Sebelum kita melihat manuskrip Melayu itu sebagai satu korpus data kajian bahasa dan
budaya Melayu adalah lebih baik kita mengenal apakah dia manuskrip Melayu itu. Ada tiga
definisi yang dipetik untuk menerangkankan makna manuskrip Melayu itu ialah pertama yang
diambil dari pertemuan perbincangan manuskrip Melayu pada tahun 1983 yang mendefinisikan
manuskrip Melayu sebagai apa-apa tulisan jawi atau rumi berbahasa melayu yang ditulis
dengan tangan di atas bahan-bahan seperti kertas,kulit, buluh, gading, kayu atau kain.
Manakala dalam definisi kedua dari Kamus Dewan yang memberi makna sebagai “naskhah
tulisan tangan”. Makna ini masih lagi terlalu umum untuk menerangkan manuskrip Melayu itu.
Dan yang ketiga dipetik dari pendapat Ding Choo Ming dalam jurnalnya Pemikiran Melayu
dalam manuskrip Melayu mengertikan manuskrip Melayu adalah sumber maklumat yang
mengandungi pemikiran, ilmu dan akal budi pemikiran Melayu yang terawal.
lingkungan abad ke 15 dan berakhir pada abad ke Sembilan belas. Manuskrip Melayu
merupakan penyimpanan atau peninggalan budaya melayu pada masa lampau dimana dapat
dilihat melalui kandungan dan bahasa. Sehubungan dengan itu manuskrip boleh dikaji dari
banyak segi: bahasa, budaya, falsafah, ugama, perubatan, sains dan teknologi, selain sejarah
Manuskrip Melayu ialah satu korpus. Korpus bermaksud himpunan data-data mentah
yang bakal digunakan untuk kajian. Contohnya adalah seperti himpunan manuskrip dan teks
1
bertulis yang lain. Sekarang memasuki topik mengenai manuskrip Melayu sebagai satu korpus
Bahasa dan budaya Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam kandungan
manuskrip Melayu Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu sama yang lain. Saling kita
mengkaji bahasa dalam sesuatu manuskrip Melayu itu, secara tidak langsung akan melihatkan
budaya sesuatu masyarakat itu dalam bentuk fizikal yang bertulis. Dalam hal ini akan
dibincangkan satu persatu mengenai manuskrip Melayu sebagai satu korpus kajian bahasa dan
sebagai kajian bahasa, bahasa yang terdapat dalam manuskrip melayu sangat berbeza
dengan bahasa petuturan kita sehari-hari. Majoriti manuskrip Melayu menggunakan tulisan
jawi dan ada juga manuskrip yang didapati menggunakan bahasa Sanskrit, Arab( hamzah
Fansuri : sharab al-asyikin atau syiekh Naruddin al raniri : shiratul al mustaqim) dan bahasa
nusantara. Semasa kedatangan islam, manuskrip Melayu telah terpengaruh dengan tulisan jawi.
Manuskrip sememangnya boleh digunakan untuk mengkaji pengaruh bahasa pada masa lalu. Ini
kerana manuskrip itu, munculnya dengan bentuk fizikal yang bertulis jadi unsur-unsur bahasa
menjadi penyampai informasinya. Sebelum mengkaji manuskrip dengan lebih terperinci, kajian
dari aksara jawi ke aksara rumi. Sebagai contoh di negara Brunei sendiri seperti manuskrip
Silsilah raja-raja Berunai dan Hukum Kanun. Selain itu Kajian bahasa dilakukan kearah
manuskrip tersebut adalah untuk memudahkan para pengkaji teks naskhah untuk memahami
cerita atau informasi yang terdapat dalam sesuatu manuskrip. Melalui kajian bahasa dapat
2
membantu untuk menentukan ketuaan manuskrip tersebut dan perbandingan diantara
manuskrip-manuskrip yang banyak versinya. Sebagai contoh manuskrip Melayu iaitu Syair
Rajang, mengikut buku Syair Rajang: penyelengaraan dan analisis teks terdapatnya ada 13
salinan syair Rajang yang bahasanya tidak kesemuanya sama. Setleah dikaji bahasa yang
digunakan dalam kesemua Syair Rajang didapati ada perbezaan penulisan. Pada versi awal
Syair Rajang huruf jawi Pa mempunyai satu titik, tetapi pada versi baru Syair Rajang huruf Pa
mempunyai tiga titik.1 Ini sudah menunjukkan ada perbezaan kehidupan penulisnya pada ketika
itu di zaman yang berbeza. Hasil ini dapat diketahui dengan kajian bahasa yang digunakan
dalam penulisannya.
Manuskrip asli selalunya akan disalin oleh seorang penulis pada suatu ketika dahulu.
Jadi dalam tempo persalinan itu akan berlakunya pengaruh bahasa yang dipelajarinya. Jika
seorang itu celik literasi mungkin menyebabkan manuskrip itu tercemar. Jadi disinilah
tadi.
Kajian bahasa ini tidak lari dari bidang linguistik. Ada tiga cabang dalam bidang linguistik
dapat membantu filologi. Pertama ialah etimologi iaitu mengkaji asal usul atau sejarah kata.
ilmu ini melihat perubahan bentuk dan makna kata. Manakala kedua ialah Sosiolinguistik, iaitu
melihat hubungan diantara bahasa dengan perlakuan masyarakatnya. Kajian ini membantu
mengungkap keadaan sosiobudaya yang terkandung dalam manuskrip. Dan seterusnya ialah
stilistik, iaitu mengkaji bahasa sastera seperti gaya bahasanya untuk mengetahui keaslian dan
1
Ampuan Dr.Haji Brahim Ampuan Haji Tengah, 2005, Syair Rajang: Penyelenggaraan Dan Analisis Tek, Hlm. 153.
