Anda di halaman 1dari 2

3.

The Creative Artist

Pelbagai gaya yang digunakan didalam produksi teater ,salah satunya adalah gaya ‘The Creative
Artist’. Gaya pengarahan ‘The Creative Artist’ adalah pengarah itu melihat dirinya sebagai
seorang artis yang kreatif yang bekerja dengan ‘bahan’ kreativiti dramatik, sama ada pelakon
itu sendiri, pereka atau pasukan pengeluaran seperti multimedia dan promosi, pengarah gaya
artis kreatif ini, mahukan input maklumat daripada pelakon tetapi sebagai pengarah, perlu
mempunyai kata akhir mengenai apa yang disertakan dan bagaimana idea dimasukkan didalam
produksi tersebut. Contohnya, pengarah akan memberikan segala maklumat dan idea, tetapi
anak buah sendiri akan membina bagaimana untuk membina dan merangka menjadikan satu
rekaan daripada idea pengarah itu sendiri.

Gaya pengarahan ‘ The Creative Artist’ ini, pengarah akan memikirkan idea-idea yang akan
dikeluarkan, tetapi ahli produksi yang akan membina ,mencipta dan merangka idea tersebut
menjadikan binaan yang wujud. Contohnya adalah seperti, pengarah memikirkan idea dan
bayangan set pentas yang bertemakan rumah kampung, kemudian ahli produksi akan
memikirkan kreativiti mereka untuk membina rumah kampung tersebut sepertimana idea
pengarah yang dikehendaki.

Gaya pengarahan ‘The Creative Artist’ juga mempunyai kebolehan dalam setiap produksi yang
dijalankan seperti busana, set dan prop, tatarias, Front Of House, pencahayaan dan sebagainya.
Pengarah akan memberi idea dan skop kemudiannya membiarkan produksi menjalankan tugas
dengan kreativiti-kreativiti dan idea untuk membina idea tersebut. Membiarkan produksi
menggunakan kreativiti-kreativiti mereka, ini dapat memberikan jana perkembangan
pemikiran,idea dan kreativiti mereka.

Namun, gaya pengarahan ‘The Creative Artist’ ini mempunyai keburukannya contohnya, kerja-
kerja produksi dilakukan lambat disiapkan pada tempoh yang ditetapkan kerana idea sudah ada
tetapi ahli produksi itu akan membuat kajian satu demi satu untuk sebuat rekaan yang
dikehendaki pengarah contohnya, bagaimana untuk membuatnya, bahan apa yang sesuai
digunakan, saiz dan sebagainya disebabkan itu tugasan yang dilakukan menjadi lambat daripada
tarikh yang ditetapkan untuk disiapkan
. Ianya juga tidak sesuai digunakan dalam jangka masa yang pendek dalam persiapan
pementasan kerana kadangkala kerja-kerja yang dibuat menjadikan satu rekaan tidak
bertepatan dengan permintaan idea oleh pengarah. Oleh itu, ia lebih sesuai dengan gaya
diktaktor dalam jangka masa pendek iaitu fokus pada pengarah yang berkehendak dan sudah
mempunyai hala tuju kerja-kerja setiap ahli produksi dan ahli produksi mengikuti setiap
pengarah inginkan.

Gaya pengarahan ‘The Creative Artist’ lebih sesuai digunakan tempoh persiapan pementasan
yang panjang. Jika gaya pengarahan Diktator, segala-galanya telah ditetapkan dan hanya ahli
produksi membina apa yang dihendaki oleh pengarah.

RUJUKAN

Internet

http://www.academia.edu/1467116/Laporan_Kajian_Penyelidikan_Method_Lakon_dan_Stail_
Pengarahan_Stanislavsky_Konstantin_Sergeyevich_ke_dalam_pementasan_Teater_Realisme

http://lionhearttheatre.org/the-role-of-the-director-in-the-theatre/

http://www.stagemilk.com/what-does-a-theatre-director-do/