Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan
dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Isu perpaduan kaum merupakan satu
usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya
terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak
negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai
usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969
daripada berulang kembali. Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957
merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya
membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Pada
kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun.
Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan
permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Sehati Sejiwa
diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan
peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di
Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana
Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia
agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan
2020. Oleh itu semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan
masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng
akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era
globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk
sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi
dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan
dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah
pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
2.0 Perarakan Hari Kemerdekaan Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Seperti yang kita ketahui semua, Malaysia telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Setiap
tahun telah diadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerajaan juga telah mengadakan
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula daripada 16 Ogos sehingga 16 September. Antara
pengisian Sambutan Bulan Kemerdekaan ini ialah Program Kibarkan Bendera, Program
Sambutan Ambang Merdeka dan Program Perarakan 31 Ogos. Di Dataran Merdeka Kuala
Lumpur pula akan di adakan perarakan besar-besaran yang melibatkan pelbagai agensi
kerajaan dan swasta yang turut serta dalam acara pembarisan hari kemerdekaan. Apa yang lebih
menarik lagi ialah Yang Di Pertuan Agong dan pemimpin-pemimpin negara akan turut serta
menyaksikan acara pembarisan Hari Kemerdekaan bersama-sama rakyat yang hadir. Pada hari
tersebut kita akan dapat menyaksikan rakyat berbagai etnik di Malaysia akan hadir beramai-
ramai dan berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan tersebut. Sebenarnya
banyak kebaikan yang diperolehi apabila rakyat berbilang kaum dapat berkumpul di satu
tempat dan mempunyai satu maksud iaitu menzahirkan rasa cinta terhadap negara. Antara
kebaikannya ialah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Apabila masyarkat yang
berbilang kaum di Malaysia bersatu padu, maka peluang untuk negara ini terus maju amatlah
cerah. Menurut Zilhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) tanpa perpaduan yang perlu
dipertahankan, kemungkinan untuk mengecapi kemajuan bersama hanya tinggal menjadi
kegagalan mutlak. Kebangkitan bangsa merdeka hanya akan bekesan dan bertambah kuat
melalui perpaduan yang digembleng dari setiap kaum di Malaysia.

Selain itu juga, semangat kerja sama dikalangan etnik juga dapat dipupuk melalui acara
perbarisan hari kemerdekaan ini. Seperti yang kita lihat di dalam video ini, tampa kerjasama
dari semua pihak sudah tentu acara perbarisan ini tidak dapat di diadakan dengan sepurna dan
harmoni. Jesteru itu, sikap kerjasama di kalangan etnik ini amatlah penting untuk kesejahteraan
dan keharmonian negara malaysia.
Rujukan

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003) Pendidikan Negara Bangsa. Pahang.

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai