Anda di halaman 1dari 9

1.

0: Pendahuluan

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan


merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal
guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas
(KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program
Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek
Kelolaan Institut (KPKI).

Insittut Pendidikan Guru merupakan tempat untuk melahirkan guru yang


kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik
yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ke arah pendidikan sekolah
bertaraf dunia. Dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan guru, budaya IPG telah
diperkenalkan. Hal ini bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal guru yang berperibadi
mulia , bersedia untuk menjunjungi aspirasi negara, berpandangan progresif, serta
memelihara masyarakat yang bersatu padu , demokratik ,progresif dan
berdisplin(Falsafah Pendidikan Guru).

Terdapat tujuh budaya IPG yang telah diperkenalkan dan saya akan mengupas
lebih lanjut empat daripada tujuh budaya IPG tersebut iaitu yang pertama ialah budaya
ilmu, yang kedua ialah budaya kepimpinan, yang ketiga ialah budaya akhlak dan moral
dan yang keempat ialah budaya penyayang.
2.0: Dimensi Budaya IPG Dan Cara Mangamalkannya

2.1: Budaya ilmu

Budaya ilmu merupakan salah satu tujuh dimensi budaya yang terkandung di dalam
buku Panduan Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). Budaya ilmu merujuk kepada
amalan mencintai ilmu dan mencari kebenaran sepanjang hayat, sentiasa dahagakan
ilmu, keinginan untuk memiliki ilmu, menghayati ilmu, menggunakan ilmu pada
tempatnya serta meletakkan ilmu sebagai nilai yang paling dihargai dalam kehidupan.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990), salah satu sifat seorang guru ialah
pencinta ilmu yang sentiasa berterusan belajar dalam memeperolehi ilmu
pengetahuan. Di samping itu juga, guru merupakan gedung ilmu dimana tempat para
pelajar menimba ilmu untuk belajar.

Terdapat lima ciri-ciri utama yang terkandung di dalam budaya ilmu. Antaranya
ialah pembelajaran sepanjang hayat, kedua berilmu pengetahuan luas, mendalam
dan terkini, ketiga menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu, keempat
menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu dan yang kelima ialah
mengamalkan penyelidikan.Oleh hal yang demikian, saya sebagai siswa guru di
dalam mencapai budaya ilmu di IPG terdapat tujuh strategi dalam mencapainya.

Pertama sekali ialah saya perlu mementingkan kepentingan ilmu itu sendiri.
Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai asas segala
kebaikan. Ilmu yang dipelajari bukanlah saluran untuk mendapatkan kemewahan
material, melahirkan pekerja yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan tetapi
lebih kepada penanaman sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara menuntutnya dan
seterusnya menghayatinya seumur hidup .Pendidikan menurut Ibnu Khaldun , dapat
membantu individu dan masyarakat menuju kemajuan dan kecemerlangan . Dr. Gamal
Abdul Nasir Zakaria , (2003).

Kedua, hasil ilmiah yang berkekalan. Berkekalan di sini bermaksud bahawa


sebarang usaha dan hasil yang berteraskan ilmiah itu seharusnya merupakan
sumbangan dan amal kebajikan penting bagi diri sendiri dan juga manusia , dan
sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang bersifat kekal . Bagi ilmuan non-
Muslim , mereka pasti mendapat kemasyhuran nama sepanjang zaman manakala
bagi ilmuan Muslim pula percaya kepada ganjaran pahala amal jariah di akhirat .
Yang ketiga adalah usaha keilmuan yang berkekalan. Di dalam masyarakat
yang berbudaya ilmu , anggota masyarakatnya perlu maklum bahawa pendidikan itu
adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari buaian hingga ke liang lahad
.Yang keempat ialah hormat yang kritis terhadap ilmu. Masyarakat berbudaya ilmu
juga mesti berani mencari kebenaran dan memperbaiki hasil pemikiran tokoh ilmuan
terdahulu . Perkara ini dapat disaksikan melalui rentetan sejarah dimana Imam Syafi’i
serta Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam Malik . Contoh lain pula Imam
al-Ghazali mengkritik kekeliruan ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan unsur
dan pemikir Yunani tetapi tetap mengakui sumbangan dan keagungan para pemikir
Yunani tersebut .

Yang keempat ialah kesinambungan tradisi keilmuan itu sendiri. Peka dan
sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sejarah ilmu atau keilmuan juga adalah
sebuah nilai yang amat mustahak dimana ilmu itu sendiri tidak terbatas kadarnya serta
manusia itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik kosong .
Khazanah keilmuan generasi terdahulu dan juga semasa seharusnya diketahui dan
seterusnya direkodkan .Yang kelima ialah saya perlu menerapkan sikap kepimpinan
di dalam diri saya sendiri. Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin
mereka setentunya terlebih dahulu mesti memahami dan menghayati budaya ilmu itu
sendiri sebelum menilai , memilih dan mengukuhkan pemimpin yang berilmu , adil ,
bijaksana , berwawasan jauh dan tegas . Ini juga bermakna , mana-mana individu atau
kumpulan pemimpin yang mahu memimpin masyarakat , semestinya melengkapkan
diri dengan ilmu-ilmu dasar dan kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan dari masa
ke semasa bersesuaian dengan keperluan zamannya .

