Anda di halaman 1dari 13

PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

BAHAGIAN A

[20 Markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. Raja Ahmad berasa badannya melekit setelah pulang daripada berburu. Justeru, baginda perlu
__________ .

A beradu
B bersiram
C bersantap
D bersemayam

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Puan Rinah sedang __________ anak kecilnya di ruang tamu.

A menimang
B melambung
C menjunjung
D mendukung

3. Elky kelihatan __________ apabila memakai baju Melayu semasa ke masjid.

A jelita
B indah
C segak
D anggun

4. Daniel bukan __________ orang untuk ditandingi dalam acara lompat tinggi.

A handal-handal
B calang-calang
C hebat-hebat
D baik-baik

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


1
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Peserta itu mendayung kayak mereka dengan __________ untuk tiba di garisan penamat.

A ligat
B deras
C pantas
D kencang

6. Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui
aktiviti Rukun Tetangga.
Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan.

A membaiki
B memelihara
C melaksanakan
D mengutamakan

7. Dia meneruskan perjalanan dengan bas dari utara ke selatan tanah air.
Perkataan berlawan bagi meneruskan ialah …

A melewatkan
B melengahkan
C memendekkan
D menangguhkan

8. Mahaguru silat itu telah memberikan __________ tentang cara-cara mempertahan diri daripada serangan
musuh.

A gerak geri
B gerak kaki
C tunjuk ajar
D tunjuk langkah

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


2
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

9. Ridhwan Hanif akan mewakili sekolahnya dalam acara Ragbi. __________, dia terpaksa berlatih dengan
bersungguh-sungguh sebagai persediaan awal.

A Namun begitu
B Tambahan pula
C Walaupun begitu
D Dengan demikian

10. Ibu meminta saya mengambilkan __________ jam tangan dan __________ kalung mutiara di dalam laci
di biliknya.

A seutas … seuntai
B sebuah … seutas
C sebutir … seurat
D sebiji … sebutir

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Adik memetik __________ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang.

A seikat
B sejambak
C setangkai
D sekuntum

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


3
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Puan Azizah sedang __________ ubi kayu di dapur untuk membuat kuih lepat ubi.

A mengisar
B mengikis
C menyagat
D mengukur

Soalan 13
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

13. Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.

A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.


B Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.
C Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.
D Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.

Soalan 14
Pilih penggunaan kata banyak makna yang tepat.

I Kotak yang keras itu tidak terangkat oleh Hadi.


II Pak Akob bekerja keras demi masa depan keluarganya.
III Kaki lima yang keras itu disapu oleh tukang cuci bangunan.
IV Tindakan yang keras akan diambil terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


4
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

Soalan 15 hingga 16
Pilih ayat yang betul.

15. A Mohan menerangkan kepada kami cara-cara membuat kek coklat.


B Sesetengah bungkus nasi goreng itu dimakan oleh Umairah..
C Tempuh untuk kami menyiapkan lukisan itu adalah seminggu.
D Goreng kentang yang dibeli oleh adik di gerai Mak Piah sangat rangup.

16. I Lukisan itu dilukis oleh saya.


II Air yang jernih itu kami ambil dari anak sungai di atas bukit itu.
III Sahabat pena saya telah menghantar gambarnya pada saya melalui e-mel
IV Saya berasa kagum akan pemandangan yang indah nian dari atas puncak bukit itu.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Mohd Syukri Aiman bin Hakimi,


8, Jalan Pelangi Semenyih,
Taman Pelangi Semenyih,
52300 Semenyih,
Selangor.

10 April 2017.

Menemui sahabatku, Asmira yang kini berada di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Doa dan harapan
semoga saudari sekeluarga sihat selalu. Walaupun saudari jauh di mata, namun dekat di hati.

Saudari,
Apa khabar saudari sekarang? Saya doakan semoga saudari sihat, ceria dan berjaya selalu. Begitu juga
dengan diri saya di sini. Bagaimanakah dengan cuti sekolah saudari yang lalu. Saya ingin berkongsi pengalaman
menarik semasa cuti sekolah yang lalu.

Pada hari Sabtu, 12 Mac yang lepas, saya sekeluarga berkunjung ke rumah nenek di Kampung
Changgang, Johol, Negeri Sembilan. Kami pulang ke kampung selama tiga hari dua malam. Waktu itu, musim
buah-buahan baru bermula. Saya dan adik membantu nenek mengumpul dan menjual buah durian. Nenek
memberi kami upah dan saya berasa sungguh seronok.

Saya dan keluarga juga berkesempatan ke majlis perkahwinan seorang jiran. Majlis perkahwinan itu
cukup meriah. Kami turut bergotong-royong mendirikan khemah dan memasak.

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


5
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

Cuti sekolah pada kali ini sungguh bermakna bagi saya. Masa dirasakan berlalu begitu cepat. Saya ingin
bercuti di kampung nenek lagi pada masa akan datang.

Setakat ini sahaja surat daripada saya. Semoga saudari sudi membalas surat saya. Semoga berjumpa
lagi pada waktu yang lain.

Sekian, terima kasih.


Sahabatmu,

SyukriAiman

17. Siapakah penulis surat tersebut?

A Amira
B Nenek
C Sahabatmu
D Syukri Aiman

18. Di manakah penulis ini tinggal?

A 18, Jalan Pelangi Semenyih


B Taman Pelangi Semenyih
C Felda Bukit Aping Barat
D Kampung Changgang

19. Bilakah penulis bermalam di rumah neneknya?

A pada cuti sekolah yang akan datang


B sewaktu pulang ke kampong
C ketika majlis perkahwinan seorang jiran
D ketika musim buah-buahan baru bermula

20. Pada pendapat anda, mengapakah penulis mengambil masa begitu lama untuk menceritakan
pengalamannya?

A Dia sibuk membantu neneknya mengutip dan mengumpul durian kepada rakan.
B Jarak rumahnya dengan rumah penulis terlalu jauh.
C Dia sibuk mengulang kaji pelajarannya kerana akan menghadapi peperiksaan.
D Dia sibuk membantu memasang khemah dan memasak di rumah jirannya.

