Anda di halaman 1dari 23

PENGHARGAAN

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada tuhan yang maha mulia kerana
mengurniakan saya tubuh badan yang sihat dan sempurna untuk saya memulakan dan
menyiapkan kerja kursus yang diberikan. Walaupun timbul beberapa masalah semasa
melengkapkan kerja kursus ini dengan pertolongan beberapa pihak akhirnya saya
dapat melengkapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Pertama sekali saya ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan kepada PUAN


LATIFAH BINTI A JAMIL, selaku pensyarah mata pelajaran Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia (EDU 3101) yang banyak memberikan pandangan dan nasihat yang berguna
untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau saya merasakan
bahawa kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Saya ingin berterima
kasih sekali lagi untuk kesungguhan beliau memimpin saya dan rakan sekelas lain
dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu
walaupun saya dan rakan lain menjumpainya lebih dari sekali. Pada masa yang sama,
saya juga berterima kasih kepada Encik Rashid yang juga merupakan pensyarah dari
Jabatan Ilmu Pendidikan Beliau telah memberi penerangan yang cukup jelas mengenai
kerja kursus di dewan semasa penyerahan keraja kursus kepada kami.

Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa saya. Mereka sentiasa menanyakan tentang kerja kursus
yang perlu saya siapkan dan menasihati saya supaya jangan menangguhkan kerja
yang diberi untuk mengelakkan kesulitan. Meraka juga sentiasa memberi sokongan dan
galakan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih buat rakan-rakan yang banyak
membantu dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sanggup bertukar bahan dan
maklumat yang dicari dengan saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
juga sanggup menegur dan menasihati saya jika terdapat sebarang kesilapan dalam
kerja kursus yang dibuat oleh saya.

1
PENGENALAN

Falsafah boleh dijelaskan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,


rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian
ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah
mencari serta membukti kebenaran dan memberi hala tuju atau pedoman untuk
perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Manakala falsafah pendidikan ialah
kajian berfalsafah tentang matlamat, proses, tabiat serta segala yang baik berkenaan
pendidikan.

Menurut Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tahun 1998
telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah
tradisional dan falsafah progresif. Ia digubal daripada usaha berfikir secara rasional dan
kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan
dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di


Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah satu


usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk perkembangan potensi individu dan kemajuan Negara dalam bidang pendidikan.
Berlandaskan kepada FPK, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan
untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta
membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu
melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang
baik dan berguna.

Insan yang paling penting dalam merealisasikan FPK ialah guru. Peranan guru
amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KSSR di negara kita, peranan
guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan
sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga
sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan dalam sistem
pendidikan.

Terdapat banyak kaedah atau cara yang perlu guru laksanakan sebagai
pendokong falasafah pendidikan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

Salah satu keadah yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di
sekolah ialah keadah pengajaran yang berkesan. Clarke dan Cutler (1990) menyatakan
keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian
terhadap proses dan objektif pembelajaran. Seorang guru perlu mempunyai keadahnya
yang tersendiri dalam menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Keadah pengajaran
yang berkesan meliputi kemahiran komunikasi guru, kesungguhan guru dalam
mengajar, penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan serta penguasaan terhadap
mata pelajaran yang diajar.

3
Seseorang guru perlu mempunyai kecekapan dalam berkomunikasi. Ini kerana
model utama guru adalah berkomunikasi. Guru perlu bercakap dengan tepat dan jelas
agar anak muridnya dapat memahami ilmu yang ingin disampaikan oleh guru.
Penggunaan bahasa juga perlu diambil berat oleh guru semasa berkomunikasi dengan
murid. Sebagai guru penguasaan bahasa yang baik dan tinggi amatlah diperlukan,
tetapi dia perlulah pandai menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan tahap
kebolehan pelajar. Cara berkomunikasi di dalam kelas agak berlainan sikit daripada
cara berkomunikasi di luar kelas iaitu semasa aktiviti badan beruniform, persatuan,
kelab dan permainan serta sukan. Prinsip berkomunikasi yang berkesan menjadi
penting dalam proses pengajaran.

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian juga merupakan


salah satu ciri yang perlu ada dalam pengajaran yang berkesan. Menurut Thomas &
Swartout (1963), hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu
membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan. ABM yang digunakan perlu melibatkan penggunaan deria pelajar seperti
pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan semua deria,
pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah
pelajar lebih mudah memahami.

Tujuan utama penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran adalah untuk
memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran. Ini akan menjadikan
proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat menerangkan konsep dengan
tepat. Terdapat beberapa kepentingan penggunan alat bantu mengajar iaitu, ia dapat
mempelbagaikan pendekatan pengajaran yang mempunyai pelbagai corak interaksi
antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. Tambahan lagi,
penggunaannya, dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar di samping
membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan dan menarik.