Akhir sekali adalah bermusyawarah. Seseorang individu setentunya tidak akan


dapat mengetahui semua perkara yang diperlukan untuk hidup secara sendirian
apatah lagi sebagai sebuah masyarakat kerana ilmu bersifat tidak terbatas . Solusinya
ialah dengan cara bermusyawarah.Hal Ini demikian kerana di samping proses itu
sendiri merupakan suatu jelmaan ciri budaya ilmu . Tambahan lagi,bermusyawarah
juga merupakan amalan Rasulullah saw dimana baginda sendiri seringkali
bermusyawarah dengan para sahabatnya yang berwibawa dalam hal yang berkaitan
dengan maslahat orang ramai serta menerima pandangan mereka.
2.2: Budaya kepimpinan

Pemimpin Ditafsirkan sebagai seseorang yang diiktiraf oleh satu atau lebih daripada
satu orang, di mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh, seorang yang
berwibawa dan mempunyai kuasa. (Al.Ramaiah, 1999). Dalam konteks pendidikan,
Kim dan Maubourgne (1992) mendefinisikan kepemimpinan sebagai kebolehan
seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan
sekumpulan manusia untuk mencapai sesuatu matlamat.

Antara intipati budaya ini ialah kebolehan membuat keputusan, pemikiran


reflektif, menghayati visi dan misi IPG, serta aspirasi negara. Guru pelatih akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam proses mereka
melaksanakan program pendidikan yang berlangsung selama lima tahun setengah ini.
Oleh hal yang demikian, mereka hendaklah bijak dan rasional dalam membuat
keputusan. Selain itu, mereka hendaklah menyertai program – program yang
dianjurkan seperti Sukan Tahunan, aktiviti kokurikulum dan sebagainya kerana
program seperti ini melatih mereka untuk menjadi pemimpin dan berfikiran kreatif.
Maka, para guru pelatih hendaklah menyertai program sedemikian dengan rela hati
dan bukannya untuk mendapatkan sijil penyertaan semata – mata.
2.3: Budaya akhlak dan moral

Budaya yang seterusnya adalah budaya akhlak dan juga moral. Menurut Imam al-
Ghazali, Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul
perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih
dahulu.

Ciri – ciri nilai budaya akhlak dan moral ialah sentiasa bersyukur, merendah
diri (tawadhuk), redha dengan qada’ dan qadar, taqwa,ikhtiar dan doa serta mematuhi
etika. Budaya ini menjadikan para guru pelatih untuk sentiasa yakin dan berusaha
yang terbaik untuk mencapai kejayaan dalam mendidik anak – anak bangsa. Setelah
berusaha seboleh mungkin memberi yang terbaik, mereka haruslah berdoa dan
berserah kepada Tuhan supaya usaha mereka membuahkan hasil yang baik serta
bernas. Untuk memiliki kualiti ini, para guru pelatih hendaklah terlebih dahulu bersedia
untuk menyertai program – program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak Institut
Pendidikan Guru atau badan – badan berkaitan. Melalui cara ini, mereka dapat melatih
diri mereka untuk menjadi guru pelatih yang bukan sahaja bersedia untuk mengajar
ilmu keduniaan, bahkan juga ilmu keagamaan. Dengan berpegang teguh pada agama
juga menjadikan para guru pelatih seorang insan yang menjaga akhlak dan perlakuan
mereka. Dengan cara ini, mereka pasti boleh membimbing anak – anak murid mereka
ke arah yang lebih positif.
2.4: Budaya Penyayang

Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermakna caring intellectual, iaitu guru
sebagai intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila
mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi,
suka dan memuja. Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat,
peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap
permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian
murid-murid.

Budaya penyayang ini bukan sahaja bertujuan menyayangi diri sendiri sahaja,
tetapi juga menyayangi keluarga, masyarakat, profesion, warga dan organisasi serta
alam sekitar. Selain itu, sifat keprihatinan dengan makhluk juga dititikberatkan. Untuk
menyerapkan budaya ini dalam diri setiap guru pelatih, maka aktiviti seperti khidmat
masyarakat, lawatan ke rumah anak – anak yatim dan orang – orang tua hendaklah
diadakan. Selain itu, khidmat masyarakat seperti gotong – royong membersihkan
Institut Pendidikan Guru merupakan antara inisiatif yang boleh dilaksanakan. Melalui
cara ini, kita dapat menanam sikap sedia berkhidmat dan tolong – menolong dalam
diri setiap guru pelatih.
3.0: Penutup

Konklusinya, para siswa guru hendaklah bersedia secara spiritual, jasmani, emosi dan
intelektual dalam proses untuk merealisasikan hasrat “Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara”. Tambahan pula, siswa guru merupakan agen – agen yang
memainkan peranan yang penting dalam memastikan Falsafah Pendidikan Negara berjaya
dilaksanakan. Oleh hal yang demikian,sebagai siswa guru saya perlu mengaplikasikan
budaya –budaya di IPG di dalam kehidupan saya sehari-sehari supaya budaya tersebut
menjadi kebiasaan apabila saya menjadi seorang guru pada masa hadapan kelak persis kata
peribahasa ala bisa tegar biasa.
Rujukan

Ali, M. M., Mustapha, R., & Jelas, Z. M. (2006). An Empirical Study on Teachers'
Perceptions towards Inclusive Education in Malaysia. International journal of special
education, 21(3), 36-44.

Zakaria, GAMAL Abdul Nasir. (2003). Mohammad Natsir: pendidik ummah. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kim, W. C., & Mauborgne, R. A. (1992). Parables of leadership. Harvard Business


Review, 70(4), 123-128.

Ramaiah, A. L. (1999). Kepimpinan pendidikan: cabaran masa kini. IBS Buku.

Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan.Selangor. Penerbit.


Fajar Bakti
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai