Objektif :
Langkah:
2. Semua peserta kumpulan diarahkan untuk meniup belon masing-masing mengikut saiz yang mereka
rasa selesa.
3. Setelah belon ditiup mereka perlu mengikat belon masing-masing dan pastikan belon tidak terbang.
4. Mereka perlu melukiskan ekpresi emosi (apa yang mereka rasa ketika aktivti dijalankan pada waktu
itu). Contoh jika mereka rasa gembira lukiskan senyuman pada belon berkenaan jika rasa geram atau
marah lukiskan bentuk ekpresi marah atau geram pada belon berkenaan serta tulis nama timbangan
pada belon berkenaan di bahagian atas belon.
5. Setelah selesai, peserta diminta untuk menunjukkan belon masing-masing kepada fasilitator
kumpulan.
6. Seterusnya fasilitator memulakan proses perbincangan kumpulan mengenai apa yang ahli kumpulan
rasa pada ketika dan saat itu.
- Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup diwarnai oleh berbagai seperti emosi gembira,
sedih, marah, takut, dan sebagainya. Ianya perlulah diluahkan serta dikongsikan dengan
cara yang betul dan sihat dengan orang lain.
- Emosi marah atau sedih perlu diluahkan secara positif ia tidak boleh dipendamkan kerana
takut ia akan memakan diri sendiri.
- Bersyukur kerana mempunyai pelbagai emosi – dengan mengenal emosi diri sendiri kita
belajar mengenal emosi orang lain... kita rasa apa yang mereka rasa....dengan ini kita akan lebih
memahami orang lain dengan lebih baik.
AKTIVITI ICE-BREAKING 2: “ MY TREE STORY”
Aktiviti ini bertujuan untuk menyingkap kisah / cerita yang terpendam dalam diri ahli kelompok - merangkumi
situasi dalam kehidupan ahli, pengalaman-pengalaman kehidupan, peristiwa yang dilalui dan juga isu-isu yang
belum selesai.
Langkah:
2. Kemudian meminta ahli untuk melukis gambar tiga batang pokok yang mengambarkan keadaan diri ahli pada
masa dahulu dan pada masa sekarang dan pada pada masa akan datang. Masa melukis diberikan selama 5-10
minit.
3. Fasilitator meminta secara sukarela kepada peserta yang ingin berkongsi tentang ‘My Tree Story’ masing-
masing. Fasilitator perlu membuat refleksi apa yang peserta lukis/lukisan tersebut dengan diri peserta – contoh
lihat perbezaan gambar pokok dahulu, pokok sekarang dan akan datang serta minta peserta ceritakan serta
huraikan tentang lukisan berkenaan.
4. Fasilitator juga perlu minta penjelasan dari peserta berkenaan tentang perasaan mereka, pandangan mereka
terhadap apa yang dilukiskan serta kaitkan dengan kehidupan mereka pada masa kini.
5. Setelah semua orang selesai berkongsi tentang lukisan mereka, fasilitator perlu proses berkenaan aktiviti dan
lukisan berkenaan.
- Terdapat perbezaan gambar pokok yang pertama dan gambar pokok yang kedua dan yang ketiga
- Apa yang berlaku pada pokok berkenaan?. Pokok tersebut adalah melambangkan diri peserta
sebenarnya.
- Perubahan dalam kehidupan sama ada suka dan duka, perkembangan dari tiada apa-apa
kepada ada sesuatu sama ada melalui ilmu pengetahuan, potensi diri, bakat, kemahiran
tertentu yang dipelajari. Perubahan dari segi saiz dulu kecil sekarang telah besar, dulu bayi
sekarang kanak-kanak dan sedang meningkat remaja menuju alam dewasa.
- Apa yang telah berlalu pada masa lalu tidak boleh diulang semula.....Hargai apa yang ada
Sekarang (peluang, masa muda, masa sihat, masa lapang,masa hidup sebelum datangnya
keadaan tua tiada upaya, sakit, sibuk, dan kematian).
- Pelajari dari pengalaman lalu untuk menghadapi kehidupan pada masa sekarang.
- Pelajari tentang kemaafan, menerima realiti kehidupan, melupakan kesedihan lampau, kembali
kepada kehidupan yang lebih bermakna pada masakini dan untuk masa depan.
AKTIVITI LDK 1 : MENGENAL KECENDERUNGAN DIRI
Objektif
1. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui kecenderungan peserta (Visual, Audio & Kinestatik)
2. Membantu peserta untuk mengenali kelebihan dan kekuatan diri masing-masing
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang persamaan dan perbezaan setiap individu.
