Anda di halaman 1dari 15

HSM 3033

SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

TAJUK:
KESAN KEMASUKAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU

NAMA NO.MATRIK

MUHAMAD YUSOF BIN MUHAMAD FAUZI D20141066575

MUHAMAD NAZRI BIN MOHAMAD ARSHAD D20141067312

MOHD NOOR AFFIFUDDIN BIN MOHD AFFENDEY D20131063731

MASLIZA BINTI CHEK ZAN D20141067121

MARIATUL ARFAH BINTI MIOR MOHAMAD ARIFF D20141066537

KUMPULAN A

PENSYARAH

DR.HARYATI HASAN

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Kemasukan buruh China


2.1 Kesan Politik
2.2 Kesan Ekonomi
2.3 Kesan Sosial

3.0 Penutup

4.0 Rujukan
1.0 PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo asalnya terdiri daripada golongan
orang Melayu, orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun, sejak sebelum
abad ke 19, terdapat penduduk yang berasal daripada negara China yang menetap di Tanah
Melayu atas tujuan aktiviti perdagangan iaitu semasa zaman kegemilangan Melaka tetapi
masih dalam bilangan yang kecil. Pada abad ke 19, pembangunan dan kepesatan ekonomi
di Tanah Melayu telah menggalakkan lagi kedatangan buruh China untuk bekerja di kawasan
perlombongan bijih timah, dan kawasan pertanian ladang. Fenomena ini dikaitkan dengan
kedatangan British ke Negeri-Negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786),
Singapura (1819), Melaka (1824), Perak (1874) dan negeri-negeri Melayu yang lain pada
tahun yang berikutnya.

Perkembangan perlombongan timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19
dan awal abad ke-20 telah menggalakkan British mengusahakan perlombongan timah dan
penanaman getah secara besar-besaran1. Justeru, tenaga buruh yang ramai dan murah
diperlukan bagi mengusahakan lombong bijih timah dan ladang-ladang bagi menjayakan
agenda yang telah dirancang. Pada ketika itu, Kerajaan British telah mengimport buruh asing
dari China bagi mengusahakan kawasan lombong bijih timah. Hal ini demikian kerana, orang
melayu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang kerana lebih berminat
untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan perkampungan. Kebanyakan
buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari selatan China, terutamanya
dari wilayah Kwangtung dan Fukien2.

Penghijrahan yang berlaku di China ke tanah melayu adalah kerana beberapa faktor
penolak. Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh
permasalahan ekonomi yang teruk berlaku di China, masalah ini dihadapi di China adalah
kerana bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar yang telah
menghancurkan industri pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi
kebanyakan masyarakat China.

1
Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor : Karisma Publication
Sdn.Bhd. Hlmn 242.
2
Thock Ker Pong. (2005). Ketuanan Politik Melayu : Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya. Hlmn 19
Selain itu, pertambahan penduduk atau lebihan penduduk di China yang tidak terkawal
telah menyebabkan permintaan masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja
sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi kuantiti penawaran
pekerjaan oleh kerajaan China. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada
tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu,
Kerajaan Manchu juga turut mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan
pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya.
Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah3.

Keadaan politik di China yang tidak stabil juga telah menggalakkan kedatangan orang-
orang Cina ke Tanah Melayu lebih-lebih lagi Dinasti Manchu yang menguasai China pada
tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Penduduk
Cina tempatan yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan
Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping
(1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi pemberontakannya
itu telah menemui kegagalan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Disebabkan oleh
peristiwa pemberontakan tersebut, kerajaan China telah bertindak dengan lebih tegas dan
kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat. Keadaan ini menyebabkan ramai
orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.
Hal ini, menyebabkan Masyarakat Cina daripada negara China ingin keluar daripada hidup
penuh kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka dengan rela berhijrah ke Tanah Melayu
kerana British pada telah menjanjikan peluang pekerjaan yang penuh kepada orang Cina.

Justeru, perbincangan ini penulis mulakan dengan sebab kedatangan buruh Cina dari
faktor penolak dari negara asal masing-masing ke tanah melayu. Kemudian, diikuti dengan
bagaimana cara kesan kemasukan serta sumbangan buruh-buruh asing dari aspek ekonomi,
sosial dan politik.

