-mata. Sedangkan ini adalah penyerapan

dari sukarelawan kepada anggota sepenuh masa APM. Berikut pula adalah syarat-syarat

pemilihan sukarelawan APM:

 Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

 Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.

 Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.

 Tidak menyertai badan beruniform yang lain.

 Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Menyedari akan keperluan anggota yang ramai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

kini, mengunjurkan yang ia memerlukan sejumlah 200 ribu rekrut baru dengan 2.8 juta

sukarelawan untuk dilatih. Ini bagi penyediaan jika berlakunya bencana berskala besar,

jika ianya benar-benar terjadi di Malaysia. Namun begitu jika ianya benar-benar terjadi,

APM hanya mampu memobilisasikan anggotanya sebanyak 1.6 juta. Menyedari akan

keperluan anggota yang berkemahiran tinggi dan berilmu pengetahuan APM menambah

senarai ilmu-ilmu yang diajarkan kepada rekrut mahupun sukarelawan yang didaftarkan

di bawah agensi tersebut, seperti:

 Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA).

243887 7
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
 Belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi).

 Mempelajari kaedah untuk menguruskan bencana.

 Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi.

 Belajar tatacara berpakaian seragam.

 Belajar seni mempertahankan diri.

 Belajar membaca peta dan kompas.

 Belajar Asas Pertolongan Cemas.

 Belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending.

 Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET).

 Pengetahuan mengenai ikhtiar hidup.

 Belajar asas kebombaan.

 Belajar asas menyelamat.

 Ilmu pengetahuan harian seperti asas medik untuk situasi kemalangan.

Dalam melaksanakan dan menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa bencana

dan harta benda yang terancam atau akan terancam, APM memerlukan anggota yang

didedahkan dengan pengetahuan mengenai bencana dan kemalangan. Dengan kemajuan

IR 4.0, tidak sudah untuk mengetahui tentang apa sahaja, inilah revolusi 'Internet of

Things'. APM juga perlu memilih anggota yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang

243887 8
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
penggunaan gadget, atau apa yang dikenali sebagai 'gadget smart'. Bayangkan dalam

situasi apapun, sama ada kemalangan mahupun bencana, lokasi kejadian adalah amat

penting bagi anggota. Maka mereka perlu mempunyai asas navigasi sama ada

penggunaan 'Waze' mahupun 'Google Maps'.

4.0 CABARAN DI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4 (IR 4.0)

Manusia kini berdiri di ambang revolusi teknologi yang secara asasnya akan

mengubah cara kita hidup, bekerja, dan saling berhubungan. Dalam skala, dan

kerumitannya, transformasi itu tidak seperti apa yang pernah dialami manusia sebelum

ini. Kita belum tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi satu perkara yang jelas: sambutan

terhadapnya perlu disepadukan dan komprehensif, yang melibatkan semua pihak

berkepentingan dalam bidang global, dari sektor awam dan swasta kepada akademik dan

masyarakat sivil. Hal ini juga memberi kesan terhadap agensi-agensi berskop

keselamatan dan pertahanan awam.

Terdapat tiga sebab mengapa transformasi ini mewakili bukan sekadar

perpanjangan Revolusi Perindustrian Ke-3 melainkan kedatangan Ke-4 dan tersendiri:

halaju, skop, dan impak sistem. Apabila dibandingkan dengan revolusi perindustrian

sebelumnya, Revolusi Industri Ke-4 sedang berkembang dengan eksponensial dan bukan

secara linear. Selain itu, ia memberi impak terhadap hampir setiap perkara di setiap

aspek, sama ada pentadbiran dan organisasi swasta dan perindustrian. Aspek keselamatan

243887 9
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
dan juga pertahanan sivil juga termasuk dalam skop ini. Operasi penyelamat seperti oleh

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain-lain lagi, terkesan dengan perkembangan

revolusi ini, sama ada dari segi navigasi, logistik, latihan anggota, pemilihan rekrut dan

juga perkakasan. Seperti revolusi yang terdahulu, Revolusi Perindustrian 4 berpotensi

menaikkan tahap pendapatan global dan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di

seluruh dunia, dan melalui aspek kualiti kehidupan ini juga boleh dilihat dari segi

keselamatan dan juga pertahanan sivil. Pengguna boleh mengakses maklumat dengan

sekelip mata, apa-apa kejadian, bencana alam mahupun kemalangan boleh diketahui

dengan menekan butang pada skrin telefon android. Dari segi latihan dan pemilihan

rekrut jabatan-jabatan mahupun sektor awam yang lain, organisasi tersebut boleh

melaksanakannya dengan bantuan kemudahan ini. Di Amerika Syarikat dan Kanada,

kedua-dua negara itu sudah mempunyai teknologi pemilihan penjawat awam secara

automatik yang dibantu oleh manusia. Perisian komputer menggantikan tugas manusia