Metodologi
Ujian ini sesuai dijalankan dalam sesi LDK
Peralatan
Kertas Ujian Kecenderungan Diri dan Pensel / Pen
Tempoh
30 minit
Langkah
1. Sebelum fasilitator mengendalikan ujian ini mereka perlu terlebih dahulu memahami dan
mengetahui cara untuk mengendalikan ujian ini.
2. Fasilitator mengedarkan kertas ujian kepada semua peserta.
3. Fasilitator perlu menerangkan tujuan ujian ini dijalankan serta memberi panduan kepada
peserta tatacara untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam ujian tersebut.
4. Setelah semua peserta menjawab soalan ujian serta mendapat keputusan masing-masing
fasilitator bolehlah mendapatkan maklumat dari peserta berkenaan keputusan yang diperolehi.
5. Fasilitator membuka ruang kepada peserta untuk memberi pandangan terhadap keputusan
ujian masing-masing. Sebelum sesi tamat fasilitator bolehlah menerangkan ciri-ciri
kecenderungan diri peserta berpandukan lampiran (3.4) Aktiviti 3
Rumusan
1.
2. Melalui ujian ini individu dapat mengenal kecenderungan diri individu samaada mereka dalam
kategori visual, audio atau kinestatik.
3. Setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza serta unik.
4. Terdapat juga persamaan bagi sesetengah kecenderungan antara peserta.
5. Sebagai manusia kita perlu bersyukur dan menggunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan
dan bukan digunakan untuk tujuan kejahatan.
LAMPIRAN AKTIVITI 1 : KETAHUI KENCENDERUNGAN ANDA
Tandakan satu (/) pada pernyataan yang mana bersesuaian dengan diri anda dan sering anda lakukan.
Soalan 1
A.____ Saya suka mendengar radio dan muzik
B.____ Saya suka pergi ke pameran lukisan atau ke pusat membeli belah.
C.____ Saya sentiasa rasa ingin menari bila mendengar sesebuah lagu.
Soalan 2
A. ____ Saya lebih suka pada peperiksaan lisan daripada bertulis.
B. ____ Saya sangat baik dalam ejaan semasa di sekolah.
C. ____ Dalam peperiksaan saya selalu menjawab mengikut ’rasa hati’.
Soalan 3
A.____ Orang pernah memberitahu saya, suara saya lunak.
B.____ Keyakinan saya meningkat bila saya nampak segak/cantik
C.____ Saya selesa bila disentuh.
Soalan 4
A.____Saya boleh menyelesaikan masalah saya dengan cepat bila bercakap dengan kuat.
B.____ Saya lebih gemar sesuatu yang digambarkan kepada saya daripada penerangan biasa.
C.____ Saya selalu memegang sesuatu benda atau menyentuh sesuatu apabila ia diterangkan kepada saya.
Soalan 5
A.____Saya dapat rasakan keikhlasan seseorang hanya mendengar suara mereka.
B.____Saya menilai seseorang melalui pakaian dan penampilan mereka.
C.____Cara seseorang berjabat tangan dengan saya membawa maksud yang banyak.
Soalan 6
A.____ Saya lebih suka mendengan CD/Kaset daripada membaca buku.
B.____ Saya suka menonton TV dan wayang.
C.____ Saya suka mengembara dan melakukan aktiviti luar.
Soalan 7
A.____ Saya boleh mendengar apa-apa ’bunyi’ dari kenderaan saya.
B.____ Bagi saya penting untuk menjaga kebersihan kereta saya luar dan dalam.
C.____ Saya sukakan kereta yang membuat saya rasa ’seronok’ bila memandunya.
Soalan 8
A.____ Ramai orang memberi tahu saya yang saya mudah didekati.
B.____ Saya suka memerhatikan orang lain.
C.____ Saya suka menyentuh orang lain ketika bercakap.
Soalan 9
A.____ Saya tahu suara yang bercakap di telefon dan juga bila bercakap dengan sesorang muka ke muka.
B.____ Saya mudah mengingati wajah seseorang, tetapi bukan namanya.
C.____ Sukar untuk saya mengingati wajah orang lain.
Soalan 10
A.____ Saya selalu ’humming’ atau menyanyi bila mendengar radio /lagu.
B.____ Saya suka mengambil gambar/foto.
