Anda di halaman 1dari 5

JURNAL 1

Bilangan Jurnal :1
Minggu Internship : Minggu Pertama
Tajuk Jurnal : Merancang Program.

1. Masalah / Peristiwa

Untuk Internship pada Semester 8 ini, saya dan rakan telah ditugaskan
untuk melakukan dua program besar dan satu program kecil. Program besar ini
perlu dilakukan dengan berkolaborasi dengan pihak sekolah mahupun orang luar.
Manakala, program kecil ini hanya melibatkan guru dan sebilangan pelajar
sahaja. Untuk menjalankan program besar, saya memfokuskan kepada pelajar
tahun 6 kerana mereka kurang bermotivasi untuk menghadapi UPSR yang bakal
berlangsung lebih kurang sebulan sahaja lagi. Di samping itu, ahli Pembimbing
Rakan Sebaya belum mengadakan aktiviti dengan pihak komuniti setempat.

2. Analisis

Setelah berkolaborasi dengan Pihak Pengurusan Sekolah, Unit Bimbingan


Kaunseling Sekolah dan Guru Pembimbing, saya dapati pelajar Tahun 6 kurang
semangat untuk menghadapi saat penting dalam hidup sepanjang 6 tahun di sini
iaitu menjalani peperiksaan UPSR. Ada di kalangan mereka tidak bersungguh
untuk belajar bagi mencapai target sekolah dan harapan ibu bapa. Hal ini kerana
terdapat sebilangan pelajar tahun 6 belum didedahkan dengan dunia pengajian
tinggi di luar sana.
Selain itu, pihak Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah belum mengadakan
aktiviti dengan komuniti setempat. Hal ini kerana kekangan ruang dan masa yang
terpaksa dihadapi dengan pelbagai program yang di adakan di sekolah
melibatkan pelajar tahap dua.
3. Cadangan Tindakan Susulan

Melihat kepada permasalahan yang berlaku, saya perlu mengambil langkah


segera bagi mengatasi masalah ini. Antaranya :
a) Membuat kertas kerja bagi program tersebut untuk mendapat mendapat
kelulusan pihak pentadbir sekolah
b) Mengadakan mesyuarat bersama dengan Pihak Pengurusan Sekolah, Unit
Bimbingan Kaunseling Sekolah dan Guru Pembimbing bagi berbincang dan
berkongsi idea mengenai program tersebut.
c) Berkolaborasi dengan pihak IPG Kampus Sultan Mizan bagi mengadakan
Kem Kecemerlangan UPSR di sana.
d) Berkolaborasi dengan JKKK Kg. Gong Tengah bagi mengadakan gotong-
royong di rumah warga emas di kawasan tersebut.
e) Berkolaborasi dengan guru pembimbing dan Kelab Bahasa Arab bagi
mewujudkan sudut Bahasa Arab di sekolah ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Untuk mengatasi masalah ini saya akan cuba menyelesaikan dalam tempoh
sebulan internship di sini. Saya akan mengoptimumkan masa yang diberikan
untuk melaksanakan program yang dirancang dan berharap semuanya berjalan
dengan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : ................................... Tandatangan : ...................................

Nama : ................................... Nama : ...................................

Tarikh : ................................... Tarikh : ...................................


JURNAL 2

Bilangan Jurnal :2
Minggu Internship : Minggu Kedua
Tajuk Jurnal : Program Gotong-royong ke Rumah Warga Emas.

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu kedua, kami merancang untuk melaksanakan program


gotong-royong di rumah warga emas di Kampung Gong Tengah. Hal ini bagi
memenuhi tuntutan program internship selama sebulan saya berada di sekolah
ini. Pada 9 Ogos 2017, program berjalan mengikut tentatif yang dirancang.

2. Analisis

Pada 2 Ogos 2017, kami guru internship bersama Unit Bimbingan


Kaunseling Sekolah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan aktiviti
yang bakal dilaksanakan sepanjang program gotong-royong nanti. Pihak sekolah
dan JKKK serta PIBG memberi galakan positif terhadap program yang dirancang.
Pada 8 Ogos 2017, satu sesi taklimat mengenai program ini diadakan di dewan
sekolah. Guru Kaunseling, Puan Norlela memberi taklimat dan pencerahan kepada
pelajar kelab Pembimbing Rakan Sebaya seramai 15 orang. Surat kebenaran diedarkan
kepada para pelajar bagi meminta keizinan para ibu bapa pelajar.
Pada 9 Ogos 2017, guru yang terlibat memainkan peranan dalam program
ini dengan menyiapkan segala kelengkapan dan keperluan yang perlu di bawa ke
tempat kejadian. Antaranya peralatan gotong-royong seperti penggerak sampah,
plastik sampah dan cenderahati untuk warga emas.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Melihat kepada peristiwa yang berlaku, saya melihat ada perkara yang
perlu ditambah baik. Antaranya ialah :
a) Bersedia untuk memikul tugas yang diberikan.
b) Mempunyai kepimpinan dalam memeberi arahan kepada pelajar.
c) Beramah mesra dengan pihak sekolah dan JKKK
d) Menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakt setempat.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Untuk menambah baik kekurangan ini saya cuba memanfaatkan keberadaan saya
dalam tempoh sebulan internship di sini. Saya akan mengoptimumkan masa yang
diberikan untuk membina hubungan baik dengan warga sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : ................................... Tandatangan : ...................................

Nama : ................................... Nama : ...................................

Tarikh : ................................... Tarikh : ...................................


JURNAL 3

Bilangan Jurnal :3
Minggu Internship : Minggu Ketiga
Tajuk Jurnal : Program Strive For Excellence & Rehlah UPSR.

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ketiga, kami merancang untuk melaksanakan program Strive for
Excellence dan Rehlah Minda bagi pelajar tahun 6. Program ini dijalankan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Pantai Bukit Kluang . Program ini
dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan program internship selama sebulan saya berada di
sekolah ini. Pada 15 Ogos 2017, program berjalan mengikut tentatif yang dirancang.

2. Analisis

Pada 2 Ogos 2017, kami guru internship bersama Unit Bimbingan


Kaunseling Sekolah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan
perjalanan program yang dirancang. Guru tahun 6 juga turut terlibat dalam
menjayakan program ini. Hasil perbincangan menunjukkan keputusan positif bagi
melaksanakan program ini. Program motivasi minda ini digabungkan sekali
dengan rehlah UPSR bagi menjimatkan masa memandangkan pelajar tahun 6
sudah hampir dengan peperiksaan UPSR.
Pada 14 Ogos 2017, satu sesi taklimat mengenai program ini diadakan di
dewan sekolah yang melibatkan semua pelajar tahun 6. Guru Penyelaras Tahun
6, Encik Jasmin memberi taklimat dan pencerahan kepada pelajar mengenai
program yang akan diadakan pada keesokan harinya. Surat kebenaran diedarkan
kepada para pelajar bagi meminta keizinan para ibu bapa pelajar.
Pada 15 Ogos 2017, terdapat 5 orang guru pengiring yang bersama pelajar
sepanjang program motivasi di IPG. Pelajar tahun 6 mendapat suntikan motivasi daripada
pensyarah IPG iaitu Puan Siti Ajar. Seterusnya, program rehlah di pantai Bukit Kluang
yang melibatkan semua guru tahun 6 berjalan dengan baik. Aktiviti yang

Anda mungkin juga menyukai