3
Ibid , Hlm 107.
2.0 KEMASUKAN BURUH

2.1 KESAN KEMASUKAN BURUH CINA DARI ASPEK POLITIK

Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula sejak zaman

kegemilangan Melaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas adalah bermula pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Malah,, menurut Mohamad Idris Saleh, kemasukan peghijrahan

Cina bermula apabila terdapat hubungan antara Kerajaan Melaka dengan negeri China.4

Manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik oleh komuniti ini hanya berlaku selepas

pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18.

Dari aspek politik, kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawa

kepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China. Perkahwinan antara Sultan

Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dengan Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah

merapatkan lagi hubungan baik politik antara Melaka dan China. Bahkan, seawal tahun 1404

lagi, hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh

Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China.

Tidak dapat dinafikan peralihan yang telah dicapai semenjak kedatangan imigran

Cina ke Tanah Melayu turut mengubah sistem politik di Tanah Melayu. Sistem politik dilihat

telah menjadi medium untuk menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan masyarakat

yang berbeza latar belakang. Rakyat Cina yang bermastautin di Tanah Melayu mula

menyuarakan hak untuk terus kekal di Tanah Melayu. Menurut Nik Hasna Nik Mahmood,

rakyat Cina berhasrat untuk terus kekal dan menjanjikan taat setia kepada negara.5

4
Mohamad Idris Saleh et al.,(1994).Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
5
Nik Hasna Nik Mahmood (terj.). (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Universiti Teknologi Malaysia:
Johor Bahru, hlm 155.
Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah

menyebabkan Inggeris rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih

tertumpu dalam aktiviti sara diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak

begitu berminat memajukan orang Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu akan

bangun menentang mereka. Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu,

Inggeris telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta

benda orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, Inggeris telah berjaya menamatkan Perang

Larut, Perang Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan. Kerajaan Inggeris juga tidak

mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa

had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah kekurangan

tenaga buruh terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat Inggeris untuk mengeksploitasi hasil

kekayaan di Tanah Melayu tercapai.

Seterusnya, orang Cina telah bergiat dalam sistem pentadiran di Tanah Melayu.

Sebahagian daripada kelompok ini cuba untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran mengurus

dan menyelia setiap tempat yang dibahagikan oleh British. Dengan ini, wujudnya asimilasi

kepada buruh Cina ini di Tanah Melayu. Pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam sistem

pentadbiran berani menyuarakan pendapat dan tampil ke hadapan untuk menyampaikan hasrat

bagi mewakili kaum mereka. Kejayaan sistem pentadbiran yang dirangka oleh British

khususnya mempunyai maksud disebalik kemasukan buruh-buruh Cina ini. Hal ini demikian

kerana, British ingin buruh Cina yang berada di Tanah Melayu untuk terus kekal supaya dapat

memberikan keuntungan kepada pihak mereka. Malah, dengan adanya rakyat Cina yang bergiat

dalam sistem politik, golongan ini berjaya melahirkan golongan intelek dalam kalangan orang

Cina. Golongan intelek inilah yang berjaya mengekalkan rakyat Cina untuk terus berada di

Tanah Melayu sehingga ke hari ini..


2.2 KESAN KEMASUKAN BURUH CINA DARI ASPEK EKONOMI

Pengertian ekonomi menurut ahli ekonomi iaitu Adam Smith ialah ekonomi merupakan

penyelidikan tentang keadaan serta sebab adanya kekayaan negara. Ekonomi menurut

Abraham Maslow pula ialah merupakan salah satu bidang pengkajian yang mencuba

menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui pelbagai sumber ekonomi

yang ada dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang

dianggap efektif serta efisien. Ekonomi masyarakat di Tanah Melayu hanya tertumpu kepada

pertanian dan juga bekerja sebagai nelayan sahaja ataupun dikenali sebagai ekonomi tradisional

sebelum kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.6 Kedatangan buruh Cina pada dasarnya

adalah disebabkan keperluan tenaga buruh bagi mengusahakan perusahaan bijih timah di Tanah

Melayu. Sistem Kangchu yang diperkenalkan di Johor telah menyebabkan berlakunya galakan

buruh Cina ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh Cina melalui Sistem Kangchu ini telah

menyebabkan buruh Cina telah diberi tanah bagi mengusahakan pertanian yang berasaskan

lada hitam.7 Kedatangan buruh Cina ini telah menyebabkan berlakunya perubahan yang

mendadak dari segi ekonomi Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, British yang menjajah

Tanah Melayu pada ketika itu telah menggalakkan kemasukan buruh Cina kerana British

berpendapat bahawa orang Cina memiliki semangat kerja yang kuat.