C.____ Saya sukakan D.I.Y (Do it yourself)
Soalan 11
A.____ Saya lebih suka sesuatu idea itu diterangkan kepada saya daripada membacanya.
B.____ Saya lebih sukakan penceramah daripada bahan mengajarnya (Visual aids).
C_____ Saya suka mengambil bahagian daripada hanya mendengar/melihat.
Soalan 12
A.____ Saya seorang pendengar yang baik
B.____ Penting bagi saya untuk melihat apa yang terbaik mengenai diri saya.
C.____ Saya ada perasaan positif dan negatif terhadap seseorang walaupun saya tidak tahu kenapa.
Soalan 13
A.____ Bila bermasalah, saya lega bila bercakap kuat.
B.____ saya pandai menggunakan map/peta.
C.____Saya melakukan senaman untuk mendapatkan perasaan yang lega selepas melakukannya.
Soalan 14
A.____ Saya sukakan suasana rumah yang aman tenteram.
B.____ Penting bagi saya untuk memastikan keadaan rumah bersih dan teratur.
C.____ Saya sukakan rumah yang selesa.
Soalan 15
A.____ Saya suka meniru cara orang lain bercakap.
B.____ Saya sentiasa menulis senarai kerja yang perlu dilakukan setiap hari.
C.____ Saya pernah diberitahu yang saya seorang yang bersistematik.
Interpretasi
Total A : Auditori
Total B : Visual
Total C : Kinestatik
INDIVIDU VISUAL
Individu visual mudah untuk membuat visualisasi atau gambaran yang dicipta di minda selalunya jelas,berwarna terang,
cantik serta terperinci.
INDIVIDU AUDIO
Mendengar suara alam semula jadi yang mengambarkan ketenangan atau suara kejayaan/kecemerlangan. Individu
Auditori mudah untuk mencipta bunyi-bunyi yang mengambarkan ketenangan atau situasi yang positif
INDIVIDU KINESTATIK
Melakukan pergerakan tubuh badan di dalam minda dengan mudah atau merasakan situasi seolah-olah benar-benar
berlaku dengan mudah. Sejuk, nyaman, damai, angin mencium pipi, semua dapat di rasa. Individu kinestatik mudah
untuk mencipta suasana yang dapat dirasai oleh tubuh fizikal.
Memikirkan sesuatu yang selalu berkaitan dengan ketiga-tiga perwatakan visual, auditori dan kinesthetik.Individu
auditori digital memikir secara dalaman mengenai sesuatu situasi.
AKTIVITI LDK 2 : PENGURUSAN MASA
Masa : 30 - 40 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Fasilitator perlu membaca arahan yang tertulis di kertas lampiran serta menerangkan cara
untuk menilai masa yang digunakan atau yang telah dibazirkan oleh pelajar dalam tempoh
setahun atau untuk mendapatkan jumlah yang paling banyak sepanjang tempoh kehidupan
sehingga sekarang.
2. Setelah ahli kumpulan mendapatkan jawapan terhadap nilaian masa masing-masing. Fasilitator
dikehendaki mendapatkan jawapan setiap ahli kumpulan sama ada secara sukarela atau
melalui pemilihan. (Mengikut keadaan dan kesesuaian).
3. Setelah itu dapatkan feedback dari ahli kumpulan mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan.
Dari segi perasaan mereka serta pemikiran mereka mengenai jumlah masa yang telah mereka
sia-siakan selama setahun atau sepanjang kehidupan mereka.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya memanfaatkan masa dengan aktiviti
yang berguna dan berfaedah.
2. Pelajar mendapat kesedaran terdapat nilai masa yang digunakan sama ada dengan baik atau
yang dibazirkan dalam bentuk nilai wang. Supaya timbul keinsafan agar tidak membazirkan
masa.
Ulasan Fasilitator:
Anggaran Dalam Sehari aktiviti Pembaziran masa setelah ditolak masa ulangkaji, masa belajar di kelas,
aktiviti urus diri seperti makan, sembahyang, tidur, mandi, senaman atau riadah.
Jumlah Jam Jumlah Jam /hari Jumlah Jam/hari/ Jumlah Jam/hari/ Jumlah Jam
Sehari Seminggu minggu Sebulan minggu/bulan /bulan/
Setahun tahunSehingga
yang dibazirkan Yang dibazirkan Yang dibazirkan kini
Yang dibazirkan
Yang dibazirkan
1 Hari = 24 jam
Masa : 30 – 40 minit
Bilangan ahli : 6 – 15 Orang
Peralatan : Pen/Pensel & Kertas Lampiran Aktiviti
Cara Perlaksanaan :
1. Fasilitator perlu menerangkan kepada pelajar arahan berkaitan dengan aktiviti menentukan prioriti
kepada pelajar.
