Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK IMBaKUP

I = Isi (apa) - (1 ayat)

M = Mengapa - (3 - 4 ayat)

Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat)

K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat)

P = Penegas (1 ayat)

CONTOH TEKNIK IMBaKUP

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi:

- memberikan didikan agama

Mengapa:

1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir
negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi

2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan

3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir

Bagaimana:

1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya

2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu
mencegah kemungkaran

Kesan:

1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial

2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia

Ungkapan Menarik:

Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”

Penegas:

Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap

Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu
bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan
demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk
menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan
adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir
kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada
terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng
sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi
terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan
didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini,
mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa
bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama
yang mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan
agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala
sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk
modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat
ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama
akan lumpuh.” Izharlah bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana
yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing