Anda di halaman 1dari 3

HARIMAU DAN ARNAB

Di sebuah hutan, ada seekor Arnab yang tinggal di dalam satu lubang. Arnab itu sangat

rajin dan selalu mencari makanan di dalam hutan tersebut. Di hutan itu juga, tinggal seekor

Harimau yang garang. Semua binatang takut dengan Harimau itu kerana sangat licik dan bijak

menggunakan helah dalam mencari mangsa. Pada suatu hari, pada waktu malam ketika Harimau

sedang tidur, Arnab itu pun keluar mencari makanan. Arnab berjalan perlahan-lahan di dalam

gelap kerana takut terhadap Harimau yang garang itu. Arnab tak berapa nampak kerana gelap

sangat. Tiba-tiba, Arnab terlanggar sesuatu. Rupa-rupanya Arnab terlanggar Harimau yang tidur

lena itu. Harimau sangat marah kerana mengganggu dia semasa tidur.

Harimau : “Aum Aum, berani kamu kacau aku semasa tidur!, aku akan makan kau.”

Kata Harimau.(bunyi harimau)

(Arnab sangat takut kerana harimau jerit sangat kuat.)

Arnab : “Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak

kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan

bantuan satu hari nanti saya akan tolong.”

(Rayu sang tikus.)

Harimau : “Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong

saya? Hahaha… Saya adalah Raja Rimba… kenapa saya perlu bantuan

awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kecil, saya lepaskan awak.” Pergi

dari tempat saya dan jangan datang ke sini lagi.

(Balas Harimau sambil ketawa terbahak-bahak.)


Arnab : Terima kasih banyak Raja Rimba

(Pada masa itu seorang pemburu lalu di sana dan ternampak harimau yang besar dan

garang itu. Pemburu mula berfikir....)

Pemburu : Wah, besarnya harimau ini. Saya tetap akan menangkap harimau itu.

Pemburu mula memasang jaring agar boleh menangkap harimau itu.

Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan,

tiba-tiba dia terdengar suara Harimau meminta tolong.

Harimau : “Aum, tolong!, tolong!” jerit Harimau.

(Arnab berlari sekuat hati menuju ke arah suara harimau. Dia ternampak Si Harimau

terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu. Arnab

terus menggigit jaring itu sampai putus.)

Harimau : “Terima kasih Arnab, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang

awak boleh tolong saya.”

(Kata Harimau.)

Arnab : “Sama-sama.”

(Pada masa itu, pemburu tiba di sana. Pemburu sangat marah kerana tidak dapat

menangkap harimau tersebut. Pemburu mula serang arnab yang menolong harimau

tersebut. Arnab kelihatan sangat takut.)

Arnab : Jangan Jangan, maafkan saya, Saya hanya tolong Raja Rimba ini

Harimau : Hey manusia berani kau sentuh kawan baik saya...


(Pemburu itu sudah takut dan lari dari tempat itu dalam kadar yang cepat untuk

menyelamatkan diri. Arnab sangat terharu dan mengucap terima kasih kepada harimau)

Arnab : Terima kasih Raja Rimba.

Harimau : Sama-sama. Selepas ini, kita akan menjadi kawan baik selama-lamanya.

(lagu)

PENGAJARAN

Kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan

masing-masing. Harimau yang kuat pun tak boleh buka jaring, tapi Arnab yang lemah, boleh.

Kita perlulah menolong orang lain.