Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI ANTARA KEPELBAGAIAN TAMADUN DI ASIA

Interaksi Antara Tamadun


INTERAKSI ANTARA TAMADUN
2.0 Pendahuluan
2.1 Interaksi Antara Tamadun
2.2 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
2.3 Nilai-nilai Universal Tamadun Asia.
2.4 Kesan Interaksi antara Tamadun di Malaysia

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

2.0 Pendahuluan

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tab’iyy.
Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia
sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah
berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar
belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu
pegangan dan kepercayaan. Dalam konteks Malaysia, perbezaan tetap wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada
dalam satu unit politik yang sama. Persamaan ini pula merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu mempunyai pegangan
dan kepercayaan serta amalan-amalan dari sesuatu kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan
keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat,
sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing
terhadap kuasa ghaib. Kuasa ghaib ini di katogerikan kepada dua tanggapan, iaitu kuasa ghaib yang terasing dan tidak sama
dengan alam dan kuasa ghaib yang berada di alam. Dalam perbincangan teologi, hal ini dikenali dengan kuasa yang trancendent
(tanzih). Tanggapan kedua terhadap kuasa ghaib ini adalah immanent (tashbih).

Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang
berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun
Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-
tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai Clash of
civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar
pembinaannya berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara
antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur
yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia
sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga masa kini.

Kerencaman tamadun dan budaya di Asia walaupun pernah tercalar oleh beberapa konflik dalaman seperti konflik antara agama
dan etnik di India, Sri Langka dan lain-lain wilayah, tidak bererti perbezaan lebih dominan berbanding persamaan yang wujud antara
tamadun-tamadun ini. Sejarah ketamadunan Asia telah membuktikan wujud interaksi antara tamadun yang membawa kepada
perkongsian ilmu dan teknologi, pertukaran nilai dan budaya serta perpaduan peringkat nasional.

Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti utama wujudnya interaksi antara tamadun.
Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah laluan perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan negara ini kepada
pelbagai pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justru itu, pengaruh Tamadun Islam,
China, India dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia, tanpa
menafikan hak ketuanan Melayu sebagai bangsa peribumi dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan perkembanagn
tamadun negara ini.

Anda mungkin juga menyukai