2. Setiap ahli dikehendaki menyenaraikan beberapa aktiviti atau tugas atau kerja yang perlu dilakukan
oleh mereka sama ada perkara itu penting, kurang penting, sama ada segera atau tidak segera iaitu
mengikut katergori 4 kategori yang telah ditetapkan.
3. Setelah ahli selesai menyenaraikan kategori aktiviti,tugas atau kerja tersebut. Fasilitator perlu memberi
peluang kepada ahli untuk berkongsi pandangan tentang kategori aktiviti-aktiviti mereka.
4. Setelah selesai fasilitator boleh meminta pendapat atau pandangan tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
Ulasan:
Fasilitator perlu membuat sedikit ulasan serta kesimpulan dari idea-idea yang diperolehi dari ahli kumpulan.
Ulasan Fasilitator:-
1. Menentukan priority sesuatu tugas, aktiviti atau kerja sangat penting kerana dapat membantu individu itu
sedar apakah aktiviti yang perlu diberi keutamaan berbanding aktiviti-aktiviti yang lain. Apa yang perlu
didahulukan dan apa yang boleh dikemudiankan.
2. Pengkategorian ini dapat mengurangkan stress berkaitan dengan tugas serta membantu individu
menguruskan kehidupan dengan lebih baik.
3. Membantu individu fokus kepada sesuatu perkara agar apa yang dilakukan mendapat hasil yang terbaik
dan berkualiti. (Contoh –Peperiksaan, Kerja Sekolah, assignment dll)
Rujukan Fasilitator
E
Contoh: Pergi Tandas ketika sakit perut
R Contoh: Menghadiri mesyuarat,
Makan ketika lapar,
A Hantar tugasan esok, pergi hospital jika
sakit, bayar bil elektrik yang tertunggak.
K
U Tugasan kurang segera tetapi penting Tugasan Kurang penting dan kurang
R segera?
Bagaimana hendak mengelak
A
penangguhan semata-mata ia tidak Bagaimana mengurangkan kerja ini dan
N
segera? berusaha memanfaatkannya?
G
S
Contoh: Pembayaran Yuran Pengajian Contoh:__Hobi, Layari Internet- Facebook,
E Chatting
G Penyediaan kertas kerta aktiviti semester
E hadapan, mencuci pakaian kotor
R
A
Lampiran Aktiviti 2 (Tentukan Prioriti)
K
U Tugasan kurang segera tetapi penting Tugasan Kurang penting dan kurang segera?
R
A Bagaimana hendak mengelak penangguhan Bagaimana mengurangkan kerja ini dan berusaha
N semata-mata ia tidak segera? memanfaatkannya?
G
S
E
G
E
R
A
AKTIVITI LDK 3 : MENGENAL CARA BERFIKIR & BELAJAR
Objektif
1. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui kecenderungan peserta berfikir dan belajar
2. Membantu peserta untuk mengenali kelebihan dan kekuatan cara berfikir masing-masing.
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang persamaan dan perbezaan setiap individu.
Metodologi
Ujian ini sesuai dijalankan dalam sesi LDK
Peralatan
Kertas Ujian Cara Berfikir & Belajar dan Pensel /
Pen
Tempoh
40 minit
Langkah
1. Sebelum fasilitator mengendalikan ujian ini mereka perlu terlebih dahulu memahami dan
mengetahui cara untuk mengendalikan ujian ini.
2. Fasilitator mengedarkan kertas ujian kepada semua peserta.
3. Fasilitator perlu menerangkan tujuan ujian ini dijalankan serta memberi panduan kepada
peserta tatacara untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam ujian tersebut.
4. Setelah semua peserta menjawab soalan ujian serta mendapat keputusan masing-masing
fasilitator bolehlah mendapatkan maklumat dari peserta berkenaan keputusan yang diperolehi.