Selain itu, penguasaan guru tentang kurikulum atau kokurikulum yang diajar juga
mempengaruhi kaedah pengajaran untuk mencapai matlamat FPK. Guru perlulah

4
menguasai bidang akademik dan bukan akedemik seperti sukan dan permainan
sepenuhnya agar dapat menjadi guru yang berilmu pengetahuan tinggi dan mempunyai
kemahiran. Dengan itu, guru-guru dapat mengajar dan mendidik murid-murid dengan
baik tanpa keraguan. Ini adalah kerana ilmu itu sentiasa berkembang lanjutan dengan
penemuan baru dan inovasi. Oleh itu menjadi tanggungjawab guru untuk memperoleh
ilmu agar tidak ketinggalan dari segi profesional. Hal ini merujuk kepada ciri-ciri dan
elemen yang terkandung dalam FPG iaitu berpandangan progresif dan saintifik melalui
cabang falsafah epistemologi. Contohnya, semasa guru sukan mengajar acara
olahraga dia perlu mempunyai ilmu yang secukupnya dalam bidang tersebut bagi
mengelakkan sebarang masalah. Jika guru tidak mengajar cara memanaskan badan
yang betul dan merasakannya ia tidak penting, semasa berlari murid mungkin akan
mengalami kekejangan otot dan kaki.

Selain keadah pengajaran yang berkesan, guru juga perlu bertindak sebagai role
model atau pembentuk nilai untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Menurut Ragbir
Kaur (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
nilai-nilai murni yang tinggi. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti pribadi, professional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna.

Ciri-ciri bagi seorang guru yang perlu ada ialah kesabaran yang tinggi, cekal,
bersungguh-sungguh, rajin dan tidak berputus asa. Maka dengan itu, akan lahirlah
generasi muda yang mempunyai sifat nilai-nilai murni yang berjaya diterapkan oleh
guru-guru yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Elemen FPK seperti melahirkan rakyat
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara dapat direalisasikan. Ini adalah kerana implikasinya memberi kesan yang
baik kepada masyarakat. Mereka akan berusaha memiliki sifat-sifat yang baik seperti
toleransi, bertimbang rasa, hormat-menghormati dan mengadaptasikannya dalam
kehidupan seharian disamping masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama.

5
Tambahan pula, elemen berpekerti mulia yang terkandung dalam FPG perlulah
dihayati dan diamalkan oleh para guru yang bertindak sebagai pembentuk nilai murid
dalam mencapai FPK . Sahsiah guru yang baik seperti berbudi bahasa, bersopan,
berdisiplin, bermoral dan sebagainya adalah perlu bagi menjadi contoh dan teladan
yang baik kepada murid-murid dan masyarakat. Ianya berkaitan juga dengan cabang
falsafah aksiologi dan juga elemen FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia. Hasrat kerajaan adalah menginginkan rakyat yang mempunyai
perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai
prinsip hidup. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak
langsung akan diterapkan dalam jiwa murid.

Contohnya, jika guru mempunyai nilai berbudi bahasa yang tinggi, anak
muridnya juga akan mengikutnya. Apabila guru berkenaan tidak menghormati peraturan
sekolah, anak muridnya juga terpengaruh dengan perangainya dan melanggar
peraturan sekolah. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role
model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat
memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik
darjah dan dalam aktiviti kokurikulum. Terutamanya ciri disiplin dapat dipupuk melalui
aktiviti kokurikulum seperti Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah serta
melalui lain-lain aktiviti sukan.

Pengurusan bilik darjah juga merupakan salah satu keadah yang perlu
dilaksanakan oleh guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Menurut James Stoner,
(1985) pengurusan ialah suatu proses untuk merancang mengorganisasi, memimpin
dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain
organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Bilik darjah merupakan tempat
murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya.

Terdapat 3 komponen utama dalam pengurusan bilik darjah iaitu kepimpinan,


suasana darjah dan disiplin. Seseorang guru harus memiliki ciri kepimpinan yang tinggi
untuk menguruskan kelas dengan cara yang berkesan dan dapat memastikan proses

6
pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasan yang kondusif. Ketika
mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu respon
yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu
keputusan ke atas tingkah laku murid. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima
dan difahami oleh murid pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah
berdasarkan pertimbangan atas had yang telah dipersetujui dan dipatuhi dari segi
empat hak asasi murid iaitu; hak murid untuk belajar; hak guru untuk mengajar; hak
setiap individu untuk aspek keselamatan dari segi fizikal dan psikologi; dan hak setiap
individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan. Tanpa empat hak asasi murid ini
proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, suasana bilik darjah memainkan peranannya dalam pengurusan bilik
darjah. Suasana bilik darjah boleh dilihat daripada segi pengurusan aspek fizikal, sosial
dan juga emosi di bilik darjah. Suasana fizikal terdiri daripada susun atur perabot di
dalam kelas, pengudaraan, pencahayaan dan kebersihan serta keceriaan kelas. Guru
perlu memastikan hal ini bagi keselesaan semua.Manakala dalam suasana sosial pula
guru perlu merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa
guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi
bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan
pembelajaran. Dalam suasana emosi pula guru perlu memiliki kemahiran komunikasi
dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di
samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang dalam kalangan pelajar
untuk menjayakan FPK. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat
memotivasikan pelajar.