3
usia teks tersebut. Seperti yang diungkapkan tadi, berlakunya persalinan manuskrip
Melalui bahasa yang digunakan dalam manuskrip itu tidak lari dari memperlihatkan
budaya sesuatu masyarakatnya. Sekarang kita lihat kepada manukskrip Melayu sebagai satu
kehidupan bangsa pada masa lampau. Manuskrip Melayu ini juga boleh dijadikan sumber
bertulis yang menceritakan manusia Melayu, kebudayaan Melayu dan sosiobudaya masyarakat
Melayu pada masa silam. Malah bahasa yang digunakan didalam manuskrip juga
Ambil contoh konsep taat setia kepada raja dapat ditonjolkan sebagai budaya melayu
pada suatu ketika dahulu. Beberapa manuskrip Melayu seperti sejarah melayu yang
mengisahkan tentang kedudukan raja pada zaman orang melayu. Dalam sejarah melayu dapat
dilihat budaya melayu yang tidak boleh derhaka kepada raja. Ia juga melihatkan betapa eratnya
hubunngan diantara raja dengan rakyatnya. Dalam Hikayat Hang Tuah juga memperlihatkan
konsep ketaatan setiaan kepada raja. Melalui watak Hang Tuah sendiri iaitu seorang pahlawan
Melayu yang taat setia kepada rajanya tanpa berbelah bahagi. Ketaatan Hang Tuah dapat
dilihat pada tindakannya dalam membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Jebat kerana
darhaka kepada raja. Dalam Hikayat Hang Tuah itu telah memperlihatkan kepentingan ketaatan
4
Dalam Syair Rakis juga ada menceritakan mengenai falsafah orang-orang Melayu, iaitu
taat setia kepada raja.2 Pengiran Syahbandar sanggup bertaruh nyawa menentang musuh
kerana menurut perintah sultan. Kesetiaannya semakin jelas ketika peristiwa peluncutan
jawatan beliau sebagai gabenor Serawak dilakukan oleh Pengiran Muda Hashim. Pengiran
Syahbandar tidak melawan malah dengan rela mengundurkan dirinya dengan penuh kerelaan
kerana ketaatan dan segannya kepada baginda Sultan di Brunei. itulah beberapa contoh
manuskrip Melayu yang ada menyentuh mengenai taat setia kepada raja yang tidak lari dari
budaya melayu.
Contoh lain manuskrip Melayu yang dapat diambil ialah Hukum Kanun Brunei. Hukum
Kanun ini mengandungi pelbagai aspek peraturan, tegahan dan hukuman yang bersangkut paut
tentang undang-undang sivil, kriminal dan peradatan serta sifat seorang individu traditional
yang mementingkan biar mati anak jangan mati adat. Manuskrip Hukum Kanun Brunei ini telah
memperlihatkan budaya melayu yang ada di Brunei dengan adat yang mengikuti undang-
undang Islam dan masyarakat melayu Brunei ditekankan untuk tidak meninggalkan adat.
Melalui hukum-hukum dan syarat-syarat yang diterangkan didalam Hukum Kanun Brunei ini
telah mengambarkan adanya pengaruh Islam dalam masyarakat Brunei. manuskrip Melayu itu
telah melihatkan budaya yang dibawa oleh sesuatu masyarakat , ini ada persamaannya dengan
manuskrip Hukum Kanun Brunei yang menerangkan hukum dan adat yang terdapat di Brunei
2
Matussin Omar, 1980, pengarang Syair Rakis--Pengiran Syahbandar Mohammad Salleh Ibnu Pengiran
Syarmahyuda--cita-cita Sosial dan Politik, Hlm. 147.
5
Sekarang lihat pula kepada Syair Perlembagaan Negeri Brunei Darussalam, Masyarakat
Melayu juga sememangnya kaya dengan budinya. Dalam buku Riak Sastera Darussalam ada
mengungkapkan perihal masyarakat melayu dengan budinya. Contoh dapat dilihat dari Syair
Pelembagaan Negeri Brunei Darussalam iaitu karya almarhum Muda Omar Ali Saifuddien.
Konsep budi itu dapat dilihat pada tiga pengertian3 seperti konsep budi sekarang diertikan
dengan berilmu dan berhemah mulia. Manakala erti budi yang kedua ialah sentiasa berbuat
baik,jauhkan diri daripada nafsu dan hasad dengki. Manakala ketiga ialah sebagai dermawan.
Petikan:
Petikan:
3
Haji Hashim bin Haji Abd.Hamid, 1994, Riak Sastera Darussalam, Hlm. 160.
4
Ibid, Hlm.160
6
Sebagai kesimpulan, Hidup orang-orang terdahulu tidak ada teknologi seperti yang kita ada
masa ini. Dapat dirakam segala perkara yang dilakukan kedalam filim, jadi apa yang perlu untuk
kita mengetahui kisah masa lalu ialah dengan melihat kembali pada masa lampau melalui
manuskrip yang ditinggalkan. Manuskrip Melayu itu sendiri begitu banyak nilai didalamnya. Jadi
kajian bahasa dan budaya adalah salah satu yang boleh dilakukan keatas manuskrip untuk