-SOALAN BAHAGIAN A TAMAT-

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


6
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

BAHAGIAN B

[30 Markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

setiap berbagai seluruh sesetengah

setengah pelbagai Segala sekalian

Kini gejala ponteng sekolah semakin menjadi-jadi. Seandainya masalah tidak diatasi dengan segera akan

menimbulkan____________________ kesan yang lebih buruk. Salah satu daripada sebab berlakunya gejala ini

ialah kurangnya kawalan daripada ibu bapa. Terdapat _______________________ ibu bapa terlalu memanjakan

anak sehingga melebihi had. _______________________ kemewahan diberikan kepad a anak-anak tanpa

memikirkan kesan buruk. Akibatnya anak-anak ini akan malas belajar dan gemar ponteng sekolah. Mereka

beranggapan bahawa ibu bapa sudah menyediakan _____________________________ keperluan yang diingini.

[ 4 Markah ]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat Tanya:
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Jawapan : Zuhair akan berangkat esok atau lusa dengan menaiki kapal terbang.
[ 2 markah ]

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


7
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah

Apakah persediaan yang


kamu lakukan sebelum
menghadapi peperiksaan?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_________________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


8
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas yang penting dalam
kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.

Bagi menjaga kebersihan diri, kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan
menggunakan air yang bersih dan bersabun.

Rambut perlu disyampu.Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong.Selepas makan tangan perlu
dicuci. Tangan juga perlu dibersihkan selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja, contohnya
selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu
ditukar setiap hari.

Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat hidup ceria dan
gembira sepanjang hari.

a. Apakah asas yang penting dalam kehidupan setiap orang?


_______________________________________________________________________________________
[ 1 markah ]
b.Nyatakan cara menjaga kebersihan diri? Mengapa?
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai
contoh.

Jika kita menjaga kebersihan diri


kita tidak mudah dijangkiti penyakit.

betul
Gigi perlu digosok dua kali sehari.

Orang yang sihat akan hidup ceria


dan sedih.
salah

Orang yang bersih disayangi oleh


orang lain.

[2 markah]
BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6
9
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Saya menyertai pertandingan bakat muzik di peringkat negeri Johor. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan
Kesenian Negeri Johor itu diadakan di Jabatan Belia dan Sukan. Seramai 100 orang peserta terpilih untuk bertanding
ke peringkat kebangsaan. Saya berasa bangga dan bertuah kerana terpilih ke peringkat yang seterusnya.

Saya telah memainkan lagu “Cindai” dengan tiupan rekoder. Saya telah dibimbing oleh Cikgu Sameon, guru muzik
di sekolah saya. Beliau seorang yang mahir dalam dunia rekoder. Selain itu, ibu bapa dan rakan baik saya turut
memberikan sokongan kepada saya. Mereka banyak membantu saya dalam sesi latihan di rumah.

Ketika saya berada di atas pentas, saya berasa sedikit gementar. Saya melihat keluarga dan cikgu saya
tersenyum bangga. Saya mula memainkan lagu “Cindai” . Kelihatan semuanya terpukau mendengar irama itu. Sebaik-
baik sahaja persembahan saya selesai, penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Terharu dan bangga dapat saya
rasai ketika itu.

Sementara menunggu keputusan pertandingan diumumkan, Cikgu Sameon telah diminta oleh pihak Jabatan
Kesenian Johor untuk memainkan lagu keroncong dengan petikan gitar. Beliau mendapat tepukan yang gemuruh
daripada penonton.

Saya telah diumumkan sebagai juara sekali gus merangkul persembahan terbaik. Trofi yang saya peroleh itu saya
julang. Saya juga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2000. Sungguh tidak saya sangka, bakat saya dalam
bidang muzik terserlah. Saya bersyukur atas anugerah ini.

a.Perkataan anugerah dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


_________________________________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b. Siapakah jurulatih penulis ketika sesi latihan rekoder di sekolah?


_________________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


10
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

c. Bagaimanakah reaksi para penonton setelah melihat persembahan penulis ?


_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
d. Adakah penulis berasa bangga menyertai pertandingan itu ? Mengapa ?
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daun pandan daun palas,


Habis dicantas si anak Cina;
Hulurkan bantuan dengan ikhlas,
Pasti hidup lebih bermakna.

Anak muda menangkap ikan,


Parit kecil di tepi sawah;
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.

Kawasan lapang tanah pun rata,


Tempat bermain sekawan rusa;
Fikirlah dahulu sebelum berkata,
Kerana mulut badan binasa.

Burung pipit berasa iri,


Melihat merbah membuat sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

Hujan lebat kilat menyambar,


Hingga nampak pasar dan pekan
Sebarang pekerjaan tekun dan sabar,
Apa-apa dihajati Tuhan kurniakan.

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


11
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

b. Apakah yang perlu kita lakukan sebelum berkata?

__________________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun
tersebut.

Menghulurkan bantuan supaya mendapat pujian.

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan sabar.

[ 1 markah ]

Kalau sombong meninggi diri,


Ke mana pergi dibenci orang.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

-Kertas soalan tamat-

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH

NOR MAHANI MOHD ASRAN AJIJAH ESRAN


Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


12
PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2017 TAHUN 6

BAHASA MELAYU 01- PEMAHAMAN TAHUN 6


13

Anda mungkin juga menyukai