Selain suasana, disiplin juga merupakan salah satu komponen dalam pengurusan
bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan
mereka terhadap pelajarnnya. Masalah ini patut diambil perhatian oleh guru. Guru perlu
mendekati pelajar yang bermasalah dengan cara memberi nasihat dan teguran. Jika
masalah disiplin pelajar masih berlanjutan guru perlulah mengenakan tindakan disiplin
yang bersesuaian ke atas pelajar berkenaan sebagai pengajaran untuk melahirkan

7
murid yang berakhlak mulia seperti yang terkandung dalam FPK. Murid - murid juga
akan menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin serta keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi Hal ini juga penting bagi memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping dapat
menjamin keselamatan murid.

Selain pengurusan bilik darjah, guru perlulah bertindak sebagai penyelidik untuk
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pelaksanaan kurikulum
dan kokurikulum di sekolah. Seorang guru sudah semestinya akan menghadapi
pelbagai jenis masalah dalam bilik darjah ataupun semasa menjalankan aktiviti luar bilik
darjah seperti unit beruniform dan sukan. Masalah yang biasa timbul dalam kurikulum
adalah murid-murid kurang minat terhadap pengajaran guru, penggunaan alat bantuan
mengajar yang kurang berkesan, kegiatan kumpulan yang tidak efektif. Manakala
maslah yang timbul dalam aktiviti kokurikulum ialah murid-murid tidak aktif, kesukaran
untuk mengikuti aras latihan yang diberi dan tidak mempunyai minat dalam aktiviti
kokurikulum.

Bagi menangani masalah-masalah di dalam dan luar bilik darjah ini, seseorang
guru perlu menjalankan penyelidikan tindakan. Penyelidikan tindakan ini lazimnya
dijalankan secara kumpulan. Pertalian antara teori dan amalan dititikberatkan.
Penyelidikan tindaakn ini bertindak sebagai penyelesaian bagi setiap masalah yang
timbul. Contohnya, jika pelajar tidak mempunyai minat terhadap aktiviti kokurikulum
penyelesaian masalah perlu dicari oleh guru. Penyelidikan tindakan terdiri daripada
empat langkah utama. Yang pertama ialah guru perlu mengenal pasti masalah yang
dialami pelajar. Yang kedua ialah merancang aktiviti yang perlu dilaksanakan.
Seterusnya ialah melaksankan rancangan dan yang terakhir ialah membuat renungan
seperti analisis, kesimpulan dan refleksi. Tindakan susulan perlu diambil berdasarkan
dapatan-dapatan kajian. Melalui cara ini, mutu pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan lagi di samping menjayakan matlamat FPK dalam kurikulum dan
kokurikulum.

8
Tambahan lagi, guru perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang teknolgi
maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Pada zaman
globalisasi ini, penggunaan ICT sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama
fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Menurut Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus
berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan
golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di
Malaysia. Selain itu, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan
kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti dalam kalangan
guru dan murid dalam penguasaan ICT.

Guru juga perlu memainkan peranan dalam memperkenalkan ICT kepada murid-
murid supaya murid tidak ketinggalan zaman. Guru boleh mengunakan ICT semasa
mengajar murid-murid di dalam kelas. Ini dapat menarik minat murid-murid di samping
membantu guru untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik. Dalam aktiviti kokurikulum juga penggunaan ICT semakin berkembang.
Contohnya, untuk melihat kesilapan semasa bermain guru boleh merakam permainan
dan memberitahu kesilapan para pemain. Melalui ini murid dapat melihat sendiri
kesilapan yang dilakukan. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang
ICT supaya dapat menjayakan matlamat ICT dalam pelaksanaan Kurikulum dan
kokurikulum.

Guru perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak


kerja ko-kurikulum untuk menjayakan matlamat FPK dalam Pelaksanaan Kokurikulum
di sekolah. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang
dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti
kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik
darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan
adalah terancang. Ia dilaksanakan di sekolah diharapkan dapat menyemai sifat-sifat

9
kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan
murid. Aktiviti ko-kurikulum perlu dirancang supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani
dan rohani seperti yang terkandung dalam FPK.

Selain itu, dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk
mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
mengembirakan murid-murid. Perhubungan antara guru dengan murid juga dapat
diwujudkan. Manakala dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu
melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk
masyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Guru juga harus memberi peluang yang secukupnya kepada murid-murid untuk
menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan potensi individu, bakat
serta kemahiran masing-masing. Selain itu, perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan
ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu,
membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat serta meningkatkan
mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan lagi integrasi dalam kalangan mereka.

Kesimpulanya, terdapat banyak kaedah atau cara yang perlu guru laksanakan
sebagai pendokong falasafah pendidikan untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
Dengan menguasai keadah-keadah ini guru dapat memenuhi Matlamat Pendidikan
Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang berguna dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

10
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan
prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia
mengabungkan matlamat, dasar-dasar serta amalan-amalan pendidikan sebagai satu
identiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Guru memainkan peranan penting
dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan di serantau. Terdapat banyak kaedah yang perlu guru laksanakan sebagai
pendokong falasafah pendidikan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Pada masa
yang sama guru juga terpaksa menghadapi pelbagai halangan dalam menjayakan
matlamat FPK.