5. Fasilitator membuka ruang kepada peserta untuk memberi pandangan terhadap keputusan
ujian masing-masing. Sebelum sesi tamat fasilitator bolehlah menerangkan ciri-ciri
kecenderungan gaya berfikir dan belajar peserta berpandukan lampiran (3.4) Aktiviti 2
Rumusan
1. Melalui ujian ini individu dapat mengenal cara berfikir dan belajar masing-masing.
2. Setiap orang mempunyai cara berfikir dan belajar yang berbeza serta unik.
3. Dengan mengetahui cara berfikir dan belajar ini dapat membantu peserta untuk meningkatkan
lagi tahap dan keupayaan penggunaan otak masing-masing.
4. Terdapat juga persamaan bagi sesetengah kecenderungan antara peserta.
5. Sebagai manusia kita perlu bersyukur dan menggunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan
dan bukan digunakan untuk tujuan kejahatan.
AKTIVITI 3 : MENGENAL GAYA BERFIKIR DAN BELAJAR
Arahan: Sila jawab setiap soalan berikut dengan jujur bagi mengambarkan kecenderungan anda belajar dan
berfikir dengan memberi nilai skala markah antara 0 bagi penyataan yang terendah sehinga 25 bagi penyataan
yang tertinggi dalam kotak yang disediakan.
Setelah selesai, lengkapkan skor setiap satu daripada 20 soalan tersebut mengikut kumpulan yang sesuai dalam
jadual berikut dan jumlahkan bagi setiap bahagian.
Skor Skor
Plotkan skor anda dalam carta profil berikut mengikut Quadrant A,B,C,D
A D
10
50
100
B C
Lampiran 3.4 : Keterangan Berkaitan Ciri-ciri Keupayaan Otak
Ciri-ciri Keterangan
Analitik Kebolehan mencerakin atau memecahkan maklumat atau idea kepada beberapa bahagian dan
memeriksanya untuk melihat bagaimana maklumat dan idea itu boleh digabungjalinkan
bersama
Emosi Mempunyai perasaan yang mudah ditunjukkan. Mudah menghubungkan sesuatu dengan
perasaan
Fakta Pentingkan sumber atau maklumat yang diketahui benar dan wujud
Holistik Kebolehan memahami idea, konsep atau situasi dengan cara keseluruhan
Imaginatif Kebolehan untuk membentuk bayangan minda yang tidak dapat dicapai oleh deria. Kebolehan
menyelesaikan masalah dengan cara lain.
Kerohanian Meyakini sesuatu yang berkaitan dengan roh iaitu sesuatu yang terasing daripada jasad atau
kebendaan
Kreatif Mempunyai idea yang inovatif. Kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginatif
Kuantitatif Cenderung untuk mengetahui atau mengelolakan sesuatu dengan berdasarkan pengiraan atau
ukuran sebenar
Logik Kebolehan menakul dan membuat kesimpulan dari apa yang telah atau yang akan berlaku
Muzik (Irama) Mempunyai bakat atau minat terhadap irama dan seni muzik
Pengelolaan Kebolehan mengatur atau mengelolakan manusia, konsep, objek dan sebagainya mengikut
perhubungan yang sesuai
Perancangan Kebolehan menyususn strategi atau cara untuk mencapai sesuatu tujuan atau objektif dilakukan
lebih awal daripada peringkat perlaksanaan
Perkongsian Kebolehan dengan mudah membina hubungan yang bermakna dan menyeronokan dengan
berbagai golongan manusia
Prosedur Kebolehan membuat sesuatu aktiviti mengikut urutan, peraturan atau cara yang tertentu
Serentak Kebolehan memproses lebih daripada satu jenis aktiviti minda dalam suatu masa
Terperinci Kebolehan memberikan perhatian yang rapi kepada item-item yang kecil atau bahagian-
(Detailed) bahagian dari sesuatu idea atau projek
Visi Kebolehan melihat secara imaginatif. Mempunyai daya celikakal yang imaginatif
Aktiviti LDK 4 : PENGURUSAN STRESS
Matlamat
Mengetahui kadar stress yang dialami oleh peserta
Objektif
1. Setiap peserta dapat mengetahui tahap stree yang dialami
dalam kehidupan.
2. Setiap ahli mendapat diberi peluang meluahkan stress yang dialami dalam kumpulan.
3. Berkongsi pandangan dan idea dalam menangani stress.
Metodologi
Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam sesi LDK yang kecil dan besar. Ujian ini sesuai dijalankan sebelum
permulaan sesi perbincangan berkaitan stress.
