Anda di halaman 1dari 9

2ujian pentaksiran 1

sains tingkatan 4
Mac 2019

Jawab semua soalan

1 Manakah antara pernyataan berikut menerangkan maksud sains dengan paling tepat?
A Ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling yang tersusun dan kian berkembang mengikut
penemuan yang baru
B Kajian angkasa lepas
C Penerangan tentang pencemaran alam sekitar
D Ciptaan alat yang semakin canggih

2
W : Membuat hipotesis
X : Mengumpulkan data
Y : Mengawal pemboleh ubah
Z : Mengenal pasti masalah

W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah


merupakan turutan langkah yang betul?
A Z, W, Y, X
B W, Z, Y, X
C Z, Y, W, X
D Y, Z, W, X

3 Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?


A Melakukan eksperimen
B Mengenal pasti masalah
C Membuat inferens
D Membuat kesimpulan

4 Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat?
A Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah
dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas
B Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan
C Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan
D Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan

5 Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu
penyiasatan saintifik?
A Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat
B Untuk memudahkan pengumpulan data
C Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat
D Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah

6 Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali
A menyenaraikan semua bahan dan radas yang sesuai digunakan
B menentukan cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan
C memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah yang dimanipulasikan
D menentukan cara untuk mengumpulkan data
3ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

Soalan 7 dan 8 berdasarkan Rajah 1 di bawah.


7

benang

ladung

X Y
Rajah 1

Dalam suatu eksperimen yang mengkaji perhubungan antara ayunan ladung dan panjang benang,
yang manakah dipadankan dengan betul?

Pemboleh ubah yang Pemboleh ubah yang


dimalarkan dimanipulasikan

A Panjang tali ladung Masa ayunan ladung


B Jisim ladung Panjang tali ladung
C Masa ayunan ladung Bentuk ayunan
D Bentuk ladung Masa ayunan ladung

8 Semasa penyiasatan dijalankan, kita harus mengambil kira perkara-perkara yang berikut kecuali
A mengambil sukatan sekali sahaja untuk menjimatkan masa
B memastikan satu ayunan lengkap ialah dari X ke Y dan kembali ke X
C memulakan jam randik selepas mengira dari 5, 4, 3, 2, 1, 0
D memastikan susunan radas tidak terganggu oleh tiupan angin

9 Antara fenomena berikut, yang manakah bukan fenomena alam?


A Berkelah di tepi pantai
B Bulan mengeliling Bumi
C Gempa bumi
D Pasang surut lautan

10 Penyiasatan saintifik biasanya melibatkan deria berikut, kecuali


A deria rasa
B deria sentuh
C deria penglihatan
D deria pendengaran
11 Seorang pelajar hendak menyiasat bagaimana bahan berlainan mempengaruhi kadar
pengembangan logam. Antara berikut, pemboleh ubah yang manakah tidak harus dimalarkan?
A Tekanan atmosfera
B Jenis bahan
C Haba yang dibekalkan
D Bentuk bahan
12 Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah nilainya diperoleh melalui pemerhatian dalam
suatu eksperimen?
A Pemboleh ubah bergerak balas
B Pemboleh ubah dimalarkan
C Pemboleh ubah dimanipulasikan
D Pemboleh ubah tidak bersandar
4ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

13
K : Tujuan
L : Kesimpulan
M : Keputusan
N : Prosedur

Antara berikut, yang manakah ialah urutan langkah pelaporan eksperimen yang betul?
A K, L, M, N
B K, N, M, L
C K, N, L, M
D N, M, L, K
pemanjangan
14
spring

daya

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mengkaji kesan pemanjangan spring
dengan perubahan daya yang dikenakan ke atas spring. Apakah inferens yang dapat dibuat?
A Perubahan daya tidak memberi kesan ke atas pemanjangan spring
B Perubahan daya berkadar terus dengan pemanjangan spring
C Perubahan daya berkadar songsang dengan pemanjangan spring
D Spring terputus apabila daya yang besar dikenakan

15 Perkara berikut mesti diperhatikan semasa suatu hipotesis dibuat, kecuali


A memberi cadangan penerangan yang selaras dengan beberapa prinsip sains
B mengubah data-data untuk menyokong hipotesis yang dibuat
C menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menerangkan sesuatu fenomena
D mungkin terdapat cara-cara lain untuk menerangkan suatu kejadian

16 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pemboleh ubah?


A Pemboleh ubah yang dimanipulasikan merupakan pemboleh ubah tak bersandar
B Perubahan pemboleh ubah yang bergerak balas ditentukan oleh pemboleh ubah yang
dimalarkan
C Pemboleh ubah yang bergerak balas merupakan data yang dikumpulkan hasil daripada
aktiviti penyiasatan
D Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan semasa menjalankan
eksperimen

17 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap saintifik dan nilai murni dalam
menjalankan penyiasatan saintifik?
A Jujur
B Bersistematik
C Meniru data-data daripada kawan sekelas
D Bertanggungjawab
5ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

18 Apakah langkah pertama yang harus dilakukan dalam sesuatu penyiasatan saintifik?
A Mengawal pemboleh ubah
B Mengenal pasti masalah
C Membuat hipotesis
D Membuat inferens

19 Antara berikut, yang manakah benar tentang sumbangan sains dalam kehidupan manusia?
I Menjadikan kehidupan manusia lebih selesa
II Membolehkan manusia berkomunikasi pada jarak jauh
III Mengawal mutu hasil pertanian
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