Halangan utama yang dihadapi dalam menjayakan matlamat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan masalah dari segi pelajar. Pelajar merupakan insan yang
penting dalam menjayakan FPK. Jika pelajar itu sendiri tidak mempunyai minat untuk
belajar percaya FPK di Negara kita mencapai matlamatnya. Minat merupakan faktor
yang penting untuk mempelajari sesuatu perkara. Tanpa adanya minat pelajar tidak
akan memahami apa yang diajarkan oleh para guru. Contohnya, jika pelajar datang ke
sekolah dan memasuki kelas hanya kerana desakan ibu bapa atau akur kepada
peraturan sekolah sudah semestinya pelajar itu hanya akan duduk dan menghabiskan
masa dengan tanpa belajar. Hal yang sama juga berlaku apabila pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum tanpa mempunyai minat merka hanya akan menyertainya untuk sijil
sahaja. Jika hal ini berterusan elemen FPK khususnya unsur intelek dan jasmani sudah
semestinya tidak dapat dicapai.

Faktor pengaruh daripada rakan sebaya juga memberi kesan kepada murid-
murid untuk tidak mengikuti pembelajaran yang dirancang oleh gru-guru. Pemilihan
rakan sebaya yang baik sangatlah penting. Jika rakan sebaya yang dipilih salah, pelajar
cenderung untuk mengikuti rakan-rakan tersebut tanpa memikirkan keburukkan.
Mereka hanya akan memikirkan keseronokkan ketika berada di luar sekolah dengan
melakukan aktiviti yang kurang kurang sihat selepas memontong kelas tambahan atau
aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Apabila pelajar mendapat keseronokkan

11
di luar, mereka akan mula membenci sekolah serta menyebabkan matlamat FPK dalam
memperkembangkan potensi individu tidak tercapai.

Selain itu, masalah kemiskinan keluarga pelajar juga menjadi halangan bagi
mencapai matlamat FPK. Pelajar diberhentikan sekolah kerana faktor kemiskinan.
Mereka dikehendaki bekerja dan menanggung keluarga masing-masing pada usia yang
muda lagi. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana menurut prinsip FPK
ada menyebut mengenai elemen pendidikan sebagai satu usaha berterusan. Ia
merupakan suatu usaha berterusan untuk mendapatkan ilmu dan tiada had dari segi
jangka waktu. Jika anak-anak diberhentikan daripada meneruskan persekolahan
mereka, kemungkinan pembelajaran secara berterusan tidak akan berlaku dan
menyebabkan pendidikan di Malaysia tidak mencapai matlamatnya. Elemen intelek
dalam FPK juga tidak dapat dicapai.

Terdapat banyak halangan dari pihak ibu bapa yang terpaksa dihadapi oleh para
guru dalam menjayakan matlamat FPK. Ibu bapa kurang memainkan peranan dan tidak
memberi sokongan yang baik kapada pihak sekolah dalam segala aktiviti dan program
yang dirancang di sekolah untuk anak-anak mereka. Sebagai contoh, terdapat ibu bapa
yang tidak menyokong serta tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai
program-program yang diadakan di sekolah berkaitan dengan kurikulum mahupun
kokurikulum. Ini mungkin disebabkan rasa kurang percaya kepada pihak sekolah dan
anak-anak mereka untuk berada di sekolah selepas waktu persekolahan. Sebenarnya,
program-program yang dirancang oleh pihak sekolah bukanlah berdasarkan kurikulum
sahaja malah ia meliputi juga keperluan yang lain bagi seseorang murid itu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial untuk perkembangan potensi murid-murid
seperti yang terdapat dalam prinsip FPK iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh.

Tambahan pula, ibu bapa tidak mengambil berat, terhadap anak mereka selepas
menghantar ke sekolah juga merupakan salah satu halangan yang terpaksa dihadapi
oleh guru dalam menjayakan matlamt FPK. Ibu bapa tidak mengenali guru anak-anak
mereka dan tidak pernah berbincang dengan guru mengenai tingkah laku anak mereka
di sekolah dan tentang perkembangan mereka dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

12
Ini menyebabkan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar tersebut tidak dapat
disampaikan kepada ibu bapanya. Selain masalah, guru juga tidak dapat
menyampaikan sebarang perkembangan pelajar kepada ibu bapa kerana ibu bapa tidak
mempedulikan mengenai anak mereka selepas hantar ke sekolah. Ini menyebabkan
pelajar berani melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan sekolah seperti
ponteng sekolah. Sebagai kesannya, matlamat FPK dalam mencapai rakyat yang
berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia tidak dapat dicapai.