Kemasukan buruh Cina ini sekaligus telah mengubah corak ekonomi masyarakat

Melayu di Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu yang dahulunya terdapat ekonomi

tradisional sahaja tetapi kemasukan buruh Cina telah menyebabkan wujudnya ekonomi

komersil. Idea yang dikemukakan oleh British iaitu membawa masuk buruh Cina ke Tanah

Melayu merupakan pencetus kepada berlakunya perubahan serta perkembangan dari segi

6
Mohd Isa Othman.(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications. hlm 115

7
Ibid. hlm 116
ekonomi di Tanah Melayu. Kawasan seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai

Ujong menjadi tempat bagi kawasan perlombongan bijih timah oleh buruh Cina. Dari segi

perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya bandar-bandar yang

terletak di kawasan perlombongan.8 Hal yang demikian telah menyebabkan ekonomi di Tanah

Melayu menjadi semakin meningkat disebabkan oleh kedatangan buruh Cina. Kedatangan

buruh Cina ini juga telah menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang

terbesar pada ketika itu disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari luar negara bagi tujuan

Revolusi Perindustrian yang berlaku seperti untuk mengetin makanan.9

Penglibatan orang Cina dalam kegiatan yang berasaskan perlombongan ini telah

menyebabkan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu pada ketika itu menjadi semakin rancak.

Mereka telah memperkenalkan kaedah melombong yang lebih moden, iaitu dengan

memperkenalkan kaedah lombong dedah dan juga penggunaan pam kelikir seperti palung.

Dalam kaedah ini, pam memancutkan air yang kuat bagi memecahkan tanah yang

mengandungi bijih timah dan lumpur itu kemudiannya dipamkan naik ke palung untuk

ditapis.10 Namun begitu, penguasaan pelombong Cina dalam aktiviti yang melibatkan

perlombongan bijih timah ini telah menunjukkan kemerosotan pada akhir abad ke 19 apabila

pelombong Eropah pada ketika itu telah memperkenalkan kapal korek bagi tujuan

perlombongan.

Selain itu, kedatangan buruh Cina ini juga telah menyebabkan berlakunya

perkembangan pemikiran khususnya terhadap masyarakat peribumi. Masyarakat peribumi

8
Hairi Abdullah, (1989). Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm 71.

9
Mohd.Amin bin Hassan.(1992). Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu;Bijih Timah dan Getah Malaysia :
Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 158

10
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin.(2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. hlm 218
yang sebelum ini menjalankan sistem ekonomi secara sederhana telah mula sedar dan mula

untuk mengorak langkah bagi bersaing dengan buruh Cina bagi tujuan menikmati hasil bumi

sendiri yang pada ketika itu lebih banyak dinikmati oleh orang luar.11 Kesan kemasukan buruh

Cina juga telah menyebabkan orang Melayu untuk menyelidik dan memperbaiki industri kecil

di kampung dengan menubuhkan Jabatan Ikhtisas. Jabatan ini juga bertujuan untuk menjaga

kepentingan orang Melayu terutama dari segi perniagaan dari diceroboh oleh bangsa lain.

Selain itu, dari segi ekonomi juga, Chang Pi-shih dan Foo Choo Choon yang terkenal

sebagai pengusaha lombong bijih timah di Perak memberi sumbangan dalam pembangunan di

Pulau Hainan, China. Penglibatan Foo Choo Choon dalam perancangan membangunkan

Hainan bermula apabila beliau berjumpa dengan Panglima Ts’en semasa beliau pulang ke

China bertujuan melawat keluarganya di kampung.12 Setelah Foo kembali ke Perak, beliau

telah mengemukakan cadangan kepada pengusaha-pengusaha Cina di Singapura agar memberi

pinjaman kepada China bagi membangunkan sektor perlombongan di negara China sebagai

tanda patriotisme. Beliau juga mengharapkan peniaga-peniaga Cina dapat bersama-sama beliau

untuk membangunkan negara China.

