Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA MOHON SUMBANGAN MENAIK TARAF DAN BAIK PULIH

INSFRASTRUKTUR PRASEKOLAH SK AIR PUTIH, JALAN JABOR, 25350 KUANTAN, PAHANG.

1.0 PENDAHULUAN

PRASEKOLAH SK AIR PUTIH (SKAP) bercadang untuk menaik taraf insfrastruktur yang
terdapat di dalam dan luar kelas prasekolah bagi menyediakan suasana pembelajaran yang
lebih selesa, selamat dan kondusif untuk murid-murid. Selain itu, permohonan ini adalah
bagi memastikan perkembangan mental dan fizikal yang seimbang melalui proses
pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah semasa aktiviti luar di Taman Permainan
Prasekolah SKAP.

Ia juga adalah selaras dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


yang memerlukan peruntukan masa selama 120 minit seminggu untuk aktiviti luar meliputi
aktiviti fizikal dan main bebas serta 1080 minit seminggu untuk melakukan aktiviti
pembelajaran di dalam kelas.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Perancangan naik taraf dan baik pulih Prasekolah SKAP adalah meliputi:
2.1.1 Sumbangan untuk mendapatkan pembekal bagi menggantikan alat
permainan yang rosak dan tidak sesuai di Taman Permainan.
2.1.2 Menggantikan tikar getah yang sudah usang di dalam kelas
Prasekolah.
2.1.3 Menggantikan grill kelas prasekolah yang rosak.
2.1.4 Memasang awning di ruang makan murid.
2.1.5 Membaik pulih tandas dan menggantikan pintu tandas yang rosak.
2.1.6 Memohon sumbangan cat untuk keceriaan Prasekolah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid semasa sesi
Pengajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc).
3.2 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti prasekolah yang dirancang dalam
sesi pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.
3.3 Menjaga keselamatan murid prasekolah semasa melakukan aktiviti
pembelajaran.
3.4 Menyediakan suasana pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif.
3.5 Menyediakan tempat makan dan minum murid yang lebih selesa dan
selamat.

4.0 RASIONAL
4.1 Kemudahan yang sedia ada sudah terlalu lama dan telah rosak serta tiada
peruntukan oleh Pihak Kementerian Pelajaran untk kos pembaikan dan
baikpulih.
4.2 Kekurangan sumber dana untuk pembaikan kerosakan yang serta merta yang
memerlukan pembaikan yang segera.
4.3 Menjaga kebajikan semua murid dan murid yang bakal bersekolah di
Prasekolah SKAP.
4.4 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid prasekolah pada waktu
pembelajaran dan pengajaran.
4.5 Dapat memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada murid
prasekolah semasa melakukan aktiviti luar.
4.6 Memberikan imej yang baik kepada sekolah dan Prasekolah setelah usaha
menaik taraf Prasekolah.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh murid dan
murid yang bakal bersekolah di Prasekolah SKAP untuk tahun-tahun
mendatang.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk melaksanakan aktiviti bagi murid
prasekolah seperti main bebas, aktiviti fizikal dan aktiviti berkumpulan.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PERKARA ANGGARAN KUANTITI YANG
KOS DIPERLUKAN
1 MENGGANTIKAN SET ALATAN PERMAINAN YANG
SUDAH USANG DAN ROSAK :
i) Gelongsor RM600 1 RM600
ii) Buaian RM800 1 RM800
iii) Monkey bar RM400 1 RM400
iv) Jongkang-jongket RM400 1 RM400
v) Rubber Tiles RM35 30 pcs RM1050
vi) Pagar RM100 RM100

2 PENYELENGGARAAN TANDAS
i) Tandas Duduk RM200 1 RM200
ii) Pintu RM250 1 RM250
3 KECERIAAN DAN KESELAMATAN KELAS
i) Menggantikan tikar getah RM200 3 RM600
ii) Menggantikan grill kelas RM300 1 RM300
4 BAIKPULIH RUANG MAKAN MURID
i) Memasang awning RM300 2 RM600
ii) Cat RM150 2 RM300
JUMLAH RM5, 600
7.0 RUMUSAN