Ketidak penerapan budaya membaca sebagai amalan oleh ibu bapa sejak kecil
lagi menjadi salah satu halangan yang menyebabkan guru menghadapi kesukaran
dalam menjayakan matlamat FPK yang menekankan perkembangan jasmani, emosi,
rohani, intelek serta sosial. Sememangnya, masyarakat Malaysia terkenal sebgai
masyarakat yang malas membaca lebih-lebih lagi apabila bahan bacaan tersebut
berbentuk ilmiah. Penyakit ini menular dari generasi ke generasi dan akhirnya lahirlah
masyarakat yang tidak mantap ilmu pengetahuannya. Sebagai ibu bapa, mereka
hendaklah menanam budaya membaca bermula di rumah lagi. Amalan yang ditanam
sejak kecil lagi akan berterusan hingga ke dewasa. Masalah bermula apabila ibu bapa
tidak menjelaskan kepentingan membaca kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga
perlu bertindak sebagai contoh kepada anak-anak mereka dengan mengamalkan
budaya membaca.

Seterusnya, halangan di sekolah dari segi pentadbiran, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru serta kawasan sekolah yang tidak selesa juga menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam menjayakan matlamat FPK. Sekolah merupakan sebuah institusi
pendidikan yang bersifat dinamik, yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan
konflik. Konflik mudah berlaku dalam organisasi sekolah dan terdapat dalam pelbagai
bentuk iaitu dari perkara-perkra yang remeh hinggalah kepada perkara yang lebih
kompleks. Konflik di dalam sesebuah organisasi boleh menyebabkan timbulnya
pelbagai masalah yang memberi kesan terhadap pentadbiran sekolah sehingga
menyebabkan matlamat FPK tidak dapat dijayakan. Contoh konflik yang selalunya
timbul ialah perselisihan faham antara guru sehingga menyebabkan guru lupa terhadap
tanggungjawabnya sebagai role model kepada anak muridnya.

13
Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak prihatin terhadap
pelajar dan sekolah juga menjadi halangan kepada guru dalam menjayakan matlamat
FPK. Peranan ibu bapa dalam PIBG adalah sangat penting dalam meningkatkan
pencapaian akademik dan bukan akademik pelajar. Ini kerana melalui persatuan ini
guru dan ibu bapa dapat duduk bersama dan berbincang pelbagai isu yang berkaitan
dengan sekolah dan pelajar. Jika PIBG yang terdapat di sekolah tidak memainkan
peranannya dengan baik ia akan menyebabkan masalah kepada sekolah di samping
menyebabkan hubungan antara tiga pihak iaitu, guru, ibu bapa dan pihak sekolah
menjadi tegang. Tambahan lagi, apabila persatuan ini tidak memberi sokongan yang
kukuh terhadap program-program yang dirancang oleh guru di sekolah, ia akan
menyebabkan pelbagai masalah seperti masalah kewangan timbul.

Kekurangan prasarana dan kemudahan lain juga menjadi halangan kepada guru
dalam menjayakan matlamat FPK. Kekurangan prasarana seperti kekurangan buku di
pusat sumber, kekurangan meja dan kerusi dalam kelas serta kekurangan bahan di
makmal dan bengkel menyebabkan guru menghadapi kesusahan dalam menjayakan
FPK dalam bidang akedemik. Contohnya, jika pelajar tidak mempunyai duit dia akan
pergi ke pusat sumber untuk meminjam buku yang dikehendaki. Tetapi jika di
perpustakaan tidak terdapat buku yang diinginkan ia menyebabkan minat pelajar untuk
belajar menjadi kurang. Hal yang sama juga berlaku dalam bidang sukan. Apabila
berlaku kekurangan peralatan sukan guru tidak dapat mengajar anak muridnya dengan
baik dan menyebabkan elemen-eleman seperti jasmani tidak dapat dicapai. Pelajar
akan menjadi tidak selesa untuk berada di sekolah dalam keadaan serba kekurangan.
Ini menyebabkan minat pelajar menjadi kurang dan mengagalkan matlamat FPK.

Selain itu, suasana bilik darjah yang kecil dengan bilangan pelajar yang ramai
juga menjadi halangan kepada guru dalam menjayakan matlamat FPK. Guru tidak
dapat mengawal kelas yang bilangan murid yang ramai. Walaupun guru dapat
mengawalnya, guru tidak dapat memastikan yang kesemua pelajarnya dapat
memahami apa yang diajarnya. Oleh itu, suasana kawasan sekolah dan prasarana
yang serba kekurangan menjadi halangan kepada guru untuk menjayakan matlamat
FPK dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

14
Guru itu sendiri juga menjadi halangan dalam menjayakan matlamat FPK.
Ketrampilan guru mempengaruhi aktiviti pengjaran dan pembelajaran di sekolah. Guru
merupakan role model kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah. Segala yang
ditunjukkan oleh guru tidak kira perlakuan, tutur bicara, adab dan sebagainya akan
diperhatikan dan diamalkan oleh anak didiknya. Selain itu, suasana pembelajaran
banyak dipengaruhi oleh keterampilan guru. Sebagai contoh, seorang guru yang
"moody" ataupun masuk ke kelas dalam keadaan tidak brsemangat, sudah pasti pelajar
turut terpengaruh dengan suasana tersebut. Akhirnya, kelas akan menjadi pasif dan
tidak berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Malah ada yang mengatakan
bahawa penampilan luaran seorang guru turut menjadi salah satu sebab pelajar ingin
belajar. Penampilan luaran guru yang tidak mengikut etika perguruan yang ditetapkan
akan menyebabkan pelajarnya tidak mengaku gurunya sebagai pendidik.

