Guru perlu tahu beberapa prinsip pengajaran bagi murid diskalkulia, antaranya ialah :
Kesukaran pembelajaran kanak- kanak biasanya didahului oleh ketidaksediaan kanak-kanak ini
untuk mempelajari matematik. Oleh itu, guru perlu menyediakan aktiviti yang berterusan supaya
kanak- kanak ini sentiasa ingin belajar matematik. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh
guru ialah :
1. Mengumpulkan objek dengan bentuk dan sifat.
3. Meneka nombor.
5. Mengukur objek
2. Pengajaran bermula dari konsep konkrit ke abstrak
Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah. Contoh
dalam matapelajaran matematik, guru mengajar konsep konkrit di mana murid menambah
objek dengan objek dan simbol seperti mengira buah. Manakala konsep abstrak pula, murid
akan mengira nombor.
Matlamat terakhir dalam pengajaran matematik adalah ke arah keupayaan berfikir dan
menggunakan secara abstrak.