20 Antara berikut, langkah yang manakah terlibat dalam kaedah saintifik?


I Mengumpulkan data
II Mereka alat yang diperlukan
III Membuat inferens
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D III sahaja

21 Langkah berikut dilakukan semasa mengumpul dan mentafsirkan data dalam suatu penyiasatan
saintifik kecuali
I data yang dikumpulkan boleh ditafsirkan dalam bentuk jadual
II data yang direkodkan boleh dipersembahkan dalam histogram
III sebarang data yang difikirkan salah harus disingkirkan
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D I dan II sahaja

22 Manakah antara yang berikut merupakan pernyataan hipotesis?


I Kadar penyejatan air dipengaruhi oleh luas permukaan yang didedahkan
II Semakin besar saiz balang gas, semakin lama lilin menyala dalam balang gas itu
III Bumi adalah suatu planet dalam Sistem Suria
A III sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

23 Semasa mengkaji kadar keterlarutan gula berlainan saiz dalam air, apakah pemboleh ubah yang
harus dimalarkan?
I Suhu air
II Isi padu air yang digunakan
III Masa untuk gula melarut dalam air
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D I dan II sahaja
6ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

24 Antara perkara berikut, yang manakah dilakukan oleh saintis sebagai kaedah saintifik?
I Meramal
II Memerhati
III Mensyukuri
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

25 Antara berikut, yang manakah merupakan sikap saintifik dan nilai murni?
I Berfikir kritikal dan analitis
II Rasional
III Minat dan bersifat ingin tahu
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

26
kadar
tindak
balas
enzim

suhu
0 10 20
30 40
Rajah 5

Rajah 5 di atas menunjukkan kadar tindak balas suatu enzim pada julat suhu yang
berbeza. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
I Suhu tidak menunjukkan kesan ke atas tindak balas enzim
II Kadar tindak balas enzim semakin meningkat pada julat suhu 0 C – 30 °C
III Kadar tindak balas menurun selepas suhu 30 °C – 40 °C
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

27 Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan?


I Isi padu
II Bentuk bahan
III Luas permukaan
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
7ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

28
M

minyak masak

Rajah 6

Rajah 6 menunjukkan keputusan apabila dua bongkah M dan N dimasukkan ke dalam bikar
yang berisi minyak masak. Antara berikut, yang manakah benar?
I M adalah paling kurang tumpat
II N adalah paling tumpat
III Ketumpatan minyak masak lebih daripada ketumpatan M
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

29

P Q

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan dua jenis sel saraf P dan Q dalam badan manusia. Antara berikut,
yang manakah mewakili sel-sel saraf tersebut?

P Q
A Neuron deria Neuron perantaraan
B Neuron perantaraan Neuron motor
C Neuron motor Neuron deria
D Neuron motor Neuron perantaraan

30 Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan luar kawal?


A Batuk
B Mendengar
C Membaui
D Bercakap
8ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

31

P
Q

R
S

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan kelenjar-kelenjar endokrin yang utama dalam badan. Antara kelenjar
P,Q, R, dan S, yang manakah berfungsi apabila seseorang memakan madu dalam kuantiti yang
tinggi?
A P
B Q
C R
D S

32
organ deria neuron deria sistem saraf X

otot neuron motor

Rajah 3

Rajah 3 di atas menunjukkan pergerakan impuls dari organ deria hingga ke otot seorang budak
yang sedang menulis. Antara berikut, yang manakah mewakili sistem saraf X?
A Sistem saraf autonomi
B Sistem saraf pusat
C Sistem saraf periferi
D Sistem saraf somatik
33
kelenjar Y

ginjal

Rajah 5
Kelenjal Y, dalam Rajah 5, berfungsi untuk
A merangsangkan pertumbuhan
B menyediakan uterus untuk menerima ovum
C mengawal aras gula dalam darah
D menambahkan keupayaan badan untuk mengatasi tekanan hidup
9ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

34 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang saraf tunjang?


A Jirim kelabu terletak di sebelah luar jirim putih
B Merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusat
C Bersambung dengan medula oblongata
D Mengawal tindakan refleks

35

I
II

III
IV

Rajah 6

Berdasarkan Rajah 6 di atas, kekurangan hormon dari kelenjar manakah boleh menyebabkan
seseorang menghidap penyakit goiter?
A I
B II
C III
D IV

36 Bahagian otak yang manakah mengawal minda seseorang?


A Serebrum
B Serebelum
C Medula oblongata
D Saraf spina

X
37

reseptor

dendrit

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan suatu neuron deria. Bahagian berlabel X dikenal sebagai


A dendron
B akson
C sinaps
D badan sel
10 ujian pentaksiran 1
sains tingkatan 4
Mac 2019

38 Antara berikut, yang manakah bukan suatu tindakan luar kawal?


A Penganalisaan maklumat
B Pengawalaturan suhu badan
C Rembesan air liur
D Peristalsis dalam usus

39 Kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid akan mengakibatkan


A kadar metabolisme dipercepatkan
B penyakit goiter
C perkembangan otak kanak-kanak terencat
D perkembangan ciri-ciri seks sekunder terencat

40 Antara berikut, tindakan yang manakah tidak melibatkan deria kinestesis?


A Mengecamkan warna-warna yang berlainan
B Menyedari kedudukan badan
C Menganggar berat objek-objek
D Mengimbangi badan semasa berjalan dengan mata dipejam

______________________________SOALAN TAMAT_____________________________

Anda mungkin juga menyukai