11
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. ShahAlam: Penerbit UITM. Hlm 103.

12
Nik Hasnaa Nik Mahmood. (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia. hlm 95.
2.3 KESAN KEMASUKAN BURUH CINA DARI ASPEK SOSIAL

Kedatangan buruh ataupun imiran dari negara China ke Tanah Melayu turut memberi
kesan di dalam aspek sosial. Kesan daripada aspek sosial ini boleh bahagikan kepada dua iaitu
kesan positif dan kesan negatif. Kesan positif yang dalam dilihat apabila berlakunya
kedatangan imigran Cina ini ke Tanah Melayu ialah wujudnya satu sistem ekonomi moden
berteraskan buruh. Di dalam sistem ini, British telah membawa masuk buruh-buruh dari China
untuk mengerjakan lombong-lombong bijih yang terdapat di Tanah Melayu. Seperti yang sedia
maklum, British tidak menggunakan tenaga kerja tempatan dalam menguhasakan lombong-
lombong bijih di Tanah Melayu pada wakti itu kerana masyarakat Melayu menumpukan
perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan. Tambahan lagi,
salah satu faktor yang menyebabkan British menggunakan tenaga buruh dari China adalah kos
pekerja. Melalui penggambilan orang-orang Cina yang dijadikan imigran, pengeluaran kos
perkerja dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah jauh
lebih murah.

Akibat daripada kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu, telah berlakunya


perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah
yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Kesan daripada
perkembangan aktiviti perlombongan ini, kawasan di sekitar lombong telah membangun
menjadi bandar seperti di Taiping. Apabila munculnya bandar, ramai orang-orang Cina
menjalankan aktiviti perniagan dengan mebuka kedai-kedai di kawasan bandar13. Oleh
demikian , jelas bahawa salah satu kesan positif akan kedatangan imigran Cina ini ke Tanah
melayu adalah pembangunan bandar-bandar seperti Taiping.

Kesan positif yang lain pula ialah wujudnya masayarakat majmuk di Tanah Melayu.
Selain daripada imigran Cina, British juga turut membawa masuk imigran dari India ke Tanah
Melayu untuk mengerjakan ladang-ladang yang di buka oleh British. Menurut J.S. Furnivall,
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal berkelompok mengikut kaum
dalam unit politik yang sama dan setiap kelompok mengamalkan agama, adat resam, bahasa,

13
Hairi Abdullah, Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,1989,
hlm 71.
pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri14. Kedatangan orang-orang Cina ini telah
mewujudkan kepelbagaian budaya di Tanah Melayu. Imigran Cina yang datang ke tanah
Melayu ini kebanyakkannya tidak mebawa isteri dan anak mereka. Tambahan lagi, pada
peringkat awal, banyak imigran Cina lelaki yang datang ke Tanah Melayu. Akibat daripada ini,
sebahagian besar orang Cina telah mengambil wanita tempatan sebagai isteri mereka15. Hasil
daripada perkahwinan campur ini, lahirnya satu golongan yang dikenali sebagai Cina
Peranakan. Pada peringkat awal, kesemua peranakan Cina adalah hasil daripada perkahwinan
campur antara wanita tempatan dengan imigran Cina. Golongan peranakan ini banyak terdapat
di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Dari aspek bahasa, Tanah melayu kini sudah
mempunyai masyarakat imigran Cina yang bertutur dalam dialek hokkien, mandarin dan
kantonis. Oleh itu, kedatangan imgran Cina ini telah mewujudkan kepelbagaian budaya di
Tanah Melayu.

Kesan negatif dalam aspek sosial akibat kedatangan imigran Cina ini pertama sekali
ialah pelacuran. Perlu diketahui bahawa imigran-imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu
pada waktu itu tidak membawa isteri-isteri mereka16. Ini kerana mereka lebih suka
meninggalkan isteri dan anak-anak mereka di negara asal. Ada juga dalam kalangan mereka
yang tidak mampu unutk mebawa keluarga mere untuk seberang laut. Hal ini juga berkait rapat
dengan larangan pihak berkuasa China yang mengambil tindakan tegas dalam melarang kaum
wanita dibawa ke seberang laut. Namun, larangan ini menjadi semakin longgar dan akhirnya
diberhentikan. Kesan daripada perkara ini, kadar jantina terutamanya di Negeri-Negeri Selat
menjadi tidak seimbang. Dinyatakan bahawa di Singapura pada zaman awal, kadar jantina bagi
kaum Cina di negeri itu ialah 13 wanita dan 100 lelaki17. Kesan lain daripada ketidak
seimbangan jantina ini pula ialah wujudnya lelaki yang hidup membujang. Akibat daripada
hidup membujang, maka timbulah masalah akitivi pelacuran.