Selain itu, guru tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga menjadi penghalang dalam menjayakan matamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini.
Semua insane alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatnya. Apatah lagi sebagai
guru, perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang
bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlu melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi
ini. Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran
(Giesert & Futrell, 1990). Para guru yang tidak mahir menggunakan ICT untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran menyebabkan dia ketinggalan zaman. Guru terpaksa
menanggung beban kerja yang lebih dari guru lain yang menggunakan ICT dalam
Pengajaran dan Pembalajaran. Oleh itu, kekurangan pengetahuan ICT dalam kalangan
guru menjadi sebagai halangan dalam menjayakan matlamat FPK.

Kesimpulannya, terdapat banyak halangan dari segi pelajar, ibu bapa, sekolah
dan guru itu sendiri dalam menjayakan matlamat FPK untuk melahirkan pelajar yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan serta yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluaraga, masyarakat dan Negara.

15
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi keseluruhan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bertangggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan hidup. FPK
mempunyai beberapa elemen dan matlamat untuk dicapai. Dalam mencapai matlamat
FPK guru terpaksa menghadapi pelbagai jenis rintangan dari pelbagai pihak. Setiap
masalah mempunyai jalan penyelesaiannya tersendiri. Begitu juaga dengan setiap
halangan yang dihadapi oleh guru dalam menjayakan matlamat FPK juga mempunyai
cara penambahbaikannya yang tersendiri.

Cara penambahbaikan bermula daripada guru itu sendiri. Guru perlu menguasai
keadah pengajaran yang berkesan juga merupakan salah satu cara penambaikan yang
dapat membantu guru untuk mengatasi halangan dan menjayakan matlamat FPK.
Seorang guru perlu mempunyai keadahnya yang tersendiri dalam menyampaikan ilmu
kepada anak muridnya. Keadah pengajaran yang berkesan meliputi kemahiran
komunikasi guru, kesungguhan guru dalam mengajar, penggunaan alat bantu mengajar
yang berkesan serta penguasaan terhadap mata pelajaran yang diajar. Terdapat
banyak keadah-keadah pengajaran seperti bercerita, perbincangan,bermain,latih tubi,
menyelesaikan masalah, brain storming yang dapat digunakan untuk mengembalikan
minat pelajar terhadap sesuatu subjek.

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik juga dapat menarik minat
dan perhatian pelajar untuk belajar. Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang
pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar,
dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Hal ini sudah semestinya
menimbulkan perasaan ingin belajar. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu
dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang
melibatkan pekara yang abstrak. Oleh itu, guru perlu menguasai kesemua keadah
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan dapat
mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat untuk belajar.

16
Kurangnya pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) merupakan salah satu halangan yang perlu diatasi oleh guru. Sebenarnya
teknolgi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru dengan
penggunaan teknologi untuk pengajaran. Winston Churcil menyatakan bahawa
empayar masa akan datang ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk perkembangan
minda dan fikiran murid ICT akan menjadi keadah yang terbaik. Pendekatan pengajaran
tradisional secra sogokan nota-nota tidak dapat lagi diamalkan lagi.

Untuk mengatasi masalah ini guru tersebut perlulah melibatkan diri dalam
pelbagai kursus mengenai ICT dan kepentingannya yang dianjurkan oleh kerajaan
untuk meningkatakan kesedaran tekonologi. Melalui ini juga guru dapat merealisasikan
hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan ICT. Proses
pengajaran juga akan menjadi lebih menarik apabila guru menggunakan ICT di
samping dapat meringankan tugas guru. Guru juga perlu mengambil inisiatif sendiri
untuk mempelajari ICT mengikut peredaran masa dan kepentingannya.

Tambahan lagi, guru besar atau pengetua sepatutnya memainkan peranannya


dengan betul juga merupakan salah satu cara penambahbaikan yang dapat membantu
guru dalam mengatasi halangan. Pemimpin sekolah perlu memastikan pentadbiran
sekolah berada dalam keadaan yang selamat dan tidak menganggu proses
pembelajaran pelajar. Bagi melicinkan pentadbiran, organisasi sekolah akan
dibahagikan kepada beberapa jabatan. Masalah akan timbul apabila wujudnya keadaan
saling bergantungan antara jabatan sehingga masing-masing ingin menunjukkan kuasa
mereka. Contonya, Konflik mula timbul antara panitia apabila sesuatu pencapaian
sekolah diukur berdasarkan pencapaian keseluruhan sekolah. Jadi guru besar atau
pengetua perlu memainkan peranan sebagai pemimpin untuk mengatasi masalah
pentadbiran sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranannya untuk penambahbaikan
bagi mengatasi halangan dari segi sokongan kepada sekolah. Ibu bapa perlu insaf dan
sedar akan kepentingan belajar dengan memberi sokongan yang kukuh kepada
sekolah. Apabila pihak sekolah mendapat sokongan yang penuh dari ibu bapa sudah
semestinya berlaku hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa yang dapat

17
memastikan perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu percaya bahawa guru-
guru merupakan gentian mereka yang sentiasa mengajar pelajarnya untuk
perkembangan pontensi mereka. Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan
membantu guru apabila, pihak sekolah mengadakan pelbagai program untuk anak-anak
mereka.

