Anda di halaman 1dari 4

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM KECERIAAN & SUDUT BACAAN


KANTIN SEKOLAH

ANJURAN :

PUSAT SUMBER & JAWATANKUASA KANTIN


SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

TARIKH :

1 MAC 2019 – 31 MAC 2019

DISEDIAKAN OLEH

SITI ZUBAIDAH BINTI SALBAN


SETIAUSAHA KANTIN

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


0 Program Keceriaan dan Sudut Bacaan Kantin Sekolah
1. TAJUK PROGRAM

Program Keceriaan dan Sudut Bacaan Kantin Sekolah

2. PENGENALAN

Kantin SMK Seksyen 10 Kota Damansara merupakan satu tempat yang


sentiasa menjadi tumpuan murid-murid, guru, ibu bapa mahupun tetamu sekolah.
Oleh yang demikian adalah menjadi hasrat dan aspirasi Tuan Pengetua dan warga
sekolah supaya SMK Seksyen 10 Kota Damansara memiliki sebuah kantin yang
bukan sahaja menghidangkan makanan yang sedap dan menepati citarasa seluruh
penghuninya, tetapi juga menjadi kebanggaan kerana kebersihan dan keceriaannya
dan boleh menjadi kantin contoh kepada sekolah-sekolah berdekatan. Selain itu,
kantin juga boleh dijadikan agen membudayakan tabiat membaca dalam kalangan
warga sekolah dengan menyediakan sudut bacaan dan bahan bacaan yang
bersesuaian.
Justeru itu, melalui program yang dirancang ini, kesedaran tentang
kepentingan kebersihan dan keceriaan kantin dapat disemai dan dipertingkatkan
dalam kalangan pelajar dan warga SMK Seksyen 10 Kota Damansara

3. OBJEKTIF

 Membudayakan rasa cinta kepada kebersihan dan keceriaan dalam kalangan warga
SMK Seksyen 10 Kota Damansara.
 Melatih murid mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi
 Memupuk minat suka membaca walau di mana berada
 Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kantin

4. TARIKH : 1 Mac – 31 Mac 2019

5. TEMPAT : Kantin Sekolah

6. KUMPULAN SASARAN : Seluruh warga sekolah

7. STRATEGI PELAKSANAAN
1 Program Keceriaan dan Sudut Bacaan Kantin Sekolah
1. Mengemukakan Kertas Kerja Cadangan
2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas
3. Perbincangan bersama Jawatankuasa Kantin
4. Perlaksanaan program
5. Penyediaan laporan dan dokumentasi bergambar

7. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : PN. HAJAH ROS BT LIZAN (Pengetua)

NAIB PENGERUSI I : PN. AZRIZA BT AZIZ (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI II : PN. NORHANIZA BT ARIFFIN (PK HEM)

NAIB PENGERUSI III : PN. ROSIDA SALHUDDIN (PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI IV : PN. JULMAZIAH BT SAAIDIN (PK Petang)

SETIAUSAHA I : PN. SITI ZUBAIDAH SALBAN (J/K Kantin)

SETIAUSAHA II : PN. MARIANA AHMAD (GPM)

BENDAHARI : PN ROHASINAR SURIA

AHLI JAWATANKUASA : PN LATIFAH ZALAILA BT ABDULLAH


: PN. CHE NOR AZIRA BT. CHE WAHAB

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT KOS/(1 UNIT) JUMLAH

1 Rak Buku 3 RM 90.00 RM 270.00

2 Pasu dan Bunga Hiasan 10 RM 25.00 RM 250.00

RM 520.00

9. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKS10KD RM 520.00

JUMLAH RM 520.00

2 Program Keceriaan dan Sudut Bacaan Kantin Sekolah


10. PENUTUP

Semoga dengan usaha sebegini kantin SMK seksyen 10 Kota Damansara akan menjadi
lebih bersih dan ceria. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai dan memupuk sifat
saling menghargai dan membudayakan ilmu walau di mana berada dalam kalangan murid.
Adalah menjadi hasrat dan aspirasi warga SMK Seksyen 10 Kota Damansara untuk
memiliki kantin yang bersih, ceria dan kondusif serta berinformasi secara berterusan

Disediakan oleh Disokong oleh

(SITI ZUBAIDAH BINTI SALBAN) (NORHANIZA ARIFFIN)


Setiausaha Kantin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Seksyen 10 Kota Damansara SMK Seksyen 10 Kota Damansara

Diluluskan oleh

(HAJAH ROS BT LIZAN)


Pengetua
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

3 Program Keceriaan dan Sudut Bacaan Kantin Sekolah