Peralatan
Edaran Lampiran Aktiviti LDK : Audit Stress, Pen atau Pensel.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri dari 10 – 80 orang peserta (mengikut kesesuaian)
Tempoh Aktiviti
20 minit (mengikut saiz kumpulan)
Langkah-langkah
1. Fasilitator mengedarkan lampiran Audit stress kepada setiap peserta dalam kumpulan.
2. Fasilitator memberi masa selama 10 minit untuk ahli mengisi dan melengkapkan maklumat
seperti yang terdapat dalam lampiran.
3. Setelah tamat waktu yang diberikan fasilitator memberi ruang kepada mana-mana peserta yang
ingin memberi pandangan tentang tekanan atau stress yang dialami oleh mereka serta cara
yang sering mereka lakukan untuk menghilangkan stress.
4. Sekiranya peserta enggan memberikan kerjasama fasilitator boleh memilih sendiri mane-mana
peserta.
5. Setelah peserta pertama membuat memberi pandangan fasilitator bolehlah meminta peserta
tersebut untuk membuat pilihan peserta mana yang membuat perkongsian yang seterusnya
sehinggalah selesai.
6. Seterusnya fasilitator membuka raung kepada peserta untuk memberi maklumbalas berkaitan
aktiviti yang dijalankan.
Rumusan
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
3. Saya sentiasa membelai dan dibelai dengan rasa kasih sayang oleh orang yang saya
cintai
4. Saya mempunyai sekurang-kurangnya seorang saudara atau teman rapat yang tinggal
berhampiran dengan saya.
6. Saya menghadkan diri saya untuk merokok ½ paket rokok sahaja setiap hari (Tinggalkan
soalan ini jika anda tidak merokok.
12. Saya mempunyai seorang atau dua orang sahabat rapat yang boleh saya jadikan tempat
mengadu
14. Saya boleh berbincang tentang perasaan marah atau risau yang saya alami
15. Saya sentiasa berbincang tentang masalah keluarga dengan ahli keluarga atau pasangan
hidup (konflik ibu bapa-anak, kewangan dll)
16. Saya melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokan sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu
18. Saya menghadkan diri untuk hanya meminum kurang daripada 3 cawan kopi sehari (atau
tea atau minuman cola)
Jumlahkan semua nombor-nombor yang telah anda tandakan. Bandingkan jumlah skor anda dengan profil stress
di bawah. Jika skor anda dalam lingkungan “High Suspectibility” atau “Serious Suspectability”, anda harus
mengambil inisiatif untuk membincangkan stress yang anda alami dengan kaunselor atau terapis professional. Ini
mungkin menunjukkan bahawa anda mudah mengalami stress. Jika skor anda dalam lingkungan “Moderate
Suspectability” anda harus banyak melakukan relaksasi diri. Skor dalam lingkungan “Mild Suspectibility”
menunjukkan bahawa anda tidak diancam oleh stress.
Rujukan
Noriah Ishak, Zuria Mahmud, (2003) Asas-Asas Membina Hubungan. Tidak diterbitkan. UKM Bangi.
Mohd Dawi Ithnin, (2002) Pengumpulan Ice Breaker. Diploma Pengurusan Kaunseling Pendidikan. Tidak
diterbitkan. Institut Aminudin Baki.
Aktiviti 2: ”Dedaunan Berguguran”
Matlamat
Mengurangkan stress dan mencari jalan penyelesaian terhadap stress yang dialami.
Objektif
2. Peserta dapat meluahkan serta berkongsi dengan ahli kumpulan berkaitan tekanan atau stress
yang dialami dalam kehidupan mereka.
3. Peserta dapat berkongsi pandangan dan idea berkenaan cara-cara mengatasi stress.
Metodologi
Dijalankan dalam sesi LDK. Sesuai dijalankan di luar dewan atau kelas.
Peralatan
3 helai daun bersaiz lebar / kertas A4 dibahagi kepada 3 bahagian, Pen atau pensel.
Kumpulan Sasaran
Sesuai untuk aktiviti individu dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil
Tempoh Aktiviti
15 – 20 minit
Langkah-langkah
1. Fasilitator memberi masa kepada peserta untuk mendapatkan 3 helai daun di kawasan yang
berhampiran.
2. Setelah peserta mendapat 3 helai daun seperti yang diarahkan minta peserta duduk berkumpul
dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing.