dalam menyemak, menyelidik dan memilih kriteria penjawat awam mahupun di sektor

keselamatan dan pertahanan. 'Face Recognition Software' akan menyemak bakal

penjawat awam sama ada mereka ini rakyat biasa ataupun terlibat dengan gejala

terrorisme. Kemudiannya ia akan dimuatkan ke dalam 'Database' induk negara tersebut

dan dipilih untuk disebarkan kepada jabatan-jabatan yang mempunyai kekosongan tenaga

kerja. Selepas itu barulah pihak jabatan tersebut melalui Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia akan membuat pemilihan sama ada untuk memasukkan individu-individu yang

terpilih ini ke dalam senarai menunggu temuduga. Berdasarkan Brynjolfsson dan McAfee

(2014), perubahan teknologikal terkini menawarkan peluang-peluang baru yang radikal

yang mana boleh membawa kepada transformasi yang signifikan bukan sekadar

243887 10
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
penghasilan dan perkhidmatan namun terhadap keseluruhan sistem organisasi.

Menurut ramalan ahli-ahli ekonomi, IR 4.0 bakal mewujudkan 1.5 juta peluang

pekerjaan di Malaysia sama ada sektor awam mahupun swasta. Bidang-bidang baru yang

menjadi tonggak IR 4.0 menawarkan kepelbagaian peluang pekerjaan pada masa akan

datang. Jadi, kebimbangan bahawa IR 4.0 akan menyebabkan sumber manusia

menganggur adalah satu dakwaan yang tidak berasas. Walaupun begitu, peluang

pekerjaan yang dimaksudkan di sini adalah bagi mereka yang berkemahiran tinggi yang

mana IR 4.0 memerlukan 60% khidmat tenaga kerja berkemahiran. Di sini timbul satu isu

penting yang perlu diberi perhatian iaitu nasib pekerja yang melaksanakan tugas-tugas

rutin dan nasib pekerja hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Bagi mengelakkan

sumber manusia kehilangan pekerjaan mulai tahun 2020, kerajaan Malaysia menyasarkan

agar pasaran buruhnya mempunyai sekurang-kurangnya 35% pekerja berkemahiran

tinggi menjelang 2020 berbanding dengan 31% apa yang kita miliki sekarang. Hasrat ini

diterjemahkan melalui penekanan yang diberi kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan

Vokasional (TVET).

243887 11
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam

KESIMPULAN

Memandangkan dunia fizikal, digital dan biologi terus berkumpul, teknologi dan

platform baru akan semakin membolehkan semua orang untuk melibatkan diri dengan

mana-mana organisasi, menyuarakan pendapat mereka, menyelaraskan usaha mereka,

dan juga mengelakkan pengawasan pihak berkuasa awam. Pada masa yang sama, mana-

mana organisasi pun akan mendapat menguasai teknologi baru untuk meningkatkan

kawalan mereka ke atas populasi, berdasarkan sistem pengawasan yang meluas dan

keupayaan untuk mengawal infrastruktur digital. Kepentingan agensi keselamatan dan

pertahanan awam tidak dapat disangkal lagi.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, kerajaan akan semakin tertekan untuk

mengubah pendekatan semasa mereka kepada penglibatan dan pembuatan polisi awam,

memandangkan peranan utama mereka untuk melaksanakan dasar berkurangan

disebabkan oleh sumber persaingan baru dan pengagihan semula dan desentralisasi kuasa

yang mana dengan penggunaan teknologi baru ianya dapat dilakukan dengan sekelip

mata. Pada akhirnya, keupayaan sistem kerajaan atau organisasi yang lain dan pihak

berkuasa awam untuk menyesuaikan diri akan menentukan kelangsungan perkhidmatan

mereka. Dan disebalik itu dengan pelbagai kemudahan ini dapat membuat pemilihan dan

perekrutan penjawat awam lebih mudah serta berkualiti.

243887 12
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam

RUJUKAN

1. Erik Brynjolfsson and Andrew McAfee, The Second Machine Age: Work, Progress,

and Prosperity in a Time of Brilliant Technologies, W.W. Norton & Company,

2014

2. Klaus Schwab, Moderne Unternehmensführung im Maschinenbau (Modern Enterprise

Management in Mechanical Engineering), VDMA, 1971.

3. World Economic Forum, Deep Shift – Technology Tipping Points and Societal Impact,

Survey Report, Global Agenda Council on the Future of Software and Society,

September 2015.

4. https://www.bharian.com.my/node/291781

5. http://www.civildefence.gov.my/

6. http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/apm-bukan-sekadar-menangkap-ular-
1.560492

7. https://www.sap.com/sea/trends/internet-of-things.html

8. https://www.weforum.org/agenda/2017/12/5-challenges-facing-civil-society-in-the-

fourth-industrial-revolution/

243887 13
GMGM 2023
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam

243887 14