Pelacur imigran Cina ini merujuk kepada wanita Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu
seperti di Pulau Pinang untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran yang ditentukan..
Pelacur-pelacur imigran Cina ini mempunyai nama panggilan yang tertentu oleh masyarakat

14
Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin, Nazarudin Zainun, Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia dan
Indonesia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2006, hlm 102.
15
Nik Mahmood, Nik Hasnaa (Penterjemah), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Skudai, Johor Bahru,
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 1997, hlm 93.
16
ibid.
17
ibid
Cina pada waktu itu. Contoh nama panggilan yang paling popular ialah Ah Ku18. Namun ada
sesetengah nama panggilan yang agak kasar seperti Lou Kui, Ho Ha Yan dan Sam Seng Po.
Terdapat beberapa faktor mengapa wanita imigran Cina ini datang ke Tanah Melayu untuk
terlibat dalam aktiviti pelacuran. Faktor-faktor kedatangan mereka merangkumi aspek
ekonomi, dasr-dasr kerajaan China dan sistem sosial masyarakat Cina. Selain itu, faktor
penolakkan di China serta faktor penarikkan di Tanah Melayu seperti di Pulau Pinang,
disokong pula oleh aktiviti penyelududpan wanita dan kanak-kanak antarabangsa telah
mencorakkan nasib pelacur imigran Cina. Oleh itu, jelaslah bahawa kegiatan pelacuran
merupakan salah satu kesan negatif kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu.

Selain daripada aktiviti pelacuran, aktiviti kongsi gelap turut dikategorikan sebagai
kesan negatif kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu. Aktiviti kongsi gelap yang paling
jelas dapat dilihat di Larut, Perak. Sebelum tahun 1870 lagi. pedagang Cina dan Eropa h telah
bcrgiat dalam industri bijih timah di kawasan Larut. Larut juga menjadi tumpuan penghijrahan
masuk orang Cina. Pada tahun 1870 misalnya penduduk Ci na di Larut berjumlah 20000 orang
berbanding dengan 3000 orang Melayu19. Mulai pada tahun 1860-an, telah berlakunya
persaingan yang sengit antara kumpulan kongsi gelap yang dominan di Larut pada waktu itu
iaitu Ghee Hin an Hai San. Kedua-dua kumpulan kongsi gelap ini bersaing untuk memonopoli
kawasan perlornbongan di Larut. Kesan daripada persaingan ini, tercetusnya tiga siri
peperangan di Larut. Perang yang pertama berlaku pad a tahun 1861, perang kedua pada tahun
1865 dan perang ketiga pada tahun 1872. Akibat daripada kekacauan yang timbul daripada
peperangan ini menyebabkan pemodal Cina dan Eropah telah mengalami banyak kerugian20.
Justeru, jelas bahawa kedatangan imigran Cina ini turut membawa kekacauan melalui aktiviti
kongsi gelap.

Kesan negatif lain kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya masalah
ketagihan candu. Di Kepulauan Melayu sebelum tahun 1800, kebanyakkan penghisap candu
adalah terdiri daripada golongan pembersar-pembesar tempatan. Namun, mulai abad ke-19,
semenjak kedatangan beramai-ramai buruh Cina ke Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan
buruh di ladang-ladang gambir, lada hitam dan lombong-lombong bijih timah, golongan

