Pada 22 Mei sehingga 25 Mei 2018, Biro Kebajikan dan Sosial telah berjaya
melaksanakan Program Pengangkutan Bus ke Bazaar Ramadhan iaitu Baazar
Stutong seperti yang dirancang dalam Takwim Tahunan. Dengan Kerjasama daripada
biro-biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pihak Unit Perkhidmatan
terutamanya dalam proses meminjam bus, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya..
Melalui Program ini, hubungan silaturahim antara siswa pendidik IPG Kampus
Batu Lintang dapat dieratkan tanpa mengira bangsa dan agama kerana kebanyakan
siswa pendidik yang menggunakan bus bukan hanya yang beragama Islam sahaja
namun terdiri daripada guru pelbagai bangsa dan agama. Selain itu, program ini turut
memudahkan siswa pendidik yang tidak mempunyai pengangkutan untuk ke baazar
dan membeli keperluan untuk berbuka puasa.
Bus berangkat ke baazar Stutong pukul 4.30 petang iaitu selepas waktu kuliah
bagi memberi ruang untuk para siswa pendidik menjalankan solat asar terlebih dahulu
dan tiba di baazar Stutong pukul 5 petang. Siswa pendidik diberikan masa selama 30
minit untuk membeli makanan dan keperluan masing-masing kerana bus akan
berangkat pulang jam 530 bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan tiba di kampus
sebelum waktu berbuka.
______________________
Pengerusi