Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami :
Kepada , Tarikh : 1 Mac 2019

Y.B DATO SAIFUDDIN ABDULLAH


Ahli Parlimen Indera Mahkota
Merangkap Menteri Luar Negeri

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Indera Mahkota,


B 152, Tingkat 1,
Lorong IM 8/33,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan.

Melalui,

TN HJ ZULKIFLI BIN MOHAMED


Penyelaras Dun Beserah (PH)
Parlimen Indera Mahkota.

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan,

Per : MEMOHON SUMBANGAN MENAIK TARAF DAN BAIK PULIH INSFRASTRUKTUR


PRASEKOLAH SK AIR PUTIH, JALAN JABOR, 25350 KUANTAN, PAHANG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Prasekolah SK Air Putih sebagai Pengerusi Jawatankuasan Permuafakatan
Prasekolah SK Air Putih ingin memohon sumbangan bagi menaik taraf dan baik pulih insfrastruktur
Prasekolah SK Air Putih, Kuantan.

3. Untuk makluman, kemudahan yang sedia ada di Prasekolah SK Air Putih ini sudah terlalu
lama dan telah rosak serta tiada peruntukan oleh Pihak Kementerian Pelajaran untk kos pembaikan dan
baikpulih. Selain itu kekurangan sumber dana untuk pembaikan kerosakan melibatkan kos yang tinggi.

4. Tujuan permohonan sumbangan untuk menaik taraf dan baik pulih insfrastruktur di Prasekolah
ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan semua murid dan murid yang bakal bersekolah di
Prasekolah SKAP. Selain itu, sekiranya permohonan ini diluluskan ia akan dapat memberi satu aktiviti
yang sihat kepada murid prasekolah pada waktu pembelajaran dan pengajaran serta dapat memberi
perlindungan dan jaminan keselamatan kepada murid prasekolah semasa melakukan aktiviti luar.
5. Sumbangan yang ingin dipohon meliputi :

i) Menggantikan alat permainan yang rosak dan tidak sesuai di Taman Permainan.
ii) Menggantikan tikar getah yang sudah usang di dalam kelas Prasekolah.
iii) Menggantikan grill kelas prasekolah yang rosak
iv) Memasang awning di ruang makan murid.
v) Membaik pulih tandas dan menggantikan pintu tandas yang rosak
vi) Sumbangan cat untuk keceriaan Prasekolah

6. Sehubungan itu, saya amatlah berharap agar pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/
Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung kos untuk menjayakan hasrat serta
perancangan tersebut.

7. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, bolehlah berhubung dengan Guru Besar Sk Air
Putih, Encik Rusli bin Ishak (017-930 1378) atau Guru Prasekolah, Nurul Izzah binti Khalil
(013-997 0352).

8. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

...........................................................
MOHD ZUL BIN ABDULLAH
Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah,
SK Air Putih, Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai