Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia
merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan
sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum
dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula
kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti
ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya.

2.0 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama

Aspek ekonomi

Dalam aspek politik salah satu dasar ialah dasar pecah dan perintah British semasa Zaman
Penjajahan British. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah memecahkan
perpaduan kaum di tanah Melayu. Dasar ini telah mengasingkan setiap kaum mengikut
kegiatan ekonomi iaitu orang Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Manakala orang Melayu pula tinggal di luar
bandar bekerja sebagai petani atau nelayan kecil dan kaum India kebanyakannya tinggal di
ladang dan berkerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja ladang. Pihak British
memecahkan tiga kaum ini dari segi ekonomi kerana mereka menyedari bahawa sekiranya
tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi
mereka akan terjejas. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-
masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini melahirkan
perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya tragedi 13 Mei
1969. Ekoran daripada peristiwa tersebut, pada awal 1970, iaitu selepas mencapai
kemerdekaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk
mentransformasi semula masyarakat Malaysia dan mengatasi masalah kemiskinan tanpa
mengira kaum secara tidak langsung dapat menwujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Dalam dasar DEB, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.
Oleh itu, pada tahun 1970 kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) bagi menggantikan DEB. DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

1
Aspek politik

Penjajahan British telah meninggalkan kesan terhadap hubungan etnik dan


corak pembangunan politik di Malaysia. Mereka telah menubuhkan beberapa parti politik
semasa penjajahan mereka di Malaysia. Antara parti politik yang terkenal pada zaman
penjajahan British ialah Malayan Union. Tujuan utama Malayan Union telah diperkenalkan
adalah untuk mengurangkan kuasa politik Orang Melayu dan juga mengawal kuasa politik
orang Melayu (Nor Azlah Sham bt Rambely Mohamed Ali Haniffa, 2017).

Jadi, apabila Malayan Union ini diperkenalkan pemerintahan orang Melayu telah hilang kuasa
serta orang Melayu juga kehilangan hak keistimewaan. Akibat daripada penubuhan Malayan
Union, Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah menubuhkan UMNO
untuk membantah tindakan penubuhan Malayan Union. Walaupun mendapat pelbagai
bantahan, kerajaan British tetap melancarkan pertubuhan Malayan Union. Selain itu,
masyarakat Cina dan India juga menubuhkan parti politik masing-masing iaitu Malaysian
Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). Ketiga-tiga parti politik
berjaya menentang penjajahan British dan mendapatkan kemerdekaan melalui
menandatangani perjanjian.

Selepas mendapat kemerdekaan, parti-parti politik ini memainkan peranan yang sangat pentig
dalam politik negara. Selain itu, terdapat juga beberapa parti politik yang ditubuhkan selepas
merdeka dan antaranya ialah Barisan Nasional(di bawah pimpinan UMNO), Parti Pakatan
Kerakyatan, PAS dan lain-lain lagi.

2.3 Kepelbagaian Agama

Negara Malaysia merupakan suatu negara yang mempunyai masyarakat majmuk.


Masyarakat majmuk bermaksud penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian agama, adat
resam dan bahasa. Perpaduan hubungan sesama agama dapat dilihat dari segi aspek
keagaamaan. Agama Islam merupakan agama rasmi di negara Malaysia manakala terdapat
juga agama-agama yang lain seperti Buddha, India, Kristian dan sebagainya. Setiap
masyarakat yang berbilang kaum ini akan menghormati dan mentaati agama dan kaum yang
lain. Budaya hormat-menghormati ini dapat dilihat daripada perkara apabila dari segi musim
perayaan. Misalnya, pada perayaan Deepavali, kita dapat melihat bukan sahaja masyarakat
Hindu menyambut perayaan tersebut malah masyarakat dari kaum-kaum lain juga
menyambut perayaan Deepavali bersama. Selain itu juga, pada hari Thaipusam, masyarakat
kaum lain dengan bertolak ansur dengan masyarakat India untuk menyambut Hari Thaipusam
walaupun mereka tahu kesesakan jalan raya yang teruk akan berlaku disebabkan perarakan
Dewa Muruga pada hari sepanjang perayaan Thaipusam. Hal ini menunjukkan nilai toleransi

2
sangat tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perlembagaan Malaysia menyatakan
bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Negara Malaysia dan ianya tidak memaksa
penganut agama lain untuk memeluk agama Islam. Justeru, Malaysia merupakan Negara
yang memberi dan menjamin kebebasan beragama mengikut kehendak individu masing-
masing.

3.0 Masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu
Melaka dan penjajahan british serta selepas pembentukan Malaysia.

Definisi pluralistik ialah kewujudan pelbagai agama dan bangsa di sesuatu tempat pada masa
yang telah dirancang. Masyarakat pluralistik wujud secara paksaan oleh pihak-pihak tertentu
demi kepentingan ekonomi dan juga politik.

3.1 Alam Melayu

Alam Melayu meliputi wilayah Malaysia, Indonesia, Borneo, Singapura, Selatan Thai. Selatan
Filipina, Indo-China dan mencecah Kepulauan Pasifik di bahagian timur, Malagasi di barat
dan Taiwan di bahagian utara. Sebelum lahirnya masyarakat pluralistik, masyarakat pluraliti
sudah pun wujud dalam Alam Melayu. Sebenarnya, Alam Melayu ini merupakan tempat yang
utama dalam menjadi laluan dan perhatian yang domain bagi pelbagai budaya serta tamadun
dari seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, pedagang-pedang dari seluruh dunia akan
singgah dan berehat untuk seketika di pelabuhan Melaka, Acheh, Majapahit, Srivijaya dan
juga pelabuhan Lembah Bujang dengan persediaan segala kemudahan di pelabuhan-
pelabuhan tersebut. Pedagang datang berdagang secara sukarela untuk mencari kekayaan
bersama keluarga. Pedagang-pedagang berkahwin dengan penduduk tempatan dan
mengamalkan budaya mereka manakala penduduk tempatan secara sukarela mengamalkan
budaya pedagang.

3.2 Sarawak dan Sabah


Sejarah Ringkas Sabah dan Sarawak terletak di Kepulauan Borneo bersempadan dengan
Kalimantan di bahagian selatan. Sabah dan Sarawak dipisahkan dari Semenanjung Malaysia
melalui Laut China Selatan. Sarawak pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei
sebelum kedatangan James Brook ke Sarawak dan penguasaan Kompeni Berpiagam Borneo
Utara British di Sabah. Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai jenis etnik. Antara
etnik yang terdapat di Sabah ialah. Penduduk Sabah dan Sarawak digelar sebagai
Bumiputera. Penduduk majoriti di Sabah ialah Kadazan Dusun, Bajau, Murut, Melayu Brunei
dan sebagainya. Manakala di Sarawak pula ada etnik-etnik seperti Iban, Melanau, Penan,
Kedayan dan sebagainya.Masyarakat Sabah tinggal di kawasan pendalaman yang
berhampiran dengan sungai. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi tradisional untuk bersara

3
diri. Jenis-jenis kegiatan ekonomi dijalankan ialah menanam padi, menternak binatang dan
memungut hasil hutan.Masyarakat Sarawak menetap di tepi sungai dan berkerja sebagai
nelayan, petani dan peniaga.

3.3 Kesultanan Melayu Melaka

Melaka merupakan sebuah negeri yang amat aman dan gemilang dibawah pemerintahan
para sultan dan pembesar yang bijak serta berpandangan jauh semasa zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan sultan dan para pembesar
pada zaman ini telah menyebabkan zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah
dilabelkan sebagai zaman keemasan dan zaman kemuncak kegemilangan Melayu Melaka.
Selain ia merupakan suatu kawasan yang amat strategik sebagai tempat persinggahan kapal-
kapal pedagang yang belayar dari barat ke timur, keadaan geografinya yang terletak di
garisan khatulistiwa juga menyebabkan Pelabuhan Melaka amat selamat daripada tiupan
angin taufan mahupun gempa bumi. Keadaan inilah yang menyebabkan Melaka menjadi
sebuah pelabuhan yang amat sibuk dizaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Menurut Syamsul Amri Burhanuddin(2007), pada zaman tersebut, empayar Melaka
merupakan tempat pertembungan pedagang dari seluruh dunia sehingga digelar ‘The Venice
of the East’ . Hal ini disebabkan oleh pelabuhannya yang begitu sibuk dengan ribuan kapal
yang berulang-alik melalui Selat Melaka

