Anda di halaman 1dari 5

1.

0 SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing


golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui
pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar
remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan
pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa
Pengakap Sedunia".

Lord Robert Baden-Powell

Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas penubuhan
Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun
1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910,
Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap
ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan
keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas
penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi
tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar
yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking,
Afrika Selatan ,di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang
Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang
berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia
membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut
dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda
tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan
bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana,
gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang
diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha
gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking",
manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis
pada 1899 menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-
Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai
Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat,
kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan
remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca
muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang
sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang
budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama
seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah
organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci
kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka
dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas
menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell
memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons,
untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya
muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for
Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi
pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell
bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya
Boys' Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara
spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini
pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya
sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan
Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell
tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan
pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk
mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak
latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk
membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran
Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang
Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle
of Britain. Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut
menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga
dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan
menjelang Perang Dunia
2.0 SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA

Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka
pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu
menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada
tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap
untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di
Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka
pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan
semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari
Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik
yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman
telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong
Persuruhjaya Pengakap Malaya. Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu
di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak
menubuhkan pasukan pengakap. Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922.
Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W.
Bloomfield. Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan
Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College
(kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu. Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada
tahun 1926 oleh Brunstone. Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan
pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di
ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di
Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong. Negeri yang terakhir di
Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.
Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun
1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan
pengakap sehingga tahun 1930. Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap.
Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan
menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan
semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap
daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan
pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi
Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan
Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun
1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap
Malaysia.
Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja $150 ribu
dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut
perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan
pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak
kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

Anda mungkin juga menyukai