Tambahan lagi, ibu bapa perlu menerapkan budaya membaca sebagai amalan
sejak kecil lagi merupakan penambahbaikan yang bolek dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengatasi masalah membaca. Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya
memberikan bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek pembacaan
anak-anak. Ibu bapa menjadi tunggak atau pendorong utama dalam memupuk sikap
membaca generasi muda kita kelak. Maka, pelbagai peranan yang mampu
dilaksanakan oleh ibu bapa dalam menyelesaikan isu ini. Ibu bapa perlulah
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Mereka perlulah
sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-
bahan penting seperti akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka.

Malah, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian


dengan peringkat umur anak mereka. Bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan
bahan bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Kepelbagaian bahan
bacaan ini mampu memberikan satu dimensi pengetahuan yang unik Malahan, satu
sudut khas untuk menyimpan buku atau ruang membaca harus disediakan di rumah
oleh ibu bapa. Ruang atau bilik ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan
kerusi serta meja untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Bilik ini boleh
menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa lapang mereka dengan begitu
berfaedah. Dengan cara ini ibu bapa dapatlah membentuk budaya membaca dalam
kalangan pelajar di samping menjadi penambaik untuk mencapai matlamat FPK.

Seterunya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah proaktif juga
merupakan salah satu penambahbaikan yang dapat diambil untuk mengatasi masalah
yang timbul di sekolah. PIBG semestinya memegang amanah sebagai persatuan yang
berjuang dan memperjuangkan kebajikan ahlinya sekaligus mendasarkannya kepada
kepentingan pelajar dan murid. Ini bermakna PIBG terutama pemimpinnya tentulah

18
tidak wajar menjadikan persatuan sebagai batu loncatan untuk kepentingan peribadi
sama ada yang berkecenderungan politik, ekonomi atau kepentingan peribadi. PIBG
perlu berperanan sebagai penjaga. Peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam
menyerlahkan prestasi anak-anak ialah sebagai penjaga. Ibu bapa seharusnya menjadi
penjaga yang bertanggungjawab. Ini bererti segala keperluan asas seharusnya
dipenuhi mengikut kemampuan dan kesesuaian. Sebagai penjaga, ibu bapa juga
seharusnya bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal dan mental anak. Pada
peringkat sekolah, guru yang mengisi sebahagian daripada komposisi PIBG
seharusnya berperanan sebagai ibu bapa yang mengambil berat setiap keperluan dan
kebajikan pelajar.

Selain itu, PIBG juga boleh membantu pelajar miskin langkah mengatasi
halangan kemiskinan pelajar. Setiap PIBG peringkat sekolah disarankan menyediakan
bank data sendiri dengan menyenaraikan semua pelajar miskin yang berhak dibantu.
PIBG patut menjadikan usaha membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada
agenda utama supaya golongan ini dapat belajar dengan selesa sepertimana pelajar
lain. Pada masa sama PIBG perlu beriktiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan
seminar motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga
berkenaan. Penyertaan dalam program ini akan memberi rangsangan dan motivasi
kepada mereka untuk meneruskan persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian
ke menara gading dan merangkul segulung ijazah. Kejayaan ini sekaligus dapat
membebaskan mereka daripada kemelut kemiskinan sambil menjayakan matlamat FPK
dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Selain guru, ibu bapa, PIBG kerajaan merupakan kuasa yang besar dalam
memastikan kejayaan matlamat FPK. Oleh itu, kerajaan yang peka terhadap pendidikan
Negara boleh menjadi langkah penambahbaik kepada halangan yang dihadapi dalam
mencapai matlamat FPK. Kerajaan mengambil pelbagai inisiatif dalam menyediakan
prasarana sekolah yang sempurna untuk keselesaan semua. Kerajaan
memperuntukkan RM21.5 bilion atau 25 peratus daripada Bajet 2005 untuk sektor
pendidikan yang jelas menunjukkan komitmen berterusan untuk mengubah nasib
bangsa melalui pendidikan. Malah sebahagian besar usaha dalam pembangunan

19
Kementerian Pelajaran untuk RMK ke-9 disalurkan bagi memperbaiki pendidikan
pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Keutamaan ini diberi sepenuh perhatian, tidak lain dan tidak bukan, kerana
kerajaan sedar bahawa hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju bergantung
kepada asas pendidikan dan pembentukan insan yang berilmu, ada jati diri dan
berakhlak tinggi. Sejajar dengan itulah, konsep Pendidikan Bestari, saranan bijak
Perdana Menteri, untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, jika dilaksanakan
mampu membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan negara.
Ini kerana konsep Pendidikan Bestari menjurus kepada pendidikan yang lebih berkualiti
dan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang jauh berbeza daripada cara
lama. Melalui pelbagai rancangan, kerajaan sentiasa mengutamakan pendidikan.
Kerajaan perlu memastikan segala dana dan bantuan kewangan yang diperuntukkan
betul-betul sampai ke sekolah yang memerlukannya bagi mengelakkan masalah
kekurangan prasarana dan lain-lain keperluan sekolah.