Kos untuk melaksanakan projek ini dianggarkan agak tinggi dan tidak tertanggung
oleh pihak Prasekolah kerana peruntukan PCG hanyalah terhad untuk bahan pengajaran dan
pembelajaran murid-murid prasekolah. Justeru itu, dengan sukacitanya pihak Prasekolah
SKAP memohon sumbangan dan amatlah berbesar hati sekiranya permohonan ini
diluluskan.

Disediakan oleh,

------------------------------------
NURUL IZZAH BINTI KHALIL
Setiausaha,
Prasekolah SK Air Putih

Disemak oleh,

-------------------------------------------
MOHD ZUL BIN ABDULLAH
Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan,
Prasekolah SK Air Putih.

Disahkan oleh,

--------------------------------------------
RUSLI BIN ISHAK
Guru Besar
SK Air Putih, Jln Jabor,
25350 Kuantan,
Pahang.
PROJEK 1 : MENDAPATKAN PEMBEKAL BAGI BAIK PULIH TAMAN PERMAINAN DAN
MENGGANTIKAN ALAT PERMAINAN YANG ROSAK.

Keadaan
Fizikal Taman

Permainan Pra Yang Sudah Usang dan Tidak Ceria.

Buaian Yang Sudah Berkarat dan Tidak Selamat.


Buaian dan Tali Yang Sudah Berkarat dan Tercabut.

Ketinggian Monkey Bar Menyukarkan Murid Untuk Bermain Dengan Betul


Size Monkey Bar Yang Agak Rendah dan Kurang Sesuai Dengan Umur Murid Prasekolah

Gelongsor Yang Terdapat Di Taman Permainan Prasekolah SKAP Hanyalah Sebuah


Gelongsor Plastik Yang Biasa Diletakkan Di Klinik-klinik Untuk Usia Anak-anak Kecil.
Gelongsor Plastik Yang Sudah
Rosak Dan Size Hanya Sesuai
Untuk Indoor dan Anak-anak
Berusia 3-4 tahun.
Skru Jongkang Jongket Yang Sudah Longgar dan Kurang Ciri-ciri Keselamatan.

Pagar Taman Permainan Yang Sudah Berlubang dan Perlu Digantikan.


Alatan dan Yang Sudah Rosak dan Usang.

Rubber Tiles Yang Sudah Rosak dan Beralih Dari Kedudukan Asal.

Projek 2 : Menggantikan Tikar Getah Yang Sudah Usang Di Dalam Kelas Prasekolah.
Tikar Getah Di Dalam
Kelas Yang Sudah Lama
dan Terkoyak.
Projek 3 : Menggantikan Grill Kelas Prasekolah Yang Rosak.

Grill Kelas Yang Sukar Dibuka


Kerana Roda Yang Sudah Rosak Dan Dipotong Kerana Pernah Dipecah Masuk.
Projek 4 : Memasang Awning Di Ruang Makan Murid.

Buat Masa Ini Ruang Makan


Hanya Ditutup Dengan Kanvas
dan Perlu Diganti Setiap Tahun
Kerana Akan Mereput.
Ruang Makan Yang
Terpaksa Menggunakan
Kanvas Untuk
Melindungi Murid Dari
Hujan dan Panas.
Sewaktu Hari Hujan
Tempias Akan Masuk
Ke Ruang Makan.
Projek 5 : Membaik
pulih tandas dan pintu
tandas yang rosak
Pintu Tandas Yang Sudah Reput dan Rosak.
Tandas Lelaki Yang Tidak Boleh Digunakan Kerana Rosak. Murid-murid Terpaksa Berkongsi
Tandas.

Anda mungkin juga menyukai