Kelancaran perdagangan di Melaka telah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu yang
pertama, kerana pemerintahan yang mengamalkan konsep keterbukaan iaitu menerima
sesiapa sahaja yang ingin berdagang di Melaka. Faktor kedua yang menyebabkan kelancaran
perdagangan di Melaka adalah kerana kecekapan pentadbirannya yang memudahkan
perdangan dilakukan. Proses penghijrahan yang berlaku secara semulajadi tanpa ada
paksaan daripada mana-mana pihak ini telah menyebabkan zaman Empayar Kesultanan
Melayu Melaka menjadi zaman Pluraliti. Berbanding dengan zaman Negara bangsa,
masyarakat pluralistik yang nyata telah diperkenalkan oleh British. Para pedagang yang ingin
masuk ke sesuatu kawasan tidak memerlukan sebarang dokumen seperti pasport atau visa.
Keadaan ini secara tidak langsung membolehkan pedagang dari Arab, India, China dan
Negara-negara lain dapat datang berdagang secara sukarela. Proses akomodasi dapat
diwujudkan secara baik antara pedagang dengan masyarakat tempatan dan sistemnya.

3.4 Zaman Penjajahan British

Sebelum kedatangan British di tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu pada


ketika itu telah menjalankan kegiatan ekonomi tradisional atau sara diri. Kegiatan ekonomi
yang dimaksudkan adalah seperti bercucuk tanam, memungut hasil hutan,menangkap ikan,
dan melombong. Dalam ekonomi tradisional, pengeluaran hasil yang diusahakan adalah

4
sedikit. Teknologi yang digunakan merupakan teknologi mudah dan penggunaan buruh terhad
serta modal yang kecil. Setelah British menguasai Tanah Melayu, mereka telah menggunakan
satu rangkaian ekonomi dagangan yang khususnya di kawasan pengeluaran bijih timah dan
tanaman getah. Hal ini menyebabkan aktiviti pertanian tradisional telah ketinggalan. Malah
dasar British juga telah mewujudkan ekonomi duaan (dwiekonomi) yang mana ia bermaksud
wujud dua ekonomi secara serentak, iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial dalam
suatu masa yang sama. Perkembangan yang pesat ini telah menyebabkan timbulnya masalah
kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah
Melayu. Bagi menangani masalah ini, kerajaan British terpaksa membawa masuk tenaga
buruh dari luar seperti dari negara China dan India.

3.5 Selepas Pembentukan Malaysia

Dalam aspek politik, usaha memelihara kestabilan politik yang bersandar kepada
kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara. Oleh itu, perjuangan
menuntut kemerdekaan telah menjadi pengikat melalui gabungan beberapa komponen
parti politik yang mewakili setiap kaum utama yang akhirnya membentuk PARTI
PERIKATAN (UMNO, MCA, MIC). Tunku Abdul Rahman telah diterima sebagai Perdana
Menteri Tanah Melayu yang pertama oleh kumpulan-kumpulan etnik lain berdasarkan
keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak-ansur
dan bersatu padu dalam menuntut kemerdekaan. Sepanjang tempoh 1957-1959, politik
Malaysia telah melalui perjalanan yang amat berliku-liku. Namun, berkat kesabaran dan
perpaduan antara pemimpin pada waktu itu, selepas era 1960-an, politik Malaysia terus
berkembang secara dinamik. Dari segi perlembagaan, ianya merupakan garis panduan
kepada asas pelaksanaan sistem politik di negara ini. Selepas kemerdekaan, sistem
pendidikan yang diperkenalkan oleh British diteruskan. Bagi selaraskan sistem
pendidikan, kerajaan telah menyatukan kanak-kanak di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.
Seterusnya, dalam sudut ekonomi pula, kesan daripada dasar ekonomi baru, wujudnya
jurang pendapatan yang luas antara etnik. Oleh itu, kerajaan cuba untuk memperbaiki
jurang ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah penambahbaikan.

5
4.0 Membincangkan konsep perlembangan sebagai asas pembinaan jati diri dan

Negara bangsa

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang membincangkan undang-undang tertinggi


Negara dan prinsip-prinsip pemerintahan sesebuah Negara. Perlembagaan Malaysia
terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Jati diri membawa
maksud manusia yang mempunyai keperibadian yang hebat, nilai-nilai terpuji, bersifat mulia,
kuat dan kental. Negara bangsa pula masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam
keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang diskriminasi dan pepecahan. Beberapa
perkara dalam Perlembagaan ini menjadi asas kepada pembinaan jati diri dan Negara
bangsa.

Pertama ialah bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia merupakan
medium komunikasi masyarakat Malaysia. Walaupun bahasa Malaysia bukan bahasa ibunda
bagi orang Cina dan India, mereka tetap menerima perlembagaan Malaysia dengan hati yang
terbuka. Hal ini membuktikan wujudnya Negara bangsa dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum. Keadaan ini menjadi buah mulut masyarakat luar Negara di mana masyarakat Malaysia
sanggup menerima dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar secara
tidak langsung ini meningkatkan jati diri Negara kita. Contohnya, seluruh masyarakat Malaysia
menggunakan bahasa Malaysia dalam urusan rasmi.

Seterusnya ialah agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Kedudukan istimewa Islam tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana kaum yang lain kerana
masyarakat Malaysia menghormati dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan.
Dengan ini, jati diri Negara kita terjamin. Walaupun rakyat berbilang kaum, namun Islam tetap
dihormati oleh rakyat bukan Islam. Kaum lain turut menerima kepercayaan dan budaya Islam
manakala penganut Islam juga menghormati agama lain. Dengan ini, rakyat Malaysia sentiasa
bersatu padu tanpa apa jua perselisihan faham. Secara tidak langsung wujudnya perpaduan
antara hubungan etnik. Justeru, konsep Negara bangsa dapat dibina dalam setiap
warganegara Malaysia.

6
5.0 Menilai usaha kearah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam usaha

mengekalkan etnik yang baik.

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilangbangsa dan majmuk
yang terunggul di mata dunia. Disebabkan masyarakatberbilang bangsa, masalah perpaduan
dan integrasi merupakan satu masalahbesar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi
pemikiran, tingkahlaku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini
dapat dilihat melalui insiden 13 Mei yang mengugat keamanan dan kedamaian negara
Malaysia. Selepas tragedi ini, kerajaan sedar bahawa perpaduantidak dapat dicapai secara
semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan. Proses
pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi
pelbagai bidang, di antaranya ialah Rukun Negara.

Rukun Negara diperkenalkan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam Negara kita.
Penggubalan Rukun Negara bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat dan
identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia. Dokumen Rukun Negara terbahagi kepada
dua komponen iaitu kepercayaan dan prinsip Rukun Negara. Prinsip- Prinsip Rukun Negara
seperti berikut Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kelima-lima
prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah
masyarakat Malaysia yang adil dan demokratik. Di bangku sekolah, setiap murid pernah
melafazkan prinsip Rukun Negara di mana melahirkan semangat patriotisme dalam diri yang
mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid.

Terdapat beberapa cabaran yang menghalang perpaduan dalam masyarakat Malaysia.


Antara cabarannya ialah dasar pecah dan perintah. Sejak zaman penjajahan, masalah
integrasi telah wujud terutamanyapada penjajahan British. British menjalankan dasar “divide
and rule” iaitu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi
ekonominegara. Dasar ini juga telah memisahkan kaum-kaum utama di negara inimengikut
bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat Melayu yangmengendalikan pertanian
tradisional ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu dikampung-kampung. Masyarakat Cina
ditempatkan di lombong-lombong bijihtimah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan
dan perdagangan yangdijalankan oleh mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan
di ladang-ladang getah. Perubahaan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum
initerpisah dan mempunyai hubungan yang terhad.

7
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak sedang dan perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam
mewujudkan dan melahirkan perpaduan antara kaum yang lebih kukuh dan erat supaya
peristiwa seperti 13 Mei itu tidak akan berlaku lagi. Perpaduan sesama kaum merupakan kunci
asas kejayaan sesebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Negara
Malaysia.

8
RUJUKAN

Ahmad Ali Seman & Warti Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn. Bhd

Ismail Said. (2010). Perkembangan Sejarah Negara, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

Mansor Mohd et. al. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya. Prentice Hall

Perlembagaan Persekutuan. (2006). Percetakan Nasional Berhad.

Syamsul Amri Baharudin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Maskha Sdn. Bhd. Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai