Anda di halaman 1dari 4

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

PESERTA: NURFARISHA (6 ADNIN)


TAJUK : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya
ada ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita
saya ialah maafkan cikgu.

Eh kenapa cikgu pula yang minta maaf ya? Ha….. kalau kawan-kawan semua
nak tahu….. Marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya Amran, ayahnya


telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan
mereka, ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih.
Namun, Amran tidak pernah mengeluh.Malah dia turut membantu ibunya
dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah.

Baiknya Amran tu ya kawan-kawan.Seperti biasa pada pagi itu, Amran


mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amran bimbang
akan bertembung dengan Cikgu Hassan guru disiplinnya di sekolah. Ah ,
…..mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan pelajar-pelajar
kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya.

Ingatlah ya…..
kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.
Ketika sampai di sekolah jam tangan Amran menunjukkan jam 8.30 pagi.
Dengan langkah yang tergesa-gesa,Amran pun menuju ke kelasnya ,
tiba-tiba “Amran” nama Amran dipanggil.

Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup jantung Amran


bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hassan yang sangat serius. Dengan
suara yang lantang, Amran dimarahi kerana datang lewat.Amran hanya
membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak.
Walaupun Amran pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hassan enggan
mendengarnya , malah dia dituduh menegakkan benang yang basah.

Kawan-kawan sekalian,
Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amran dibawa ke bilik guru disiplin.
Diatelah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya.
Amran pun menerima dengan sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi
bahu yang memikul. Amran kecewa kerana dituduh sebagai pelajar yang
malas. Padahal dia bukanlah seperti apa yang disangkakan.

Rakan-rakan Amran juga sering mengejeknya kerana selalu didenda atas


kelewatannya sampai ke sekolah.
Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amran pun terus pulang ke
rumah.Selepas selesai solat, Amran pun terus ke dapur kerana perutnya
terasa terlalu lapar.

Apabila hendak ingin menjamah makanan, dia teringat kembali peristiwa yang
berlaku di sekolah tadi. Seleranya hilang. Amran membuat keputusan untuk ke
kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Amran ingin menceritakan
tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi.
Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk
menceritakan malah dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya
ibu lah segala-galanya.
Ingatlah kawan-kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu,Amran nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja


lantas menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hassan.Amran
melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amran
,dia masih mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu
Amran ialah dia ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,


Sebagai pelajar tahun 6, Amran dapat berfikir dengan baik.Dia telah membuat
keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang awal
ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.Justeru,keesokan harinya pagi-
pagi lagi Amran telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil
surat khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja.

Selepas itu, Amran mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa.


Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru
disiplinnya. Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan
Amran terus melintas.Malangnya ,sebuah kereta telah melanggarnya.Amran
tercampak ke seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Amran itu
terus membawanya ke klinik yang berdekatan.

Mujurlah Amran tidak apa-apa.Dia cuma mengalami luka-luka kecil sahaja.


Itulah kawan-kawan kita mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya.
Tidak lama kemudian,Amran pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hassan
berada disisinya.Dengan wajah yang ikhlas dan mesra,Cikgu Hassan meminta
maaf atas kecuaiannya Amran tercedera.Maafkan cikgu,Amran.Dengan senang
hatinya,Amran pun memberitahu dia lah yang bersalah kerana tidak berhati-
hati. Begitulah kawan-kawan niat dihati untuk membantu keluarga adalah satu
sifat yang mulia.Namun,kita mestilah memikirkan keselamatan diri.
Sekiranya kawan-kawan telah melakukan kesalahan janganlah malu untuk
meminta maaf kerana orang yang mengakui kesalahannya akan
dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.


KERTAS KERJA

PELANCARAN PROGRAM
PELANCARAN NILAM PSS
SK GOMBAK UTARA
2018

TEMPAT : SK GOMBAK
UTARA
TARIKH : 5 MAC 2018
ANJURAN : UNIT KURIKULUM,
AJK PSS
SK GOMBAK UTARA

Anda mungkin juga menyukai