18
Tan Geck Choon, Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2013, hlm 5.

19
Nadzan Haron, Garison Taiping 1874 – 1941,Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia,
Bil 20, 1992, hlm 38.
20
Ibid.
imigran ini menjadi penghisap tegar candu di Tanah Melayu. Candu mendapat permintaan yang
tinggi dalam kalangan buruh-buruh Cina. Hal ini kerana keadaan kehidupan golongan buruh
Cina ini yang terlalu daif. Oleh itu, candu dilihat sebagai satu-satunya bentuk hiburan yang
dapat membantu melegakan segala bentuk penderitaan mereka. Candu dikatakan berupaya
meningkatkan tahap produktiviti mereka dalam melakukan kerja-kerja berat seperti menebas
hutan dan berada di dalam lombong bijih timah yang dipenuhi air separas pinggang seharian.
Tambahan pula, keadaan buruh Cina ini yang berjauhan dengan keluarga dan tanah air
menambahkan lagi penderitaan yang dihadapi. Oleh itu, penggunaan candu yang mampu
menghilangkan keletihan dan membantu golongan buruh ini melupakan masalah yang dihadapi
amatlah diperlukan.

Selain itu, golongan buruh ini juga turut menderita akibat luka-luka yang lambat
sembuh akibat ketiadaan ubat. Justeru, candu berperanan sebagai ubat tahan sakit kepada luka-
luka mereka. Akibat daripada kebergantungan kepada candu ini, timbul pelbagai masalah
sosial kepada penggunannya. Penggunaan candu yang berterusan menyebabkan ketagihan.
Perkara ini menjadi lebih serius apabila buruh-buruh Cina ini menggunakan sebahagian gaji
mereka yang sikit untuk membeli candu. Penggunaan candu yang berterusan juga turut
menyumbang kepada penyakit seperti batuk kering. Justeru, masalah ketagihan candu yang
dibawa oelh buruh Cina ini menjadi kesan yang negatif terhadap aspek sosial di Tanah Melayu.
3.0 PENUTUP

Kedatangan imigran ke Tanah Melayu menyebabkan berlaku perubahan besar dalam corak
masyarakat. Hal ini disebabkan oleh penjajahan British yang ingin mengeksploitasi hasil bumi
di Tanah Melayu. Proses penghijrahan golongan imigran ini banyak didominasi oleh faktor
penolak seperti masalah kepadatan penduduk, bencana alam, pengangguran serta beberapa
perkara lain yang berlaku di negara asal mereka. Faktor penarik pula seperti perkembangan
ekonomi dan dasar pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Proses kedatangan imigran Cina ke
Negeri-negeri Melayu dalam era penjajah British ternyata melalui beberapa cara dan kaedah
tersendiri. Sistem tiket kredit dan sistem Kangchu yang diperkenalkan menyebabkan lambakan
buruh Cina di Tanah Melayu. Kemasukan buruh Cina ini telah memberi kesan kepada
penduduk tempatan.

Kehadiran buruh Cina di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan orang
Melayu khususnya dalam bidang ekonomi malahan dari segi sosial apabila British
mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dengan mengasingkan penempatan mereka. Orang
Melayu dibiarkan tinggal di kawasan kampung, orang-orang Cina ditempatkan di kawasan
bandar dan kawasan perlombongan, manakala orang India pula ditempatkan di kawasan
pertanian, ladang-ladang dan estet-estet. Hal ini menyebabkan orang Melayu tertindas dan
dinafikan hak mereka sebagai penduduk tempatan di Tanah Melayu. Walaupun kedatangan
imigran ini menyebabkan pelbagai kesan buruk seperti masalah setinggan, perkauman, kongsi
gelap dan sebagainya namun kedatangan mereka telah memajukan sektor ekonomi di Tanah
Melayu dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk yang masih kekal pada
hari ini.
RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin, Nazarudin Zainun. (2006). Nasionalisme Dan
Revolusi Di Malaysia dan Indonesia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Hairi Abdullah, (1989). Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohd.Amin bin Hassan. (1992). Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu ;Bijih Timah
dan Getah Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohamad Idris Saleh et al. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

Nadzan Haron, Garison Taiping 1874 – 1941. Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah. Persatuan
Sejarah Malaysia. Bil 20. hlm 38.

Nik Hasna Nik Mahmood (terj.). (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Universiti
Teknologi Malaysia: Johor Bahru.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. ShahAlam: Penerbit UITM.

Sivachandralingam Sundra Raja (et al.)(2008). Sejarah Masih Relevan. Selangor: Karisma
Publication Sdn.Bhd.

Thock Ker Pong. (2005). Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Tan Geck Choon. (2013). Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang, Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai