Anda di halaman 1dari 9

Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )

P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat dalam
membahayakan kanak-kanak dengan apa cara sekali pun. Kita tidak boleh

menindas, merosakkan anggota fizikal kanak-kanak.

P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak


yang memberi kelebihan kepada aktiviti yang berlandaskan agama, bangsa,
warganegara, kebolehan, status, kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.

P-1.3.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam memberi keputusan

yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.


P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu tentang undang-undang dan akta dalam
melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan kanak-kanak, kita perlulah
melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan
diambil.
10.8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PRASEKOLAH

Adakah anda seorang guru prasekolah yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah


adalah :
 meletakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang
utama. Kanak-kanak adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima,
dihormati dan dilayan dengan cara yang terbaik.
 Anda sentiasa menunjukkan kelakuan yang mengambil berat
tentang mereka. Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan kanak-
kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan pada
bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika perlu
dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil
berat terhadap mereka.

10.8.1 Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah wajar anda mempunyai ciri-ciri


profesional seperti berikut:
 Peka terhadap perasaan kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak
berfikir.
 Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan
kanak-kanak kami daripada hal-hal lain.
 Sedia mendengar suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
 Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-
kanak.
 Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan dan memaksimakan
komunikasi bersama kanak-kanak.
 Sentiasa melindungi hak kanak-kanak.
 Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
 Menerima kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan
menggunakan aspek yang positif dalam kumpulan kanak-kanak.
 Membuat kawalan yang baik daripada membuat ugutan
(threatening).
 Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan
dan memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi
sokongan apabila mereka dalam keadaan yang kebingungan dan
keliru.
 Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
 Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi dalam
kumpulan.
 Meningkatkan dan memaksimakan komitmen terhadap kekuatan dan
potensi kanak-kanak.
 Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap
penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan
kemahiran mereka.

10.8.2 Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa


Pendidik kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu
bapa dan keluarga kanak-kanak seperti:
 Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang
mementingkan manusia lain.
 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
 Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua
maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang
berhak mengetahuinya.
 Kita tidak boleh menceritakan hal kanak-kanak di hadapan ibu bapa
mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-kanak.
 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
 Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.
 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka.
 Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga ( Etika NAEYC)

P2.1 Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga kanak-kanak daripada memasuki bilik
darjah.

P2.2 Kita akan memberitahu keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi

dan kelayakan akademik


P2.4 Kita akan melibatkan keluarga dalam membuat keputusan penting yang
melibatkan anak mereka.
P2.5 Kita akan memberitahu keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan
semasa di sekolah.
P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan

yang melibatkan kanak-kanak dan mereka akan diberi peluang sama ada
memberi atau tidak memberi persetujuan.

P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga. Kita tidak
akan menggunakan perhubungan kita dengan keluarga untuk kepentingan

peribadi atau keuntungan diri sendiri.

P2.8 Kita akan mengekalkan kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak

mereka terhadap hal-hal peribadi.

10.8.3 Etika Tanggungjawab Kepada Masyarakat


Guru pendidikan awal kanak-kanak harus memupuk kesantunan diri
kepada kanak-kanak di bawah jagaannya supaya menghormati ibu
bapa dan orang yang lebih tua
 Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang
bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat.
 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh
masyarakat.
 Mempamerkan bahasa pertuturan yang baik untuk menjadi ikutan
kanak-kanak dan keluarga.
 Menunjukkan cara berpakaian yang sopan dan terpuji.
Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung
jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
 Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sumbang pada
mata masyarakat.
 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan
ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
10.8.4 . Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir
Guru mempunyai etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau
guru besar atau pengurus di premis nursery iaitu :
 sentiasa patuh kepada arahan perkhidmatan atau arahan guru besar
dari masa ke semasa. Contohnya arahan menepati masa datang dan
waktu balik sangat penting.
 Guru mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah.
Guru tidak boleh balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah
masing-masing.
 Guru perlu menunggu kanak-kanak sehingga ibu bapa mereka
menjemput mereka balik.
 Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan masa paling lewat untuk
mengambil anak mereka dan sekiranya lewat perlu dimaklumkan
lebih awal dan bayaran lebih masa perlu dikenakan mengikut jam
yang ditetapkan.
 Guru tidak boleh meninggalkan kanak-kanak tanpa guru lain atau
pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-kanak.
 Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu
direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
 Guru hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir sekiranya
hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan dan
mendapatkan keizinan dari ibu bapa atau penjaga tentang lawatan
yang hendak dilaksanakan.
 Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan
dari pentadbir, dan sekiranya memungut yuran atau sumbangan
wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.

10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli
dan rakan sejawat kepada anda dalam melaksanakan aktiviti–
aktiviti di prasekolah. Anda yang menentukan senarai tugas yang
perlu dilakukan setiap hari di prasekolah. Antara tugas yang yang
mesti dilakukan oleh pekerja adalah seperti berikut:
 Mempastikan prasekolah sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di
luar bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari
selepas kanak-kanak meninggalkan bilik darjah.
 Memasak makanan mengikut menu yang anda ditetapkan pada
setiap hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya sentiasa
bersih dan cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu
tidak pedas dan elakkan keracunan makanan.
 Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
 Anda perlu membimbing pekerja supaya memahami psikologi
kanak-kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang
positif untuk kanak-kanak melakukannya contohnya sentiasa
mengucapkan terima kasih, menghormati orang tua dan memuji
sekiranya kanak-kanak melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan
terpuji.

10.9 GURU SEBAGAI MODEL


Seorang guru prasekolah mesti berkelakuan baik dan berfikir
dengan cara yang berbeza daripada guru sekolah rendah. Guru
prasekolah perlu mempunyai keyakinan diri untuk berbuat sesuatu,
cekap dalam pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam ilmu
pengetahuan. Guru perlu menunjukkan model yang baik .
”If we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then
we must do the same to them.” ( Betty 2004 )
Guru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif seperti
berikut:
 Bercakap dengan lemah lembut.
 Biar kanak-kanak tahu yang guru memuji apa yang baik mereka
lakukan.
 Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara
individu supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan memang
istimewa.
 Guru menunjukkan cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh
duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.
 Demonstrasi kelakuan yang sopan dengan orang dewasa yang lain
dalam bilik darjah. Ini kerana kanak-kanak sangat berminat untuk
memerhati orang dewasa berinteraksi dan selepas memerhatikan
kanak-kanak akan meniru tingkah laku tersebut.
 Galakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja kanak-kanak.
Bermain adalah konsep belajar yang merupakan pengalaman yang
bermakna.
 Guru sebagai pengurusi. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak
kebebasan dan berdikari untuk membuat keputusan tentang aktiviti
yang mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..”Play
is a natural avenue for children learning” Beri peluang kanak-kanak
memilih alat mainan yang mereka minati.
Guru menjadi fasilitator bermakna memudahkan
pembelajaran kanak-kanak.
Guru sebagai pemandu ( Instructor ) perlu mempraktikkan
perkara berikut:
 Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan yang
konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan untuk memulakan
perbualan. Guru menarik perhatian kanak-kanak sebagai contoh
bahan blok. Guru boleh juga sediakan bahan yang baru.
 Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.
Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak,
tentu banyak jawapan yang diberikan. Di antara kriteria yang penting
ialah mudah didekati, peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar
”warmth,sensitivity,energy, sense of humor, flexibility,or patience.”
(Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).

Anda mungkin juga menyukai