Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROJEK PERKEBUNAN

“Purple Farm”

MENGGUNAKAN

KAEDAH HIDROPONIK

TAHUN 2019

Disediakan Oleh,

Ahmad Syafik Bin Che yaacob


KERTAS KERJA
PROJEK PERKEBUNAN MENGGUNAKAN
KAEDAH HIDROPONIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2
2019

1.0 TAJUK
Kertas kerja Projek Perkebunan Bandar menggunakan kaedah hidroponik “Purple Farm”

2.0 PENDAHULUAN
Projek Perkebunan Menggunakan Kaedah Hidroponik telah dicadangkan bagi memberi
peluang kepada murid-murid ini memperolehi pengalaman berkebun dengan lebih jelas
berdasarkan silibus RBT tahun 6 Subtopik teknologi Pertanian. Secara tidak langsung
murid-murid ini juga dapat menyemai semangat bekerjasama dan membina keyakinan
diri kea rah menjadi individu yang berdikari pada masa hadapan.

Pada peringkat awal,projek ini akan dibimbing oleh Ahmad Syafik B Che Yaacob dan
dilaksanakan di Rumah Hidroponik Purple Farm bersebelahan kantin sekolah. Sayuran
Hidroponik yang akan ditanam secara bergilir-gilir. Sayurannya adalah sawi, kangkung,
bayam, dan pegaga.

3.0 RASIONAL
Kurikulum sekolah biasanya tertumpu kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah sahaja. Bagi murid-murid pengalaman menerusi penglibatan diri
dalam aktiviti yang nyata boleh mencapai objektif yang lebih berkesan.

Projek Perbebunan Menggunakan Kaedah Hidroponik ini akan dapat membantu mereka
melibatkan diri dengan sesuatu realiti dan jelas dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran perkebunan. Aktiviti ini juga dapat menarik minat dan mengukuhkan usaha
murid untuk menjadi individu yang berproduktif dalam melahirkan insan yang berpotensi
cemerlang.

Selain itu, dapat membina semangat guru sebagai penjana pendidikan transformasi
Negara dalam melahirkan murid-murid yang berpotensi untuk berdikari dan berdaya
saing dalam masyarakat.
4.0 MATLAMAT
4.1 Kaedah Hidroponik ini sebagai pendedahan tentang pengetahuan asas perkebunan
moden untuk diusahakan.
4.2 Memberikan pendedahan kemahiran asas dalam penyediaan penanaman sayuran
hidroponik.
4.3 Menghasilkan sayuran yang segar dan bermutu tinggi dari hasil usaha tanaman
murid.
4.4 Menjalankan aktiviti luar bilik darjah yang bermakna.
4.5 Membantu murid mengenal jenis sayuran, cara penanaman dan penjagaan sayuran
hidroponik.
4.6 Memperluaskan projek hidroponik sebagai satu kerjaya yang menghasilkan
pendapatan.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Membolehkan murid menjalankan aktiviti berkebun semasa mata pelajaran
Kemahiran Hidup Perkebunan.
5.2 Sebagai sumber bagi murid Tahun 6 yang memerlukan bahan pembelajaran yang
realiti dengan berkesan dan bermakna.
5.3 Memberi peluang kepada murid tahun 6 untuk merasai pengalaman berkebun
secara moden.
5.4 Sebagai tempat memberi latihan asas kepada murid pendidikan khas yang
berupaya dan berminat dalam pekerjaan perkebunan.
5.5 Memupuk sikap berdikari dan tahu mengurus kerja dengan bermakna.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Projek Perkebunan Menggunakan Kaedah Hidroponik untuk murid-murid Tahun 6
selaras dengan silibus Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 subtopik Teknologi pertanian

7.0 LOKASI
Rumah Hidroponik yang telah dibina bersebelahan kantin sekolah.

8.0 KOS PELAKSANAAN

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa item untuk dirujuk oleh pihak yang terlibat.
9.1 Sebut harga seperti di lampiran 1.

9.2 Takungan Hidroponik seperti di lampiran 2.

9.3 Takung yang diperlukan adalah 10 buah

Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah

1. SET HIDROPONIK

a) 1 Takungan Hidroponik
b) 1 Penutup (8 lubang) RM 50.00 10 RM 500.00
c) 1 Baja hidroponik ( untuk setahun)
d) 8 Bakul Media
e) 1 Cawan Penyukat
f) 1 leca hidroton
g) 2 Jenis Benih

2. Apron RM 15.00 10 RM 150.00

JUMLAH RM 0.00 RM 650.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber Kewangan : Sekolah RM 650.00


10.0 JADUAL PELAKSANAAN

Bil Jangka Masa Perkara

1. Januari- Mac  Pembinanaan Rumah Hidroponik dan pembelian takung


hidroponik.

2. Januari  Pengenalan kaedah hidoponik kepada pelajar.


 Pengenalan set hidroponik.
 Penyediaan bakul media dan benang media.
 Penyediaan bancuhan baja hidroponik.

3. Januari-  Penyemaian benih Sawi.


September
 Penanaman anak benih ke dalam taking hidroponik.

4. Januari-  Penjagaan sayuran hidroponik. ( 3- 4 minggu)


September
 Memetik hasil sayuran.

5. Januari-  Membersihkan taking hidroponik.


September
 Penyediaan bakul media dan benang media.
 Penyediaan bancuhan baja hidropnik.
 Penyemaian benih kangkung.
6. Januari-  Penanaman anak benih ke dalam taking hidroponik.
September
 Penjagaan sayuran (3- 4 minggu)

7. Setiap hujung  Memetik hasil sayuran.


bulan
 Membersihkan takungan hidroponik.
 Penyediaan bakul media dan benang media.
 Penyediaan bancuhan baja hidroponik.

11.0 PENUTUP

Projek Perkebunan Menengah Kaedah Hidroponik akan memberi pendedahan yang


berguna dalam pertingkatkan kemahiran murid SKSI 2 dan menimbulkan suasana
perkitaran yang interaktif serta kondusif supaya dapat menghasilkan situsi pengajaran dan
pembelajaran yang menggembirakan, selamat dan berkesan.

Semoga projek ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta
kerjasama daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan projek ini.

Diharapkan Projek Perkebunan Menggunakan Kaedah Hidroponik ini akan memberi


impak yang positif kepada semua murid SKSI 2 bagi melahirkan insan yang dapat
mengamalkan displin dalam kerjaya kelak.
Disediakan oleh

AHMAD SYAFIK BIN CHE YAACOB


Penyelaras RBT Tahun 6
Sekolah kebangsaan Sultan Ismail 2
Kota Bharu Kelantan

Anda mungkin juga menyukai