3. Fasilitator perlulah meningatkan kepada peserta bahawa kita semua menerima tekanan
sebagai sebahagian dari hidup. Kita terpaksa menerima dan melaluinya, walau bagaimanapun
bila tekanan memberi kesan negatif terhadap kesihatan, pelajaran,tenaga, keupayaan,
pekerjan, keluarga dan kehidupan sosial maka inilah masa untuk kita membuat pemeriksaan
dan lakukan apa yang terdaya untuk mengurangkannya.
4. Minta peserta mengenalpasti 3 tekanan utama dalam hidup mereka yang mana tekanan itu
memberi kesan negatif kepada diri mereka. Pastikan mereka menulis setiap tekanan pada satu
helai daun tersebut. (Contoh: Satu helaian mewakili keluarga, pelajaran, diri sendiri dan lain-
lain)
5. Tidak kira musim apapun tahun itu, terangkan bahawa kita selalu mempunyai peluang untuk
menukar daun yang baru dan melakukan perubahan terhadap hidup kita yang boleh
mengurangkan tekanan terhadap kita, Contohnya musim luruh memberi peluang kita belajar
sesuatu yang baru, musim sejuk menyediakan permulaan tahun baru, musim bunga memberi
hidup baru dan musim panas adalah masa untuk bertindak dan melakukan sesuatu
pembaharuan.
6. Tanya peserta adakah mereka mampu menukar daun-daun yang sediaada kepada daun yang
baru?. Nyatakan kepada peserta mereka mampu untuk menukar daun yang lama kepada yang
baru dengan menterbalikkan daun-daun yang telah ditulis dengan stress/tekanan yang dialami
kemudian minta peserta menuliskan 3 cara untuk mengatasi setiap tekanan yang dialami.
7. Setelah setiap peserta selesai menulis cara-cara untuk mengatasi stress tersebut mereka diberi
peluang untuk berkongsi dengan ahli kumpulan berkaitan stress yang dialami serta cara
penyelesaian.
9. Apabila selesai, terangkan yang mereka sekarang mempunyai peluang untuk mengurangkan
tekanan /stress dan arahkan mereka memerhatikan daun itu setiap hari mulakan dengan
melihat helaian tekanan yang dialami dan alihkan pula pandangan kepada helaian yang
menerangkan cara-cara untuk mengatasi dan mengurangkan stress.
Rumusan
1. Setiap individu mampu menangani stress yang dialami dalam kehidupan sekiranya mereka
berusaha mengenalpasti stress yang dialami dan mencari jalan untuk mengurangkan stress
tersebut.
2. Perkongsian masalah dan tekanan yang dialami dengan orang lain dapat membuka jalan dan
idea baru dalam menangani stress/tekanan.
3. Stress dan tekanan perlulah dihadapi dan diatasi bukan untuk dijauhi dan dihidari. Pengalaman
dalam menghadapi tekanan/ stress akan menjadikan individu semakin matang dan terbuka
dalam melalui cabaran kehidupan.
AKTIVITI 3: “Ayuh Keluarkan “
Matlamat
Mengurangkan stress dan meluahkan stress yang dialami.
Peralatan : Belon
Masa : 30 minit
Langkah:
1. Fasilitator meminta peserta untuk memikirkan apakan tekanan yang mereka alami.
3. Setelah mendapat belon fasilitator mengarahkan setiap peserta meniup belon serta mengandaikan mereka
mengeluarkan masalah atau tekanan yang ada di dalam diri mereka ke dalam belon tersebut. Tiuplah belon itu
mengikut keselesaan mereka.
4. Setelah mereka selesai meniup belon, mereka perlulah memengan belon itu tanpa mengikatnya. Tanyakan
apakah yang mereka rasa setelah masalah/tekanan itu telah dimasukkan ke dalam belon berkenaan?
5. Setelah semua memberi pandangan fasilitator meminta peserta untuk mengeluarkan masalah/tekanan
berkenaan ke tempat yang mereka rasa selesa.
6. Bagi peserta yang masih belum merasa lega mereka perlu meniup belon berulang kali serta mengeluarkan
tekanan dan masalah ke tempat yang mereka rasa selesa sehinggalah tekanan dan masalah mereka alami
berkurangan.
7. Setelah selesai serta kembali ke tempat berkumpul fasilitator memulakan sesi perbincangan.
1. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan tekanan samaada melalui aktiviti riadah bersukan, melalui
amalan spiritual/ibadah, melalui pemakanan elakkan mengambil kafein, makanan perlu seimbang,
2. Tekanan dan masalah perlu diluahkan pada sesorang yang boleh dipercayai seperti rakan dan kaunselor
4. Tidak ada masalah yang tidak dapat diatasi sekiranya kita tidak berputus asa dalam mencari jalan
penyelesaian
5. Masalah dan tekanan sebenarnya adalah ujian dalam kehidupan serta ia boleh menjadi pendorong untuk
seseorang dalam mencari jalan penyelesaian.
