Anda di halaman 1dari 1

AMALAN PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

DEFINISI
Amalan pemakanan yang tidak sihat bermaksud pengambilan makanan yang terlalu sedikit
berbanding keperluan metabolisma badan.
AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT
i. Tidak mengambil makanan berserat
ii. Makan makanan yang berkalori tinggi
iii. Tidak mematuhi jadual makanan
iv. Makan melebihi tiga hingga empat kali sehari dalam jumlah banyak
v. Kunyah makanan dengan laju
vi. Makan sehingga terlalu kenyang
vii. Makan makanan yang mengandungi pewarna
viii. Makan makanan segera dan snek dengan kerap
PENYAKIT YANG BERISIKO UNTUK DIHIDAPI
i. Anoreksia Nervosa
ii. Bulimia Nervosa
CIRI-CIRI PENYAKIT
Anoreksia Nervosa (Tabiat Suka Berlapar)
i. Terlalu takut akan kegemukan
ii. Tidak berpuas hati dengan berat badan
iii. Benci pada makanan
iv. Imej kendiri yang tiba-tiba berubah
v. Rendah diri jika berbual berkaitan berat badan
Bulimia Nervosa (Tabiat Memuntahkan Semula Makanan)
i. Mempunyai selera makan yang tinggi
ii. Keinginan mempunyai berat badan yang unggul
iii. Kerap mengalami sakit tekak
iv. Selalu merungut mengenai berat badan
v. Makan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu masa.

KESAN AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT


i. Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik
ii. Gangguan pada denyutan jantung
iii. Mengalami masalah psikologi
iv. Mempercepatkan proses osteoporosis
v. Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong

Anda mungkin juga menyukai