Seterusnya, sebagai langkah penambahbaikan juga kerajaan perlulah


menambahkan bilangan sekolah bestari dan Kluster serta sekolah wawasan. Sekolah
Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih, dengan
pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains
dan teknologi. Secara khususnya, objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar
supaya cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran
mereka yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan
pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran
Wawasan 2020 di samping menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah
Kluster pula ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian
murid. Selain untuk melonjakkan pencapaian kurikulum, kerajaan juga perlu
menubuhkan lebih banyak sekolah sukan sebagai penambaikan untuk mencapai
matlamat FPK dalam elemen jasmani juga.

20
Kesimpulannya, setiap halangan dalam mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mumpunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Jadi
semua pihak perlulah bergabung tenaga dalam menjayakan FPK. Tujuan pendidikan
tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tepi adalah
untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
insan, ahli keluarga dan masyarakat serta warganaeagara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kepada Negara. Dengan mencapi
FPK Negara kita dapat bersaing pada peringkat kebangsaan dalam bidang kurikulum
mahupun bidang kokurikulum yang merangkumi sukan.

21
REFLEKSI

Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, saya telah mengelola banyak
ilmu dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini dengan lancar dan baik. Saya juga berasa puas hati
dengan tugasan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh yang
telah ditetapkan oleh pensyarah mata pelajaran Falsafah dan Penddikan di Malaysia
saya iaitu PUAN LATIFAH BINTI A JAMIL.

Saya dikehendaki menjawab tiga soalan untuk menyipakan tugasan ini. Soalan
yang pertama ialah bagaimana guru dapat menjayakan matalamat FPK dalam
pelaksaan kurikulum dan kokurikulum. Soalan kedua ialah ialah mengenai halangan
yang mungkin dihadapi oleh guru dalam menjayakan matlamat FPK. Manakala Soalan
ketika ialah cadangan penambahbaikan yang dapat membantu guru untuk mengatasi
halangan tersebut. Setiap soalan ini saling bergantugan. Tugasan ini perlu
dilaksanakan secara invidu.

Sebagai langkah pertama saya telah menoleh ke Pusat Sumber Za’ Ba untuk
memperolehi maklumat yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Dengan bantuan
pihak sumber saya telah kenal pasti beberapa bahan rujukan yang berkaitan dengan
tugasan ini. Maka saya meminjam bahan tersebut lantas menganalisis data dan
menukarnya ke bentuk ilmiah. Semasa menghasilkan data saya senantiasa
berhubung, berinteraksi dan bekongsi maklumat dengan rakan-rakan saya. Mereka
amat berganding bahu dan memberi respons yang positif lagi membanggakan. Setelah
menyiapkan tugasan dengan sempurna baharulah saya mencetak keluar kandungan
tugasan dan menghasilkan ia sebagai folio yang tersusun.

Melalui tugasan ini, saya telah dapat memahami kepentingan FPK dalam dasar
pendidikan Negara kita. Pendidikan merupakan satu usaha berterusan ke arah
memperkembangankan potensi individu untuk melahirkan insan yang seimbang dari
semua segi. Selain itu, pendidikan juga adalah merupakan satu kekuatan nasional yang

22
boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Oleh itu, Falsafah
Pendiddikan Kebangsaan perlu mencapai matlamatnya untuk melahirkan
warganaeagara Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Selain itu, melaui tugasan ini juga saya dapat memahami peranan guru dalam
menjayakan matlamat FPK. Ini sangat penting bagi saya dan rakan-rakan lain yang
merupakan pendokong FPK pada masa akan datang. Saya juga telah mengetahui
halangan yang terpaksa dihadapi oleh guru dalam menjayakan FPK di samping
mempelajari cadangan penambahbaikannya.

Seterusnya, melalui kerja kursus ini juga ciri-ciri yang baik dapat dipupuk.
Contohnya ialah menepati masa. Kita perlu mengantar kerja kursus dalam tempoh yang
ditetapkan. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru pelatih seperti saya agar
lebih bertanggungjawab dan menepati masa dalam semua perkara. Selain itu kerja
kursus ini juga dapat memupuk nilai kerjasama antara satu sama lain.

Akhirnya, untuk menyiapkan kerja kursus ini pensyarah bimbingan saya telah
memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada saya. Tanpa pertolongan beliau tidak
mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan, yang banyak memberi dorongan dan
tunjuk ajar kepada saya.

23