Masa:
40 -60 minit
8-12 orang
Bahan
Cara Perlaksanaan
1. Fasilitator meminta setiap ahli kumpulan menceritakan perasaan masing pada ketika ini dan perasaan
mereka dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
2. Setelah itu fasi berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi saat peperiksaan.
3. Fasi juga boleh bertanya kepada ahli kumpulan mengenai persediaan yang sedang dilakukan oleh ahli
kumpulan dalam menghadapi peperiksaan. Apa yang perlu diperbaiki, subjek yang lemah, jumlah jam
ulangkaji, aktiviti yang menghalang/ mengganggu waktu belajar. Kongsikan tips menghadapi
peperiksaan, cara mengatasi gangguan2, belajar untuk fokus dan lain.
4. Fasi juga boleh meminta ahli kumpulan berkongsi cara dan kaeadah belajar yang diamalkan.
5. Sebelum mengakhiri sesi ini minta ahli memberi pandangan mengenai input yang diperolehi melalui
aktiviti yang dijalankan ini.
Falsafah:
1. Mendapat banyak petua dari orang lain bagaimana cara mereka menghadapi peperiksaan
2. Perkongsian ilmu dan pengalaman dari fasilitator dan ahli kumpulan.
3. Dapat membaiki cara dan teknik belajar masing-masing.
4. Tidak merasa diri bersendirian menghadapi masalah yang sama.
5. Setiap peserta dapat meluahkan emosi yang mereka alami seperti (bimbang, takut, tertekan dan
berdebar-debar) dalam menghadapi peperiksaan.
6. Peluahan emosi yang sihat dapat memberi sedikit kelegaan dan ketenagan kepada ahli kumpulan.
7. Membentuk cara berfikir dan bertindak yang baru serta lebih baik dari sebelumnya.
8. Merasa lebih baik dengan adanya sokongan ahli kumpulan dan fasilitator.
“ PERIKSA OH PERIKSA”
Perasaanku Persediaanku
Masa : 40 minit
Bilangan : 8-12 orang
Objektif
1. Membentuk kerja berpasukan di kalangan ahli
kumpulan.
2. Aktiviti ini boleh menggalakan ahli kumpulan berbincang dan menyediakan tugasan yang diberi
dalam masa yang telah ditetapkan
3. Mengalakkan peserta lebih proaktif dalam menyelesaikan tugasan
4. Dapat melihat kreativiti ahli kumpulan dalam menghasilkan tugasan.
Metodologi
Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk LDK
Peralatan
Kertas Majong dan Marker Pen dan Crayon
Kumpulan Sasaran
12-15 orang
Tempoh
30 minit (15 minit awal – Penyediaan Tugasan) dan 15 minit yang terakhir adalah Persembahan
kumpulan
Langkah-langkah
1. Setiap peserta perlu membincangkan strategik yang perlu untuk cemerlang dalam pelajaran dan
kehidupan.(Resepi Kejayaan)
2. Setiap kumpulan perlu sama-sama memberi idea dan pandangan.
3. Lakarkan dalam kertas Majong strategik yang telah dibincangkan dengan cara dan pendekatan
masing yang kreatif dan menarik.
4. Setelah selesai berkumpul di dewan dan bersedia untuk sesi pembentangan.
5. Sesi pembentangan akan dinilai berdasarkan kepada gaya penyampaian, idea dan kreativiti, isi
kandungan penyampaian.
6. Fasilitator akan memberi komen dan membuat rumusan terhadap keseluruhan sesi pembentangan.
Rumusan
3. Perkongisan tip dan cara untuk berjaya dapat menambahkan lagi usaha dan motivasi diri untuk terus
berjaya.
4. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuat. Setiap apa yang diperolehi dalam sesi perbincangan
ini perlulah diamalkan. Sekiranya ia tidak diamalkan ilmu tersebut menjadi sia-sia dan akan hilang
begitu saja.
5. Kongsikan kebaikan apa jua yang diperolehi dengan orang lain dengan perkongsian dapat
meningkatkan lagi ilmu dan martabat seseorang.